-inilah hidupku,catatanku.. utk kehidupan yang amat mencabar ni.... Kita perlu warnainya..corakkan ia... dan jaganya...-
Monday, August 25, 2008
BIAR BETUL? THE RIDING MP ZULKIFLI NORDIN ISTIHAR KELUAR PKR.....REF :www.kpmu.net
Dalam kekalutan Anwar mengatakan bahawa Ahli Parliemn BN akan lompat parti dan menyertai PKR, hari ini kami terima berita bahawa ahli Parlimen Kulim, Bandar Baru YB Zulkefli Nordin yang menentang forum peluk Islam baru-baru ini mengumumkan keluar parti Keadilan dan mengistiharkan diri sebagai Ahli Parlimen Bebas. Beliau keluar parti kerana tidak bersetuju dengan DAP dan juga Keadilan yang menyokong forum yang menghina Islam.
Walaupun forum ini mendapat tentangan dari Parti Pas namun Anwar (PKR) dan DAP menyokong akan forum ini kerana mahu memperjuangkan hak Keadilan beragama. Setiuasah DAP juga telah mengarahkan parti PAS
dan PKR untuk mengambil tindakan disiplin kepada ahli Pas dan PKR yang telah menetang forum berkenaan. Tindakan Zulkefli amat wajar kerana bagi kepentingan Islam. Zulkefli tidak layak lagi duduk dalam Pakatan Rakyat khususnya PKR kerana perjuangan mereka sudah jauh terpesong.
Keputusan Zulkefli ini memberikan tamparan yang hebat kepada kempen Anwar Ibrahim di Permatang Pauh.
mes:
Saya selalu mengikuti perkembangan MP ni.. di www.zul4kulim.blogspot.com . .. saya rasa macam sangat mustahil... ntahlah..tak tahulah kalau saya dah ketingggalan banyak bab...kalau keluar pun baguslah.. saya tegok "The riding MP" ni ada identitinya dan pendiriannya sendiri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
25 August 2008 Oleh din pada 10:24 PM
Label: PKR
Saya menafikan sekeras-kerasnya fitnah yang disebar kononnya saya isytihar keluar daripada PKR hari ini.
Ini adalah fitnah dari golongan yang tidak bertanggungjawab.
Saya tetap bersama jentera di Permatang Pauh bekerja keras untuk memastikan DSAI menang hebat dalam pilihanraya kecil ini dan menyertai Parlimen Rabu 27 Ogos ini.
Insya-Allah mengikut janjinya DSAI akan membentuk Kerajaan Putrajaya pada atau sebelum 16 Sept ini.
Walau apa keadaan pun saya ingin menegaskan bahawa asas perjuangan saya tetap memartabatkan Islam.
Saya berharap dan berdoa dibawah Kerajaan baru pimpinan DSAI saya akan berpeluang untuk melaksanakan agenda perjuangan memartabatkan Islam insyallah.
Ameen
Sent from my BlackBerry(R) wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
17 komentar:
pahlawan_bugis said...
Salam YB
kenyataan ini cukup melegakan. Saya memang berharap sangat YB terus di PKR dan kalau boleh cuba sedaya mungkin meletakkan Islam di landasannya.
Ok YB syabas saya ucapkan.
Tahniah.
Post a Comment