Sunday, August 31, 2008

SALAM MERDEKA KE 51 TAHUN




Ingat saya masa zaman final year di UKM dulu...., masa kwn2 lain tgh sibuk ke dataran merdeka... bila saya ditanya mana nak celebrate malam merdeka ni? Saya jawab..kat bilik..atas sejadah...Terus kwn2 saya senyap..hahhah reverse psycho jek...
walaupun saya sendiri tak pernah celebrate Merdeka di Dataran Merdeka.

Malam ni..again, saya di bilik...yang beza cuma 9 tahun dulu dalam bilik KAMSIS RAhim Kajai, UKM...sorang-sorang mengadap tesis saya . Kini 2008 , saya dalam bilik juga, bertemankan anak saya 2 orang yg dah tidur seawal jam 9pm.Juga bertemankan laptop dan my beloved celcom broadband..

Sempat saya nukilkan bait-bait puisi?/ ntahlah whatever.... dah lama tak asah bakat... dah naik tumpul dibuatnya..Ni saya nak je share ngan kawan2 yang tak sempat saya hantar tru sms....

"Aku tak percaya...
dah 51 tahun Merdeka
Aku Tak percaya...
tahun ni kusambut Merdeka dalam rumah aje
Aku tak Percaya...
Akan kusambut Merdeka betul-betul atas katil, depan laptop lak tu..huh!
Aku Betul-betul tak Percaya....
Kali ini Merdeka .....aku dah pun bergelar blogger....
Tapi aku benar-benar pervaya...
51 tahun Merdeka, maknanya...pelbagai cabaran, rintahngan hebat di alam maya & global pun bermula....
Kali ini Mertdeka, Jatidiri kena kuat...
Walau apapun perbezaan fahaman/ ideologi/ pendapat kita,
asalkan....selagi kita faham akan nilai/ asas perjuangan
Selagi itu kita tidak akan tersasar.....
Dan kita tidak akan gentar apa jua yang melanda ....insya'allah..."


To all
Hayati salam Merdeka ke 51 tahun ini, dan salam ramadhan...
maaf kalau ada salah dan silap, Jangan Ingat hari raya je boleh mintak maaf...
Hari Merdeka pun boleh tau....

emy
nukilan di ambang hari merdeka
dari atas katil di masjid tanah melaka.

sumber gambar: www.nurnana.wordpress.com

7 comments:

Pink Ants said...

hai emy,
memang tangkap shahdu bila baca puisi engko ni.Tapi,tahun depan cuba lah jugak sambut ambang merdeka,bawak anak-anak...biar diaorang rasa betapa bertuahnya menghirup udara dibumi Malaysia yang tercinta ni. Malam tadi,akak bersama meraikan ambang merdeka di Dataran Maran bersama rakyat jelata,rasa meremang juga bulu roma masa sama-sama melaungkan merdeka sebanyak 7 kali,terasa tersentuh hati bila menyanyi lagu negaraKu..ye lah...terfikir juga adakah anak-anak kita nanti akan dapat juga menikmati apa yang kita rasa sebelum ini?apapun emy,teruskan perjuangan..insyaallah Allah sentiasa bersama dengan hambaNya yang ikhlas dan sabar...Amiin n selamat berpuasa...jgn lupa malam ni terawih beb....

Unknown said...

Salam.

Sekadar memyampaikan. Adalah lebih baik jika blog saudari ditulis dalam Bahasa Melayu Tinggi bukannya bahasa carcamerba.

Oleh: Hasbullah Pit
Pengkritik Bebas

Masa kian hampir, dimana etinik Melayu tidak lagi boleh diharapkan untuk memartabatkan Bahasa Melayu.

Masa kian hampir, dimana etnik Melayu tidak lagi boleh diharapkan untuk memartabatkan Islam.


Parti Politik etnik melayu yang besar itu (UMNO) teramatlah tidak boleh diharapkan untuk memartabatkan kedua-duanya sekali. Tanpa segan silu peminpin mereka membunuh istilah belanjawan.

Pemimpin PAS bagaimana pula?
Ianya masih menjadi tanda tanya.

Etnik melayu cukup malas untuk mencari istilah yang sesuai pada bahasanya apabila ingin bercakap atau menulis. Mereka suka gunakan sahaja perkataan Inggeris kedalam pertuturan mereka.

"Nanti aku call engkau."
"Aku tengah download"

Bangga benar mereka memasukkan perkataan inggeris kedalam pertuturan dan penulisan. Sebenarnya itulah yang menampakkan sikap malas pada diri mereka.

Pernah suatu ketika dahulu, saya berbicara dengan Isteri saya, sebenarnya kalau kita bercakap bercampur aduk perkataan dalam satu ayat. ia memang menampakkan kegagalan seseorang untuk menyusun ayat.

Kalau hendak berbahasa Inggeris, teruskan bercakap dalam Inggeris dalam satu perkataan.
Kalau hendak berbahasa Melayu, teruskan guna semua istilah Bahasa Melayu dalam satu ayat.

Orang Melayu, terutama dibandar sering menambahkan perkataan inggeris.

"Bila nak exam?"
"Test dulu , kau score tak?"

Sebenarnya mereka gagal.

Jarang sungguh kita melihat apabila bukan melayu, berbahasa melayu, tetapi memasukkan perkataan inggeris kedalam pertuturannya. Melainkan kalau tidak tahu istilah.

Kalau kita tidak tahu istilah, maka ianya dibolehkan.

Kita guna dahulu istilah blogger sebelum jumpa istilah blogawan.

Kita boleh nampak bagaimana orang melayu, melacurkan bahasa mereka berleluasa didalam dunia blog.

Ya memang wujud banyak dialek di dalam Bahasa Melayu.

Dialek Kelantan, Johor Riau, Kedah, Pulau Pinang.

Bahasa Melayu Baku apabila disebut dan ditulis, ianya boleh difahami oleh semua penutur dialek yang ada.

Maka, cara terbaik menulis blog dalam bahasa melayu ialah dengan membayangkan bahawa kita sedang menutur dalam sebutan baku.

Akan tetapi apabila dialek johor riau terlalu dominan, seolah-olah bahasa Melayu di Malaysia begitu bunyinya. "Kenaper" "bile" "sahaje".
Itu semua dialek johor riau keterlaluan sehingga melacurkan bahasa.

Bahasa Melayu bukan milik orang Melaka, Johor, Selangor dan KL sahaja.

Ianya juga milik orang brunei, orang patani.

Saya masih ingat lagi satu iklan brunei, ketika pertuturan dialog, ia menggunakan dialek tempatan, akan tetapi untuk suara latar (voice over) ia menggunakan sebutan hampir baku. Kita tidak memahami pertuturannya, tetapi mesejnya boleh sampai. Walaupun kita bukan orang brunei.

Kini, Revolusi tidak mengharapkan etnik melayu memartabatkan Bahasa Melayu mula melanda.

Dr Khalid Idham Lim, secepat kilat memperbetulkan kesalahan bahasanya. Kalau orang melayu, dia tidak peduli langsung.

Kav, blogawan yang sering berkunjung ke blog ini, kini melafazkan pengisytiharan untuk berblog dalam Bahasa Malaysia.

Bandingkan catatan Kemerdekaan antara Khalid Idham Lim, Kav dengan Puan Emy.
Yang mana lebih menggambarkan pemartabatan bahasa?

Sumber: http://hasbullah.pit.my/

paan said...
This comment has been removed by the author.
paan said...

salam,saya amat bersetuju dengan cadangan hasbullah pit.dari puisi yang saudari tulis,menampakkan yang saudari seorang pencinta bahasa.tapi ianya lebih manis jika dihiasi dengan petikan yang ditulis dengan bahasa melayu yang tidak dicampur aduk dengan bahasa inggeris.saya pun akan mula menumpukan untuk menulis dalam bahasa melayu sepenuhnya.bersamalah kita memartartabatkan bahasa ibunda kita.

salam merdeka,salam blogger.
paan

Anonymous said...

Pada Pengkritik yang budiman...kita sesama umat Islam, bakal melalui bulan yang Mulia. Diharap dapatlah kita mulakan dengan kata-kata Pujian agi Allah dan bukan dengan mengutuk, mengata dan berpecah-belah..Jika nak kita bersatu, memperjuangkan bangsa..janganlah mulakan dengan cara sebegini...Arman..

emy said...

terima kasih semua atas pandangan .saya ambil kira perkara ini secara positif. Salam ramadhan buat semua. Terima kasih. Emy

emy said...

terima kasih semua atas pandangan .saya ambil kira perkara ini secara positif. Salam ramadhan buat semua. Terima kasih. Emy

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...