Showing posts with label PKR. Show all posts
Showing posts with label PKR. Show all posts

Monday, November 8, 2010

kalau macam tu, bukan anak jantanlah!!!!!!

Pagi tadi berbagai mesej yang saya terima berkenaan dengan Zaid yang telah ,menarik handbrek sebelum berakhirnya pemilihan parti bagi jawatan Timbalan Presiden. Antara calon lain yang turut sama mengintai peluang tIMBALAN Presiden ialah Sdra Azmin Ali. (haaaa mesti dia tengah tersenyum besar dan sedang berangan-anagan nak meraikan sambutan beliau bakal ditabalkan Timbalan Presiden PKR yang baru.

agak2 apa kata gambar ni ek?

(gambar ni pun macam bagus je...macam tau-tau je aku nak tarik diri dari bertanding jawatan no.2...dan aku nak letakk kesemua jawatan yang aku ada dalam parti!!!!.)






katanya dalam blognya http://www.zaiduntukrakyat.com/ ( beliau salah catur...ermm baru nak rasa ke...)

“Saya ditawarkan untuk bergabung dengan parti ini di bawah kepercayaan bahawa saya boleh mempromosikan politik progresif, memelihara dan mengembangkan nilai-nilai politik berprinsip dan budaya yang saya anggap penting bagi perkembangan demokrasi dan tata pemerintahan yang baik di negara ini."

mes: ntah la zaid...
aku tak boleh nak komen banyak-banyak..kalau betul nak jadi pendekar dengan meninggalkan UMNO dan berjuang dalam PKR utk apa jua tujuan yang baik..seperti mana yang beliau nak...pada saya, beliau patut lakukan dulu dalam UMNO. tapi elok jugalah beliau meninggalkan UMNO. tidak sampai berapa lama bersama dengan PKR , kini merajuk pula dengan PKR .(mungkin x boleh nak meninggalkan PKR nanti oang kata asyik macam brahim Ali.lompat sana, lompat sini ,tinggal sana, tinggal sini..walaupun dalam hati sapa yang tau..kan?.hmmm adalah tu, ,.mungkin ada perancangan yang terdekat...kita tgk sajalah!!!

Treingat kata favourite kak aza, kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai...kalau takut pada cabaran, jangan digelar diri pejuang....). Dengan sabotaj, karenah yang berlaku dan permainan kotor yang dimainkan oleh pihak tertentu yang mempunyai kepentingan poiltik di dalam PKR, Zaid kini menjadi mangsanya...hahahahahaha......sabau je lah nyah.......(kacau betul... kita baru je nak tengok kerancakan zaid dan kelantangan zaid dalam usaha untuk membetul kan PKR yang tak berapa betul tu....) ..kacau betullah..
itu macam bukan anak jantanlah!!!

Wednesday, March 4, 2009

"MALUNYA AKU!!!!

Petang tadi saya ada urusan di Kota Metropolitan.Sambil menunggu makanan tiba utk mengisi perut yang kosong,Sempat saya buka "FAcebook" saya. Saya terima mesej dari sahabat lama saya sewaktu saya di Sekolah Tun Fatimah.Dia anak jati Perak. Dia rasa seungguh kesal dan malu atas apa yang berlaku di Perak.Yelah... katanya beliau bukanlah menyokong UMNO sebelum ini. Tetapi apa yang berlaku hari ini benar2 menacabar Institusi Raja Yang Berdaulat serta telah membuat keadaan Negara Dalam Huru Hara. Bekas MB Perak terang-terang menjadi boneka DAP. Sahabat saya menyesal menyokong PR sebelum ini yang turut sama mengaku yang beliau hanya ingin cuba-cuba.Akhirnya sikap cuba-cuba itu memakan diri.

katanya: "Bukanlah aku racist or what,Ipoh ni kan multiracial sikit..Ramai kawan Chinese, Indian tapinya org DAP ni memang tak lih dibagi KUASA!So apa nak jadi Perak ni..Malunya org Melayu..

MES:
Ntah la *u**L*, aku pun takut dengan apa yang berlaku. Cukuplah Nizar membodohkan diri dan PAS dengan menjadi alat dan juga pemuas nafsu serakah DAP. JAngan salah paham,...Nafsu terhadap tanah-tanah yang terbentang luas di Perak...(Yang lain saya tidak tahu....).Rakyat Perak kena sedar. Bijak dan Faham kenapa penting dan perlunya kita menolak Parti PR ini. Mana mungkin Parti yang melindungi Penderhaka Sultan kita biarkan terus bertindak sesuka hati. Apapun Pilihanraya 2 Bukit dan 1 Batang ini akan kita saksikan dan menjadi penerus kepada Pilihanraya yang adil dan Telus. BN akan terus memperjuangkan dan membela nasib Rakyat sejak dari dulu. Cuma saya mohon pada pucuk pimpinan Parti agar dapat memilih calon yang benar-benar layak serta dapat diterima oleh segenap lapisan masyarakat. Bukan hanya sekadar memenuhi kuota dan juga menjaga hati sesetengah pihak...

Pssst..: lagi satu, tahniah juga saya ucapkan pada YAB Ketua Menteri Melaka. Dalam kesibukan beliau sebagai Ketua Menteri dan juga sebagai calon Tmbalan Presiden UMNO, beliau telah pun persiapkan jentera untuk membantu di DUn Kuala Sepetang , Parlimen Bukit Gantang. Team Melaka akan ke sana dan mula bertugas pada 15hb Mac, 2009 ini. Jadi kepada sahabat-sahabat saya UNIT IT Melaka, selamat bertugas. Semoga cekal.Jumpa nanti di Bukit Gantang!!!!!

Tuesday, November 25, 2008

Cakap Orang Je Lebih....

Dalam mana-mana organisasi pun ada kemelutnya..Tak kecil, besarlah jawabnya. Tapi dalam hal yang selalunya melibatkan Parti UMNO, maka ramai pihak pembangkang akan cuba memperbesarkan isu.Tetap bersangka buruk walau apa jua yang cuba dilakukan itu adalah baik. Tapi apabila terkena batang hidung sendiri, pandai pulak senyap dan tidak menghentam "Sparring Partner mereka...dalam Pakatan Rakyat.

Akhir-akhir ni banyak isu yang melibatkan parti pembangkang...
Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Mohd Ali yang didakwa telah menggugurkan dua pemimpin kanan parti itu kerana tidak tahan dengan kritikan panas yang diterimanya berkenaan isu agama dan kaum dalam pentadbiran negeri.Ahli parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad dilucutkan jawatan sebagai Timbalan pesuruhjaya II PAS negeri itu digantikan ahli parlimen Hulu Langat Dr Che Rosli Che Mat, Jumaat lepas.Manakala ketua penerangan diserahkan kepada setiausaha akhbar presiden PAS, Roslan Shahir Mohd Sharir bagi menggantikan wakil rakyat Hulu Kelang, Saari Sungib.Tak tahan dengan mereka, habis dicantasnya...macam-macam hal..

Begitu jua ada juga yang dikhabarkan Di Negeri Jajahan dan pentadbiran PAS. Syabas dan tahniah buat MBnya yang sungguh pemurah mendermakan RM10,000.00 dari duit gajinya untuk tujuan kebajikan. Tapi nampak gaya di Kedah ni, hanya MBnya sahaja yang bersungguh-sungguh memperjuangkan misi dan matlaat mereka. Exco lainn, dengar khabar ramai yang sedang memasang angan-angan (dan badan sekali kot) untuk menjadi MB yang akan datang. Itu belum kira lagi EXCo Kerajaan Negerinya yang sentiasa sibuk bermain g0lop(golf)di dalam dan luar negara sampai lupa tanggungjawab kepada Rakyat!...Begitu juga ada juga dakwaan yang mengatakan ada Exco yang sentiasa memberikan alasan"saya sibuk/ saya di dalam mesyuarat" bila beliau dihubungi oleh rakyat...

Begitu juga konsep perjuangan islam yang sentiasa dilaungkan oleh Pemimpin mereka. Tapi di Negeri bawah kuasa mereka , perkara pokok Perjuangan mereka masih tidak dapat dilaksanakan. Terutamanya janji untuk menerapkan nilai Islam dalam pemerintah Kedah menjadi pertikaian dan ditunggu-tunggu oleh rakyat. Misalnya pengharaman judi, arak, penjualan nombor ekor, toto, penutupan aurat dan sebagainya.Dalam sidang dewan yang belangsung minggu lepas . Bila ditanya berkenaan isu siber dan pusat hiburan yang dibuka ke lewat malam sehinggga mengundang masalah dan gejala sosial.Tetapi Exco perumahan dan kerajaan tempatan memberi alasan pemantauan dan penguatkuasaan dibawah tanggungjawab polis dan bukan PBT.aiseh itu macam ka cara jawab YB EXCO?
Saya syorkan PAS Melaka kena bantulah nampaknya PASS Kedah ni.

Di Perak pun, Adun PKRnya yang telah ditahan atas tuduhan Rasuah, ...hmm...seks pun ada....macam-macam halkan....
Yelah bila bercakap mengenai orang lain sedap sahaja mulut dan tangan mengkritik....
Macam contoh, di Melaka ni, apa juga yang dibuat oleh Kerajaan Negeri Melaka di bawah pimpinan YAB Ketua Menteri Melaka ada sahaja salah dan buruk di Mata, Telinga dan HAti Mereka. Seoalah-olah Kerajaan Negeri Melaka langsung tidak ada membuat apa juga kebaikan buat rakyat Melaka dan suka mengambil kesempatan rakyat Melaka (hmm sungguh tidak patut dakwaan itu ...). Tapi bila jadi di Negeri yang meraka berkuasa.. SENYAP!! simpan di bawah permaidani... yelah lumrah manusia kan....
apapun...Cakap orang Je lebih....sendiri mau ingatlah lah kan...Saya pun mengingatkan diri sendiri jugak ni...

Sumber:
1)www.kpmu.net
2)http://ceritayan.blogspot.com

Wednesday, September 24, 2008

Akhirnya....

Setelah beberapa lama "menumpang kasih" di komputer sahabat-sahabat..., akhirnya dapat juga saya menemui (mohon izin Tuan Sebol )..."modem baby celcom" saya yang rosak akibat teknikal... Haaa.... dapatlah saya kembali menjadi blogawan semula bersama-sahabat-sahabat lain....(eiiii rindunya......)hahahhaa.Sedapnya mak saya buat kuih muruku ni..yum..yum..

Aflah dah pun bercuti...(Pun seronok jugak)..Saya masih lagi bekerja...sampai ke 1 hari raya (separuh hari). Esok Saya dapat cuti pun disebabkan saya terpaksa ambil cuti kalau tidak saya terpaksa pesan orang beli barang persiapan Raya.>>(haru..)
Sedar tak sedar..hari ni dah pun ke 24hbSeptember, 2008. Apa dah jadi dengan cerita sahabat PKR tentang 23hb?...Baru sekejap tadi saya hantar pesanan ringkas kepada sahabat saya AMK di Utara. Dia pun belum tidur lagi...saya tanya.. Apa dah jadi? Sebab kali terakhir saya menemuinya, dia bersungguh-sungguh bercerita tentang
23hbSeptember ini PKR akan mengambil alih kerajaan....

Beliau membalas balik "Pak LAh tidak mahu lepas jawatan, Agung balik UMrah PAk LAh akan dipanggil mengadap.Final....MP akan dipanggil untuk buat pengakuan peralihan ke Pakatan. Kalau masih degil lagi, tunggu 13hb untuk umum di Parlimen"....

Wah..wah...wah...macam-macam cara kan? Masuk ni dah berapa kali kita diberi pelbagai tarikh....Kejap 16hbSept, Lepas tu 23hbSeptember,kemudian 1hb.Oktober. dahtu..baru kejap tadi dah tukar pulak, ke 13hb.Oktober...Mana satu ni ?.Pening lah..Teringat masa zaman kecil-kecil dulu kan... Tak dapat beli ais krim hari ni, dijanjikan lusa...Tak dapat lusa..dijanjikan minggu depan...Hai... DSAI benar-benar buat kita macam budak-budak...DSAi betul-betul buat penyokongnya teruja dengan setiap bait-bait yang dilagukan dan dan dinyanyikan kepada semua penyokongnya...Maka kasihanlah mereka yang tidak berdosa ini..percaya bulat-bulat...
Sampai depa nak raya pun tak senang hatilah...Nak nyanyi lagi?nyanyilah..

Buat Ahli UMNO seluruh negara.... RAya, Raya juga... tetapi tanggungjawab kita sebagai ahli PArti hendaklah kita teruskan juga. Ini adalah penentu.. Jangan persiakan segala hak yang ada pada kita sebagai ahli PARTI. Saya mulakan mesyuarat Puteri UMNO Bahagian saya pada 11hb Oktober,2008 jam 8.00malam. Yang akan dirasmikan oleh YB Ketua Bahagian YB Datuk Wira Abu Seman...Tahniah kepada semua Ahli Jawatankuasa saya yang telah menang tanpa bertanding.....Jadi malam itu bolehlah kita fokuskan kepada USUL dan juga untuk makluman semua Puteri Bahagian MAsjid Tanah akan melancarkan Blognya nanti...Tunggu!!!!!!

Sunday, August 17, 2008

Jurufoto dipukul, Puteri Umno diraba REf: MAlaysiaKini

Jurugambar kumpulan Akhbar New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) dan seorang jurugambar agensi berita asing cedera dipukul sekumpulan penyokong parti politik sewaktu proses penamaan calon bagi pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh hari ini.Menurut laporan Bernama, jurugambar NSTP itu dikenali sebagai Mohd Sairen Mohd Nafis, 26, dan manakala jurugambar agensi asing itu dikenali sebagai Halim Berbar.

Mohd Sairen memberitahu pemberita bahawa kejadian itu berlaku pada jam 1.30 tengah hari tadi, ketika beliau sedang merakamkan gambar petugas BN dalam kenderaan pacuan empat roda.Tiba-tiba, katanya, dia diserang oleh 30 orang yang memakai baju-T parti PKR."Mereka menarik saya sehingga terjatuh dari pacuan empat roda," katanya sambil menambah dia ketika itu, sedang berdiri di atas kenderaan tersebut untuk mengambil gambar."Mereka kemudiannya mengheret saya kira-kira 15 meter sebelum tumbuk,terajang dan sepak di bahagian kepala, kaki, tangan dan badan saya," katanya.

Beliau berkata, kejadian ngeri itu berlaku kira-kira 10 minit sebelum beliau dibantu oleh Halim yang turut dipukul.Bagaimanapun, kedua-dua mereka berjaya diselamatkan oleh pihak polis yang menyedari kejadian itu, katanya.Beliau cedera di bahagian tangan dan badan serta kehilangan kamera digital yang bernilai RM15,000 yang dipercayai dilarikan oleh kumpulan terbabit.

Sementara itu,Bernama juga melaporkan bahawa ada penyokong parti politik yang didakwa mengambil kesempatan meraba sekumpulan ahli Puteri Umno dan tidak cukup dengan itu, meludah mereka.Kejadian yang berlaku kira-kira jam 10 pagi itu, hampir mencetuskan pergaduhan di antara penyokong kedua-dua parti tetapi keadaan tegang itu dapat dikawal oleh pasukan polis yang bertugas.Ketua Puteri Umno, Datuk Noraini Ahmad mendakwa, sekumpulan lelaki yang memakai baju-T PKR serta membawa bendera parti itu telah meraba punggung beberapa ahli Puteri Umno semasa melalui belakang mereka.Apabila ahli Puteri memarahi mereka, kumpulan lelaki itu telah meludah ke arah mereka menyebabkan ahli Puteri terbabit melaporkan insiden itu kepada polis yang membawa masuk anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) untuk mententeramkan keadaan, katanya.

"Kumpulan lelaki yang meraba dan meludah jentera Puteri Umno itu tak gentleman langsung. Mereka (lelaki) sepatutnya kena hormat dan melindungi golongan wanita, bukannya melakukan perkara tidak senonoh," katanya.

MES:

bIAsalahtu......Diorang memang kurang ajar sikit bab-bab ni.Tak tau macamana nak hormat orang perempuan.Apa perasaan Si mamat2 PKR ni kalau budak perempuan (macam ahli pu3 kami) yang kena tu adik diorang/ anak ke, Girlfriend ke atau mak diorang?...
Takleh pikir ke diorang ni? Dulu masa pilihanraya Kecil Anak Bukit kot....Si Orang PAS tunjukkan "ANU" nya kat budak PU3....isk,,....isk....isk.. Terperanjat adik2 PU3 tu.. Yelah tengok bende yang x sepatutnya sebelum sampai waktu..huhuhu.
apalah nak jadi.. Agaknya mamat2 PKR yang buat mende macam tu memang desperado kot... memalukan PARTI PKR je..Dan Juga tidak dinafikan Memalukan Calon PKR, Abg Anwar Yang "Pelewat"...
Susah bila ada mahkluk tuhan kat muka bumi ni yang tidak tahu nak menghargai dan menghormati Orang Perempuan...sebab tu lah kejadian pukul bini, dera anak, rogol anak...rogol budak kecik..,me"lewat" banyak berlaku.. Dah tuh bila kejadian macam ni meningkat dan banyak berlaku kat negeri2.. Pandai pulak salahkan pemimpin,salahkan UMNO, salahkan kerajaan....tapi apa yang berlaku hari ni dah sah2 lah dari kalangan penyokong parti PKR.. jadi cuba jawab sikit...ni nak salahkan sama?.....aiseh....Lu pikirlah sendrey....!!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...