Sebagaimana semua maklum.. Semalam menyaksikan pemergian Allahyarham YB Dtk.Hidhir ke rahmatullah. beliau menghembuskan nafas yang terakhir di hospital Putra, wad icu tingkat 5 jam 8.10mlm...saya sempat juga ke hospital ptg smlm. Ramai jugak yang hadir...
Hmm...inlah yang dikatakan jodoh, ajal ..maut di tangan Allah swt. arwah dikhabarkan sihat selesai menjalani procedure yang melibatkan blockage di jantungnya. Tapi disebabkan kekurangan rehat kerana melayani pelawat yang melawat hingga ke 2-3 pagi menyebabkan beliau terpaksa dimasukkan semula ke icu. Ini yang rasa ralat. Perkara ini sepatutnya boleh dielakkan. Saya teringat pada arwah mak mertua saya yang telah kembali ke rahmatullah kerana jangkitan kuman pada paru2 ...sedangkan beliau dimasukkan ke hospital disebabkan oleh pemindahan buah pinggang. Arwah mak Sihat, selepas menjalani pembedahan Dan dahpun keluar dari hospital.tetapi x lama lepas tu dimasukkan semula ke hospital kerana mendapat jangkitan kuman pada paru2. Doktor kata sbb ramai dan mcm2 orang melawat Dan peluk arwah mak..dari situ ianya bermula...
Perkara itu yang suami saya kesalkan hingga ke hari ini. Patut doktor menasihat keluarga pesakit spy x membenarkan pelawat dtg.. Ntahlaaa...Nyawa bukannya boleh bertukar ganti....
Semoga arwah mak Dan juga arwah dtk Hidhir tenang di sana. Alfatihah.....
P/s hmmm....nampaknya kena bersiap sedia dengan PRK melimau pulak selepas ni.....
-inilah hidupku,catatanku.. utk kehidupan yang amat mencabar ni.... Kita perlu warnainya..corakkan ia... dan jaganya...-
Showing posts with label Melawat. Show all posts
Showing posts with label Melawat. Show all posts
Friday, January 21, 2011
Wednesday, July 30, 2008
SEHARIAN BERSAMA KETUA PUTERI MALAYSIA
Hari ni terasa betul letih.... Pagi saya ke Pulau Semut dulu . Hasrat di hati naklah tengok tempat yang YAB Ketua Menteri Melaka akan lawat tghri nnt. Baik survey dulu..kang senang kalau ditanya apa-apa hal nanti.Boleh lah menjawab....lama gak kami 3 orang dalam ladang kelapa sawit....sambil menanti yang lain utk dtg dan menunggu panggilan telefon dari Bodyguard CM. Jadi/x dia ke Pulau Semut..YB Datuk Idderis (Adun Lendu pun dah sampai)... Last-last CM Tak jadi ke Pulau Semut memandangkan beliau pernah pergi melawat kawasan tersebut.. saya pun apa lagi, rush lah ke Melaka...(Sempat lagi mencari contact lens..almaklumlah Rabun...huhuhuh)
Saya tiba bersama sahabat-sahabat Puteri dalam jam 3.15pm, cantik bangunan Perkeso.
YB Dato Timb Menteri Sumber MAnusia yang juga Ketua Puteri Malaysia tiba tepat jam 3.30pm sebagaimana dalam jadual... hmm.. She Looks so beautiful bertudung...
(Ayu nyer!!!!) Bila YB Menteri sampai program pun mulalah... saya ingat nak duduk bersama-sama dengan sahabat pu3, tapi saya kena duduk bahagian depan pulak.. aiseh.... Bosan-bosan..Selesai Majlis Pelancaran Bangunan Perkeso tu, diadakan pulak penyampain sumbangan kepada persatuan/ NGO dalam bentuk mesin hemodalysis dan juga wang ringgit... Kemudian, saya diminta untuk membawa Dato Noraini ke Rumah Kediaman Ketua Menteri Melaka. Saja nak sembang..... Ramai juga Puteri saya yang ikut sama... Kmdn dapatlah kami semua bersembang dalam 20 minit..Macam-macam hal parti yang dibincangkan.Semuanya menuju ke arah kebaikan... Alhamdulillah saya mendapat seorang Ketua yang saya amat kagumi kegigihan, kesungguhan dan begitu komited dalam tugasnya sebagai Naib Presiden Parti dan Ketua Menteri Melaka.Banyak juga nasihat yang YAB Datuk Seri berikan pada kami...bak kata beliau " nak dengar/ tidak terpulang...." (ye idak?)
Lepas tuh sebelumke rumah suhana, sempat kami makan di Restoran terapung.. Sempat la Dato KPUM sign pada buku pelawat..Then along lead ke ruma Suhana... sampai2 saja saya lihat ramai Puteri yang dah tungu... Meriah jap... SU!!!! ghindunyer kat s/u kerja aku ni!! huhuh dia dah gemuk sikit yey..yey.... takpe janji sihat kan dik?...
Dapat jugsa saya berbual dengan mak dia..kata kakak ipar su, maknya luaran nampak sihat tapi sbnr dalamannya tidak.. Ayah su pulak pakcik Rahim dah terbaring...Tidur. Penat agaknya.. Biro Kebajikan Puteri Negeri Melaka alhamdulillah dapatlah mengutip derma kilar utk Su dan Family sebanyak RM1250.00(Terima kasih Yatie Zainal, selaku pengerusi Biro). Dato Noraini juga ada memberi sedikit nasihat berkenaan dengan pampasan Perkeso yang boleh dituntut oleh Su.. (i will follow up on that my dear...).
Saya juga ada memohon kepada Dato Noraini melalui Tabung Prihatin Puteri untuk disalurkan bantuan kepada Suhana yang patah kaki akibat kemalangan motor dan juga Asrina(ajk puteri negeri) yang baru membuat pembedahan apendiks...
YB Datuk Idris Haron pun sempat singgah ke rumah Su. Baguih la tu YB turun padang... seronok tengok Datin Fazilah..senang mesra dengan semua orang...macam tu jadi contoh pada isteri YB-YB yang lain...tapi mungkin sebab Umur kami semua lebih kurang sama sebab tu la ok rasanya.... Setelah selesai semua, saya dan yati pun balik...mak oii...penatnya rasanya.....dah tu otw balik ke MAsjid Tanah, dapat pulak mesej dari BR yang mengingatkan saya perlu ke JB jam 9am..lagi dalam hati saya..(MAK DATOK AIIIIII PONEK EH BADAN..........)huhhuhu hhidup perlu diteruskan...
apa-apapun... walaupun penat,hari ni saya betul-betul rasa puas hati dapat selesai banyak perkara....
wsalam..
Subscribe to:
Posts (Atom)