Thursday, August 28, 2008

BAHANG PENAMPAR KEPUTUSAN PILIHANRAYA KECIL P44 PERMATANTG PAUH.

Salam to all..

Saya hari ni cuti, setelah selesai menghantar anak ke sekolah bersama suami, saya singggah sebentar ke rumah adik.Nasib baik ada internet di rumahnya..bolehlah saya update blog...Kalau tak bosan jugak dibuatnya...huhuhhh

Izinkan saya mengulas sedikit tentang apa yang berlaku di Permatang Pauh...
Saya mengulas di sini ingin saya tegaskan bahawa ianya HANYA pandangan peribadi saya sahaja. Dan ianya tidak langsung berkait dengan sesiapa....

Saya sememangnya menjangkakan P44 ini akan menyaksikan kemenangan Anwar Ibrahim..Walaupun ramai juga sahabat2 dari Pihak lawan yang sms, telefon memaklumkan bahawa BN akan menang pada pilihanraya kali ini... itu saya anggap apart from dari strategi cywar mereka..Termasuklah bro.Sofi (ket.Penerangan PAS Melaka ) Bukan untuk rasa lemah semangat tetapi sebagaimana yang saya maklumkan kepada sahabat2 UMNO saya sewaktu saya melawat dari 1 petiundi ke satiu petiundi dalam Dun Penanti pada hari Pengundian.... Saya mendapat sumber berita dari dalaman PKR bahawa Petiundi Teluk Wang BN akan kalah walaupun berita serta rating yang dibuat dari Jentera BN mengatakan petiundi itu menang.Bila saya maklumkan kepada sahabat2 saya, mereka kata "Taklah...saya yakin kita akan menang di Petiundi Kita!". "saya bagitau balik....aish, cubalah berpijak di Bumi yang nyata"..

waktu itu juga saya sibuk mengambil gambar yang merakamkan pelbagai gelagat penyokong . Tapi gambar yang paling suka adalah gambar saya tangkap menggunka kamera telefon saya shja yang menunjukkan 5 orang kanak2 yang memakai topeng Anwar ibrahim. Tapi bro lembiks, ianya hanyalah sekadar topeng yang dipakai oleh anak-anak tumpang seronok yang tak tahu apa-apa.....Saya percaya mereka juga tak faham serta tak tahu apa juga perkataan yang dilaungkan termasu.."REFORMASI..DAN ALTANTUYA...mereka cuma diajar oleh ayah/mak/abg /kakak mereka....."

Jauh di sudut hati, saya sebenarnya bersyukur kepada ALLAh swt kerana telah memberi signal ini.walaupun pahit ditelan....serta sakit hati mendengar orang mengata yang bukan-bukan2 mengenai perjuangan UMNO ini di hadapan kita sendiri..Bukan hanya sekadar cakap di mulut sahaja, tetapi termasuk reaksi yang terpancar di MUka seolah-olah mereka ini amat marah marah dan benci dengan pemimin UMNO... Saya ambil kekalahan BN ini secara Positif.

Buat PUTERI UMNO, mulai kelmarin kita mempunyai tugas besar sebagai salah seorang ahli parti.Beban Berat terletak di bahu kita. We must be different dan tanya balik kepada nawaitu kenapa kita masuk UMNO. Berbalik kepada perjuangan yang ingin mamartabatkan bangsa ... jadi kita mestilah benar2 buat sebagaimana niat kita itu. Kedudukan serta pangkat yang kita ada, perlulah kita benar2 gunakan untuk membantu rakyat... Bukannya mengambil kesempatan di atas kedudukan politik....Jika dah diberikan kepercayaan untuk memgang jawatan , maka lakukanlah dengan bersungguh-sungguh.Apatah lagi bila ianya dipilih sendiri oleh perwakilan..Janganlah sahabat2 hanya ingin nama tapi tak buat kerja..Ingatan ini bukan untuk Puteri saya sahaja tetpi termasuklah semua..waimah jawatan yang dipegang hanya sebagai AJK biasa sahaja..

Tugas amat besar sekali menanti kita wahai sahabat2 PU3... pada saya apabila kekalahan BN di permatang Pauh, andaian saya, ianya sedikit sebanyak sekali lagi akan memperlihatkan "landscape"/ "Landslide" POLITIK UMNO Negara...Kalau Benar Kita Saya pada PARTI dan juga pada agama Islam kita, Maka kita kena benar2 menyayangi dan memenangi hati rakyat dan penyokong kita.. Tolonglah jangan hancurkan PArti kita ini...Sebagaimana saya maklumkan kepada salah seorang pemimpin tertinggi Negara kita semalam, "Saya tidak kisah kalau apa jua yang bakal saya lontarkan pandangan saya selepas ini mungkin akan menggugat diri saya sendiri, atau mungkin saya akan kehilangan jawatan saya..atau mungkin saya akan dipancung ...This is not the end of the day,kerana niat saya masuk PUTERI UMNO dari seorang penyokong PEMBANGKANG sejak saya dari tingkatan 2 lagi..bukan kerana pangkat , jawatan dan kekayaan.. (bukan saya riak..bukan saya angkuh..tapi saya sebenarnya juga takut apabila memikirkan nasib dan masa depan UMNo akan terkubur sekiranya kita sendiri tidak mahu berubah.....Kita kena kaji kenapa Rakyat menolak kita, kita kena kaji kenapa Orang Muda tidak mahu kita...".

Sekali lagi saya tegaskan..ini pandangan peribadi saya "MAS ERMIEYATI HJ SAMSUDIN".

11 comments:

si lembik's said...

dah bali melaka pun puan emy..sekadar gurauan..ni salah satu perang politik :-) cukuplah sekadar kita berlainan fikrah yang penting kita masih boleh berkongsi pandangan...salam perjuangan..adiosss

Hazyr said...

yup, ni baru la the real emy yang aku kenal since form 1 lagi..emy yang sama2 dengar results GE 1990 kat radio after off-light sampai kul 2-3pagi ;)

emy said...

HAZYR....

I'M IMPRESSED...U STILL REMEMBER THAT MOMENT!!!!
huhhuh....seronok time tu kwn..takde masalah..
ahaks....
apa mau buat...kita kena teruskan kehidupan...

love u lah ..ingat...HAZYR ko tu aku yang bagi...aku yang tulis dalam diary aku kalau ada mende yang aku nak share ngan my diary...

huhuhuuhuh

Hasbullah Pit said...

psssstttt.......

(nada bisik)
Ada bawa balik topeng Anwar tak?

Anonymous said...

I understood you very well...

Mana yang emy percaya sila lah teruskan... jangan kecik hati dengan geng2 PKR nie... Dun Air Limau (harap2 emy bertanding)... kita akan bertembung lagi insyallah... politik tak sama... tapi kalau nak makan sekali ok... ajak kakak sekali...

Hidup PKR

Pink Ants said...

Kesimpulannya....kawan-kawan dalam PKR ni,jiwa dan hati depa masih cinta,kasih dan sayang pada UMNO...ahaks!

Anonymous said...

salam..bagus betol saudari..tabah..
sy tertarik dgn kenyataan saudari yg dahulunya saudari adlh penyokong pembangkang...

utk pengetahuan sy dulu penyokong umno..tp skrg pembangkang..hehe

Anonymous said...

salam...

bangkitlah orang melayu jangan biarkan bumi kita di jajah lagi..kemenangan dsai menunjukkan betapa mundurnya orang melayu.kemenangan dsai bukan di sebabkan layaknya beliau tapi di sebabkan perasaan marah, marah pada BN. sebaliknya sepanjang kepimpinan wan azizah di PP tiada perubahan langsung yang ada kat sana, mundur macam pemikiran orang kat sana.dulu kita dapat tgk di tv macamana negara luar memberontak sekarang kita boleh di negara kita sendiri masih ada lagi nilai2 sebegitu...bangkitlah...janganlah kita bergaduh sesama sendiri, jangan lah kita biarkan hilangnya melayu di tanah air kita sendiri...bangkitlah..

Anonymous said...

aku_ler..kamu menyeru supaya kita bersatu..tetapi dlm seruan kamu itu pn kamu masih lg menanam benih permusuhan..ape kes?

Anonymous said...

K Emy!
Haha, ingat tak kitaaaaa? :D Those were the days, heard about you sometimes from other Srikandis but never really get the chance to get in touch :P Kita malu, kua kua kua!

Selamat Hari Raya!!!

PS: Kita mesti keep in touch!

Anonymous said...

Oh since org sibuk cakap politik, ni nak tambah, muahahaha! Saya selalu sokong Umno, tapi sejak takde Tun M, macam hilang punca. Tapi saya mmg bias la kan, sebab saya mmg pro Tun M, takleh nak kata apa, hahaha!

Tapi, hanya kerana leader nak berpaling tadah ke opposition... ooohh tidak sama sekali. Saya lebih rela tak menyokong sapa-sapa drpd menyokong Anwar. :)

Pada pendapat saya lah kan... PKR is Anwar, and it has been all about Anwar, right from the beginning. That's the foundation of the party.

At least DAP from the very beginning they are known to fight for the Chinese. At least to me, that's something.

Peace out. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...