-inilah hidupku,catatanku.. utk kehidupan yang amat mencabar ni.... Kita perlu warnainya..corakkan ia... dan jaganya...-
Wednesday, August 13, 2008
PM bidas cadangan buka UiTM untuk bukan Bumiputera REF: Berita Harian 13/8/08
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam membidas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim kerana mencadangkan supaya Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang ditubuhkan untuk melahirkan lebih ramai profesional Bumiputera, terutama Melayu, dibuka kepada pelajar bukan Bumiputera. Barisan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM) yang disertai lebih 250 pertubuhan Melayu pula mahu Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor itu memohon maaf secara terbuka kerana cadangannya menyinggung orang Melayu.
Pada masa yang sama, lebih 5,000 pelajar UiTM berhimpun di depan pintu masuk utama Bangunan Sultan Sallahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam bagi membantah cadangan Khalid membuka universiti itu kepada bukan Bumiputera.
Perdana Menteri pada sidang media selepas merasmikan Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan (MAHA) 2008 di Serdang, menegaskan perkara berkaitan pengambilan pelajar UiTM bukan dalam bidang kuasa Khalid. Khalid Ibrahim
"Itu bukan dia punya kuasa. Hal berkaitan pengambilan adalah hal berkaitan institusi pengajian berkenaan. Mereka yang tentukan dasar," katanya. Ahad lalu, Khalid mencadangkan sekurang-kurangnya 10 peratus kuota kemasukan pelajar baru ke UiTM setiap tahun diperuntukkan kepada bukan Bumiputera dan pelajar antarabangsa. Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohd Khaled Nordin kelmarin menyifatkan cadangan Menteri Besar Selangor itu sebagai satu penghinaan kepada orang Melayu.
Ketua Umum BBPM, Osman Abu Bakar, ketika dihubungi Berita Harian semalam pula berkata, cadangan Khalid jelas menunjukkan PKR tidak menghiraukan hak orang Melayu. "Khalid perlu mohon maaf kerana orang Melayu tersinggung dengan cadangannya. Sebagai pemimpin Melayu, Khalid seharusnya mempertahankan hak bangsanya dan bukan membangkitkan kemarahan orang Melayu."Kami melihat cadangan Khalid hanya merugikan orang Melayu dan BBPM berharap kerajaan akan mempertahankan UiTM," katanya.
Osman berkata, pihaknya tidak berniat untuk menyekat peluang pelajar bukan Bumiputera, tetapi mereka mempunyai peluang melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi awam lain.Presiden Persatuan Perpaduan Islam Malaysia, Datuk Zulkifli Ahmad, turut membantah cadangan Menteri Besar Selangor itu, yang menurutnya bukan saja tidak membantu bangsa sendiri, malah akan menyusahkan lagi orang Melayu.
"UiTM sebenarnya adalah peluang kepada pelajar Melayu dan Bumiputera miskin untuk melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi. Kini Khalid mencadangkan supaya 10 peratus daripada kuota pelajar UiTM dibuka kepada bukan Bumiputera. Saya merasakan cadangan ini sungguh tidak logik," katanya.
Zulkifli berkata, Menteri Besar Selangor itu perlu sedar tidak semua ibu bapa di kalangan orang Melayu mampu menghantar anak mereka ke luar negara untuk menyambung pengajian. Katanya, selama ini UiTM menjadi tempat pelajar miskin Melayu melanjutkan pengajian dan perkara itu perlu dipertahankan.
MES:
Saya menyokong Penuh bantahan pelajar2 terhadap cadangan "Gila" Menteri Besar Selangor. Kalau saya Jadi Pelajar UITM Sekarang... Saya pun akan buat tindakan yang sama!!Saya benar-benar tak paham....Apa lah ada dalam kepala MB Kesayangan DAP & PKR Selangor? (PAS Dulu sayang la kot... Harapnya Sayangnya kini idakla Lagi,Betui ka?)
Nak kata dia tak Bijak?....Bijak.....,
Nak kata Dia Bukan Melayu?....eH?...dIA mELAyu kan?.....(TULen lagi BAng.....!!)Habis tu apa Ni MB? Habis semua baru je lepas 5 Bulan 4 hari...
Memang betul ada segelintir orang Melayu kita sendiri yang tak sedar dek untung... MAsih mengharapkan Subsidi, Masih tidak dapat berdikari masih lagi manja dan masih lagi dok mengharapkan bantuan kerajaan....TAPI INI SOAL HAK!!! saya Setuju dengan pendapat saudara Pelajar iaitu Khairul Ashraf , 19 dari UITM
“Bukan kami takut saingan kaum bukan bumiputera, namun penubuhan UiTM sendiri mempunyai matlamat tersendiri untuk menunjukkan pembangunan intelektual bumiputera selain meningkatkan daya ekonomi bangsa kita,” ujarnya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Pada saya Tan Sri Khalid bijak mencungkil isu dan rahsia yang orang Melayu (kepoada pejuang-2 Melayu!!!) tak sedar bahawa UiTM sebenarnya telah lama dibuka quota 10% kpd. non-bumi. Ikuti penjelasan Prof. Khoo Kay Kim Buletin Utama 13/08/08. Prof. Khoo sendiri menyatakan ini isu politik kenapa dulu tak bising-2? Sebab BN buat boleh terima … tetapi bila PR cadang aje dah melenting, walhal Tan Sri Khalid bukannya ada kuasa pun, sekadar cadang.
Kenapa tak ada orang baik Dato’ Seri Ibrahim Abu Syah selaku NC atau Dato’ Seri Khaled selaku menteri yang menafikan dakwaan Prof. Khoo ini. Kenapa? Kenapa membisu?
Baru sekarang kita nak sedar betapa banyak sudah BN gadai kepentingan Melayu (kepada pejuang-2 Melayu tulah…).
Pada saya kita perlu lebih ramai outspoken politician seperti Tan Sri Khalid. Berani ‘bom’ isu untuk bongkar rahsia walaupun karier sendiri bahaya. Biar orang Melayu (kepada pejuang2 Melayu tulah ….) sedar bahawa mereka telah lama ditpu BN - UMNO.
Mohon maaf hamba hina dina ini.
Post a Comment