Showing posts with label insiden. Show all posts
Showing posts with label insiden. Show all posts

Wednesday, November 10, 2010

Melawat keluarga mangasa kemalangan 6Nov2010 lalu (allahyarham Rosli Mat Isa)

Al-Fatihah....

Kuat sungguh melihat semangat isteri allahyarham Rosli, salah seorang dari 4 mangsa kemalangan yang terlibat dalam nahas jalanraya apabila kereta yang mereka naiki terbakar selepas merempuh sebuah treler membawa muatan kelapa di Kilometer 119, Jalan Kuantan-Segamat di Keratong dekat sini, 6hb November yg lalu. Mereka dalam perjalanan pulang ke Duyong, Melaka selepas menghadiri majlis pertunangan seorang saudara mereka di Marang, Terengganu.



Fiqah nama panggilan. baru berusia 30thn. seorang ahli Puteri UMNO cawangan Duyong.Paling menyedihakan hati, Fiqah baru sahaja melahirkan bayi lelaki Hafif namanya....baru je berusia 32hari....
Tapi, Fiqah begitu tenang sewaktu dia bercerita, bagaimana tragedi menimpa suami dan keluarganya. Turut bersama saya ialah Ketua Puteri UMNO Cawangan Fiqah, Cik Haryaty Hamdzah yang juga merupakan Ketua Puteri UMNO Bahagian Kota Melaka. (dia yang maklumkan saya mengenai berita ni...) AJK Puteri UMNO Negeri Melaka yang turut hadir ialah Shidah NAib Ketua Puteri UMNO bahagian Kota Melaka, ellie , Naib Ketua Puteri UMNO Bahagian Jasin dan beberapa ajk dan ahli puteri UMNO Kota Melaka.

Puteri UMNO Melaka memberi sedikit sumbangan yg tak seberapa dan kami semua doakan agar Fiqah akan terus tabah menempuh hari-hari yang mendatang ini. Tahniah dan syabas juga buat Yaty dan Puteri UMNO Kota Melaka  kerana telah mengusahakan untuk majlis Tahlil buat keluarga Arwah ini nanti...syukur alhamdulillah....


pssst:
nak tau ,sebelum tu Suami saya menghantar saya ke Duyong bersama dengan anak-anak..dalam nak ke rumah Fiqah, kereta saya telah dilanggar oleh sebuah motosikal betul-betul di hadapan BEDUMA. agaknya motor tu nak cepat kejarkan lampu isyarat agaknya.... adoyai..bagai disiat2 hati ni apabila terdengar hentakan kuat di kereta.... (hukhukhuk....)....tapi risau jugak kalau mamat tu apa-apa jadi kang... syukur alhamdulillah...Mamat tu takde apa2..walaupun mukanya agak pucat dan kakinya menggigil..(tak sempat tanya nama pun...). Saya tak tengok kereta pun...(taknak tengok dulu.....) .

Dah selesai melawat Fiqah, ...barulah saya kembali ke BEDUMA dan baru boleh tengok kereta...oklah takde la teruk sangat..(ku membayangkan keadaan kereta lebih teruk lagi...). waaaaaaaaa:(

x nampak sangat..tapi kemek la jugak...atas dan bawah....

hmmm...tak apalah.... sabau ajelah....... kan?...yang penting tak ada nyawa yang melayang.....

Saturday, May 29, 2010

KAMI PUTERI UMNO MELAKA JUGA BANTAH JUDI BOLA!!!

Salam ,

Saya telah mengadakan Mesyuarat Puteri Umno Negeri Melaka pada 14/5/2010 (ermmm lebih kurang 2 minggu lepas) dan UNTUK MAKLUMAN..hr tuh dah pun kami putuskan sebulat suara yang KAMI JUGA BANTAH JUDI BOLA!!!..

Ahli jawatankuasa saya juga telah turut serta dan bersesama mengeluarkan pendapat mereka sendiri tentang isu JUDI BOLA ini. Alhamdulillah, Pengerusi Biro Agama kami "HJH SURAYA" juga hadir dan turut memberikan pandangan.. PERCAYALAH, banyak masalah yang akan lahir dan kerja kita juga akan bertambah PAYAH mendapatkan sokongan dan kepercayaan rakyat... Ini bukan soal untuk mencari populariti @ siapa yang ingin menjadi jaguh,TAPI INI SOAL AGAMA.. yang tidak boleh kita tolak ansur...

JADI KAMI MENGGESA KEPADA PIHAK KERAJAAN MENARIK BALIK KELULUSAN LESEN JUDI BOLA ITU!! itu!!!!

MES:
teringat saat-saat BN tewas di PRK PArlimen Permatang Pauh..
pengalaman itu sungguh mengerikan saya... sampai hari ini saya terbayang-bayang wajah2 PRK P.P dan saya amat memahami perasaan jentera BN termasuk jentera Puteri saya amat takut dengan insiden,perangai2 GILA dan GANAS pihak pembangkang termasuklah rakyat yang tidak berdosa yang TERMAKAN dengan FITNAH pihak PEMBANGKANG...
teringat juga Dalam perjalanan saya pulang dari Permatang Pauh... hati kecil saya berkata..." lepas ni apa nak jadi..jadilah..aku akan akan cakap apa saja yang aku rasakan benar.......insyaallah

Sunday, November 23, 2008

DEMONSTRASI DI PEKAN KUALA 23/NOV/2008.

Pagi tadi jam 10.00pagi bertempat di hadapan pasar Kuala ,saya bersama teman-teman telah bersama dengan masyarakat setempat berkumpul menyatakan bantahan serta insiden yang melibatkan isu "Babi". Saya pun tak sangka, walaupun saat-saat akhir kami memutuskan untuk hadir bersama , tapi ramai juga saya lihat sahabat-sahabat saya yang turun. Suasana agak terkawal. Tiada insiden yang tidak diingini yang berlaku..Banyak juga Sepanduk yang saya lihat berbaur perkauman.

Tetapi saya ingin tegasnya di sini, hadirnya saya dan juga sahabat-sahabat saya pagi tadi bukanlah kami menyokong 100% apa jua sepanduk dan juga kata-kata yang yang berbaur perkauman itu.Kami cuma hadir di situ sebagai tanda sokongan agar diambil tindakan tegas terhadap orang yang melakukan perbuatan yang tidak senonoh dengan mengantungkan kepala B*B# di pitu pagar rumah Cikgu Md Rawi.Kami tidak mahu menuduh sesiapa. biarlah pihak berkuasa mengambil tindakan melalui siasatan mereka sendiri.Begitu jualah kenyataan saya sewaku ditemuramah oleh pihak media pagi tadi. kita tidak boleh menuduh sesiapa.

Dalam hal ini sesiapa sahaja boleh dikaitkan. Bukan sahaja orang bukan melayu, malah orang melayu juga ada dikaitkan. mana tau, orang dalam ke, orang luar ke, orang UMNO ke, PEMBANGKANG ke...semua ada kebarangkalian..Isu Perkauman ini tolonglah jangan dibesarkan. Ianya sangat sensitif.Sebab itu saya terangkan kepada sahabat-sahabat saya, kenapa kami berada di situ. Semoga tidak disalahtafsir . Kami juga (Pergerakan Puteri UMNO Bahagian MAsjid TAnah) telah membuat laporan polis pada jam 10:50 pagi, supaya diambil tindkan tegas kepada orang yang yang telah menimbulkan serta mengganggu gugat keamanan, keselesaan, keselamatan dan juga kemjuan ekonomi masyarakat tempatan. Tidak ada yang kami sentuh mengenai isu/ perihal perkauman.

Saya juga ada ditanya oleh pemberita, samada patut atau tidak 3 orang yang telah ditangkap itu dikenakan ISA?" . Pandangan peribadi saya tidak perlu,terdapat peruntukan lain yang lebih sesuai yang boleh digunapakai. Peruntukan ISA itu biarlah digunakan dalam hal-hal yang melibatkan ketenteraman dan keselamatan Negara yang serius....Kalau macam tu susahlah sikit-sikit nak guna ISA...sikit-sikit nak guna ISA.Betul tak?

Tuesday, September 9, 2008

ISU PERKAUMAN: Satu Petanda yang amat bahaya...

Apabila melihat kekecohan yang berlaku melibatkan isu minta maaf Datuk Ahmad ISmail semalam. Saya menggelengkan kepala. Malu.Malu yang amat sangat dengan perangai penyokong yang tidak matang serta bertindak yang keterlaluan di luar batasan seorang rakyat Malaysia. Berlatarbelakangkan lambang UMNO, dengan perasaan marah mengoyak gambar Mantan Ketua Menteri P.Pinang.Tidakkah terlintas di fikiran mereka yang tindakan ini bakal menggugatkan perpaduan Kaum, serta mencalar UMNO itu sendiri.Memang sebelum ini saya ada komen mengenai isu Datuk Ahmad ismail ini.Ingatkan ianya akan berakhir,tetapi (ada lagi?!!) nampaknya berlarutan..malah melarat hingga insiden mengoyak gambar Pemimpin. Ini tidak bagus..sungguh tidak bagus. Saya sebagai Ahli PArti UMNO pun rasa tindakan penyokong Datuk Amad ISmail ( saya kira penyokong..sebab saya tidak kenal pun mamat tu).


Kini, ada pula cadangan dari Panglima Angkatan tentera Malaysia, yang menyarankan Kerajaan supaya mengambil tindakan tegas ke atas pihak yang membangkitkan isu perkauman kerana ianya boleh mengancam keselamatan Negara. Saya secara peribadi, merasakan bahawa cadangan itu sangat baik. Cuma, harapan saya biarlah tindakan yang dikenakan itu terpakai kepada semua.Jadi mana-mana pihak selepas ini yang cuba membakar api dia akan fikir dua, tiga kali.. Sayang mulut sikit bila bercakap...
Tidak ada soal "aku kebal...engkau tidak kebal..oleh itu aku boleh cakap dan buat apa sahaja". Tapi selepas ini sekiranya ada apa-apa insiden seumpama ini kenalah disiasat siapa yang bertindak ke arah itu. Yelah, kadang-kadang lebih sudu dari kuah. Orang yang bercakap tidak ada apa-apa, tetapi..orang lain yang lebih menunjukkan perasaan dan emosinya.Keduanya berkait. Cuma beban tu kenalah pada mereka yang benar-benar membangkitkan isu kaum yang boleh cetus kepada kestabilan dan keselamatan negara.

Tambahan pula selepas Insiden ini , sekiranya ada lagi tindakan yang melibatkan ahli parti. Maka, Parti yang terlibat hendaklah mengambil tindakan sewajarnya terhadap ahli Parti mereka yang boleh kita kategorikan sebagai "mulut longkang "itu.Janganlah biarkan mereka ini mengganggu-gugat keharmonian kaum negera kita ini,khuatir ada pihak yang akan "cuba menangguk di air yang keruh nanti".

Dalam kes Datuk Ahmad Ismail ini, kemarahannya kepada Koh Tsu Koon tapi biasalah ianya terpalit juga kepada kaum cina. Saya dah baca ucapan penuh Datuk Ahmad Ismail sewaktu Sidang akhbar semalam...hmmm...penuh bersemangat....
ntahlaaa.....
Apapun, Malaysia ini berbilang kaum. Hormat-menghormatilah antara satu sama lain. Cukuplah kes Ahmad Ismail ini. Niatnya, hasratnya saya faham dan saya mengerti.
Buat sahabat-sahabat dari kaum/bangsa cina waimah yang lahir dari setitis darah orang cina... tolong jangan salah tafsir apa yang berlaku semalam. Tidak semua orang Melayu bertindak sebegitu. Kita bersama perlu ada perasaan syukur di atas keharmonian kaum yang telah lama kita kecapi selama ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...