Showing posts with label Gantung. Show all posts
Showing posts with label Gantung. Show all posts

Wednesday, September 10, 2008

AHMAD ISMAIL DIGANTUNG 3 TAHUN.

Akhirnya UMNO membuat keputusan menggantung keahlian Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera Datuk Ahmad Ismail selama 3 tahun. Ini bermakna, pada pemilihan bahagian kali ini Beliau tidak boleh menjadi Ketua UMNO Bahagian walaupun Beliau telah menang tanpa bertanding.Beliau juga tidak boleh memegang apa jua jawatan di dalam parti selama tempoh 3 tahun itu. Persoalannya samada cukup atau tidak hukuman digantung keahliannya selama 3 tahun itu berdasarkan kesalahannya yang telah cukup membuat kaum cina "JK" (JIWA KACAU).Serta adakah hukuman itu setimpal untuk memberikan pengajaran kepada ahli UMNO yang lain supaya jangan diulangi kesalahan yang dilakukan oleh Ahmad Ismail dan penyokongnya.

Cukup atau tidak,UMNO melalui mesyuarat yang telah dipengerusikan oleh YAB Presiden Parti telahpun memutuskan tempoh 3 tahun ini. Hormatilah keputusan yang telah dibuat ini. Semoga dengan kes Ahmad Ismail ini akan memberikan pengajaran khususnya kepada mereka yang memegang jawatan di dalam UMNO supaya berfikir sebelum bertindak . Pada pandangan peribadi saya juga saya rasa kita sebagai pemimpin perlu sentiasa mengawal anak buah kita supaya bertindak dalam keaadaan berhemah. Ini bagi mengelakkan sindrom" lebih kuah dari sudu" ini akan terus berlaku. Kadang-kadang anak buah lebih garang. Biasalah, nak menunjukkan rasa hormat dan juga rasa ingin melindungi ketuanya. kalau nak lindung pun biarlah berpada-pada, janganlah sampai mengguris hati dan perasaan orang lain dengan tindakan kita.

Oklah saya dah nak bergerak menuju ke kediaman Ketua Menteri Melaka. Ada majlis berbuka Puasa bersama YAB Presiden PArti ptg ini di sana dan malam ini pula beliau akan merasmikan Majlis Pertandingan Tilawah Alquran UMNO Melaka. Akhir kata,Saya ucapkan selamat berbuka puasa kepada semua.
wsalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...