Showing posts with label UMNO. Show all posts
Showing posts with label UMNO. Show all posts

Wednesday, November 30, 2011

aku kena PAU...eh eh eh...

tahun ni memng aku x dapat ke Perhimpunan Agung Puteri UMNO dan UMNO  disebabkan aku baru je jejak  hari ke 18 (ALASAN!!).  Sebenarnya mmg dah nak pi dah pun, dah pakat dengan SUK Pu3 Negeri aku si Rita yang aku nak ke kl pagi ni (29.11.2011) , baju , kain semua dah siap tapi bila cik Somi pulang dalam jam 1.30am pagi tadi dia kata dia terlupa bawak tudung pink aku..aiseh...ni rumah mak mmg xde stok tudung pink sebab semua tudung2 aku dah hantar ke laundry before bersalin lagi..sampai la ni x kutip lagik..isk isk... jadinya kubincang bebaik dengan cik Somi, ini semua ada sebab, nak jadikan cerita suruh aku duduk rumah diam2...sbb belum cukup hari.. waaa waa waa...(walhal tahun 2004 aku rasa mcm ni jugak kurang 20hr aku dah ke PAU PU3. ) hmm...so aku juz dok rumah jelah jadi pemerhati dari jauh...hukhuk hukk...
(credit pic: to Umno-online.com)
haa..ini semua perwakilan dari bahagian aku..PU3 Bahagian MAsjid TAnah... Dari hujung yang  senyum Lebor tu Hasnatul adibah (PSU), Kak MArina Rasol (naib Ket Pu3 Bahagian), Asmah Ali ( Penyelaras Dun Ayer Limau) , Chepah (penyelaras Dun Tanjung Bidara) dan si comeii (ajk pu3 bhgn dari Kuala Linggi). credit to bro Sulaiman ALi yang tangkap gambar ni tru Iphone dia....

tis year, pun kecoh jugak sebab lisa surihani datang ke Perhimpunan Agung Puteri...santekk and someii sangat dia ni kan... sopan dan ayu jek...takyah nak seksa2kan diri pun tetap nampak cantik....
credit to MJ Atam (ku pinjam gambar dr FB nya)


Erm, alhamdulillah PAU PU3 dah pun melabuhkan tirainya dengan selamat dan jaya. Kali ni dikhabarkan yang jurucakap dari negeri2 agak skema..takde kedengaran lagi dah nyanyian (Kecuali Melaka), dendangan pantun dan seloka yang mengusik jiwa... ada tu ada lah..tapi kurang!!! Rupanya dah diberi peringatan untuk tidak berbuat demikian..awat jadi lagu tu cheq? tadi aku sempat jugak berFB dan bertwitter..adalah my super duper senior satu sekolah dulu dok komen bout pembahas pu3 yang kena diberi kursus public speaking...

hmm..aku taknak kat apa selain dari bersetuju dengan senior aku tu lah... mmg betul, puteri kehilangan  eh kekurangan jurucakap yang bagus2... sebenarnya kita ada, cuma disebabkan kekurangan latihan dan kekurangan pendedahan yang buatkan kita nampak begitu bermasalah dengan jurucakap ni.

Apapun, tahniah diucapkan buat YB Dato Rosnah Abd Rashid Shirlin serta kepimpinan...(kawan-kawan aku jugak semua tu...) yang telah bekerja keras bagi memastikan PAU kali ini berjalan dengan jayanya..

Haa , lupa plak salah sorang wakil MT ke PAU PU3 kali ni is our beloved YAB Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri MOhd Ali Rustam.. jadi dia lah yang telah jadi wakil MT berucap. STEADY SIR!!


Thursday, May 13, 2010

64 tahun: UMNO masih dan tetap di hati kami.....

11hb Mei:-
SELAMAT HARI ULANGTAHUN UMNO yang ke 64thn..
Di pagi ulangtahun ini aku di pejabat menyelesaikan kerja-kerja yang belum selesai memandangkan semalam aku cuti. Kemudian sempat lah jugak aku mengikuti penilaian 5S. Nampaknya Cik Hajah begitu bersemangat menunjukkan kepada pihak penilian sistem 5S yang dilaksanakan oleh pejabat kami. Pagi ni jugak aku dan Lin(ajk Pu3 Neg) berbincang tentang program biro yang Lin ketuai: NGO & Professional Muda dan sempat jugak aku bersembang dengan kak faizah (naib ketua Puteri Umno Negeri) tentang program pendidikan untuk kami buat di Bahagian-bahagian....
habis sahaja perbincangan, aku terus ke Kuala Lumpur untuk majlis sambutan hari ulangtahun UMNO. Sebelum 3pm aku dah sampai PWTC. Kenapa awal sangat?...hmmm mestilah bersemangat... memandangkan aku tak dapat turut serta masa majlis tu nanti.
Tapi aku sempat juga turun dari Pejabat Puteri ke Foyer bersama-sama dengan YB Datuk Rosnah , Ketua Puteri Malaysia turun ke majlis pelepasan Konvoi Big Bikers oleh Timbalan Presiden UMNO.haa..Ini gambar Tun M yang baru tiba di luar PWTC bagi majlis sambutan tu.


Lepas tu aku terpaksa bergegas pulang ke Masjid Tanah memandangkan Pu3 Dun Ayer Limau, Bahagian masjid Tanah mengadakan mesyuarat penyelarasan dan majlis sambutan Ulantahun UMNO juga di Japerun Dun Ayer Limau.hmm...tahniah aku ucapkan pada Asmah selaku Penyelaras Dun Ayer Limau yang baru menggantikan Suzana yang agak terikat pada komitmen keluarga dan kerja.Asmah walaupun kurang seminggu dilantik sebagai penyelaras baru tapi telah berjaya mengaturkan majlis pertemuan dan mesyuarat serta majlis sambutan Ulangtahun UMNO. Kepada Suzana aku nak merakamkan ribuan terima kasih dan penghargaan PU3 Bahagian kpda dia sbb telah menjaga Dun Ayer Limau selama ini. terima kasih Suzana ye,Yang penting....kita tetap sama-sama bekerja demi agama Bangsa dan Negara!


Ni selepas mesyuarat PU3 Dun....walaupun kek kecil je, yang penting ingatan dan komitmen PU3 Dun untuk sama-sama kerja kuat dan berusaha berubah ke arah menjadi yang terbaik agar Parti Keramat ini akan terus dapat dicintai dan diterima kembali oleh anak muda di Parlimen Masjid Tanah ini...insyaallah..amin.....

kek yang Asmah beli....terima kasih as....

Wednesday, March 4, 2009

"MALUNYA AKU!!!!

Petang tadi saya ada urusan di Kota Metropolitan.Sambil menunggu makanan tiba utk mengisi perut yang kosong,Sempat saya buka "FAcebook" saya. Saya terima mesej dari sahabat lama saya sewaktu saya di Sekolah Tun Fatimah.Dia anak jati Perak. Dia rasa seungguh kesal dan malu atas apa yang berlaku di Perak.Yelah... katanya beliau bukanlah menyokong UMNO sebelum ini. Tetapi apa yang berlaku hari ini benar2 menacabar Institusi Raja Yang Berdaulat serta telah membuat keadaan Negara Dalam Huru Hara. Bekas MB Perak terang-terang menjadi boneka DAP. Sahabat saya menyesal menyokong PR sebelum ini yang turut sama mengaku yang beliau hanya ingin cuba-cuba.Akhirnya sikap cuba-cuba itu memakan diri.

katanya: "Bukanlah aku racist or what,Ipoh ni kan multiracial sikit..Ramai kawan Chinese, Indian tapinya org DAP ni memang tak lih dibagi KUASA!So apa nak jadi Perak ni..Malunya org Melayu..

MES:
Ntah la *u**L*, aku pun takut dengan apa yang berlaku. Cukuplah Nizar membodohkan diri dan PAS dengan menjadi alat dan juga pemuas nafsu serakah DAP. JAngan salah paham,...Nafsu terhadap tanah-tanah yang terbentang luas di Perak...(Yang lain saya tidak tahu....).Rakyat Perak kena sedar. Bijak dan Faham kenapa penting dan perlunya kita menolak Parti PR ini. Mana mungkin Parti yang melindungi Penderhaka Sultan kita biarkan terus bertindak sesuka hati. Apapun Pilihanraya 2 Bukit dan 1 Batang ini akan kita saksikan dan menjadi penerus kepada Pilihanraya yang adil dan Telus. BN akan terus memperjuangkan dan membela nasib Rakyat sejak dari dulu. Cuma saya mohon pada pucuk pimpinan Parti agar dapat memilih calon yang benar-benar layak serta dapat diterima oleh segenap lapisan masyarakat. Bukan hanya sekadar memenuhi kuota dan juga menjaga hati sesetengah pihak...

Pssst..: lagi satu, tahniah juga saya ucapkan pada YAB Ketua Menteri Melaka. Dalam kesibukan beliau sebagai Ketua Menteri dan juga sebagai calon Tmbalan Presiden UMNO, beliau telah pun persiapkan jentera untuk membantu di DUn Kuala Sepetang , Parlimen Bukit Gantang. Team Melaka akan ke sana dan mula bertugas pada 15hb Mac, 2009 ini. Jadi kepada sahabat-sahabat saya UNIT IT Melaka, selamat bertugas. Semoga cekal.Jumpa nanti di Bukit Gantang!!!!!

Monday, November 10, 2008

YELAH APA PULAK NAK BER"KEM"-"KEM"..ref::Malaysiakini

Ketua Menteri Melaka, Datuk Mohd Ali Rustam yakin pertandingan jawatan timbalan presiden Umno akan berlangsung dalam semangat kekeluargaan dan tidak akan mewujudkan kem-kem tertentu.

"Ini kerana keutamaan ahli adalah kepada parti dan pemilihan pucuk pimpinan tertinggi parti adalah proses demokrasi dalam mana-mana parti," katanya dalam satu kenyataan hari ini.Mohd Ali yang juga naib presiden Umno adalah antara tiga calon yang akan bertanding merebut jawatan tersebut dalam pemilihan Umno Mac depan.Dua calon lagi ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tan Sri Muhammad Muhd Taib.

Mohd Ali mengulas kenyataan Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam bahawa pertandingan dalam parti itu telah mewujudkan tiga kumpulan penyokong dan ia boleh menyebabkan perpecahan.Sehubungan itu, Abdullah berharap penyokong tiga calon timbalan presiden akan bersatu dan kembali bekerjasama selepas pemilihan pucuk pimpinan parti itu selesai pada Mac depan.

Mengulas mengenainya, Mohd Ali berkata, ahli-ahli Umno sudah matang dan mereka boleh membuat penilaian terbaik terhadap mana-mana calon yang menawarkan diri untuk bertanding. Katanya, pertandingan perlu dilaku secara sihat dan jangan ada unsur-unsur fitnah memfitnah, memburuk-burukkan lawan atau sabotaj di kalangan calon-calon tertentu.

Menurutnya, perbuatan seumpama itu akan memberi kesan negatif atau implikasi buruk kepada Umno sendiri."Kepada semua calon yang melepasi kuota pertandingan, saya ucapkan tahniah dan mesti menjaga imej dan mengutamakan parti dalam usaha meraih sokongan untuk menang jawatan yang ditandingi kelak."Kita mesti ada integriti, ikhlas, bekerja bersungguh-sungguh dan sanggup berjuang untuk memartabatkan Umno, BN dan kerajaan untuk memastikan rakyat sentiasa dibela dan memihak kepada kita dalam setiap kali pilihanraya sama ada pilihanraya kecil atau umum.

"Saya kira jika kita ikhlas dan melaksanakan segala kehendak rakyat, sudah pasti mereka akan terus bersama Umo dan kerajaan Barisan Nasional," katanya.

MES:
Sudah sampai masanya kita buat pilihan kita sendiri.Masih Ada masa untuk menilai prestasi, dan juga sejarah/susur galur perjuangan politik seseorang calon yang saya kira perlu dihayati dan diketahui oleh semua perwakilan. Soal wujud kem-kem ini tidak seharusnya ditimbulkan.Adat pertandingan...waimah lumba lari peringkat sekolah pun kita mempunyai "team" dan kita mempunyai "penyokong" kita sendiri....(huhh teringat pulak wakil sekolah lumba lari 110m lompat berpagar..) Maka mulai dari saat inilah para jentera calon-calon perlu memahami kehebatan dan ketokohan calom pemimpin yang mereka bawa. Silalah beritahu Apa bagusnya dan hebat dan kenapa perlunya kota memilih calon timbalan presiden ini. Bukan dengan memfitnah dan memburukkan lawan...aish...dah la kita semua malu dengan apa yang berlaku pada Mesyuarat UMNO seremban semalam. Nasib baik sahabat saya Ketua Puteri Seremban, kak wan tidak kena apa-apa....
apalah nak jadi....bila emosi menguasai diri kan....?
bukan kat orang UMNO je tau.. kita semua..semua ada emosi jadi kawal-kawallah...

Thursday, October 23, 2008

MESYUARAT MAJLIS TERTINGGI 30/10/08

Salam semua, lama rasanya tidak menulis. Terima kasih pada semua sahabat-sahabat yang sudi meninggalkan pesanan dan nasihat buat saya (terharu rasanya).Hari ini hari yang ke 11 saya berpantang. Tapi tidaklah berpantang sepenuhnya..Ada juga yang saya tak ikut..

Tadi saya baru sahaja terima pesanan ringkas (sms) yang mengatakan bahawa Mesyuarat Majlis Tertinggi akan mengadakan mesyuarat pada 30/10/08. Antara perkara yang akan dibincangkan adalah mengenai perlu atau tidak pemilihan UMNO diadakan pada Disember 2008? walaupun peralihan kuasa di antara Perdana Menteri dengan Timbalan Perdana Menteri akan dibuat hanya dalam MAC 2009. Dalam hati saya ini mesti gara-gara gesaan yang dibuat oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin...(tidak lama dulu....macam biasalah kan?..). Kasihan saya dengan Presiden Parti yang terpaksa membuat keputusan bagi bincangkan perkara ini lagi sehingga ke tahap ini. Saya dapat bayangkan keaadaan Pak Lah. Walaupun sebelum ini selepas Permatang Pauh, saya juga berpendapat yang Peralihan Kuasa 2010 perlu dipercepatkan. Namun bila pengumuman yang dibuat oleh Pak Lah bahawa peralihan kuasa akan dibuat pada Mac 2009, maka saya kira semua pihak perlulah hormatinya..Apapun kita tunggu sajalah apa keputusannya...

Ramai kata sebab tempoh pemilihan yang lama ini akan berlakunya gejala politik Wang?Benarkah begitu? Kalau benar sejauh mana ianya berleluasa...?
Bila bercakap soal ini, saya suka nak fokuskan pada pemilihan Puteri UMNO peringkat NAsional, memandangkan bahagian-bahagian sedang bermesyuarat lagi. Saya rasa kiita perlulah ada sikap yakin diri dan juga sedar diri.
= Yakin diri / Sedar Diri maknanya yakin dengan kebolehan dan kemampuan diri sendiri... Kemana hala tuju dan apakah bentuk perjuangan yang ingin dibawa dalam Puteri Ini nanti.Jadi, pemilihan perlulah berasaskan kredibiliti dan kemampuan seseorang calon. Adalah tidak adil rasanya jika kita memilih seseorang itu jika di atas faktor RM(Ringgit Malaysia). Elaklah dari menjadi seperti ini. Ada juga aduan yang saya terima dari pihak B, katanya yang pihak A main politik wang, lepas itu pulak pihak A pun mengadu yang pihak B juga membuat perkara yang sama dan menafikan yang pihaknya (pihak A) terlibat dalam gejala itu. Pada saya senang, (DENGAN KADAR YANG SEGERA...)jika berlaku keadaan seperti ini, buat laporan secara bertulis beserta dengan bukti. Jadi soal Fitnah mefitnah tidak akan timbul..Kalau nak layan ...sampai 100 tahun pun cerita pasal ni tidak akan berakhir..

Pada saya juga kini bukanlah masa nak tunjuk siapa yang hebat.siapa lantang atau tidak lantang.., Siapa rajin atau siapa yang pemalas, Siapa yang pandai ambil hati bakal ketua atau siapa yang langsung tidak pandai ambik hati... Siapa berduit..dan siapa yang sengkek.. Kita banyak lagi ni agenda perti yang menjadi Misi kita yang perlu kita perjuangkan..

Apapun, Saya bersetuju dengan pendapat Musa Hitam..UMNO juga harus menyedari kemerosotan sokongan rakyat terhadapnya pada pilihan raya umum lalu mempunyai kaitan rapat dengan masalah persepsi.Katanya, antara yang menyumbang kepada masalah persepsi itu adalah isu rasuah, salah guna kuasa dan memikul tanggungjawab yang merupakan satu tuntutan rakyat.Katanya, rakyat pasti tidak akan menerima apa yang diperkatakan oleh pemimpin jika pemimpin terbabit tidak mempunyai kredibiliti pada pandangan mereka.“Kalau imej mereka sudah tidak diterima, apa juga yang dikatakan oleh pemimpin-pemimpin itu tidak akan diterima oleh rakyat,”.

MES: Walaupun sukar nak buang penyakit lama yang dah bertapak dalam UMNO ini, kita kena perlu sentiasa ingat-mengingatkan antara satu sama lain.., Kita tak boleh patah semangat. Sebagai ahli UMNO kita kena kuat semangat.susah? memanglah...
mana ada benda yang senang dalam dunia ni selain daripada nak buat kebaikan? Nak buat jahat senang saja......(kalaulah kita ada kuasa sakti...huuh teringat cerita masa zaman kanak-kanak dulu.."i dream of jeannie"...).

Wednesday, October 8, 2008

Pak Lah tidak akan mempertahankan jawatan presiden UMNO pada pemilihan UMNO nanti.

Selepas mempengerusikan majlis mesyuarat tertinggi BN , Pak Lah telah umumkan tidak akan mempertahankan jawatan Presiden Parti pada pemilihan Parti UMNO ini nanti. Ini adalah 1 contoh proses peralìhan kuasa yang agak lancar saya kira. Ini juga satu petunjuk bahawa Pak Lah dan ada ramai juga pemimpin UMNO mengamalkan sikap toleransi yang membawa kepada persefahaman dalam perjuangan parti yang mana matlamatnya ke arah menstabilkan keadaan politik tanahair kini. Begitu juga dengan keputusan bagi pengganti kepada Perdana Menteri akan dibuat pada Mac ini kepada siapa yang memenangi Jawatan Presiden Parti ini nanti.apapun kita tau, Bukan mudah keputusan yang dibuat oleh Pak Lah ini. Tetapi, saya yakin dan percaya bahawa ramai yang menghargai dengan keputusan ini. Mungkin ini jalan dan keputusan yang terbaik..

Monday, September 15, 2008

PERJUANGAN UMNO PENUH LIKU...dI tANGAN KITA PENENTU....wallahulam...

Assalamualaikum semua
Dah lama saya tak menulis. Maaflah. Modem saya yang rosak...memang betul-betul memberi kesan akibat dah lama tidak menulis dan membaca catatan di blog kawan-kawan. Ini pun saya menumpang kasih wi-fi di Old Taste Kopitiam. Dapatlah saya menulis dan maklumkan apa juga perkembangan yang terbaru.

Sebelum itu, petang tadi sempat saya bersama mengikuti Majlis Perundingan Belia Negeri Melaka 2008 yang telah diadakan di PUteri Resort, Melaka. YAng telah disempurnakan oleh YB Datuk Idris Haron. Ramai juga pemimpin belia yang hadir. Banyak juga agenda penting yang dibincangkan. Tetapi, saya tidak dapat tunggu sampai habis kerana saya mendapat panggilan penting. Mahu tak mahu, saya terpaksa keluar dari Majlis tersebut.

Berbalik pada cerita saya yang awal, dalam 4 hari ini macan-macam hal yang berlaku. izinkan saya menulis selanjutnya......

1)Bukan buta hati, bukan buta mata dan juga bukan pekak telinga.. bukan saya tidak nampak apa yang berlaku dan tidak peka terhadap apa jua yang berlaku. Tapi dalam hal yang berlaku dalam UMNO pada hari ini.Saya benar-benar rasa amat resah. Pada saya sesuatu perubahan yang drastik perlu dilakukan dalam UMNO dengan SEGERA!

2) Saya secara peribadi menyokong bahawa hak saya sebagai ahli dan juga sebagai mewakili kawan-kawan saya yang lain selaku rakyat Malaysia ...rata-rata.hampir kesemuanya meminta supaya pelan peralihan kuasa di antara PM dan TPM perlu dilakukan segera. Memanglah, bila kita cakap mulut....sapa yang nak percaya?.... waimah cakap ketua Puteri Negeri pun orang masih lagi boleh mempertikaikannya.....Sapa saya? Tak kisahlah. Cakap apa yang benar. Mesej dari sahabat-sahabat dan akar umbi perlu disampaikan....walaupun makan diri.

3) Jadi mingu lepas saya dan beberapa sahabat saya yang lain bercadang untuk menjalankan kajian soal selidik tentang apa yang berlaku tentang senario politik di negara kita. Tapi,khusus untuk orang muda negeri Melaka. HAnya secara rambang kajian dibuat terhadap orang muda melaka yang tidak kira latarbelakangnya.Pelajar? Pekerja kilang? Professional? Periaga? Orang susah...Orang kaya?.... semua ada..jadi maknanya, kajian soal selidik ini adalah mewakili suara orang Muda Melaka.

4) Ini sahaja usaha yang kami buat untuk menunjukkan bahawa kami cakap bukan sebarang cakap..tapi dengan bukti dan kerjarumah yang telah kami lakukan...

5) Kami orang muda perlukan nafas baru dalam UMNO dan juga Kerajaan BN. Bukan budaya yang boleh menjadikan kita ini semakin lemah dan dibenci orang. Bukan juga menjadi pemimpin yang tiada pendirian...dan menjaga hati semua orang. Tetapi menjadi pemimpin yang sensitif dengan tuntutan rakyat. Buat kerja dan laksana tanggungjawab baik dengan pendekatan yang terbaik serta boleh diterima oleh segenap lapisan rakyat.

6) Pilihan terletak pada semua ahli UMNO.Kita memikul tanggungjawab yang besar untuk memilih dan menetukan masa depan UMNO terletak di tangan semua ahli UMNO sekarang. Saya? Dah tentu saya sayangkan PArti dan saya sayangkan Presiden Parti. Tapi, Sayang saya pada Parti Lebih. Jadi saya minta maaf Presiden Parti.... Rakyat dah lama bersuara....KITA KENA BERUBAH...

7) Saya tidak mahu akan datang kawan-kawan dan saudara mara saya menyalahkan saya nanti kerana tidak membuat keputusan yang betul sehingga mengakibatkan UMNO tidak akan hidup dan mekar lagi....Beban pada saya selaku Ketua Puteri UMNO Melaka menyampaikan suara hati anak muda , puteri UMNO Melaka...Mungkin ada sahabat saya yang lain tidak bersetuju dengan saya.Terpulang.........

Saya serahkan segalanya pada ketentuan ILLAHI. Saya dah berusaha, saya dah cakap, saya dah sampaikan pada yang sepatutnya.....Saya tidak akan berhenti..saya akan terus bercakap... dan menulis.

mes:
teringat saya semalam sahabat UMNO Dewasa (bukan tua)ada yang menegur saya kerana katanya saya dah berubah sebab dulu tak macam ni. Saya cakap Inilah saya, cuma dulu saya banyak melihat..tak banyak cakap ,hanya banyak menyimpan di dalam hati...Tetapi sekarang tak boleh lagi.......
apa yang tidak betul, apa yang tidak kena...saya perlu sampaikan.... semoga saya diberikan kekuatan....insyaallah
orang pun dah nak tutup kedai..jumpa lagi..wsalam.... selamat bersahur!!

Tuesday, September 9, 2008

TDM AKAN KEMBALI KE PANGKUAN UMNO?

jIKA benar bagai dibaca...phuh... saya pasti bukan saya sahaja yang gembira. Tapi kawan-kawan puteri saya yang lain juga turut geMbira dengan berita ini...TAPI jika benar bagai dibacalah... ( www.pemudaenggang.wordpress.com).

Buat apa nak membawa hati yang lara..melihat UMNO dari kaca luar. Alangkah baiknya jika TUN kembali bersama UMNO kini, dan membantu apa yang patut dilakukan di dalam .
Persoalan demi persoalan mungkin akan banyak yang timbul.

Apapun..yang pasti kembali TDM ke dalam UMNO bukan sebarang kembali..tetapi KEMBALI YANG PENUH ERTI.

ISU PERKAUMAN: Satu Petanda yang amat bahaya...

Apabila melihat kekecohan yang berlaku melibatkan isu minta maaf Datuk Ahmad ISmail semalam. Saya menggelengkan kepala. Malu.Malu yang amat sangat dengan perangai penyokong yang tidak matang serta bertindak yang keterlaluan di luar batasan seorang rakyat Malaysia. Berlatarbelakangkan lambang UMNO, dengan perasaan marah mengoyak gambar Mantan Ketua Menteri P.Pinang.Tidakkah terlintas di fikiran mereka yang tindakan ini bakal menggugatkan perpaduan Kaum, serta mencalar UMNO itu sendiri.Memang sebelum ini saya ada komen mengenai isu Datuk Ahmad ismail ini.Ingatkan ianya akan berakhir,tetapi (ada lagi?!!) nampaknya berlarutan..malah melarat hingga insiden mengoyak gambar Pemimpin. Ini tidak bagus..sungguh tidak bagus. Saya sebagai Ahli PArti UMNO pun rasa tindakan penyokong Datuk Amad ISmail ( saya kira penyokong..sebab saya tidak kenal pun mamat tu).


Kini, ada pula cadangan dari Panglima Angkatan tentera Malaysia, yang menyarankan Kerajaan supaya mengambil tindakan tegas ke atas pihak yang membangkitkan isu perkauman kerana ianya boleh mengancam keselamatan Negara. Saya secara peribadi, merasakan bahawa cadangan itu sangat baik. Cuma, harapan saya biarlah tindakan yang dikenakan itu terpakai kepada semua.Jadi mana-mana pihak selepas ini yang cuba membakar api dia akan fikir dua, tiga kali.. Sayang mulut sikit bila bercakap...
Tidak ada soal "aku kebal...engkau tidak kebal..oleh itu aku boleh cakap dan buat apa sahaja". Tapi selepas ini sekiranya ada apa-apa insiden seumpama ini kenalah disiasat siapa yang bertindak ke arah itu. Yelah, kadang-kadang lebih sudu dari kuah. Orang yang bercakap tidak ada apa-apa, tetapi..orang lain yang lebih menunjukkan perasaan dan emosinya.Keduanya berkait. Cuma beban tu kenalah pada mereka yang benar-benar membangkitkan isu kaum yang boleh cetus kepada kestabilan dan keselamatan negara.

Tambahan pula selepas Insiden ini , sekiranya ada lagi tindakan yang melibatkan ahli parti. Maka, Parti yang terlibat hendaklah mengambil tindakan sewajarnya terhadap ahli Parti mereka yang boleh kita kategorikan sebagai "mulut longkang "itu.Janganlah biarkan mereka ini mengganggu-gugat keharmonian kaum negera kita ini,khuatir ada pihak yang akan "cuba menangguk di air yang keruh nanti".

Dalam kes Datuk Ahmad Ismail ini, kemarahannya kepada Koh Tsu Koon tapi biasalah ianya terpalit juga kepada kaum cina. Saya dah baca ucapan penuh Datuk Ahmad Ismail sewaktu Sidang akhbar semalam...hmmm...penuh bersemangat....
ntahlaaa.....
Apapun, Malaysia ini berbilang kaum. Hormat-menghormatilah antara satu sama lain. Cukuplah kes Ahmad Ismail ini. Niatnya, hasratnya saya faham dan saya mengerti.
Buat sahabat-sahabat dari kaum/bangsa cina waimah yang lahir dari setitis darah orang cina... tolong jangan salah tafsir apa yang berlaku semalam. Tidak semua orang Melayu bertindak sebegitu. Kita bersama perlu ada perasaan syukur di atas keharmonian kaum yang telah lama kita kecapi selama ini.

Saturday, July 19, 2008

BILA MASA CEPAT BERLALU.....

Assalamualaikum buat sahabat-sahabat semua.... Dah hampir 2 minggu saya tak dapat meluangkan masa untuk menulis. Macam-macam hal nak dikongsi bersama... nak menjawab soalan sahabat2.. tapi ada sahaja perkara yang menghalang.. Ni saya ada masa 30 minit sahaja untuk menulis segalanya.. Ptg ni jam 2.30pm saya menjadi Wakil UMNO Bhgn. ke mesyuarat UMNO Cwgn Air Hitam Darat, Dun Tg Bidara.Hmm.. kali pertama dapat peluang menjadi wakil UMNO Bhgn. Walaupun saya tengah demam ni..peluang ni takkan saya persiakan.. Bagi UMNO BHGN MT, cawangan telahpun bermula bersidang hari semalam...Saya belum dapat apa-apa berita pasal persidangan semalam. Kali ini mungkin agak menarik kerana tahun ini tahun pemilihan... jadi saya dapat menjangkakan pelbagai perkara yang menarik akan berlaku..Apapun, saya ingin ucapkan selamat bersidang kepada semua ahli UMNO yang layak untuk memilih dan dipilih.. Semoga anda dapat memilih dengan sebaiknya dan sekiranya dipilih maka jadilah pemimpin yang bertanggungjawab.. Kalau tak tahu,Belajar dan tanya pada yang tahu... Jangan jadi Bodoh Sombong...Ini masa yang agak mancabar buat semua ahli UMNO. Masa depan UMNO terletak di tangan kita.Kita yang corakkan ia....


Macam-macam hal jugak yang berlaku. Semalam sewaktu saya sdg mesyuarat di KL aya dpt sms yang mengatakan S/U Kerja Pu3 Negeri Melaka Suhana terlibat dalam kemalangan. Peha kiri patah. Then saya terus rush balik ke Melaka. Tiba di hospital Putra, jam 4pm...saya sempat lihat dia dibawa masuk ke OT. Kebna operate nak masukkan besi ke dalam pehanya. Difahamkan hasil pemeriksaan xray, tulang pehanya patah dan hancur. uish...saya rasa sungguh sedih... semoga Sue tabah dan banyak bersabar. segala yang berlaku ada hikmahnya. Itu yang bila tunggu di hospital tiba-tiba badan saya rasa seram sejuk..macam nak demam..Badan mula panas..last2 saya tumpang lepak di bilik 8-katil 18..kebetulan AJK Puteri Negeri saya, Asrina pun warded di situ. Baru selesai pembedahan appendiks.... nampak luaran dia macam kuat..tapi...heheh...ok ok..kak emy takkan kutuk awak ok.. to asrina jugak take a good care of urself... saya tahu dia seorg yang tabah..Bila suami saya sampai , saya terpaksa pulang ke rumah bila badan makin panas.Kepala pening. Mesyuarat Puteri UMNO Bahagian yang telah saya susun pun terpaksa saya wakilkan kepada ajk saya untuk handlekan mesyuarat..saya betul-betul tak larat......


Pagi ni, panas badan kurang sikit...tapi saya belum sihat sepenuhnya. Saya sempat telefon SUe. Sue kata dia ok..Alhamdulillah..Dia dah terima hadiah coklat yang saya belikan semalam..Biar dia makan dan relax di hospital...Saya pun sempat mintak bantuan Pengerusi Biro Kebajikan saya Yati Zainal untuk membuat sedikit kutipan derma sumbangan ahli-ahli puteri untuk membantu Suhana. Untuk makluman sahabat-sahabat puteri semua, kedua ibu dan ayah suhana mengalami "Stroke". Mereka tidak boleh berjalan dan tidak mampu menguruskan diri mereka sendiri. Selama ini Suhana yang banyak berkorban membantu mereka.. to all my gals..., sudi-sudilah membuat sumbangan dan sama-samalah kita membantu.


Hmm...sekejap je masa berlalu dah pun hampir 1.30pm... pkl 2pm dah nak gerak ke Air Hitam DArat....semoga saya akan dapat luangkan masa lagi...Insyaallah...To Sahabat Mutaligat, t.k kerana concern jugak blog ni lama tak di update.. Boleh...no hal.. akan masukkan pautan blog anta kat sini..tapi hari ni tak sempat laa.... jumpa lagi semua.. wsalaam...

Monday, June 30, 2008

BAHANG SEMAKIN TERASA.....

Minggu Lepas, Jumaat : 27/6/08 saya telah menghadiri Mesyuarat Exco Puteri Malaysia. Turut hadsir ke mesyuarat kami adalah Setiausaha Agung UMNO Msia, iaitu Datuk Seri Tgku Adnan MAnsor... Penjelasan dan penerangan telah diberikan oleh beliau. Antara yang disentuh adalah mengenai status keahlian Puteri, Persidangan Cwgn2, Tataetika yang baru serta pemilihan yang akan datang..
Banyak juga yang telah beliau kongsikan bersama kami. Esp.pengalaman beliau yang lama di dalam UMNO. Yang baik kita jadikan teladan..... kan?

Tahniah juga ingin saya ucapkan kepada YB Rosnah Shirlin yang telah mengumumkan akan menawarkan diri sebagai calon Ketua Puteri UMNO Msia. Begitu juga dengan YB Dato Shahaniza Shamsuddin pun turut sama menawarkan diri sbg. calon KPUM. Yang lain2....mungkin belum sampai masanya utk umumkan... atau mungkin masih lagi sedang mempertimbangkan untuk menawarkan diri sebagai salah seorang calon KPUM. Dengar2 dalam 5 orang.. Tapi apapun... yang penting, bak kata Tgku Adnan... wpun masing2 bertanding, masih lagi boleh tidur sebantal dan sebilik.Turut sama menawarkan diri bagi jawatan tinggi pada hari tersebut adalah Nordiana Shafie, ketua Puteri Terengganu sebagai Naib KPUM.

Harapan saya kepada semua teman2.... kita dah lama melalui suka duka susah senang bersama.... masing-masing ada cara dan pendapat sendiri kenapa mereka ingin menawarkan diri bagi sesuatu Jawatan... Elakkan dari memburuk-burukkan orang lain...
Tetapi beritahulah kepada Orang Lain apakah kehebatan dan sumbangan yang boleh kita bawakan sekiranya kita dipilih.... Itu yang sewajarnya...

Tengahari tadi saya menerima panggilan dari suami saya yang mengatakan ada orang yang ingin bercakap dengan saya sewaktu beliau di restoran....
hmm..... ketua cwangan tut...MR.M rupanya.nampaknya beliau ingin menawarkan diri sebagai salah seorang calon yang ingin bertanding sebagai AJK UMNO bhgn ...Eloklah tuh.. saya rasa tak salah malah sesuatu yang sihat apabila ada orang yang ingin bertanding menyatakan hasratnya...(saya pun akan alami perkara tu..ahaksss.)
tapi saya mohon maaf kepada Mr.M kerana telah meng"interview" beliau.. bukan untuk menidakkan kebolehan beliau.... saya dah nampak beliau boleh bekerja.. n yet he delivered..saya tanya kepada beliau kenapa nak bertanding jwtan trsbt....dan sekiranya beliau menang sebagai AJK UMNO Bhgn,..dan diberikan peluang untuk memegang sebagai pengerusi Biro, maka apakah Biro yang beliau hendakkan?(pheh..Ketua Bhgn pun tak tanya gitu..sori Bos!)dijawab beliau, Biro Kebajikan.kerana....bla...bla...bla...(jwpan adalah rahsia..)Oklah tu...ada misi dan Visi bagaimana nak membantu masyarakat Melayu islam di Masjid Tanah... saya doakan beliau berjaya nanti... at the end of the conversation..sempat juga beliau kata kepada saya:
"oh emy... sampai hati kau nak interview abang ek....."... bukan macam tu maksud saya, tapi at least saya tahu apakah rasionalnya beliau ingin bertanding..
bukan untuk menidakkan keupayaan beliau... kerana saya tahu beliau boleh bekerjalah saya menyoal sedemikian rupa...

Makin hangat..makin panas.... sama-samalah kita buat yang terbaik.... jangan lupa..ini masih lagi waktu yang sukar utk UMNO memulihkan kembali kepercayaan sahabat-sahabat, keluarga dan orang ramai yang semakin pudar kepercayaan mereka bahawa UMNO lah yang mampu memperjuangkan nasib orang Melayu Malaysia...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...