-inilah hidupku,catatanku.. utk kehidupan yang amat mencabar ni.... Kita perlu warnainya..corakkan ia... dan jaganya...-
Friday, August 15, 2008
DARI MELAKA KE PERMATANG PAUH.......
Semalam setelah saya mesyuarat Khas Jentera Puteri Negeri Melaka, saya rasa puas hati kerana AJK Pu3 Negeri saya sangat memberikan kerjsama yang baik dalam menguruskan Jentera kami ke Permatang PAuh nanti... Pujian harus saya berikan kepada Naib Ketua Puteri Negeri saya Kak Faizah yang telah menguruskan segala hal berkaitan anak angkat. Begitu juga Along S/U Pu3 Negeri saya yang membantu saya menyelaraskan kerja2 dan Jentera Puteri negeri . Begitu juga Yaty Ket.Penerangan Pu3 Negeri yang dari Putrajaya yang tidak putus2 menelefon dan sms saya bertanyakan perkembangan serta tugasan yang akan diberikan...serta ajk kami yang lain.. Su yang dalam MC pun hadir ..datang nak serah tugas kepada pembantu beliau Rita yang baru mulakan tugas barunya semalam..lega sikit hati saya....Kerja Puteri banyak yang boleh diselesaikan..
Begitulah harapan saya.....Kita hadir di Permatang Pauh bukan untuk suka-suka, Bukan untuk menunjuk2 kepda Parti lain yang kita ini hebat... Tapi demi semangat membantu BARISAN NASIONAL dan UMNO di sana KAMI HADIR DI SINI.Tambahan pula kali ini kali pertama Puteri diberi peluang untuk membuat Bilik Gerakan dan Bergerak di atas tiket PUTERI BARISAN NASIONAL.. We should feel proud of it!!Saya kira kita semua perlulah ambil peluang,mainkan peranan yang penting ini.Kerana ini medan Pertempuran dan pendedahan yang baik untuk semua PUTERI BARISAN NASIONAL.. Saya berbangga dengan sahabat2 saya yang sudi datang bersama-sama jentera Pu3 mereka tidak kira dari Pu3 Melaka atau PU3 Negeri lain. Padahal kita tahu sekarang tengah hebat musim mesyuarat cawangan....dan banyak antara sahabat2 PU3 saya yang sedang hebat bertanding di bahagian..tetapi demi tugas dan Tanggungjawab, mereka sanggup meninggalkan sekejap bahagian mereka demi menjenguk, membantu shbt2 PU3 Pulau Pinang/ Jentera PU3 BN . Sedikit sebanyak kehadiran mereka saya percaya akan memberi sedikit suntikan semangat kepada sahabat2 JEntera BN di sini.Tahniah saya ucapkan..Yang membezakan kita antara mereka yang lain adalah semangat PUTERI, UMNO DAN BN itu sendiri..itu semua sebahagian daripada jatidiri kita... Tambahan pula, BONUS yang akan kita perolehi di sini adalah Pengalaman. Bagi saya sendiri inilah kali pertama saya mengalami Pilihanraya Kecil Peringkat PARLIMEN. Memang banyak jentera dan kudrat yang diperlukan.......Percayalah sahabat-sahabat PU3...sesungguhnya pengalaman seumpama ini kalau kita tidak rasainya sendiri.... saya PASTI anda akan merasai kerugiannya. Datanglah beb....
Pagi sebelum tu YAB Ketua Menteri Melaka memberi sedikit ucapan selamat Jalan kepada Petugas semua.Hari ni seramai 30 orang petugas yang bergerak dulu.(UNit IT saya= 10 org, Pegawai Seranta= 20org).setelah selesai semua urusan ,Saya bertolak ke Permatang PAuh jam 11am.Kami tiba dalam jam 5.30pm setelah sesat sekejap di area JURU..dalam perjalanan saya ke Bilik Gerakan, saya sibuk menelefon dan meng"order" barang alatulis bagi keperluan Bilik Gerakan Melaka. Thanks to Idamoerni Exco Pu3 Msia (KPU3 Bukit Gelugor)yang banyak memudahkan urusan saya ke sana. Berbeza di Pilihanarya Batu Talam dan Ijok... saya terpaksa ke kedai alatulis sendiri dan mencari & membeli alatan,Tapi hari ni elok saya rehat sekejap,Jam 6.30pm lori barang alatulis pun sampai.... hmmm alhamdulillah..mudah...Kpu3 Bahagian saya Yaty HAmdzah dari Kota Melaka pun dah sampai .Dia ajak juga tidur di hotelnya tapi saya tak sempat la nak jenguk ..tapi i'm sure esok kita pastu berjumpa...
Bila team IT dok menyebut kueh tiaw...apalagi? kami pun tinggalkan kejap Bilik Gerakan nak mencari Kueh Tiaw di kedai ABg IS...sedap sangat! Sempatlah kami berjumpa dengan sahabat pemuda dari Tasik Gelugor sewaktu di kedai makan tersebut..hmmm Waktu saya menulis blog ini, jam dah pun menunjukkan waktu 4.56 pagi... saya bersama adik2 TEAM IT saya, maznah, jun, asri, Fairuz, Ayu dan Yati masih lagi sibuk menyiapkan persiapan bilik Gerakan kami.. Esok kami kena pastikan Bilik Gerakan BN Melaka ini siap dan lengkap dengan datanya. Banyak perkara yang perlu dilakukan esok pagi juga...huh...nak cari mesin photostat, register telefon dan fax.Beli barang keperluan Bilik Gerakan dan Petugas....(Faisal dah tidur dulu...penat/pening agaknya bau cencalok yang pecah dalam van tadi kuat sangat baunya..). Si maznah pulak tak habis2 asyik ke bilik air....kojap2 ko bilk air..kojap ko bilik air...ntah apa kena ntah salah makan ke?..saya kira dah dekat 5 kali dah ni...hheheheh...
oklah... selamat berjuang semua...apapun jaga diri baik2....
wsalam....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
salam
baru jumpa blog kau thru aneez's... hebat! :)
nanti kalau ada gathering batch kita, join la yek...lama giler tak jumpa kau!
Post a Comment