-inilah hidupku,catatanku.. utk kehidupan yang amat mencabar ni.... Kita perlu warnainya..corakkan ia... dan jaganya...-
Showing posts with label Puteri Umno Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Puteri Umno Malaysia. Show all posts
Wednesday, November 30, 2011
Wednesday, April 22, 2009
BARISAN BARU PEGAWAI PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA
Salam, semalam 1 mesyuarat khas Pergerakan Puteri Umno Malaysia telah diadakan bertempat di tingkat 38 Pwtc, K.L. semalam juga menyaksikan pengumuman perlantikan pegawai-pegawai Puteri Umno Malaysia yang baru . tahniah diucapkan kepada YB Dato Rosnah , Ketua Puteri UMNO Malaysia yang telah mempengerusikan mesyuarat puteri Malaysia dengan semangat dan karisma yang baru.
Berikut adalah nama Pegawai yang telah diberikan kepercayaan dan tanggungjawab untuk memastikan kejayaan Puteri bersama barisan Exco nnt:-
Penolong Setiausaha: Azita Abd Rahman (dulu Ketua Puteri Negeri Pahang)
penolong Bendahari: Dr.Wan Norashikin (dulu Ketua Puteri Umno Perak)
Ketua Penerangan: Nordiana Shafie (dulu Ketua Puteri UMNO Terengganu)
setiausaha Kerja: Radin Kartini
Ketua Puteri UMNO Malaysia akan mengumumkan barisan Exco yang akan mengetuai Biro serta Ketua Puteri Umno Negeri-negeri setelah Mesyuarat Majlis Tertinggi Jumaat ini yang akan dipengerusikan oleh DSN (Dato Seri Najib)hmm..ada juga tdengar2 akan melibatkan perubahan Pengerusi Badan Perhubungan....
Kita tunggu dan lihat sahajalah.
Berikut adalah nama Pegawai yang telah diberikan kepercayaan dan tanggungjawab untuk memastikan kejayaan Puteri bersama barisan Exco nnt:-
Penolong Setiausaha: Azita Abd Rahman (dulu Ketua Puteri Negeri Pahang)
penolong Bendahari: Dr.Wan Norashikin (dulu Ketua Puteri Umno Perak)
Ketua Penerangan: Nordiana Shafie (dulu Ketua Puteri UMNO Terengganu)
setiausaha Kerja: Radin Kartini
Ketua Puteri UMNO Malaysia akan mengumumkan barisan Exco yang akan mengetuai Biro serta Ketua Puteri Umno Negeri-negeri setelah Mesyuarat Majlis Tertinggi Jumaat ini yang akan dipengerusikan oleh DSN (Dato Seri Najib)hmm..ada juga tdengar2 akan melibatkan perubahan Pengerusi Badan Perhubungan....
Kita tunggu dan lihat sahajalah.
Sunday, November 2, 2008
189 BAHAGIAN PUTERI SUDAH BERMESYUARAT. BAKI MENJADI REBUTAN BAGI PENCALONAN KETUA PUTERI MALAYSIA..

Sekali lagi naib ketua Puteri Umno, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin dan ketua penerangan pergerakan itu, Datuk Shahaniza Shamsuddin memperolehi pencalonan yang sama banyak.Hari ini mereka menambah pencalonan dan masing-masing memperolehi 61 pencalonan sehingga lewat petang tadi.
Rosnah mendapat pencalonan tambahan hari ini dari bahagian Teluk Intan, Perak dan Pulai, Johor.Manakala Shahaniza pula memperoleh pencalonan dari Temerloh dan Sungai Siput.Seorang lagi calon, setiausaha pergerakan Bibi Sharliza Mohd Khalid mendapat pencalonan tambahan dari bahagian Kota Bharu dan Tampin.Berikutan itu, beliau sehingga ini memperolehi 24 pencalonan.
Manakala pengerusi tetap Puteri bahagian Petaling Jaya Utara Ida Rahayu Mohd Noor berjaya memperolehi dua pencalonan yang diperlukan untuk layak bertanding jawatan ketua pergerakan itu.Hari ini beliau mendapat pencalonan yang diperlukan itu dari bahagian Kulim-Bandar Baharu.
Pengerusi biro keahlian pergerakan itu, Datin Ismalina Ismail masih kekal dengan 30 pencalonan, Ketua Puteri Pulau Pinang Azlina Mehtab Mohd Ishaq (10) dan ketua Puteri Terengganu Senator Nordiana Shafie (1).Sebanyak 189 bahagian Puteri telah bermesyuarat setakat ini.
Sumber:-Malaysia Kini
MES:
Dah hampir ke penghujung bab pencalonan. Tahniah kepada sahabat-sahabat yang telah berjaya mendapatkan pencalonan sebagai Ketua Puteri Malaysia. Walaupun ianya hanya memerlukan sahaja pencalonan bagi melayakan diri sebagai calon Ketua Puteri Malaysia, saya yakin kali ini pemilihan Ketua Puteri Malaysia amat menarik dan akan menyaksikan saingan yang amat mantap. Masing-masing mempunyai kehebatan tersendiri, prestasi kerja yang baik dan nilai kepimpinan yang tinggi.Saya ambil kesempatan di sini untuk mengucapkan selamat bekerja dan selamat meneruskan perjuangan dalam kempen anda semua. Cuma dalam waktu yang tinggal 142 hari ini sebelum menjelangnya Perhimpunan Agung UMNO ini, sukalah saya mengingatkan kepada diri saya dan juga kawan-kawan... Walaupun Pemilihan dijadualkan tahun hadapan, ada yang beranggapan bahawa ini masa yang terbaik untuk berkempen habis-habisan. Tetapi, kita mestilah peka dan juga mengambil kira apa juga masalah ahli dan juga masyarakat di sekeliling kita...Janganlah kita jadikan pemilihan ini sebagai alasan untuk kita tidak memperjuangkan nasib rakyat dan juga nasib ahli-ahli yang memerlukan bantuan kita. Pihak pembangkang sentiasa memerhatikan kita dan menunggu sahaja masa untuk kita buat kesilapan dalam kealpaan kita.(pantang silap sikit...,biasalah "Gajah depan mata tak nampak, yang nampak Kuman jauh di seberang sana..") Jadi...sama-sama kita kerja dan teruskan perjuangan dengan penuh semangat setiakawan....
Saturday, September 20, 2008
Majlis Berbuka Puasa Puteri Umno Malaysia bersama Anak Yatim dan Anak PDK.
Subscribe to:
Posts (Atom)



.jpg)
.jpg)
