Showing posts with label puteri bahagian. Show all posts
Showing posts with label puteri bahagian. Show all posts

Thursday, December 15, 2011

ni laa sikap manusia.. ( aku manusia biasa daaa...)

Bosan Giler la beb..........



  • time orang bagi cuti...nak keje...
  • time orang bagi keje..heboh nak cuti...
  • isk isk..bukan tak bersyukur..syukur sangat2 dapat rehat kat rumah dengan anak2 n family...
  • tapi..., (eh..takde tapi-tapi aaa).
  • Ingat dulu.. masa aku dalam pantang si Hafiy (anak aku no-3) ...nak tau hari ke 12 aku adah bawak kereta dan pergio rasmikan Kejohanan Futsal Puteri UMNO bahagian MAsjid TAnah.. (hilang akal ko time tu... ontahlah..hahaha). Giler punya berani....(sampai hari ni aku takjub dengan kehebatan aku melanggar pantang dalam hari ke 12 tu..siap buat kick off tu.... ceh....!!!
  • Nasib baik mak tak tau....(ngeh..ngeh..ngeh..)
  • Tapi pantang kali ni...., sampai saat aku menaip ni...aku belum pernah pegang stereng kereta, jauh sekali nak bawak kereta... tak berani pulak kali ni...(disiplin taw...)


oklah ..aku saja jek nak membebel pasan bosan..tapi rasa mcm orang tak reti bersyukur pulak kan...

ok ok.... aku akan enjoy setiap detik dan saat yang ada ini..untuk aku lalui dengan penuh tabah, kesabaran dan kegumbiraan laa (weii aku cakap dengan penuh keikhlasan laaa...)

Bak kata cik Hubbyku.."time orang suruh awak rehat, rehatlah bebetul.." lepas ni dah keje takde masa pulak nak rehat..nanti awak jugak yang komplen.."

IyORlah..... ku dengar katamu wahai cik HUbby... <3...







Thursday, December 30, 2010

catatan xmas day : 25hbDisember, 2010



hari Sabtu yang lepas ialah xmas day, walaupun cuti tapi agak padat bagi saya.... Pagi saya menguruskan hal-hal keluarga, kemudian saya ke Dewan Japerun Lendu untuk Prog Puteri UMNO Bahagian Bersama dengan IKSEP. "Wacana 1 Malaysia" yang telah dirasmikan oleh YB Datuk WIra Abu Seman Yusop, Ketua UMNO Bahagian Masjid TAnah. Alhamdulillah, ramai yang hadir.

antara peserta yang sedang khusuk mendengar pembentangan oleh penceramah.

para urusetia Puteri UMNO Bahgaian Masjid Tanah sedang sibuk menguruskan pendaftaran.

Sewaktu menyanyikan Lagu Negaraku.

AK Puteri UMNO BAhagian MAsjid Tanah bergambar Bersama timbalan Ketua UMNO Bahagian YB Datuk Karim Sulaiman dan juga Remy Ishak(nurkasih)


HAbis je majlis , sedang saya singgah ke kedai membeli susu anak, saya mendapat panggilan bahawa sahabat saya (puteri Terengganu) Malini ada di MAsjid Tanah. saya pun mintak suami patah balik, dapat jugak jumpa orang "Ganu kito " ni... dia sedang dijamu oleh dayang n family di Sawit Corner...

pastu saya singgah ke rumah Rafidah AJK Puteri Bahagian saya yang melangsungkan perkahwinannya pada hr tu jugak. walaupun lewat..(memang lewat pun..tengok tu pengantin dah tukar uniform....)

malam saya hadiri majlis penutup Futsal anjuran Pemuda UMNO Bahagian di KUIM Melaka.
tahniah bro....

Saturday, June 19, 2010

4 hari campur 1 hari tu....=?

hari ni dah masuk hari ke-4 aku kat hospital..,nasib baik la adaa peneman "Lappy" ni... kalau tidak.., comfirmed kekejangan dan kebosanan aku tahap maksima..Lappy aku ni baru je tau beli (eh takde lah baru..awal bulan lepas, kira barulah tu..) .... semata-mata sebab....wopss... haa itu akan aku ceritakan nanti kenapa aku beli laptop baru.. wokey? Kasik can lah aku ceritakan pengalaman aku kat hospital ni..

4Hari ?pheh.... bayangkan dari hari Selasa..ni dah hari Jumaat..ada ke Doctor masa check aku tadi dia kata "i think u still need a rest and can go back home on Sunday". "alamak! " terus aku aku bagitau doctor aku x boleh lama dah..ini pun dah trlalu lama bagi aku dok kat hospital ni.
Esok aku kena keluar jugak dari hospital yang berbahagia ini sebab petang jam 2pm aku nak merasmikan Mesyuarat Perwakilan Puteri Umno Bahagian Bukit Bintang. Lagipun kesihatan pun dah berada pada tahap yang memuaskan..alhamdulillah..Jadi, mahu tak mahu...esok menjelang jam 10am aku dah kena keluar dari hospital untuk mmbolehkan aku sempat balik rumah tukar pakaian yang sesuai.. dan teerus ke sana..
Ini semua demi janji yang telah terbina (ewaahhh) antara aku dengan kpu3 Bukit Bintang MasMirra,...Habis je rasmi terus nak pulang ke Melaka, bagi majlis Penutupan Sukma.(bestnyerrrrrrr)
Oklah, jam pun dah hampir nak ke pukul 1am..sebebnarnya aku mula menulis dari jam 8.53pm..tapi disebabkan ada tetamu yang tidak diduga yang datang (tenkiu friends...) maka msa menulis ni pun panjang...

Semoga hari ini..(19hb.Jun2010) akan mnjadi hari yang baik dan ceria buat anda semua..
"Jangan Lupa Saksikan Pntupan Sukan Malaysia yang ke13 di Stadium Hang Jebat Malam nanti..."



Sunday, November 23, 2008

DEMONSTRASI DI PEKAN KUALA 23/NOV/2008.

Pagi tadi jam 10.00pagi bertempat di hadapan pasar Kuala ,saya bersama teman-teman telah bersama dengan masyarakat setempat berkumpul menyatakan bantahan serta insiden yang melibatkan isu "Babi". Saya pun tak sangka, walaupun saat-saat akhir kami memutuskan untuk hadir bersama , tapi ramai juga saya lihat sahabat-sahabat saya yang turun. Suasana agak terkawal. Tiada insiden yang tidak diingini yang berlaku..Banyak juga Sepanduk yang saya lihat berbaur perkauman.

Tetapi saya ingin tegasnya di sini, hadirnya saya dan juga sahabat-sahabat saya pagi tadi bukanlah kami menyokong 100% apa jua sepanduk dan juga kata-kata yang yang berbaur perkauman itu.Kami cuma hadir di situ sebagai tanda sokongan agar diambil tindakan tegas terhadap orang yang melakukan perbuatan yang tidak senonoh dengan mengantungkan kepala B*B# di pitu pagar rumah Cikgu Md Rawi.Kami tidak mahu menuduh sesiapa. biarlah pihak berkuasa mengambil tindakan melalui siasatan mereka sendiri.Begitu jualah kenyataan saya sewaku ditemuramah oleh pihak media pagi tadi. kita tidak boleh menuduh sesiapa.

Dalam hal ini sesiapa sahaja boleh dikaitkan. Bukan sahaja orang bukan melayu, malah orang melayu juga ada dikaitkan. mana tau, orang dalam ke, orang luar ke, orang UMNO ke, PEMBANGKANG ke...semua ada kebarangkalian..Isu Perkauman ini tolonglah jangan dibesarkan. Ianya sangat sensitif.Sebab itu saya terangkan kepada sahabat-sahabat saya, kenapa kami berada di situ. Semoga tidak disalahtafsir . Kami juga (Pergerakan Puteri UMNO Bahagian MAsjid TAnah) telah membuat laporan polis pada jam 10:50 pagi, supaya diambil tindkan tegas kepada orang yang yang telah menimbulkan serta mengganggu gugat keamanan, keselesaan, keselamatan dan juga kemjuan ekonomi masyarakat tempatan. Tidak ada yang kami sentuh mengenai isu/ perihal perkauman.

Saya juga ada ditanya oleh pemberita, samada patut atau tidak 3 orang yang telah ditangkap itu dikenakan ISA?" . Pandangan peribadi saya tidak perlu,terdapat peruntukan lain yang lebih sesuai yang boleh digunapakai. Peruntukan ISA itu biarlah digunakan dalam hal-hal yang melibatkan ketenteraman dan keselamatan Negara yang serius....Kalau macam tu susahlah sikit-sikit nak guna ISA...sikit-sikit nak guna ISA.Betul tak?

Sunday, October 12, 2008

SELESAI SUDAH PERSIDANGAN MESYUARAT PERWAKILAN PUTERI MASJID TANAH.





Alhamdulillah puteri umno masjìd tanah telah selesai mesyuart dengan lancar dan baik sekali. Perubahan baik yang paling ketara adalah di kalangan para perwakilan sudah ramai yang berani bersuara,melontarkan pandangan.kupasan idea dan pandangan mereka juga amat baik dan mendapat pujian. Apapun, saya ingin ucapkan ucapan penghargaan kepada semua ajk yang telah banyak membantu. Selamat berjuang!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...