Showing posts with label belia. Show all posts
Showing posts with label belia. Show all posts

Friday, March 16, 2012

Anugerah Belia Negara

PENCALONAN ANUGERAH PERDANA BELIA NEGARA 2012

Isnin, 13 Februari 2012 00:00 administrator
Cetak PDF
SYARAT PERMOHONAN

1. Calon mestilah warganegara Malaysia
2. Berumur dari 15 hingga 40 tahun pada 15 Mei tahun penganugerahan.
3. Pemohon wajib mengemukakan perkara-perkara berikut :
- Borang pencalonan KBS:ABN 11
- Resume
- Kad pengenalan / Sijil Pendaftaran
- Sijil / Dokumen pencapaian
- Surat akuan / gambar / dokumen / sokongan
- Laporan ringkas pencapaian
- Lain-lain dokumen / sijil yang boleh menyokong pencalonan anda.
4. Permohonan hantar ke alamat :

Urusetia, Anugerah Perdana Belia Negara 2012,
Aras 11, Menara KBS, Presint 4,
62570 Putrajaya.

5. Tarikh tutup pada 9 April 2012
6. Sebarang pertanyaan sila hubungi 03-88713287/3338
Klik>> selanjutnya
 
yang ni aku ambik dekat www.kbs.gov.my
 
BERMINAT? CUBALAH NASIB.....mana tau anda terpilih sebagai Tokoh Belia Negara...
 
 

Friday, April 1, 2011

Sampai hati betullah!!!!

Dah nak dekat 2 bulan lebih aku menyepikan diri dalam blog ni....
Sampai hati betullah!!!!
Sori la , .....sampai hbs balik dari trip FMINES, habis PRK Merlimau, PRK Kerdau,ni dah nak ke pilihanraya Sarawak pulak dah...... Aku baru je nak menulis balik....nasib baik tersedar awl...hhuhuhhuh.

Esok dah hari jumaat...eh, dah masuk hari JUmaat dah ni...1 hb APRIL , 2011.aPRIL FOOL!!!! Huhhuuhu,pagi ni nanti aftr bertugas kat rumah cm nanti aku kena bergegas ke masjid CM Ada lawatan dun LENDU hari ni..... Harap segala persiapan dah siap.... Own..aku amok kesempatan kat sini untuk ucapkan "tahniah " buat sdra. Shadan atas perlantikan sebagai S.U MPAG.... Semoga dapat memikul tanggungjawab dengan sebaik Mungkin. Bangga jugak bila lagi satu pemimpin belia diangkat memegang tug as yang amat mencabar ni. Insyaallah anak muda ini Akan dpt lakukan yang terbaik!!!!!

Ini first time aku post my entry dr iPad. Sungguh x best!!!!! Nak upload gambo pun aku x tau!!! Camana tuh? Nampaknya...banyak gambo yg x dpt dishare bream shbt2 semua.... Ni apa ke hal iPad ni sesuka hati nak betulkan ayat ku!!! Banyak chantek. .......huarghhhhhhhh...
Haaaa itu signal2 tuh.....aku dah ngantuk tahap gaban ni....nite

Tuesday, December 7, 2010

1 tekad...., salam Maal Hijrah.

alhamdulillah, sampai juga kita ke tahun 1432, semoga azam dan tekad tahun baru ini akan menjadikan diri ini lebih baik.... dan juga semakin hampir dengan mu ya Allah..
banyak lagi perkara yang masih belum dapat dibuat..ntahkan sempat..ntahkan tidak...
jap..nak tengok list..masyaallah...panjangnyer lagi...
Ya Allah, kau bantulah hambamu ini...agar bertambah cekal dan tabah mengharungi liku2 kehidupan...
( teringat pulak pagi tadi di pejabat...dapat panggilan telefon dari seorang sahabat tentang program yang akan kami buat nanti..., sebeolum meletakkan gagang sempat dia berpesan sesuatu dengan aku..(pesanan yang baik laaa)..hmm....aku rasa terus x keruan.......)

Tahniah jugak buat sdra Shadan Othman (Pengerusi GB4B kwsan Kota Melaka @ Naib Ketua Pemuda Bhgn Kota Melaka yang telah terpilih sebagai tokoh Belia Maal Hijrah buat thn ni.....http://anakmelakajati.blogspot.com/
BERGERAK!!!!

Monday, November 29, 2010

Persiapan Majlis Berkhatan GB4B Paya Lebar (SokBa) dengan GB4B Kwsn Masjid Tanah.

walaupun majlis dah berjalan..tapi saja je upload gambar nak share dengan shbt2 semua....


uda(my adik bongsu)  pun tolong hias skali....

bunga manggar ni jaga elok2...penat kami kumpul duit beli ni.......

tadaaaaaaa......... dapat baju lagi...kaler oren tu......... (sori abang long..
ini baju untuk registered members jaa.....hihihhi )

bakal belia SOKBA yang pun sama2 membantu... menceriakan suasana menghias lori..
(esoknya nak dikhatankan......hmmmm)

apo kono ekau jang...........
















to all my jawatankuasa belia cawangan SOKBA yang telah bertungkus lumus membantu membuat persiapan ni kak emy ucapkan terima kasih byk2... BERGERAK!!!!!

Friday, October 29, 2010

Meniti ke Galas....

kita ni dalam masa 3 jam lebih lagi nak berangket ke galas semula..."oh PRK Galas...." baju x packing lagi...
bercinta rasanya nak meninggalkan rumah ni semula... tengok muka anak n suami yang sedang lena diulit mimpi, alamak..rasa syahdunyer nak meninggalkan rumah... :( urrghhhhhh

abang long esok exam paper sains.... tadi masa buat latih tubi, nampaknya bolehlah dia jawab. harapnya dan didoakan anak ibu ni akan dapat menjawab soalan peperiksaaan dengan baik esok...insyaallah.
tadi sempat jugak aku mempengurusikan mesyuarat Gerakan Belia 4B Cawangan Paya Lebar. Kami akan menjadi Tuan Rumah bagi majlis berkhatan Anjuran GB4B Paya Lebar dan GB4B KawaSAn Masjid Tanah dan MGBD..Sempatlah bersembang dengan belia-belia kampung dambil minum secawan teh tarik....
lepas habis sembang...singgah sat kat balai raya, nampak ada budak belia main badminton...waaa bestnyer!!!! apa lagi, tanggalkan selipar, dengan kaki ayam..ku hayunkan reket badminton... dapat main dalam 10 minit aje (10 min.? perghhhh dah berasap badan beb...). adik2 belia ni sempat mintak belikan bulutangkis.... ok lah adik2 ...nanti kakak pass kan pada kak ima 2 bekas bulu tangkis...jangan kau buat makan dah laaaa... :)

habis main, terus ke rumah mak, tengok mak dah tersandar kat kerusi ....penat sangat lah tu..Sibuk tanya kenapa tak bawak balik si kecik...(camana nak bawak....kan tadi emy gi meeting mak..., mak lak ke surau..tak apala, esok diorang baliklah ke kampung....). sebelum balik ke melaka tadi sempat kita membelek kad kahwin adik kita 'ady Irwan" yang akan melangsungkan majlis pernikahannya pada 18hb Disember ni nanti...sekejap je rasa...ok mak..minggu depanlah kita buat mesyuarat keluarga... (harapnya diari aku x penuh time tu...)

oklah.... seronok la pulak dpat menulis balik....., ok...nak sambung mengemas baju balik.....urghhhhh mulalah rasa tak syok balik........@#$&**%$#@@@**&&&&*$&&##@@!!!! (ayat dalam hati yg ku sendiri x paham)


Saturday, May 15, 2010

SELAMAT HARI BELIA:-.."aku masih di sini?."

15hb Mei,2010: HARI BELIA

Sepatutnya saya berada di Putrajaya sekarang bersama-sama sahabat Belia di Booth gerakan belia 4(B). tapi kesihatan tidak mengizinkan terpaksalah saya duduk dan berehat sahaja di rumah pagi ini.Ini semua gara-gara terkena hujan lebat jam 2.00 pagi tadi.yang penting semangat, jiwa raga dan karisma Belia tetap bersama saya. Tak kira di mana jua saya berada... Cuma rasa macam eiii geram dan iri hati jugak lah tidak dapat merasai kemeriahan Hari Belia yang julung-julung kali disambut macam karnival.Itu semua hasil cetuusan idea YB Menteri belia & Sukan. Dengar khabar dari cctv dan radio bergerak saya yang melaporkan dari sana:- suasana amat meriah....Tahniah juga buat YB Menteri dan semua mereka yang telah bertungkus-lumus menjayakan hari Belia ini.

Haa..tengoklah sahabat-sasahabat saya dari pempinan tertinggi 4B Malaysia...dengan Mikrolite yang didatangkan khas dari melaka.

Kepada semua Belia...saya ucapkan selamat hari Belia.. Marilah kita fikirkan sejenak, apakah sumbangan yang telah kita berikan kepada Agama,Bangsa dan Negara selama kita bergelaR Belia ini?

Thursday, June 5, 2008

MESYUARAT GERAKWANIS 4B NEGERI


HAri ni jam 5.30pm , saya akan buat mesyuarat Gerakwanis 4B Negeri Melaka. Bertempat di Pejabat GerakaN Belia 4 B Negeri Melaka. Saya panggil semua pengerusi Gerakwanis Kwsn. Ini kali pertama saya akan chair meeting as Pengerusi Gerakwanis Negeri yang baru dilantik bagi sesi ini. Nasib baik Norsuriah (S/U 4B Negeri) yang banyak membantu dan ajar mana yang patut.. tq beb...! Memandangkan saya baru mengambil alih tugasan dari pengerusi yang dahulu, kak hamidah. Saya kira banyak perkara yang perlu diambil berat dan diubahsuai ikut keadaaan semasa. Apapun perkara pertama yang akan saya buat adalah :-
1)sesi suai kenal antara ajk negeri termasuk kawasan..,
2)then sesi brainstorming..
3)Lepas tu buat kursus Team Building
Ini perlu sebab kita nak tau apa yang grass root nakkan dari sebuah platform yg berwadahkan perjuangan belia.. Then barulah kita buat prog2...
hmmmm ada apa idea lain lagi?...........
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...