Tuesday, August 26, 2008

ANALISA PETIU UNDI MENGKUANG DAN PETIUNDI TELUK WANG SERTA LWTAN YAB KETUA MENTERI MELAKA .





Pun turut hadir yang datang melihat keputusan pengundi yang keluar mengundi adalah Datuk Musa. Masing-masing tengah sibuk arahkan para K10 utk all out untuk keluarkan pengundi supaya keluar mengundi..

4 comments:

Anonymous said...

Hilang Sudah Keangkuhan Ali Rustam


Genap sehari PRK Permatang Pauh berlalu dengan kemenangan menjadi milik DSAI dengan menewaskan pencabarnya dari Barisan Nasional, Dato’ Arif Shah Omar Shah dengan majoriti sebanyak 15,524 undi. Calon AKIM pula hanya mendapat 92 undi sahaja.

Jika sebelum ini kita dapat dengar ucapan-ucapan dari Najib Altantuya dan Ali Rustam yang berkeyakinan bahawa BN akan menang di Permatang Pauh walaupun dengan bilangan majoriti yang kecil tetapi kini dia baru sedar penangan sebenar Permatang Pauh. Undi dari BN bukan sahaja merosot sebaliknya PKR pula telah menambahkan bilangan undi kepada 2000 pengundi.

Mungkin Ali Rustam belum pernah menerima kekalahan sebegini jauh sekali merasai nikmat menjadi pembangkang di Melaka, jadi tak mustahillah jika dia berani mengeluarkan kenyataan yang tidak seberapa cerdik. Bagi saya, elok Ali Rustam cuba belajar selok belok bagaimana caranya mahu menjadi pembangkang yang berjaya, bukan hanya membuat ramalan kosong tanpa membuat 'assigment' dan bila wartawan tanya terus dia hentam keromo menjawab yang BN akan menang.

Saya bukanlah ahli politik full time tetapi ada juga buat assigment berkenaan dengan pilihanraya Permatang Pauh dan saya juga berkeyakinan yang PR akan menang berdasarkan beberapa aspek yang dapat saya lihat pada setiap blog dan email yang rakan-rakan kirimkan. Malang sekali untuk Ali Rustam dan saya rasakan bahawa Ali Rustam belum boleh menjadi ahli nujum yang berjaya dalam membuat ramalan keputusan pilihanraya. Kalau di Melaka tu insya-Allah saya masih boleh lagi meletakkan kepercayaan. Tapi kalau bab nak kelentong orang Melaka serah sahaja pada dia..Rasanya Ali Rustam memang tak boleh nak pergi jauh dalam politik UMNO dan karier beliau dalam UMNO hanya sekadar Naib Presiden UMNO sahaja dan ia bakal tersungkur dalam pemilihan agung UMNO hujung tahun ini.

Tak percaya, lihatlah sendiri..ini semua gara-gara kegagalan UMNO dalam PRK Permatang Pauh..bukan Pak Lah dan Najib sahaja perlu dihukum, Naib Presiden UMNO juga perlu !!

Anonymous said...

Kepada SAUDARA ANONYMOUS

Saya fikir saudara ini seorang yang angkuh dan tidak faham erti maksud menjadi seorang pemimpin. Lagi satu saya juga fikir saudara juga tidak layak untuk berbicara tentang politik sebabnya saudara sendiri kata yang saudara tidak arif dalam politik. Jika sekadar buat assigment yang disuruh dengan tiada pilihan maksudnya tak faham benarlah. Saya juga berfikiran yang saudara juga tidak faham apa itu ADUN apa itu Parlimen dan tak faham yang mana dewan negara dan yang mana dewan rakyat

Saya nak bagi tahu u lah satu perkara... kalau u nak pergi perang dan u sebagai jeneralnya dan berkata kepada tentera u yang u semua akan kalah... APA YANG U FIKIR sebagai tentera itu.

FIKIR SENDIRILAH BEB...

Kita mestilah selalu berfikiran positif. dan berfikiran besar... bukan yg terlalu negatif seperti saudara ini yang nampaknya berpihak kepada satu pihak dan terikut-ikut apa yang org kata.

Saya juga nak tambah lagi yg saudara kata Ali rustam tak payah jadi ahli nujum dan belum mennjadi ahli nujum yang berjaya...

Saya nak tanya saudara ini yg nak jadi ahli nujum ke Ali rustam yg nak jadi.

Setahu saya dari apa yg tulisan saudara ini ialah saudara yg nak jadi ahli nujum dengan mengatakan Ali Rustam akan kalah dalam pemilihan Naib Presiden UMNO...Ayat yg ali rustam pakai tu ialah untuk memberi keyakinan kepada ahli UMNO untuk terus berjuang dalam merampas Permatang pauh. Saya yg empunya Blog ini tentu setuju sebab saya baca blognya dia ni sebagai ketua unit IT dari melaka dan mempunyai pasukan yg bekerja. Tak kan Ali rustam nak kata kita akan kalah beb... So baik u belajar untuk jadi pemimpin sebab paling kurang nak pimpin keluarga sendiri.. HU HU HU batuk pula... Maafkan saya

LAGI DUA NAK TANYA NI...

Pertama Kenapa tak letak kan nama pena atau kalau ada Blog sendiri kita ramai-ramai boleh visit saudara punya blog... Jangan menyorok dibalik lalang kita nampak juga... Atau tak de blog lagi... Atau takut dikomen dan dikritik kerana telinga nipis atau tak de telinga... Sendiri saja yg tahu macam saiful tahu apa yg dia buat...Untuk itu saya bukan nak nasihat tapi nak pesan je ... Pandang keliling kita LIHAT DAN FIKIR... Selalunya tanya diri kita dulu... Kalau diri kita tak suka maknanya org pun tak suka...

Kedua nak tanya saudara ni... BERAPA BANYAK YG ALI RUSTAM dah kelentong hang ni... Hang jangan dengaq org mai kata Ali Rustam klentong org maka hang pun kata gitu... TAK BAGUS bro macam tu... kenapa kita suka dengar apa yg tak baik pasal org dan u pula pergi sebar kata ali rustam klentong... Kalau Ali rustam klentong pun siapa yg dia klentong niiiii bro..
Gua pula nak kata u ni pembohong penipu...(APA LU BOHONG DAN TIPU GUA TAK KATA) Gua kata kat semua yg org gua jumpa... Apa u fikir... Manusia juga memang tak boleh lari dari mengata org sebab tu sifat yg ada tapi biarlah AGAK AGAK sikit bro...

Gua pun bukan nak bela Ali Rustam ni tapi apabila dia dah jadi pemimpin kat negeri gua maka gua kena pertahankan dan hormati dia. Apa yg wa nampak pembangunan dan segala apa yg patut untuk dia buat untuk org MELAYU dia cuba laksanakan... Kita jangan menafikan apa yg benar dan juga jangan kita tidakkan benda yg salah...

SENDIRI MAU INGAT BRO...

Apapun wa ucapkan selamat maju jaya.. Lihat sesuatu dari 7 penjuru bukan 1 ok...

Minta maaf jika tersalah

Assalamualaikum

Anonymous said...

Salam....Pn Ermieyati

Saya anak jati melaka yang kini menetap di kawasan Permatang Pauh yang mana kini telah di pimpin oleh ahli parlimen baru DSAI...memang saya benar-benar terharu dengan kekalahan yang di hadapi oleh BN huhuhu..tapi saya tabiklah dengan kesungguhan Datuk Seri Ali Rustam tak lupa juga untuk Pn.Ermieyati untuk memperjuangkan hak rakyat Permatang Pauh yang perlukan perubahan sebagaimana Datuk Ali Rustam mempertahankan hak rakyat-rakyatnya dan perubahan di negeri Melaka semenjak dia bergelar KETUA MENTERI MELAKA...tapi geram pulak kat pengkritik yang mengatakan Datuk Ali Rustam mengelentong org tapi dia tak tau yang itulah dikatakan semangat kepimpinan...lagi satu dia komen suruh Datuk Ali Belajar selok belok nak jadi pembangkang yang berjaya tapi..sekarang nie saya nak suruh dia belajar selok belok nak jadi pengkritik yang berjaya....tapi yang ingin dikongsikan hari ini ialah kenapa kita BN boleh tewas di Permatang Pauh:-

i) Orang ramai takut untuk keluar megundi dengan adanya ugutan yang akan berlaku kekecohan sekiranya jatuh ketangan pembangkang (BN). Coontohnya adanya HINDRAF.

ii) Kurangnya kesungguhan jentera-jentera yang berkempen dengan BN sedangkan wakil PKR iaitu Menteri Besar Selangor boleh naik rumah kerumah dari tingkat ke setingkat untuk berkempen tapi saya tabik kepada jentera-jentera dari Melaka turun ke permatang pauh untuk berkempen terima kasih di ucapkan di atas kerja keras anda semua.

iii) kebanyakkan IQ mereka telah diracuni dengan tipu helah dan tamak bayangkanlah orang yang bijak pandai dan orang yang berpengetahuan dalam agama tak boleh nak fikir.....

Maaf ini hanyalah pandangan dan komen saya selama saya berada di sini..saya dibesarkan dengan jiwa UMNO dari kecil hingga sekarang dan saya pernah berkhidmat dengan puteri UMNO..tapi saya tak dapat rasakan semangat itu semenjak saya berada disini atau disebabkan kepimpinan UMNO di Pulau Pinang tak sehebat kepimpinan UMNO di Melaka...tapi semangat juang untuk UMNO masih ada selagi hayat dikandung badan..

Anonymous said...

sokong myheart.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...