Tuesday, September 2, 2008

Selepas kurnian tanah 999 tahun...kini jadi lagi... ref:Utusan

IPOH 1 Sept. – Langkah Kerajaan Negeri Perak menganugerahkan tanah seluas 400 hektar kepada sekolah persendirian Cina disifatkan sebagai sesuatu yang luar biasa dan belum pernah dilakukan sebelum ini.Presiden Gagasan Melayu Perak (GMP), Datuk Seri Mohd. Hilmi Ismail berkata, jika pun mahu dilakukan, ia seharusnya turut diberikan kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan sekolah-sekolah Tamil yang rata-ratanya masih berkeadaan daif.

Beliau yang juga seorang pendidik percaya langkah Kerajaan Perak itu mempunyai motif untuk menarik sokongan politik.Katanya, jika dilaksanakan ia boleh meningkatkan jurang dan tahap pendidikan antara kaum Cina dengan masyarakat Melayu serta India.‘‘Saya fikir dengan pemberian tanah seluas 44 hektar kepada setiap sekolah persendirian Cina itu, ia mampu menjana pendapatan seperti melaksanakan projek komersial atau ladang sawit supaya sekolah berkenaan mempunyai kemampuan kewangan sendiri dan memperkukuhkan lagi operasi sekolah persendirian Cina untuk menjadi lebih berdaya maju.

‘‘Setahu saya, sekolah-sekolah Cina tidak perlu bantuan lagi kerana mereka mempunyai lembaga sekolah yang cergas dan aktif dalam mencari sumber kewangan yang mencukupi untuk membiayai persekolahan mereka,” katanya di sini hari ini.Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas langkah Kerajaan Perak menganugerahkan 400 hektar tanah kepada sekolah persendirian Cina di negeri itu supaya ia dapat mengusahakan tanah berkenaan dan menggunakan keuntungan yang diperoleh untuk membiayai kos pentadbirannya.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin dipetik sebagai berkata, peruntukan RM30,000 setahun kepada setiap sekolah berkenaan pada masa kini tidak memadai.Oleh itu, sebagai langkah jangka panjang, kerajaan negeri memutuskan untuk memberi tanah kepada sekolah tersebut yang membolehkan mereka menubuhkan syarikat bagi mengusahakan tanah berkenaan.

Ekoran daripada itu, Pergerakan Pemuda UMNO Perak meminta supaya penganugerahan tanah tersebut tidak mengenepikan kepentingan Melayu dan Islam dalam sebarang keputusan kerajaan negeri.Ketua Pemudanya, Zainol Fadzi Paharudin berkata, langkah kerajaan negeri itu tidak salah tetapi pada masa yang sama perlu berlaku adil kepada sekolah agama dan pondok.

Mohd. Hilmi yang juga Setiausaha Kehormat Persatuan Darul Ridzuan di Selangor dan Wilayah Persekutuan berkata, GMP akan membuat kajian dan membuat tindakan sewajarnya terhadap perkara tersebut.Katanya, dalam tempoh baru lima bulan memerintah, kerajaan pembangkang telah melakukan banyak perkara luar biasa untuk kepentingan politik mereka.‘‘Apa yang akan terjadi dalam tempoh lima tahun akan datang, sudah tentu lebih banyak lagi yang akan dilaksanakan untuk menarik sokongan rakyat daripada masyarakat tersebut,” katanya

Mes:
Janganlah nanti orang kata Kepimpinan MB Perak bagai dicucuk hidung, Sayang seribu kali sayang. YAB MB perak orangnya terpelajar, Kuasa ada di tangan tetapi orang kiri dan kanan bukan betul-betul ingin membantu pentadbiran beliau sebagai MB. Saya menggesa supaya MB Perak boleh contohi YAB Ketua Menteri Melaka,yang sungguh membantu rakyat Melaka tidak kira agama bangsa dan waktu..di mana ada sahaja kesempatan.. .takpun kalau kala tak mahu ikut Ketua Menteri Melaka, sebab pembangkang kan......contohilah MB Kedah..

Sebut pasal kedah...teringat dapat berbual dengan salah seorang exco kanan Kerajaan Negeri Kedah minggu lepas yang juga merupakan pemimpin tinggi PAS Kedah. Beliau sangat baik dan begitu berhemah...Kehidupannya juga begitu sederhana. Saya harap exco kerajaan Negeri Lain takpun wakil rakyat ke..mana-mana partilah, tidak kisahlah di mana jua anda berada di muka bumi ni..bolehlah mencontohi kehidupan Exco ni. Saya mengenali keluarga beliau kebetulan bertemu dengannya...hmm....hidup ni sungguh hebat kan....kadang-kadang kita dapat pengalaman yang tidak terduga oleh kita...

6 comments:

Anonymous said...

Bercerita mengenai kesederhanaan exco kanan kedah yang juga ahli tertinggi pas... satu perkara yang perlu dicontohi tetapi persoalannya adakah ianya akan terus berterusan. Pemimpin baru...biasalah. Tapi sekiranya diberi peluang memegang jawatan dengan lebih lama kemungkinan besar gaya hidup sederhana itu bakal berubah sedikit demi sedikit. Harap semua pemimpin parti tak kira apa juga parti perlulah meneruskan prinsip yang sedia ada secara berterusan...insyallah.
buat emy...yang baik jadikan tauladan dan yang tidak elok jadikan sempadan. semoga terus berjuang dilandasan yang betul serta tidak terpengaruh dengan gaya politik hancur yang hanya manis di mulut tapi hakikatnya sekadar gimik untuk meraih sokongan serta memenuhkan tengkolok sediri.

Pink Ants said...

Saya setuju dengan Sharif Dol..apapun emi,setiap insan yang terpilih menjadi pemimpin (termasuklah kita) perlu sentiasa memuhasabah diri dan sentiasa besederhana dalam setiap aspek kehidupan.Namun,dalam soal perjuangan,kita tidak boleh setakat sederhana,mesti sentiasa berada dalam semangat juang yang tinggi.walau apapun cabarannya,kena tempoh dengan berani dan sabar.Allah memilih kita pasti ada sebabnya,kena syukuri dan melaksanakan amanah dengan sebaik-baiknya.Jangan gunakan kuasa yang ada untuk kepentingan diri.Yakinlah dengan balasan baik Allah taala.Emi,jika kita ikhlas dalam perjuangan,Allah akan beri rezeki yang melimpah untuk kita kongsi dengan orang lain yang turut memerlukan...

Anonymous said...

berkenaan dgn exco kedah..sy sbg penyokong pas menyambut baik persoalan yg diutarakn oleh sharif dol..tetapi sy amat terkilan pabila saudara menulis "pemimpin baru..biasalah"...blum apa2 lg kamu sdh menghukum..jgnla kita berprasangka buruk hny disebabkan berbeza ideologi..kesangsian kamu ini hny bersifat politik..

contohilah gaya hidup nik aziz..tiada sangsi lg..walaupun 15 thn bergelar mb kelantan..gaya hidup beliau tidak berubah..pd sy..tidak ada pemimpin umno atau bn setanding nik aziz(bkn mengangkat nik aziz secara membabi buta tp ini kenyataan)

si lembik's said...

dan jangan lupa perancangan DAR nak bikin perkampungan Artis di Melaka......

bab pemimpin baru...rujuk kerajaan kalantan sebagai role model...jangan suka membuat penilaian...lihat melaka punya kes...apa certa Rahim Tamby Chik, Datuk Amod Nordin, Datuk Ahmad Said dsbnya...banyak yang tenggelam....kena tidak dikeluarkan segala isi2 ceritanya ???

crower said...

Assalamualaikum,

1. Saya merupakan warga KL yang telah menetap di Kedah untuk satu tempoh agak lama kerana tugas dan telah merasai berada di bawah kepimpinan BN dan PAS.

2. Secara jujur saya menyatakan disini, banyak infrastruktur yang rosak dan terbiar di bawah kepimpinan BN telah dipulihkan oleh Kerajaan PAS. Jalanraya yang berlopak-lopak kini telah diturap sepenuhnya dan bukan setakat menampung lopak.

3. Rakyat bukan Islam juga dibiarkan untuk menjalani hidup mereka seperti sediakala. Tidak ada kedengaran rasa tidak puas hati terhadap Kerajaan pimpinan PAS di Kedah oleh kaum bukan melayu. Apa yang dimaksudkan sebagai sederhana adalah dari segi keterampilan dan mudah didekati oleh rakyat berbilang kaum. Itulah yang dimiliki oleh kepimpinan PAS Kedah.

4. Apa yang saya hendak nyatakan di sini adalah amat mudah untuk difahami : "kuasa datang dari rakyat, pemimpin berkhidmat untuk rakyat". Rakyat bukan mahukan benda yang bukan-bukan, cuma mahu pemimpian yang jujur dan amanah yang dapat menjaga kepentingan, keselesaan dan keselamatan rakyat, itu sahaja.

Anonymous said...

alhamdulillah..
tq cik crower utk maklumat itu...

sy juz ingin tambah satu lg..
rakyat juga ingin pemimpin yg boleh hidup dan merasai nikmat hidup bersama2..
wallahualam..semoga kepimpinan pas di kedah menjadi satu titik permulaan penerimaan/pemahaman org bukan islam dan org islam sendiri terhadap dasar islam yg dibawa pas..amin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...