Wednesday, September 3, 2008

Peranan Orang Muda Diperlukan dalam UMNO dan BN.

Saya amat tertarik dengan cadangan oleh Dr Wan Norashikin Ketua Puteri Perak di dalam usaha memantapkan lagi BN yang memerlukan perlaksanaan segera dilakukan. Barisan Nasional (BN) perlu membentuk satu pendekatan khusus bagi memberi lebih ruang dan peluang kepada golongan muda untuk bersama-sama dalam proses pembangunan negara.

Saya juga pernah membincangkan banyak kali perkara yang sama bersama sahabat-sahabat politik di dalam usaha kami menarik sokongan golongan muda terhadap UMNO dan Barisan Nasional (BN).Kerana apa yang berlaku kini ramai mereka yang cerah serta yang berbakat untuk diketengahkan sebagai pemimpin tidak diberikan ruang sepatutnya. Ada dicantas dan dihalang dari menyertai Parti ini.Ini penting supaya golongan muda ini merasai bahawa diri mereka dihargai bila suara mereka didengar.

''Kita dapati kini tidak berlaku proses penggantian yang sempurna kerana golongan muda terutama daripada kalangan profesional dan berkelayakan tidak diberi tempat yang sewajarnya dalam parti dan kerajaan untuk membolehkan mereka bersuara.''Apa yang penting ialah kita perlu membaca kehendak golongan ini sebelum membuat sesuatu keputusan yang jitu dan saya sebagai sebahagian daripada golongan itu dapat merasai sedemikian,"kata Ketua Puteri Perak...

Bagi saya, tua dan muda saling perlu memerlukan..gandingan serta kombinasi dari acuan yang baik akan dapat meghasilkan satu kesan yang mendalam. Cuma buat orang lama dalam Politik, saya tak salahkan mereka kerana mereka mungkin berpendapat bahawa anak muda perlu belajar dari bawah dan pengalaman dalam politik akan mematangkan mereka. Sikap sesetengah pemimpin muda yang ingin cepat naik, ghairah berebut jawatan menjadikan ramai pemimpn lama yang kecil hati, terasa hati dan trauma dalam mengambil orang muda dalam Barisan kepimpinan Mereka.Tapi saya yakin dan penuh percaya yang kita ini perlu bersangka baik, amalkan bermusyuawarah... dan insyallah kita akan dapat pemimpin yang dapat membantu apa juga perkara yang kita rancangkan demi kebaikan. Saya ada juga pengalaman di mana ada pihak yang cuba mengganggu Puteri bahagian saya. Bagi saya sungguh senang, sesiapa juga yang ingin menawarkan diri sebagai AJK Puteri Bahagian, dipersilakan. Saya tidak akan menyekat mana-mana pihak. Malah saya gembira dengan perubahan positif yang saya kira agak mendadak ini. kalau dulu, punyalah payah nak mencari calon menjadi AJK Puteri Bahagian. Kali ni pemilihan,ramai yang ingin jadi AJK.

Hmmm... cuma pada kawan-kawan puteri, nak jawatan ni tidak semudah yang disangka. Cuma pesan dari diri saya kurang pengalaman ini, sayajuga bermula dari bawah...kita kena kerja keras, komited dan bertanggungjawab terhadap amanah yang kawan-kawan berikan. Bukan hanya kerana inginkan "populariti"...( tidaklah sepopular mana pun ..). Dan bukan kerana nama. Tapi, kena faham apa yang diperjuangkan. Sekarang saya tegaskan sekali lagi...Kini bukanlah masa yang baik untuk UMNO dan BN. Ini masa yang agak sukar. Oleh itu pemimpin yang berjiwa kental, tidak mudah putus asa dan sikap ingin belajar itu saya perlukan dalam AJK saya nanti... Bodoh tidak mengapa asalkan ingin bertanya, Jangan jadi "bodoh sombong".... itu sakit nanti...
Kalau ada yang pandai, tapi ingin belajar serta hormat pada pemimpin...pun bagus juga.

aish...macam-macam kan.....

8 comments:

Laxmana said...

Salam...

Teringin rasanya bertukar2 pendapat dengan saudari (cik@puan?)...

Teruskan menulis, kalau ada masa, sila jenguk laman saya...

crower said...

Assalamualaikum Puan Emy,

1. Memang saya dah jangka Puan Emy masuk politik satu hari nanti, sejak dari UKM dah boleh nampak. Tapi, lain pula haluan Puan Emy hehe

2. Siapa saya ? Senior Puan Emy setahun.

Hint : yang lantik Puan Emy jadik Kapitan masa minggu suai kenal Matrikulasi keh keh keh

crower said...

Lupa nak bgtau, saya sering contribute dalam blog Nur Aflah, sebab laman blog dia aje yang setakat ni bersifat "impartial"

naz ilyn said...

Salam Ramadhan dan salam perkenalan juga..

Biasalah manusia ni kadang2 lalai/leka..sesamalah kita ingat mengingati..

Anonymous said...

Salam.Saya ada baca komen di Wilayahkini.Tahnniah.

Anonymous said...

cik crower...

leh tau address blog nur aflah yg cik kata impartial tu..menarik bunyinya..
tqcivla

emy said...

Salam kepada semua terutama sekali my ex-senior Mr crower....

maaf lah saya dah tak dapat nak "recall" balik siapa Mr Crower ni... Dah bercampur2 masa matriks dengan masa jadi first year faculty.
Samada Capang?huhuh Azli..or Zulhazmi?..haaa ni betul orang kedah ni....

Apapun terima kasih banyak atas apa jua yang dilakukan...semoga sesama kita dapat bantu membantu..

p/s practise di kedah ke...Firm sendiri?

crower said...

Assalamualaikum,

1. Batch Puan Emy digabung matrik dengan junior Puan Emy.

2. Chet !! Punya la banyak kali saya jerit nama Puan Amy masa perbarisan heheh boleh tak ingat.

3. Saya memang orang KL, cuma bekerja di Kedah. Bukan practise, corporate legal advisor.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...