Wednesday, September 10, 2008

AHMAD ISMAIL DIGANTUNG 3 TAHUN.

Akhirnya UMNO membuat keputusan menggantung keahlian Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera Datuk Ahmad Ismail selama 3 tahun. Ini bermakna, pada pemilihan bahagian kali ini Beliau tidak boleh menjadi Ketua UMNO Bahagian walaupun Beliau telah menang tanpa bertanding.Beliau juga tidak boleh memegang apa jua jawatan di dalam parti selama tempoh 3 tahun itu. Persoalannya samada cukup atau tidak hukuman digantung keahliannya selama 3 tahun itu berdasarkan kesalahannya yang telah cukup membuat kaum cina "JK" (JIWA KACAU).Serta adakah hukuman itu setimpal untuk memberikan pengajaran kepada ahli UMNO yang lain supaya jangan diulangi kesalahan yang dilakukan oleh Ahmad Ismail dan penyokongnya.

Cukup atau tidak,UMNO melalui mesyuarat yang telah dipengerusikan oleh YAB Presiden Parti telahpun memutuskan tempoh 3 tahun ini. Hormatilah keputusan yang telah dibuat ini. Semoga dengan kes Ahmad Ismail ini akan memberikan pengajaran khususnya kepada mereka yang memegang jawatan di dalam UMNO supaya berfikir sebelum bertindak . Pada pandangan peribadi saya juga saya rasa kita sebagai pemimpin perlu sentiasa mengawal anak buah kita supaya bertindak dalam keaadaan berhemah. Ini bagi mengelakkan sindrom" lebih kuah dari sudu" ini akan terus berlaku. Kadang-kadang anak buah lebih garang. Biasalah, nak menunjukkan rasa hormat dan juga rasa ingin melindungi ketuanya. kalau nak lindung pun biarlah berpada-pada, janganlah sampai mengguris hati dan perasaan orang lain dengan tindakan kita.

Oklah saya dah nak bergerak menuju ke kediaman Ketua Menteri Melaka. Ada majlis berbuka Puasa bersama YAB Presiden PArti ptg ini di sana dan malam ini pula beliau akan merasmikan Majlis Pertandingan Tilawah Alquran UMNO Melaka. Akhir kata,Saya ucapkan selamat berbuka puasa kepada semua.
wsalam.

5 comments:

Anonymous said...

Dia yang buat huru hara
dia yang sibuk bagi tahu orang jangan buat huru hara,
siapa yang buat huru hara boleh di ISA atas akta hasutan.

Siapa yang huru hara...?

si lembik's said...

sepatutnya dilucutkan terus keahlian dia....kalau nak di ISA kan saya tak setuju coz saya lagi dulu memang xbersetuju ISA ada di Malaysia....sepatutnya bikin satu hukuman agar belaiu boleh sedar....ini setakat gantung keahlian...xkemana sangat...memang sudah saya jangka dari awal

crower said...

Assalamualaikum,

1. Keputusan ini akan dijadikan sebagai "precedent" bukan sahaja kepada UMNO tetapi kepada parti-parti komponen di dalam BN.

2. UMNO tidak boleh berasa kecewa sekiranya parti komponennya menjatuhkan hukuman yang sama terhadap ahli mereka yang mungkin terbabit dalam isu yang sama pada masa hadapan.

mat bond said...

Salam,

Will other component party follow the precedent or they will gather and form a consensus saying that it is a bad precedent to follow and dissent away from it?

Only time will tell....coz this is secular POLITIC...no right or wrong either morally or spiritually...

perfectwater75 said...

Salam Mas Ermi,

Saya tergelak bila mendengar komen AHMAD SAID dalam sidang media selepas digantung UMNO... kerana dia masih mempertahankan AAB dan rakan2nya. Dia digantung atas sabitan fasal 10.9 kalau tak silap saya untuk memungkinkan keputusan itu dibuat sedangkan dalam masa yang sama tiada sebarang tindakan kepada presiden UMNO tidak diambil sebarang tindakan disiplin parti apabila melanggar dengan terang perlembagaan parti yang ermi sayang ini dalam membuat keputusan pemilihan calon PRU 12 yang lalu. Belum lagi termasuk isu 'politik wang' yang dilaporkan oleh kepada bpr sebelum ini. Mungkin saudari MAS ERMI juga mendapat sumbangan daripada AAB dalam mejlis perjumpaan serupa sebelum ini?

Thanks!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...