Monday, September 15, 2008

PERJUANGAN UMNO PENUH LIKU...dI tANGAN KITA PENENTU....wallahulam...

Assalamualaikum semua
Dah lama saya tak menulis. Maaflah. Modem saya yang rosak...memang betul-betul memberi kesan akibat dah lama tidak menulis dan membaca catatan di blog kawan-kawan. Ini pun saya menumpang kasih wi-fi di Old Taste Kopitiam. Dapatlah saya menulis dan maklumkan apa juga perkembangan yang terbaru.

Sebelum itu, petang tadi sempat saya bersama mengikuti Majlis Perundingan Belia Negeri Melaka 2008 yang telah diadakan di PUteri Resort, Melaka. YAng telah disempurnakan oleh YB Datuk Idris Haron. Ramai juga pemimpin belia yang hadir. Banyak juga agenda penting yang dibincangkan. Tetapi, saya tidak dapat tunggu sampai habis kerana saya mendapat panggilan penting. Mahu tak mahu, saya terpaksa keluar dari Majlis tersebut.

Berbalik pada cerita saya yang awal, dalam 4 hari ini macan-macam hal yang berlaku. izinkan saya menulis selanjutnya......

1)Bukan buta hati, bukan buta mata dan juga bukan pekak telinga.. bukan saya tidak nampak apa yang berlaku dan tidak peka terhadap apa jua yang berlaku. Tapi dalam hal yang berlaku dalam UMNO pada hari ini.Saya benar-benar rasa amat resah. Pada saya sesuatu perubahan yang drastik perlu dilakukan dalam UMNO dengan SEGERA!

2) Saya secara peribadi menyokong bahawa hak saya sebagai ahli dan juga sebagai mewakili kawan-kawan saya yang lain selaku rakyat Malaysia ...rata-rata.hampir kesemuanya meminta supaya pelan peralihan kuasa di antara PM dan TPM perlu dilakukan segera. Memanglah, bila kita cakap mulut....sapa yang nak percaya?.... waimah cakap ketua Puteri Negeri pun orang masih lagi boleh mempertikaikannya.....Sapa saya? Tak kisahlah. Cakap apa yang benar. Mesej dari sahabat-sahabat dan akar umbi perlu disampaikan....walaupun makan diri.

3) Jadi mingu lepas saya dan beberapa sahabat saya yang lain bercadang untuk menjalankan kajian soal selidik tentang apa yang berlaku tentang senario politik di negara kita. Tapi,khusus untuk orang muda negeri Melaka. HAnya secara rambang kajian dibuat terhadap orang muda melaka yang tidak kira latarbelakangnya.Pelajar? Pekerja kilang? Professional? Periaga? Orang susah...Orang kaya?.... semua ada..jadi maknanya, kajian soal selidik ini adalah mewakili suara orang Muda Melaka.

4) Ini sahaja usaha yang kami buat untuk menunjukkan bahawa kami cakap bukan sebarang cakap..tapi dengan bukti dan kerjarumah yang telah kami lakukan...

5) Kami orang muda perlukan nafas baru dalam UMNO dan juga Kerajaan BN. Bukan budaya yang boleh menjadikan kita ini semakin lemah dan dibenci orang. Bukan juga menjadi pemimpin yang tiada pendirian...dan menjaga hati semua orang. Tetapi menjadi pemimpin yang sensitif dengan tuntutan rakyat. Buat kerja dan laksana tanggungjawab baik dengan pendekatan yang terbaik serta boleh diterima oleh segenap lapisan rakyat.

6) Pilihan terletak pada semua ahli UMNO.Kita memikul tanggungjawab yang besar untuk memilih dan menetukan masa depan UMNO terletak di tangan semua ahli UMNO sekarang. Saya? Dah tentu saya sayangkan PArti dan saya sayangkan Presiden Parti. Tapi, Sayang saya pada Parti Lebih. Jadi saya minta maaf Presiden Parti.... Rakyat dah lama bersuara....KITA KENA BERUBAH...

7) Saya tidak mahu akan datang kawan-kawan dan saudara mara saya menyalahkan saya nanti kerana tidak membuat keputusan yang betul sehingga mengakibatkan UMNO tidak akan hidup dan mekar lagi....Beban pada saya selaku Ketua Puteri UMNO Melaka menyampaikan suara hati anak muda , puteri UMNO Melaka...Mungkin ada sahabat saya yang lain tidak bersetuju dengan saya.Terpulang.........

Saya serahkan segalanya pada ketentuan ILLAHI. Saya dah berusaha, saya dah cakap, saya dah sampaikan pada yang sepatutnya.....Saya tidak akan berhenti..saya akan terus bercakap... dan menulis.

mes:
teringat saya semalam sahabat UMNO Dewasa (bukan tua)ada yang menegur saya kerana katanya saya dah berubah sebab dulu tak macam ni. Saya cakap Inilah saya, cuma dulu saya banyak melihat..tak banyak cakap ,hanya banyak menyimpan di dalam hati...Tetapi sekarang tak boleh lagi.......
apa yang tidak betul, apa yang tidak kena...saya perlu sampaikan.... semoga saya diberikan kekuatan....insyaallah
orang pun dah nak tutup kedai..jumpa lagi..wsalam.... selamat bersahur!!

8 comments:

Hasbullah Pit said...

Sedih pula membacanya, sudah lah ada ayat "menumpang kasih".

sahabat gunung said...

Assalammualaikum

Bagaimana 16 September 2008. saya menantikan saat-saat indah pada tarikh hari ini, namun semuanya pudar sama sekali.

Teruskan perjuangan Puan, letakkan harapan dan masa depan anak bangsa dalam hati, jangan sampai niat kita terpesong jauh dari hasrat sebenar perjuangan kita

si lembik's said...

mana puan emy menghilang selama ini..lama xdenagr berita...apa2hal tahniah coz dah sambung menaip...xbikin bisnes kuih raya ker ??? kalau ada mau tempah tempeyek kacang 25.65 kilo.....:-) selamat berjuang

crower said...

Assalamualaikum,

1. Teruskan menegur dan bersuara demi kebaikkan negara. Pemimpin yang baik adalah pemimpin yang pro-aktif dan berani menyuarakan pendapat dengan cara yang betul tanpa rasa takut.

2. Kejatuhan seorang pemimpin adalah apabila beliau gagal untuk mewakili suara hati kelompok yang diwakilinya.

3. Berani kerana benar.

mat bond said...

Salam semua.

Lakukan apa yang patut dalam kuasa anda untuk kepentingan agama, bangsa dan negara...

Pemimpin yang baik adalah pemimpin yang meletakkan kepentingan DIRInya di bawah kepentingan yang dipimpin..

Janganlah terlalai truskan usaha, MELAYU kan gagah di nusantara...

SHADAN HJ OTHMAN said...

steadylah ketua put3 melaka...klu Pemuda Melaka cam ni kan best..."BERANI BERUBAH"

perfectwater75 said...

Salam Emy,

Lama jugak tak baca tulisan awk ni..akhirnya dapat juga baca pagi ini selepas emy berjaya 'menumpang kasih'...

EMY,

Sebenarnya hanya ada satu cara untuk menyelesaikan kemelut politik semasa Malaysia yang telah membelenggu rakyat pasca PRU 12 iaitu semua pimpinan tertinggi UMNO meletak jawatan sebagai penanggungjawaban terhadap keputusan rakyat yang menolak BN/UMNO. Tidak semata-mata PM semasa sahaja yang meletak jawatan kerana ia masih tidak menyelesaikan masalah politik yang terlalu berserabut akibat kerosakan yang dibuat oleh mereka yang berkenaan. Keputusan Pak Lah menyerahkan jawatan Menteri Kewangan kepada Pak Najib's terus menimbulkan persoalan apa yang hendak dilakukan oleh "Bakal Mantan PM Malaysia" ini kerana mampukah Pak Najib's mengembalikan kecemerlangan ekonomi negara dalam masa setahun. Pak Lah mengeluarkan 'statement' menyatakan besar kemungkinan peralihan kuasa akan dilaksanakan lebih awal sekiranya Pak Najib's menunjukkan prestasi cemerlang, gemilang dan terbilang sebagai Menteri Kewangan Satu Malaysia. Mampukah Pak Najib's melaksanakan 'special task' hidup dan mati ini? Sempatkah "Wanita Kedua Malaysia Semasa" duduk di kerusi empuk Wanita Pertama Malaysia?

ikuti ulasan saya di
http://perfectwater75.blogspot.com/

thx!

mat bond said...

Saya bersetuju 'in part' dengan apa yang dinyatakan oleh saudara/i Perfectwater iaitu 'top ecehelon' UMNO perlu bertanggungjawab di atas kegagalan PRU yang lepas tetapi cara yang saya fikirkan lebih sesuai adalah dengan membuka pertandingan bagi jawatan di dalam Pilihanraya Parti akan datang dengan memansuhkan sistem kuota.

Bahkan Tak Det pun telah sedar kesilapan beliau yang mewujudkan sistem itu dahulu.

Sistem kuota menyebabkan gerakan melobi menjadi begitu berleluasa hingga menyebabkan politik wang menjadi bermaharajalela di dalam ruang lingkup UMNO.

UMNO perlu ambil iktibar dari MCA berkenaan dengan pendekatan 'rejuv enation' (penyegaran) semula parti.

Seperkara lagi ahli-ahli perwakilan perlu diberikan peluang untuk memutuskan sama ada perlu atau tidak tempoh peralihan kuasa dibuat kerana pada pendapat saya tiada gunanya isu peralihan kuasa ini diputuskan oleh pemberi dan penerima kuasa jika golongan yang dipimpinnya tidak bersetuju dengan perkara itu.

UMNO adalah parti demokrasi, peralihan kuasa hanya menunjukkan bahawa parti tidak mengamalkan semangat demokrasi yang tulen. Pandangan ahli akar umbi perlu dihalusi dan didengar kerana UMNO tidak mampu hilang sokongan lagi apatah lagi sokongan baru tidak kunjung hadir.

Dalam konteks ini Pemuda dan Puteri perlulah mengemukakan isu ini dalam sessi mereka kerana siapakah yang akan menanggung akibat dari kedegilan pucuk pimpinan ini melainkan Pemuda dan Puteri iaitu pihak yang akan mewarisi UMNO dari org2 tua yang DEGIL ini.

Ingatlah, kalau difikirkan tembolok masing-masing, pengorbanan yang dituntut tidak akan datang dan kematian pasti akan hadir lebih awal dari yang dijangkakan.

Pada masa ini, sakaratulmaut telah mula menjengah di lobi utama PWTC. Adakah bacaan Yasin telah mula kedengaran atau talkin telah mula dikarang?

Hanya ANDA dan pimpinan parti yang boleh memberi jawapan kepada kami.........

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...