Bila YAB TPM membuat kenyataan meminta maaf berkenaan dengan insiden ceramah di Permatang PAuh tidak lama dulu yang melibatkan Ahmad ISmail dari Bahagian BUkit Bendera . Ramai yang bising. Ada juga yang melenting katanya memang tak patut kenyataan minta maaf dikeluarkan oleh seorang TPM...Bakal disebut2 sebagai pengganti Pak lah pulak tu....
Kenapa perlunya mintak maaf?....kenapa perlu kita sahaja yang minta maaf?..
perlu sujud...perlu takut.. ? Kerana Khuatir ia akan menjadi suatu budaya yang kelak akan memakan tuannya sendiri...Pagi ini Saya terbaca sebuah penulisan di http://www.pemudaenggang.wordpress.com , Mungkin kita boleh jadikan sekadar renungan dan ingatan kita bersama. .
1. bile lagu negaraku diolah menjadi rap ‘negarakuku’ oleh pencipta lagu Namewee….kenapa tidak ada permohonan maaf dari rakan sebangsa Namewee….
2. bila hindraf buat kenyataan palsu ‘ethnic cleansing’ oleh kerajaan pimpinan UMNO….kenapa tidak ada wakil dari rakan sebangsa hindraf mohon maaf….
3. bila kita buat kenyataan mengenai kepentingan orang melayu..kita digelar racist….
4. dulu kes kerajaan hantar seorang Menteri untuk minta maaf daripada Kerajaan Cina kerana kononnya wanita rakyat negara Cina telah ditelanjang oleh polis dan ini direkod dalam video tapi didapati wanita itu bukan rakyat negara Cina dan bukan pun Cina Malaysia. Dia adalah seorang perempuan Melayu.
5. bila ada orang umno keluar kenyataan ‘pendatang’…kita cepat2 mohon ampun maaf….
6. bila bicara pasal perpaduan, surat khabar dan rancangan tv melayu je yang banyak keluarkan iklan…yang lain macam mana??
7. kita bukan lah racist…tapi kadang-kala terfikir juga, takkan kita sebagai melayu tak boleh nak bersuara lebih??….asyik lebih kurang je….silap-silap nanti bangsa melayu yang terkurang…bangsa lain yang lebih….atas semangat lebih kurang, tu yang ekonomi orang melayu asyik kurang….
8. bila terlalu menekan akan hak kita, dikatakan kita racist….bila bangsa lain tekan hak dorang…kita diam je…tak pula kita kata depa racist….
9. kenapa jadi begini, kadang-kala penulis berasa inilah uniknya politik Malaysia. Lain dari yang lain. Pendek kata, tidak ada pendekatan yang ‘generic’ yang digunapakai di negara lain boleh kita guna di Malaysia.
10. Kini, ada pula yang bersuara. gantikan ketuanan melayu kepada ketuanan rakyat. boleh tukar..tapi bukan sekarang. jurang antara rakyat masih ada. sabar dulu. jangan guna kan pendekatan ‘populist’ utk berkuasa. kelak yang rugi bukan dia tapi kita semua.
11. Hak melayu sama juga dengan hak bumiputra, yakni saudara-saudari kita di Sabah dan Sarawak. Jangan lah cerita pasal hak melayu je. Hapus hak melayu maka terhapuslah hak bumiputra juga.
Mes:
Hati kecil Saya pun terdetik...ada benar juga kata-kata di atas..kita semua bukan tak ada kawan2 dari bangsa lain. Malah ada ramai sahabat saya yang teman baiknya adalah dari bangsa lain. Yang penting, kita saling hormat-menghormati antara satu sama lain. Saya benar2 menghormati pendirian Dato Ahmad ISmail yang enggan meminta maaf....BUkan hendak bersikap perkauman.Kadang-kadang hati panas juga bila asyik kita sahaja yang perlu beralah.. Tetapi selepas ini biarlah kita sama-sama menjaga hubungan baik dan sensitiviti antara sesama kita. Bukan hanya hal dan isu perkauman, tetapi juga hal yang melibatkan agama. Yang turut disentuh oleh "The Riding MP" melalui penulisan di dalam blog beliau.
"Pendek kata orang Melayu yang beragama Islam telah korbankan hak kewatanan mereka kepada bukan Melayu; dan sebagai ganti dijamin hak orang Melayu/Muslim kepada keistimewaan dan agama Islamnya.Saya berharap isu ini akan membuka mata golongan bukan Islam bahawa bagaimana mereka begitu terasa terguris kerana hak perlembagaan mereka dipertikai..begitulah tergurisnya perasaan umat Islam apabila hak Islam mereka yang dimaktubkan di dalam perlembagaan dipersoalkan"
Jadi cukup-cukuplah tu...Kang huru hara negara kita jadinya..Negara hancur,Ekonomi ntah ke mana, Rakyat menderita....
10 comments:
Assalamualaikum,
1. Berkenaan isu rap Negaraku, memang ada kenyataan maaf dari "rapper" tersebut disiarkan diakhbar tetapi tak ingat berapa haribulan dan suratkhabar mana.
2. Berkenaan dengan Hindraf dll, ini semuanya merupakan produk daripada sistem pendidikan kita sendiri.
3. Jika kita jujur dan lihat pada Islam itu sendiri, Islam tidak membezakan antara kaum. Semua manusia ada setaraf, justeru semua manusia perlu diberikan layanan yang sama rata, asalkan mereka yang tidak bukan beragama Islam tidak mengganggu gugat aktiviti orang-orang Islam.
4. Mengenai isu "pendatang", kaum Cina dan India juga membayar cukai pada kadar yang sama seperti Bumiputra, mereka juga menyumbang kepada perkembangan ekonomi negara. Adakah mereka pendatang ? Ya... jika kita labelkan generasi pertama mereka sebagai pendatang, tetapi tidak kepada generasi mereka pada hari ini.
5. Konsep Bangsa Malaysia merupakan satu konsep yang murni yang patut dijadikan sebagai matlamat jangka panjang negara tetapi pada pendapat saya ianya tidak dapat dicapai pada jangkamasa terdekat ini.
6. Alasannya terdapat pada diri kita sendiri. Sebagaimana yang telah saya katakan di dalam posting sebelum ini, kita telah dididik dengan sifat "perkauman" secara sedar ataupun tidak. Wujudnya SR(J)K, SM(J)K, SRK dan SMK serta sekolah berasrama yang beteraskan kaum telah mencacatkan minda kita sehingga konsep Bangsa Malaysia tidak boleh dicapai.
7. Sekiranya konsep Bangsa Malaysia hendak dicapai, semua pihak harus berkorban. Kaum Cina dan India hendaklah bersedia untuk melupuskan semua jenis SR(J)K dan SM(J)K. Orang-orang melayu juga harus bersedia untuk membuka tempat yang lebih luas bagi kaum bukan melayu di sekolah-sekolah berasrama penuh secara beransur-ansur. Matapelajaran khusus yang dahulunya diajar di SR(J)K dan SM(J)K boleh diajar di sekolah yang standard bagi semua anak-anak Bangsa Malaysia sebagai subjek pilihan, tanpa mengorbankan Bahasa Malaysia sebagai bahasa wajib dan bahasa ibunda.
8. Kita sebenarnya harus mencontohi Amerika Syarikat di dalam aspek asimilasi kaum. Sebenarnya di Amerika Syarikat terdapat lebih banyak kelompok kaum, tetapi mereka semuanya tertakluk kepada satu sistem pendidikan, satu sistem ekonomi. Tidak ada sekolah khas untuk Hispanic, sekolah khas untuk Chinese dll. Tidak salah kita menerima apa yang baik dari Barat.
9. Pada waktu ini, tiada satu parti politik pun, pada pendapat saya yang betul-betul memperjuangkan konsep Bangsa Malaysia.
"10. Kini, ada pula yang bersuara. gantikan ketuanan melayu kepada ketuanan rakyat. boleh tukar..tapi bukan sekarang. jurang antara rakyat masih ada. sabar dulu. jangan guna kan pendekatan ‘populist’ utk berkuasa. kelak yang rugi bukan dia tapi kita semua"
timbul satu persoalan..
adakah wujud satu usaha supaya sentiasa terdapat jurang antara rakyat untuk dijadikan alasan untuk tidak melaksanakan ketuanan rakyat?
Saudara Crower
Salam Sejahtera
Baik sekali yg saudara tulis ini. Saya juga setuju apa yg saudara tulis ini tapi ada beberapa perkara yang nak saya sentuh...
1. Berkenaan permohonan maaf yg saudara kata itu.. Perpatah MELAYU berkata SETAKAT MELEPASKAN BATUK DITANGGA... jadi disini kejujuran dan keikhlasan atau untuk mengurangkan ketegangan maka terpaksa minta maaf rasanya serupa tak de. Kebanyakkan permohonan maaf mereka ini nampaknya pasal memendikkan cerita dan isu sahaja tanpa ada susulan yg kearah KESEJAHTERAAN
2. Pasal HINDRAF ini kita kena lihat pada bangsa mereka sendiri yang sudah tidak mahu pada kepimpinan bangsanya sendiri dan kaum itu mengambil jalan singkat dan untuk menjadi popular dengan kadar segera. Kepimpinan HINDRAF pula mengambil kesempatan dari bangsa mereka yg sedang mencari dahan baru maka HINDRAF wujud maka tanpa berfikir terus berpaut. Maka masalahnya kita juga org MELAYU. Kebanyakkan pemimpin HINDRAF ini yg profesional maka sistem KASTA dalam jiwa org india memang tak boleh dibuang. Inilah masalah org india sampai bila bila yg sentiasa mengagungkan yg kasta tinggi ini
3. Berkenaan ISLAM tak payah saya ulas sebab apa saja dari ISLAm jika dihayati betul semuanya lengkap. Yang masalahnya bila kita cuba tukar.
4. Masalah Isu pendatang ini suka saya peringatkan yg mereka sampai bila-bila pun memang asalnya pendatang. Orang cina ada negeri asalnya REPUBLIK OF CHINA. Org India juga ada negara Mereka INDIA. Org Melayu ini lah negara nya MALAYSIA. Yang dulunya kita sebut TANAH MELAYU. Sebab org MELAYU ini jiwanya lembut maka mudah bertolak ansur maka namakan MALAYSIA.. Fakta sejarah tak begini.
4. Pasal cukai tak payah sebut. Siapa pun kena dimana saja. Beritahu saya negara mana yg bangsa di negara itu tak payah bayar cukai... faham sendiri
5. Akhir sekali saya nak sebut pasal yg Negara Amerika ini. Persoalan saya berapa lama Amerika ambil masa sistem mereka ini seperti satu bidang pendidikan satu bidang ekonomi.. Itu yg kita sedang buat. Tapi masalahnya org cina dan india yg tak faham. atau buat buat tak faham. Ditambah yg DSAI buat lagi anak muda jadi keliru
ITULAH MASALAHNYA
UMNO ITU Untuk ORG MELAYU
Belum masanya org MELAYU ini boleh dibiarkan sendiri
BELUM MASANYA
Assalamualaikum,
1. Saudara Yunos, bilakah masanya ?
Assalamualaikum,
Saudara Faisal (maaf tersilap tulis nama pada posting terawal):-
1. Bilakah masanya ?
2. Saya setuju bahasa DSAI dan kumpulan Pakatannya mengelirukan rakyat, sebab saya nyatakan diposting saya terdahulu :-
"9. Pada waktu ini, tiada satu parti politik pun, pada pendapat saya yang betul-betul memperjuangkan konsep Bangsa Malaysia."
DAP dari luaran nampak seolah-olah jagoan konsep Bangsa Malaysia tetapi mudah melatah apabila isu sekolah cina dibangkitkan.
BILAKAH MASANYA?
1. Saya bukan nujum pak belalang. Saya juga bukan pakar untuk masa depan cuma saya suka satu ayat dari seorang presiden yang mengatakan... Jika nak tahu masa depan negara itu, Lihatlah pemudanya hari ini...SO Tepuk dada tanyalah akal... Saya cuma nak tambah sikit...
Kita memang kena belajar dari Amerika sebabnya negara itu dah lama dan banyak sudah yang didokumentasikan sebagai rujukan kita. Wahimah kalau nak bermain politik pada pendapat saya kita kena belajar dari Amerika... Ini kata guru saya.
Amerika kalau lepas 20 Januari 2009ini akan mendapat Presiden yang ke 44. Kita baru dapat 5 dan tak lama lagi dan kalau boleh esok kita nak yg ke 6... Just bayangkan berapa lama kita jauh dari mereka dan berapa banyak masalah yang telah dapat mereka selesaikan dari kulit hitam menjadi hamba dan sekarang kemungkinan akan duduk kerusi presiden...
Maksud saya kita hanya boleh jadikan Amerika cuma sebagai rujukan saja tapi tak boleh ikut sama dengan mereka... Saya rasa sebagai lawyer pun banyak kes disana sebagai rujukan.
BILA ??? bila pemimpin UMNO tidak lagi hipokrit dan tak retorik serta yang dibicara bukan kosmetik
2. Berkenaan BANGSA MALAYSIA ini suka saya nyatakan yang ini tidak akan tercapai bila-bila. TIADA BANGSA YANG NAMANYA MALAYSIA. Malaysia ini cuma nama negara saja tidak akan ada bangsanya. Bangsa MELAYU tetap dengan MELAYU nya. Begitu juga cina dan india... MATI HIDUP SEMULA mereka tidak akan tukar nama bangsa mereka.
Jadi tak payah saudara crower nak cerita hal bangsa Malaysia ini atau nak lihat bangsa Malaysia atau pun nak jumpa parti politik yg memperjuangkan KONSEP BANGSA MALAYSIA.
DAP hanya memperbodohkan org MELAYU yang dilihat semakin layu...
Sebab itu bila kita buat sekolah WAWASAN mereka bantah...
Sebab mereka dapat lihat yg agenda yg sedia ada pada mereka seperti sudah kita ketahui...
Inilah Kerja kita sebagai ORG MELAYU yg TUAN PUNYA TANAH MELAYU...
Rumah kita mestilah kita yang ambil tahu yg mana kurang dan yg mana lebih... kita lah yg corakkan..
TAPI...
Bila kita sedang buat itu ini kat rumah kita yang tetamu ini bising pula... Sebab mereka lupa yg mereka itu tetamu saja... Sedangkan kita cukup hormat pada tetamu kita...
FIKIRLAH SENDIRI...
ITU SEBAB SAYA TAK SETUJU BILA DSAI KATA ...
NEGARA INI CINA YG PUNYA
NEGARA INI INDIA YG PUNYA
Sebenarnya NEGARA INI MELAYU YG PUNYA...
kita cuma tukar nama sebab bila kita ada tetamu yang istimewa maka kalau pakai TANAH MELAYU seperti tak KOMESIAL maka kita tukarkan Signboard kat depan tu "MALAYSIA" Ini kita setuju... dan banyak lagi yg kita setuju hingga yang tetamu terlupa yg MALAYSIA tu cuma papantanda saja...
Gitulah ceritanya saudara...
moga ada lebih ramai faisal di negaraku yang tercinta ini...
Negara nie Allah yang punya. Bukan melayu punya, bukan cina atau india punya. Tapi, kita melayu, cina dan india yg menumpang di atas bumiNya. Selagi ada sifat mazmumah, sampai bila pun bangsa kita x kemana.
Salam semua,
Sebelum kita menilai sama ada perlu atau tidak 'penyataan maaf' dari DSNajib (DSN) kepada kaum Cina, adalah lebih baik jika kita sendiri perhalusi sumber2 yang menyatakan bahawa Datuk Ahmad itu telah menyatakan 'penyataan' itu.
1. Dari mana laporan itu mula timbul? Adakah ianya dari media massa berbentuk bercetak ataupun dari media massa elektronik?
2. Adakah ada antara kita yang boleh berkongsi dengan yang lain sumber asal itu untuk kita halusi semula apakah penyataan yang dikatakan itu wajar dikatakan sebagai berbentuk perkauman?
3. Adakah 'penyataan' itu telah di ambil 'out of context'? Jika ia, wajarkan pohonan maaf itu dibuat sama ada oleh sipelaku atau DSN sendiri?
4. Memang benar only great people can have the courage to say sorry/appologise. Tapi kalau x salah kenapa perlu ada pohonan maaf itu 'in the first place"....
Renung2kan sahabat....
Salam 2 all,
Satu perkara yg perlu difikirkan adalah versi cerita yang mana boleh dipercayai.
Laporan media massa menyatakan bahawa Datuk Ahmad menyatakan bahawa kaum Cina adalah pendatang. Ini yang diwar-warkan secara meluas.
Tetapi di TV3, dinyatakan oleh Datuk Ahmad bahawa his statement was taken out of context..beliau kata; "menurut sejarah kaum Cina pada masa itu adalah pendatang di tanah melayu". Thats a fact right, but in my opinion oleh kerana pendukung utama BN pada masa ini iaitu UMNO semakin kurang kemas kawalan dan 'cengkamannya' ke atas parti2 komponen yg lain dan ditambah dengan senarion pemilihan dalam parti MCA dan Gerakan maka all these interested parties telah mula menunjukkan bahawa mereka adalah the champion to their race and supporters..
Saya amat berminat untuk mengetahui pihak media manakah yang mula memainkan isu ini dan adakah sebarang voice/written transcript of what were really uttered by Datuk Ahmad...
Me - Mat Bond
Post a Comment