-inilah hidupku,catatanku.. utk kehidupan yang amat mencabar ni.... Kita perlu warnainya..corakkan ia... dan jaganya...-
Tuesday, September 2, 2008
Mengajar Anak Berpuasa....
Barulah saya sedar, payah juga nak mengejutkan anak bujang saya yang baru berusia 5tahun ni untuk bersahur. Macam tu jugalah mak selalu bising mengejutkan kami 6 beradik dulu...hmm...setelah puas memujuk, akhirnya Haiqal mahu juga menurut saya ke dapur...Sampai di dapur terus dia letakkan kepala dia atas meja. Mengantuk sangat katanya. Saya tak jangkakan Haiqal hendak bersama bersahur dengan kami, tapi bila saya bersembang dengan suami katanya anak kawan baiknya yang seusia haiqal dah pun berpuasa. Walaupun separuh hari, tapi semangat yang ditunjukkan oleh anaknya yang buatkan saya dan suami bersepakat mengajar haiqal untuk berpuasa. Terdetik dalam hati saya berkata...."kecil lagi anak aku ni...".
Lepas saya suapkan nasi tak sampai 5 suap ke mulut Haiqal , Dia kata dia dah kenyang..terus bangun. Sempat saya mintakan abahnya untuk mengajar haiqal niat berpuasa....Tersenyum haiqal...Nasib baik sejak bersekolah di TAdika Amirah, Haiqal faham apa itu niat, dosa dan pahala, Surah yasin pun hampir separuh dihafalnya... alhamdulillah...
Semoga hari ni haiqal akan tahan cubaan dan dugaan dari adiknya hakim...(yang baru berusia 4 tahun semalam....).....hakim..hakim..
sumber gambar: ilustrasi dari iklan Roti Ikhwan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Pengalaman mengajar anak berpuasa ni memang mencabar..tapi alhamdulillah anak-anak k sha semua mula berpuasa seawal usia 5 tahun. Paling membanggakan, Ammar yang pernah mengidap luekimia pada umur 4-7 tahun,telah berpuasa penuh pada usianya 7 tahun,mungkin ketabahan ammar melawan penyakit yang telah mencapai level ke 2 ketika itu,telah mengajar abang dan adiknya Ateef untuk turut tabah menghadapi dugaan berpuasa.Pagi ini,Ammar yang mengejutkan umminya untuk bangun bersahur..dan k sha pun bangun menyediakan juadah bersahur dengan perasaan yang sungguh terharu...diusia 10 tahun, Ammar kini lebih bijak dan sentiasa menjadi sumber inspirasi kepada kami semua..Siapa sangka,Ammar yang pernah keluar masuk ICU di HUKM,pernah tidak boleh berjalan selama 6 bulan dan menderita melalui proses chemo selama 3 tahun,kini menjadi anak yang cerdas,cergas dan pintar...Syukur ke hadrat ilahi...mungkin inilah balasan kepada hambaNya yang ikhlas dan sabar...Emi,bersyukurlah dengan anak-anak yang telah dianugerahkan kepada kita...
Post a Comment