Tuesday, September 9, 2008

TDM AKAN KEMBALI KE PANGKUAN UMNO?

jIKA benar bagai dibaca...phuh... saya pasti bukan saya sahaja yang gembira. Tapi kawan-kawan puteri saya yang lain juga turut geMbira dengan berita ini...TAPI jika benar bagai dibacalah... ( www.pemudaenggang.wordpress.com).

Buat apa nak membawa hati yang lara..melihat UMNO dari kaca luar. Alangkah baiknya jika TUN kembali bersama UMNO kini, dan membantu apa yang patut dilakukan di dalam .
Persoalan demi persoalan mungkin akan banyak yang timbul.

Apapun..yang pasti kembali TDM ke dalam UMNO bukan sebarang kembali..tetapi KEMBALI YANG PENUH ERTI.

3 comments:

perfectwater75 said...

Salam!

apa yang digembirakan sangat apabila TDM kembali ke pangkuan UMNO?
Bagi saya, tindakan TDM untuk kembali kepangkuan UMNO hanya memberikan dia peluang untuk terus menghentam kepimpinan sedia ada di samping peluang terbaik untuk memastikan legasinya iaitu MUKHRIZ akan berjaya dalam petandingan KP UMNO Malaysia. Itu saja...

TDM adalah antara faktor kekalahan teruk UMNO-BN dalam PRU 12 dan 'by-election P.44 Permatang Pauh', kemasukan beliau akan menambah rumit sesetengah ahli yang khabarnya memang suka TDM berada di luar.

thanks!

crower said...

Assalamualaikum,

1. TDM cuma menyatakan pendiriannya terhadap "pelawaan" yang dibuat oleh Tan Sri Muhydin.

2. Samada "pelawaan" Tan Sri Muhydin ini telah mendapat restu dari AMT UMNO kita tidak pasti lagi apakah "pelawaan" ini merupakan inisiatif peribadi Tan Sri Muhydin sendiri.

3. Umum mengetahui Tan Sri Muhydin adalah antara orang yang "frust" apabila Pak Lah mengumumkan tiada perebeutan jawatan bagi posisi no 1 and no 2 UMNO.

4. Umum juga mengetahui bahawa Che Det telah menyuarakan pendapatnya agar adanya pemilihan bagi jawatan-jawatan tersebut, paling tidak pun untuk jawatan no 1 UMNO.

5. Apapun sekiranya Che Det menyerahkan borang permohonan keahlian UMNO, AMT UMNO terpaksa menimbang sebaik mungkin akan penerimaan Che Det ke dalam UMNO.

mat bond said...

Salam

Tok Det dan MT Umno kenalah ambil jalan penyelesaian yang terbaik...bgmn nak buat, hanya mereka yang tahu caranya...kerana masing-masing memerlukan satu sama lain.

Tok Det is very organise and full of ideas. MT kena lihat out of the box and kena mengaku kesalahan diri untuk perbaiki parti...
Konsep berkorban untuk kejayaan parti perlu ada kerana dengan cara itulah UMNO boleh bangkit semula...

Kalau kepentingan diri melebihi parti, takyah PRU akan datang; setiap 16hb tak kira September ke, Oktober ke, November ke PR akan boleh membentuk kerajaan.

Renung-renungkanlah wahai pemimpin; adakah ini yang anda nak tinggalkan kepada anak, cucu, cicit anda...

Perjuangan kita masih belum selesai dan takkan selesai jika inilah caranya kita berjuang...

Salam 11 Ramadhan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...