Tuesday, September 9, 2008

ISU PERKAUMAN: Satu Petanda yang amat bahaya...

Apabila melihat kekecohan yang berlaku melibatkan isu minta maaf Datuk Ahmad ISmail semalam. Saya menggelengkan kepala. Malu.Malu yang amat sangat dengan perangai penyokong yang tidak matang serta bertindak yang keterlaluan di luar batasan seorang rakyat Malaysia. Berlatarbelakangkan lambang UMNO, dengan perasaan marah mengoyak gambar Mantan Ketua Menteri P.Pinang.Tidakkah terlintas di fikiran mereka yang tindakan ini bakal menggugatkan perpaduan Kaum, serta mencalar UMNO itu sendiri.Memang sebelum ini saya ada komen mengenai isu Datuk Ahmad ismail ini.Ingatkan ianya akan berakhir,tetapi (ada lagi?!!) nampaknya berlarutan..malah melarat hingga insiden mengoyak gambar Pemimpin. Ini tidak bagus..sungguh tidak bagus. Saya sebagai Ahli PArti UMNO pun rasa tindakan penyokong Datuk Amad ISmail ( saya kira penyokong..sebab saya tidak kenal pun mamat tu).


Kini, ada pula cadangan dari Panglima Angkatan tentera Malaysia, yang menyarankan Kerajaan supaya mengambil tindakan tegas ke atas pihak yang membangkitkan isu perkauman kerana ianya boleh mengancam keselamatan Negara. Saya secara peribadi, merasakan bahawa cadangan itu sangat baik. Cuma, harapan saya biarlah tindakan yang dikenakan itu terpakai kepada semua.Jadi mana-mana pihak selepas ini yang cuba membakar api dia akan fikir dua, tiga kali.. Sayang mulut sikit bila bercakap...
Tidak ada soal "aku kebal...engkau tidak kebal..oleh itu aku boleh cakap dan buat apa sahaja". Tapi selepas ini sekiranya ada apa-apa insiden seumpama ini kenalah disiasat siapa yang bertindak ke arah itu. Yelah, kadang-kadang lebih sudu dari kuah. Orang yang bercakap tidak ada apa-apa, tetapi..orang lain yang lebih menunjukkan perasaan dan emosinya.Keduanya berkait. Cuma beban tu kenalah pada mereka yang benar-benar membangkitkan isu kaum yang boleh cetus kepada kestabilan dan keselamatan negara.

Tambahan pula selepas Insiden ini , sekiranya ada lagi tindakan yang melibatkan ahli parti. Maka, Parti yang terlibat hendaklah mengambil tindakan sewajarnya terhadap ahli Parti mereka yang boleh kita kategorikan sebagai "mulut longkang "itu.Janganlah biarkan mereka ini mengganggu-gugat keharmonian kaum negera kita ini,khuatir ada pihak yang akan "cuba menangguk di air yang keruh nanti".

Dalam kes Datuk Ahmad Ismail ini, kemarahannya kepada Koh Tsu Koon tapi biasalah ianya terpalit juga kepada kaum cina. Saya dah baca ucapan penuh Datuk Ahmad Ismail sewaktu Sidang akhbar semalam...hmmm...penuh bersemangat....
ntahlaaa.....
Apapun, Malaysia ini berbilang kaum. Hormat-menghormatilah antara satu sama lain. Cukuplah kes Ahmad Ismail ini. Niatnya, hasratnya saya faham dan saya mengerti.
Buat sahabat-sahabat dari kaum/bangsa cina waimah yang lahir dari setitis darah orang cina... tolong jangan salah tafsir apa yang berlaku semalam. Tidak semua orang Melayu bertindak sebegitu. Kita bersama perlu ada perasaan syukur di atas keharmonian kaum yang telah lama kita kecapi selama ini.

3 comments:

Sir Brut said...

saya bersikap pro n con dlm hal ini yang mana msg2 mmpunyai pendapat dalam ruang lingkup, persepsi n penceritaan bermulanya isu.. HIDUP MELAYU

naz ilyn said...

Salam..

Saya pun rasa kurang selesa dengan keadaan sekarang..udah-udah lertu..kalau dah membuat kenyaatan untuk membela diri..cukupler ..tak payah ler sampai nak buat perkara2 yang bukan2.

Saya setuju..lebih sudu dari kuah..sebenarnya

p/s kenapa agaknya...pemimpin2 yg di atas mahu pun di bawah, pati pembangkang atau bukan..tak habis2 membuat hati rakyat majmuk tersentap..??

mat bond said...

Salam,

Naz ilyn, itulah jadinya bila kepentingan diri melebihi kepentingan rakyat atau parti...tambah-tambah dah dekat ngan pilihanraya parti. Semua nak jadi champion nak tunjuk sape lebih champion di mata rakyat or ahli parti.

Hisablah diri sebelum bertindak...anda boleh mengubahnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...