Wednesday, September 24, 2008

Akhirnya....

Setelah beberapa lama "menumpang kasih" di komputer sahabat-sahabat..., akhirnya dapat juga saya menemui (mohon izin Tuan Sebol )..."modem baby celcom" saya yang rosak akibat teknikal... Haaa.... dapatlah saya kembali menjadi blogawan semula bersama-sahabat-sahabat lain....(eiiii rindunya......)hahahhaa.Sedapnya mak saya buat kuih muruku ni..yum..yum..

Aflah dah pun bercuti...(Pun seronok jugak)..Saya masih lagi bekerja...sampai ke 1 hari raya (separuh hari). Esok Saya dapat cuti pun disebabkan saya terpaksa ambil cuti kalau tidak saya terpaksa pesan orang beli barang persiapan Raya.>>(haru..)
Sedar tak sedar..hari ni dah pun ke 24hbSeptember, 2008. Apa dah jadi dengan cerita sahabat PKR tentang 23hb?...Baru sekejap tadi saya hantar pesanan ringkas kepada sahabat saya AMK di Utara. Dia pun belum tidur lagi...saya tanya.. Apa dah jadi? Sebab kali terakhir saya menemuinya, dia bersungguh-sungguh bercerita tentang
23hbSeptember ini PKR akan mengambil alih kerajaan....

Beliau membalas balik "Pak LAh tidak mahu lepas jawatan, Agung balik UMrah PAk LAh akan dipanggil mengadap.Final....MP akan dipanggil untuk buat pengakuan peralihan ke Pakatan. Kalau masih degil lagi, tunggu 13hb untuk umum di Parlimen"....

Wah..wah...wah...macam-macam cara kan? Masuk ni dah berapa kali kita diberi pelbagai tarikh....Kejap 16hbSept, Lepas tu 23hbSeptember,kemudian 1hb.Oktober. dahtu..baru kejap tadi dah tukar pulak, ke 13hb.Oktober...Mana satu ni ?.Pening lah..Teringat masa zaman kecil-kecil dulu kan... Tak dapat beli ais krim hari ni, dijanjikan lusa...Tak dapat lusa..dijanjikan minggu depan...Hai... DSAI benar-benar buat kita macam budak-budak...DSAi betul-betul buat penyokongnya teruja dengan setiap bait-bait yang dilagukan dan dan dinyanyikan kepada semua penyokongnya...Maka kasihanlah mereka yang tidak berdosa ini..percaya bulat-bulat...
Sampai depa nak raya pun tak senang hatilah...Nak nyanyi lagi?nyanyilah..

Buat Ahli UMNO seluruh negara.... RAya, Raya juga... tetapi tanggungjawab kita sebagai ahli PArti hendaklah kita teruskan juga. Ini adalah penentu.. Jangan persiakan segala hak yang ada pada kita sebagai ahli PARTI. Saya mulakan mesyuarat Puteri UMNO Bahagian saya pada 11hb Oktober,2008 jam 8.00malam. Yang akan dirasmikan oleh YB Ketua Bahagian YB Datuk Wira Abu Seman...Tahniah kepada semua Ahli Jawatankuasa saya yang telah menang tanpa bertanding.....Jadi malam itu bolehlah kita fokuskan kepada USUL dan juga untuk makluman semua Puteri Bahagian MAsjid Tanah akan melancarkan Blognya nanti...Tunggu!!!!!!

4 comments:

crower said...

Assalamualaikum Puan Emy,

1. Selamat Hari Raya !!!

2. Mengenai peralihan kuasa, a lot of people can "walk the walk, but only a few that can talk the talk". Buat masa ini yang terlompat seperti katak adalah tarikh, tak lebih dari itu.

3. Bertemu kembali selepas Raya.

Anonymous said...

Haha, tiba-tiba teringat lagu Ramlah Ram, Janji Manismu.

Orang putih cakap... Fool me once, shame on you. Fool me twice, shame on me. Tapi ada juga yang tak sedar-sedar. Ish ish ish.

Sudah-sudahla tu monyet, haha!

Pink Ants said...

bravo pu3 masjid tanah!!!!!

Laxmana said...

saya sendiri tidak peduli ttg apapun tarikhnya. Apa yang penting, setelah lebih 50 tahun merdeka, di mana umno berpijak kini? Pemimpin yang bagaimana umno lahirkan kini? Makin meningkatkah integriti negara? Makin merosotkan peratusan kes rasuah negara? Makin berkurangkah rakyat miskin di dalam negara? Makin bertambahkah harta pemimpin negara? Makin kepupusankah kezaliman di dalam negara? Makin baculkah pemimpin negara? Makin berakhlakkah pemimpin umno? Apa yang puteri mampu lakukan untuk ini semua? Menjadi pak turut atau mak andam? Terus memeluk dan mendakap umno tanpa sebarang tindakan proaktif untuk membersihkan umno? Hakikatnya..umno semakin rosak! pengganti ak Lah juga seorang yg amat jahil ttg hukum hakam ugama..Ohh Ya Tuhan masih relevankah najib sedangkan isu altantuyanya masih berbahang. Raja petra dikambinghitamkan demi menyelamatkan najib..Pemimpin pembangkang di ISA kan,sedangkan Mat bukit bendera dihukum oleh parti!Adilkah? Undang2 Umno lebih berdarjat dari undang2 negara?
Tidak terasa berdosakah terus berada di dalam umno ini? www.citrabudiman.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...