-inilah hidupku,catatanku.. utk kehidupan yang amat mencabar ni.... Kita perlu warnainya..corakkan ia... dan jaganya...-
Wednesday, June 4, 2008
PUTERI PERAK MAHU MULAKAN DENGAN FACEBOOK DAN BLOG.
TAHNIAH SAYA UCSAPKAN KPD KPU3 PERAK DAN Seluruh ahli pergerakan Puterinya...di atas usaha mereka yang mahu mendekati golongan muda dengan Facebook dan blog.Sesungguhnya ini adalah satu permulaan yang baik. Saya sendiri telah mulakan menulis blog bersama2shbt2 yang lain sejak berakhirnya PRU ke -12 yamg lepas.Ada lebih kurang 25 blog yang telah kami kendalikan.... Sebenarnya, saya faham benar.Bukanlah mudah nak mula menulis dalam blog..Bila nak mulakan memang payah, tetapi percayalah bila anda dah mula menulis, anda akan mula menyukainya. Puteri UMNO Bahagian saya, Bahagian Masjid TAnah juga telah bercadang untuk mengadakan bengkel penulisan menulis BLOG . Kami telah diberi kepercayaan oleh DAtuk Wira Ketua Bahagian untuk mengendalikan kelas tersebut di tingkat 3 bangunan UMNO MAsjid TANah. Kelasnya pun sedang diubahsuai. Komputer yang digunakan sewaktu pilhanraya sebanyak 30 unit telah pun diserahkan kepada Pergerakan Puteri UMNO Bahagian untuk kegunaan sewaktu kelas itu nanti. Walaupun ramai yang “berkenan...”dengan Komputer tersebut.Biasalah..barang canggih dan baru pulak tu.. Tetapi amanah tetap amanah... kenalah buat sebagai mana yang telah diamanahkan oleh ketua UMNO Bahagian...... Saya pun belum lagi menyemak di kalangan ajk Puteri UMNO Bahagian-Bahagian, berapa ramai yang dahpun mulakan usaha yang positif ini.... tapi kalau saya kira, saya pasti hasilnya agak positif... almaklumlah..sekarang ni blog dan apa juga bentuk komunikasi di internet merupakan trend anak muda masa kini.. bukan hanya generasi di starbucks sahaja.. saya pun anak kampung.... yang hanya dapat akses internet mengggunakan wifi sewaktu berada di bangunan seri negeri dan menggunakan celcom broadband...RM68 sebulan yang saya bawa modemnya kemana sahaja saya pergi....... tak payah nak lepak2 di kedai kopi starbucks..ahaksss.... to all my friend yang belum start mem'blog'.... cepat mulakan... jangan ketinggalan keretapi.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment