Dalam mana-mana organisasi pun ada kemelutnya..Tak kecil, besarlah jawabnya. Tapi dalam hal yang selalunya melibatkan Parti UMNO, maka ramai pihak pembangkang akan cuba memperbesarkan isu.Tetap bersangka buruk walau apa jua yang cuba dilakukan itu adalah baik. Tapi apabila terkena batang hidung sendiri, pandai pulak senyap dan tidak menghentam "Sparring Partner mereka...dalam Pakatan Rakyat.
Akhir-akhir ni banyak isu yang melibatkan parti pembangkang...
Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Mohd Ali yang didakwa telah menggugurkan dua pemimpin kanan parti itu kerana tidak tahan dengan kritikan panas yang diterimanya berkenaan isu agama dan kaum dalam pentadbiran negeri.Ahli parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad dilucutkan jawatan sebagai Timbalan pesuruhjaya II PAS negeri itu digantikan ahli parlimen Hulu Langat Dr Che Rosli Che Mat, Jumaat lepas.Manakala ketua penerangan diserahkan kepada setiausaha akhbar presiden PAS, Roslan Shahir Mohd Sharir bagi menggantikan wakil rakyat Hulu Kelang, Saari Sungib.Tak tahan dengan mereka, habis dicantasnya...macam-macam hal..
Begitu jua ada juga yang dikhabarkan Di Negeri Jajahan dan pentadbiran PAS. Syabas dan tahniah buat MBnya yang sungguh pemurah mendermakan RM10,000.00 dari duit gajinya untuk tujuan kebajikan. Tapi nampak gaya di Kedah ni, hanya MBnya sahaja yang bersungguh-sungguh memperjuangkan misi dan matlaat mereka. Exco lainn, dengar khabar ramai yang sedang memasang angan-angan (dan badan sekali kot) untuk menjadi MB yang akan datang. Itu belum kira lagi EXCo Kerajaan Negerinya yang sentiasa sibuk bermain g0lop(golf)di dalam dan luar negara sampai lupa tanggungjawab kepada Rakyat!...Begitu juga ada juga dakwaan yang mengatakan ada Exco yang sentiasa memberikan alasan"saya sibuk/ saya di dalam mesyuarat" bila beliau dihubungi oleh rakyat...
Begitu juga konsep perjuangan islam yang sentiasa dilaungkan oleh Pemimpin mereka. Tapi di Negeri bawah kuasa mereka , perkara pokok Perjuangan mereka masih tidak dapat dilaksanakan. Terutamanya janji untuk menerapkan nilai Islam dalam pemerintah Kedah menjadi pertikaian dan ditunggu-tunggu oleh rakyat. Misalnya pengharaman judi, arak, penjualan nombor ekor, toto, penutupan aurat dan sebagainya.Dalam sidang dewan yang belangsung minggu lepas . Bila ditanya berkenaan isu siber dan pusat hiburan yang dibuka ke lewat malam sehinggga mengundang masalah dan gejala sosial.Tetapi Exco perumahan dan kerajaan tempatan memberi alasan pemantauan dan penguatkuasaan dibawah tanggungjawab polis dan bukan PBT.aiseh itu macam ka cara jawab YB EXCO?
Saya syorkan PAS Melaka kena bantulah nampaknya PASS Kedah ni.
Di Perak pun, Adun PKRnya yang telah ditahan atas tuduhan Rasuah, ...hmm...seks pun ada....macam-macam halkan....
Yelah bila bercakap mengenai orang lain sedap sahaja mulut dan tangan mengkritik....
Macam contoh, di Melaka ni, apa juga yang dibuat oleh Kerajaan Negeri Melaka di bawah pimpinan YAB Ketua Menteri Melaka ada sahaja salah dan buruk di Mata, Telinga dan HAti Mereka. Seoalah-olah Kerajaan Negeri Melaka langsung tidak ada membuat apa juga kebaikan buat rakyat Melaka dan suka mengambil kesempatan rakyat Melaka (hmm sungguh tidak patut dakwaan itu ...). Tapi bila jadi di Negeri yang meraka berkuasa.. SENYAP!! simpan di bawah permaidani... yelah lumrah manusia kan....
apapun...Cakap orang Je lebih....sendiri mau ingatlah lah kan...Saya pun mengingatkan diri sendiri jugak ni...
Sumber:
1)www.kpmu.net
2)http://ceritayan.blogspot.com
3 comments:
diorang memang pandai cakap jer..mcm ketua wanita pkr zuraida kamarudin dia ckp sipa yang etrlibat dengan rasuah dan seks akan dipecat tapi anwar dia tak pecat pun?
salam..
camner anwar nak pecat, kalau pecat kang dgn anwar sendiri kena pecat...
hehe..opp..
Salam.. ni first time saya masuk blog ni dan tahniah kpd saudari ada blog sendiri, cuma sebagai ketua puteri negeri, harapnya saudari beristiqamah dlm berblog ni, tugas2 yg lain dah byk, tugas peribadi lagi, jadi dlm berblog ini harap biarlah maintain, sekurang-kurangnya 2minggu sekali atau bila ada isu penting.. bukan ape takut nanti apa pandangan org bila saudari masa memaksa saudari berhenti..
Cuma pandangan.
TK
Pemuda Mache
maybe dari sudut ini emy masih kurang ilmu pengetahuan...saya rasa alangkah baik emy sendiri melihat situasi disana......almaklumlah, jika kita hanya menonton TV3 /RTM dan membaca akhbar pro kerajaan suma citer2 -ve je ditaburkan......sebagai seorang ketua sepatutnya ia kena bijak dan jangan hanya mengikut telunjuk pemimpin yang tidak betui.:-)
Post a Comment