Friday, November 21, 2008

"Susahnya nak menulis di blog sendiri sejak akhir2 ni...."

Ntah apa kena ntah, celcom broadnband saya seakan merajuk....
selalu terputus...kejap ada line..kejap tak ada line..(lupa pulak kita ni kat kawasan luar bandar...huhuhuu). Banyak kali hasrat nak menulis dan letak gambar terpaksa saya abaikan...




apapun, banyak peristiwa yang berlaku..
Tahniah kak ijat, akhirnya berani juga membawa WANIta UMNO ke arah satu pembaharuan... ("berani lawan ketua"?)iyer ke tu? kena ke ayat tuh?
hmmm... rasanya bukan dia saja nak lawan....Tapi, tumntutan akar umbi yang nakkan WANITA UMNO ini berubah dan bukan berada di takuk yang sama...
(saya bukanlah pandai bebenor...)
Tapi hasrat Kak Pidah nak mempertahankan jawatannya tidak nampak begitu mantap.
Rasa macam kelakar pun ada jugak.... Macam manalah orang tak menyampah dengan kita Kak Pidah... , kata nak elak perpecahan..tapi tindakan dia sebenarnya lagi membuatkan perpecahan hebat akan berlaku dalam wanita sekiranya dia masih mempertahankan hasratnya itu..
Buat kak ijat..selamat maju jaya. Kamilia rasanya malam ni sedang lena diulit mimpi...
Percaturannya mengena..."Menang tanpa bertanding..."
apapun dari tiga-tiga orang ni, saya paling suka dan saya paling tabik spring adalah Loyer KAmilia.....


sumber gambar:www.kpmu.net

3 comments:

Edie said...

Begitulah 'kecintaan' puaka umno/bn pada dunia.matlamat untuk agama,bangsa dan negara, rupanya plstik!hampeh! sesiapa pun dlm puaka ni hanya tahu berkiblatkan wang!Dunia! mereka menipu melayu!mereka hina agama! ini ke amy pejuang melayu?ini ke? ini ke yg puteri umno perlu contohi? ini ke? makan suap, bodohkan melayu!ini ke? amy..keluarlah dari 'neraka' dunia ciptaan puaka umno ini..keluarlah segera..amy tidak mungkin mampu berjuang sendirian untuk membersihkan semua! sdgkan ali ketam sendiri begitu diperkatakan org ttg banyaknya wang yg telah digunakan. amy tentu tak akan nafikan.jgn pula kata ali ketam manusia berhati malaikat..umno sudah teruk!Rosak!Dibawah lembayung hadhari Islam makin jelik di dalam umno!

pu3 perak said...

emy.. teruskan perjuangan dalam puteri umno.. ramai lagi yg bersama emy.. ya kita tak nafikan adanya kepincangan dalam umno.. yg ini insyaallah pu3 takkan contohi. tetapi pu3 tetap bersama2 umno memperjuangkan melayu. biarlah orang kata umno dah teruk atau rosak. kita pelapis ni yg akan berusaha menyucikan umno. kita generasi pemimpin ni yg akan berusaha membuat perubahan dan mengembalikan maruah umno. sekurang-kurangnya kita berusaha emy untuk bangsa kita. sesetengah orang hanya suka memperleceh dan mengutuk namun langsung tidak membantu bangsa mereka sendiri. stay u emy! stay in puteri! stay in umno!

WaShad said...

Salam buat KPM,
Saya sokong Pu3 Perak, ramai melayu cuma lebig seronok mengutuk, mencemuh, berkata kotor dan biadap, menunding jari menyebut kesalahan org lain utk menutup kesalahan sendiri walhal kalau bersama2 memperbaiki, kita boleh memdapat hasil yg lebih baik.
Berbalik kpd tulisan KPM, saya tetarik mengenai idea perkataan 'lawan' yg disebut, buat pengetahuan KPM, saya pernah mengusulkan didalam mesyuarat cawangan supaya pemimpin2 UMNO tidak mengunakan perkataan2 yg bersifat negative bila bercakap mengenai pertandingan jawatan, dan ini harus diamalkan juga oleh media2 yg melaporkan, seperti cthnya perkataan 'mencabar', dicabar, lawan, berentap, kerana sifat negatif yg wujud didalan makna perkataan2 tersebut menyebabkan timbulnya perasaan negatif dlm diri org yg dicabar, org yg dilawan, maksud saya penyandang, ini menyebabkan 'ego' tercabar. Lagi elok jika mengunakan ayat2 lain sprti dicalonkan, memberi pilihan kpd ahli, pilihan akar umbi, mewujudkan persaingan sihat antara calon dan lain2 yg lebih positif, tapi usul saya hanya di'print'kan keatas kertas yg dibukukan kedalam handout persidangan, mungkin tak siapa pemimpin diperingkat bahagian yg membacanya apatah lagi diperingkat lebih tinggi.
Hari ini ayat2 ini masih terus berkumandang di media2.. apa perasaan rafidah selaku penyandang bila org katakan sharizat akan lawan dia? Bila dia baca tajuk akbar, sharizat cabar Rafidah.. takkah sedikit sebanyak ada perasaan terbakar dalam hati?
Oleh itu saya amatlah menaruh harapan agar saudari KPM dapat menyuarakan hal ini keperingkat lebih tinggi memandangkan kedudukan saudari sebagai KP negeri.
Itupun kalau saudari rasa cadangan ini elok.
TK

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...