Tuesday, December 9, 2008

ALAHAI..PASUKAN BOLA SEPAK MALAYSIA...

Semalam petang, saya menyaksiakan perlawanan bolasepak Pasukan Malaysia menentang Pasukan Vietnam. Saya bukanlah peminat setia bolasepak tetapi, ikutlah juga perkembangannya memandangkan suami saya pun memang "gila bola" sejak dulu lagi. Tapi kekalahan semalam kepada pasukan Vietnam (2-3) begitu mengecewakan hati peminat bolasepak negara. Walaupun pelbagai imbuhan dah diberikan masih gagal lagi mempamerkan kehebatan mengalahkan lawan. Agak memalukan bila kalah kepada Vietnam. Saya difahamkan oleh suami saya yang vietnam ini tidak seperti Malaysia. Mereka tiada permainan liga...Macam di Malaysia, pelbagai pertadingan dibuat....hmmm..tapi hasilnya.Dah lah mulai tahun hadapan tiada lagi pemian import yang akan beraksi di dalam pasukan Malaysia... Alahai lomah lutut den ni haaa... Pada pandangan anda... siapa yang harus dipersalah dan dipertanggungjawabkan terhadap prestasi pemain Malaysia yang semakin lemah..dan lemah..dan lemah ini...SAMADA PEMAIN? PENGURUS PASUKAN? ATAUPUN PRESIDEN FAM? huhuhhuuh
Tolong jawab sikit....

14 comments:

Rohazam said...

Den berpondapat bola tu yang harus dipersalahkan.... kuang kuang kuanggg.....

fahmi said...

dari segi psychology memang player2 malaysia ni lemah. nampak sangat bila beraksi fokus tak sampai 100%, selalu kelam kabut dll. masalah utama ialah pengurusan, penuh dengan org2 yg tendang bola pun tak reti. patutnya dari presiden sampai ke bawah ambillah bekas2 pemain negara...

Edie said...

penat berdemo kito cakap pasal sukan lak..bosan jugakkan layan politik umno yang entah apa-apa ntah...bola jaring puteri...ado? marina rasol buleh bosukan layi ko? amy buleh bosukan ko? dulu aktif yo tak...yo lah jaman anak dagho...sekarang....? hah...apoooooo?????? Amy main snooker.......!!!!!!!??????

Anonymous said...

takdo cito shah rukh khan ko?

AWANG said...

Puan Amy ni reti ke tengok bola? Ingatkan handal belasah orang dgn taekwondo je. muahahahaha

pink_lady said...

ermmm...nak buat camne lagi...
duit dh dilabur berjuta-juta...
bakat dah di cari sampai ke ceruk-ceruk...
macam-macam harapan semangat dah ditabur...
tapi...
player kita yang lemah semangat...
dalam otak fikir habuan...
bukan nak mengata diorang nie xde semangat berjuang untuk negara...
tapi...
semangat nak dapatkan habuan...& pujian tu yang dah terlebih sangat..
ape nak buat...
player-player nie kna cuci otak dulu...
baru lah...
bleh menang...
tp menang game laa...
bukan stakat menang sorak jer...
huhuhu...

Taiko Blog said...

Asyik cari salah mana nak bagus..
Kena carik jalan penyelesaiannya..
ANtaranya :-

i. Pakai pemain import.. Striker Philimon Chipeita., Nelson Sam Martin,
ii. Tubuhkan akademi bola yang dibetul2 hebat cam kat England atau Belanda..
iii. Bubarkan FAM...
Dah cukup le tu..

Jenab Janda said...

Semasa aku di Amerika selatan dulu aku berkawan dengan ibu kepada seorang pemain bola pro.

Antara tips yg aku tahu ialah:

1. Gaji pemain mahal..lebih mahal dari graduate.

2. Masyarakat pandang tinggi pemain bola.

3. Kalau berat pemain lebih dari had, dia diberi masa satu bulan untuk turunkan....kalau tidak,..out you go.

4. Kalau prestasi menurun...diberi masa satu bulan untuk dibaiki.... kalau tidak...out.

5. Masaalah peribadi tidak dibenarkan ujud.

6. Pemain yg selalu sakit...out.

Dengan erti kata lain...salah sikit aje...out.

Malaysia boleh buat macam tu tak?

Rohazam said...

Disiplin kita kat Malaysia nih makin hari makin bagus.... so tak perlu risau... masalahnya rakyat kita tetiba mcm pentingkan sgt2 kesempurnaan dari segala aspek dari apa perkara pun. Tak bole laa nak silap sikit....

Mcm bola ni haa.... salah ke kalo kalah.... kalah melawan laaa... kalo kalah tak melawan lain citer beb.... yg menang sebelum tuh tak ungkit pulak....

Kita punya badminton.... jgn la kalah seround.... mampuih kena hantam....

Alex Yong dulu.... kesian aku ngan mamat nih... dia berjuang utk Malaysia tapi org Malaysia tibai dia cukup2... sbb tak cukup sempurna.... kalo bole nak dia naik podium tetiap kali lumba....

ni tgh tggu jer Datuk Nicol kalah kat skuasy 2-3 tournament.... kita tgk lak dia kena taruk camana....

itu baru secubit bab sukan tuh... belum nengok bab lain.... risau aku laa... tetiba rakyat Malaysia nih macam kena pukau.... segalanya kena sempurna.... tapi takat dalam minda memasing jer... membantunya kurang.....

entah ler.... den totap ngan pendirian den... bola tu yang harus dipersalahkan.... kuang kuang kuanggg.....

Anonymous said...

sy mencadangkan KJ meletakkan jawatan kerana gagal membawa team bolasepak ke arah yang membangakan. Presiden Bolasepak Melaka pun sepatutnya letak jawatan. Beliau lebih menghabiskan duit utk berjudi..

Saadon_penipu said...

apo yang dikisahkan tentang bola sepak Malaysia ni.Ntah wujud ntah tidak pun aku tak tau.Lepas Wan Jamak bawa ke Final Piala Tiger di Singapore dulu,Bola sepak Malaysia terus jatuh ntah kemana.Nak salahkan sapa?Pemain?Pengurus?Jurulatih?
Pemain:Rata-rata yang dipilih ada pilihan hati pihak pengurusan bukan jurulatih.Apa Malaysia takde orang yg boleh scouting bakat2 hebat ker?Tanya player tu sendiri adakah mereka tu sehebat ronaldo,Kaka,Nesta??Tak Hebat?tak boleh ke jadi hebat mcm dorang?Apakah mereka it species jin tanah?merek juga manusia.Sama ajer,tiada bezanya.Jadi player fikirkanlah yg korang sarung tu jersi malaysia,Selamat la Emblem dh tukar ke FAM..so sebenarnya itu adalah pasukan FAM bukan Malaysia.

Jurulatih:Sudah berapa kali tukar jurulatih tapi mutu tetap sama juga mcm dulu.Lihat saje Claude Lee Roy,bila latih Ghana boleh layak pula ke Piala Dunia.Sungguh memalukan.Presiden FAM ikut hati dia suka2 nak tukau jurulatih.

PENGURUSAN:Langkah pertama pecat Sultan Pahang sebagai Presiden,KJ pula letak jawatan sebagai MP dan jadi pengurus pasukan Malaysia,lantik Shebby Singh yg suka kritik tu sebagai Scouting player2 profesional,kekalkan Sathianathan,kebalikan Dunhill sebagai penaja Liga Malaysia.Dunhill bukan sekadar rokok sahaja.Minyak wangi,baju semua ada.Dengan banned syarikat rokok belum tentu rakyat melaysia nk berhenti merokok.TV1,TV2,TV3,NTV7,TV9 perlulah membuat siaran langsung untuk setiap perlawanan liga super atau perdana.pada siaran live tu buatlah satu ruangan sms komen peminat.Dengan ini syarikat penyiaran boleh ada income.Iklankan perlawanan bola sepak malaysia seperti EPL..suratkhabar negeri contohnya melaka hari ini perlulah menjalankan tugas menemubual pemain2 negeri.tanyakan matlamat mereka dlm bolasepak?ingin menjadi seperti dia mereka atau ingin menjadi pmain pujaan mereka.

Akhir sekali,rakyat malaysia ada 26juta orang.Jikalah MALAYSIA MAMPU ke PIALA DUNIA sudah pasti 8-10 juta rakyat malaysia tak okek untuk menderma sorang RM1.00 kepada pasukn malaysia.PERLU diingat KLU terkumpul duit tu jangan pula PRESIDEN,TIMBALAN,SETIAUSAHA,nak bedal lak duit berjuta2.Sebab tu dh jadi amalan mereka

33 said...

AV,無碼,a片免費看,自拍貼圖,伊莉,微風論壇,成人聊天室,成人電影,成人文學,成人貼圖區,成人網站,一葉情貼圖片區,色情漫畫,言情小說,情色論壇,臺灣情色網,色情影片,色情,成人影城,080視訊聊天室,a片,A漫,h漫,麗的色遊戲,同志色教館,AV女優,SEX,咆哮小老鼠,85cc免費影片,正妹牆,ut聊天室,豆豆聊天室,聊天室,情色小說,aio,成人,微風成人,做愛,成人貼圖,18成人,嘟嘟成人網,aio交友愛情館,情色文學,色情小說,色情網站,情色,A片下載,嘟嘟情人色網,成人影片,成人圖片,成人文章,成人小說,成人漫畫,視訊聊天室,性愛,聊天室,情色,a片,AV女優

張曼玉Lynn said...

AV,無碼,a片免費看,自拍貼圖,伊莉,微風論壇,成人聊天室,成人電影,成人文學,成人貼圖區,成人網站,一葉情貼圖片區,色情漫畫,言情小說,情色論壇,臺灣情色網,色情影片,色情,成人影城,080視訊聊天室,a片,A漫,h漫,麗的色遊戲,同志色教館,AV女優,SEX,咆哮小老鼠,85cc免費影片,正妹牆,ut聊天室,豆豆聊天室,聊天室,情色小說,aio,成人,微風成人,做愛,成人貼圖,18成人,嘟嘟成人網,aio交友愛情館,情色文學,色情小說,色情網站,情色,A片下載,嘟嘟情人色網,成人影片,成人圖片,成人文章,成人小說,成人漫畫,視訊聊天室,性愛,a片,AV女優,聊天室,情色

Anonymous said...

http://club-bilderberg.blogspot.com/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...