Monday, November 3, 2008

CIK KAK...PENTINGNYA MEMBUAT PEMERIK SAAN KESIHATAN.

Saya rasa terpanggil untuk berkongsi pengalaman dengan anda semua saat saya dimasukkan ke hospital selama 5 hari sejak 28.10.08.Saya membuat (Dilation and Curettage) (D&C) sekali lagi dalam masa 2 minggu diakibatkan pendarahan yang banyak dan tidak berhenti.Doktor juga mencadangkan kepada saya untuk membuang Fibroid yang telah dikesan awal sebelum ini bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku juga katanya lambat laun juga Fibroid itu juga perlu dibuang jadi buat sekalilah. Cik kak... agak besar tau..dalam 6cm yang telah dikesan melalui scan di Klinik Dr MAhinder.

Setelah selesai dan selamat pembedahan. Dr Mahinder telah melawat saya dan maklumkan kepada saya yang sebenarnya saya tiada Fibroid. APa yang berlaku adalah disebabkan "infection" atas luka lama semasa pembedahan saya melahirkan naak saya yang kedua 4 tahun lalu. BAyangkan .....inilah Besar dan Hebat Kuasa Allah SWT. Kalau saya tidak hamil dan mengalami pendarahan..sudah pasti saya tidak akan dapat mengesan apa yang belaku ke atas diri saya kerana saya tidak langsung merasa sakit...
Ini semua adalah jalan dan Petunjuk yang diberikan oleh Allah. Walaupun kehilangan Damia, tetapi saya dapat mengubati sakit yang selama ini tidak nampak. Huhh... penat saya nak menghabiskan cuti sakit saya selama sebulan ini....Petang ini pula saya dijadualkan untuk membuka balutan pembedahan di perut saya.hmm...Kak long saya pula dijadualkan untuk membuang rahimnya bulan Disember ini .Ini semua disebabkan masalah Fibroid. Beliau dah membuang fibroidnya selama 2 kali dan kali ini Doktor mencadangkan untuk membuang rahimnya. Doa saya agar semuanya akan berjalan lancar nanti..

Buat Teman-teman...
Pentingnya bagi anda semua membuat pemeriksaan kesihatan secara rutin.Kadang-kadang kita tidak tahu apa yang berlaku dalam badan kita. Luaran nampak sihat tapi dalaman...wallahualam.....Lagi-lagi orang perempuan. Bagi yang lelaki..pun sama..jalanilah pemeriksaan...ajak orang rumah sekali. Jangan lepaskan diri sorang pulak!!
Di bawah ini saya lampirkan sekali sedikit maklumat mengenai Fibroid. Hanya untuk makluman.Sumber saya perolehi dari http://www.medicine.ukm.my



APAKAH KETUMBUHAN FIBROID?
Ketumbuhan fibrod ialah sejenis ketumbuhan bukan kanser ( benign ). Ketumbuhan ini berlaku pada dinding rahim, khususnya pada lapisan otot dimana ia mengandungi tisu-tisu fibroid, maka dinamakan ketumbuhan ‘fibroid’. Selalunya fibroid merupakan multifokus ketumbuhan, di mana ia tumbuhnya adalah perlahan dan tidak menunjukkan sebarang gejala. Saiz fibroid pelbagai di kalangan wanita – kecil (boleh menjadi sangat kecil di mana memerlukan penggunaan mikroskop) dan besar (sebesar saiz sebiji anggur) ataupun sangat besar di mana ia boleh memenuhi ruang dalam abdomen.

Punca ketumbuhan fibroid tidak diketahui. Yang nyatanya, ia tidak tumbuh sebelum badan menghasilkan hormon estrogen. Estrogen dalam pil pencegah kehamilan dan juga ubat untuk mengurangkan gejala menopause (umur putus haid), mengelakan ketumbuhan fibroid untuk bertumbuh. Fibroid akan tumbuh dengan cepat semasa hamil. Ini kerana apabila hamil, badan tidak menghasikan estrogen. Fibroid selalunya akan mengecut apabila badan tidak menghasilkan estrogen lagi iaitu selepas menopause. Maka wanita menopause tidak akan mengalami masalah ketumbuhan fibroid.

Satu kajian menunjukan bahawa lebih kurang 25% daripada wanita, sebelum meninggal dunia akan mengalami penyakit fibroid pada rahim tetapi tidak semua mengunjungi dan mendapat rawatan daripada doktor. Ini kerana, kebanyakan fibroid tidak menimbulkan sebarang tanda atau menggangu kesihatan.

Ada yang mengatakan, bahawa ketumbuhan fibroid ini sering berlaku di kalangan wanita yang tidak berkahwin atau lambat berkahwin dan juga yang berkahwin tetapi sukar untuk mengandung dan beranak. Selain itu, ada juga yang mengatakan bahawa ketumbuhan firoid adalah akibat daripada ketidakseimbangan horman. Selepas haid, paras estrogen akan meningkat dan paras progesterone meningkat selepas ovulasi, proses dimana ovari melepaskan ovum (telur). Keadaan yang tidak seimbang, khususnya jika estogen terlalu tinggi dan progesterone tidak mencukupi dalam badan, ia boleh mendatangkan masalah seperti pendarahan tidak tentu masa, ketumbuhan fibroid pada rahim serta ketidaksuburan atau kemandulan.

Kandungan estrogen dan progesteron dikawal oleh hormon yang dikeluarkan oleh kelenjar pituitari yang terletak di dalam otak. Fungsi kelenjar pituitari mudah dipengaruhi oleh keadaan mental, emosi dan rohaniah seseorang. Jika ada gangguan pada tahap tersebut, maka rangkaian hormon yang mengawal pusingan dan mengawal paras estrogen dan progesteron boleh terganggu. Desakan dan tekanan hidup yang dialami oleh kebanyakan wanita akan mengganggu kawalan dan fungsi rangkaian hormon yang mengawal pusingan haid seseorang. Oleh itu, keadaan seperti ketidaksuburan dan penyakit ketumbuhan pada rahim serta endometriosis sering berlaku di kalangan wanita yang mengalami tekanan.

Tidak ada bukti-bukti yang menunjukkan, bahawa ketumbuhan fibroid ini dipengaruhi oleh unsur-unsur lain seperti makanan, keracunan ataupun jangkitan kuman.

GEJALA-GEJALA
Kebanyakan wanita tidak menghadapi apa-apa gejala. Walaubagaimanapun, fibroid boleh menimbulkan banyak masalah bergantung kepada saiz, lokasi dalam rahim dan sedekat mana ia dengan organ-organ lain. Ketumbuhan fibroid yang besar boleh menyebabkan :-

Tekanan
Sakit pada bahagian pelvik
Tekanan pada pundi kencing dan boleh menyebabkan kekerapan atau ketidakbolehan untuk membuang air kecil
Tekanan pada rektum yang menyebabkan kesakitan ketika membuang air besar
Pendarahan dari rahim merupakan gejala yang biasa dialami oleh wanita yang mendapat penyakit ini. Jika fibroid berada berdekatan dengan lapisan rahim, atau mengganggu perjalanan darah ke lapisan berkenaan, ia boleh menyebabkan pendarahan yang banyak semasa haid, senggugut, haid yang berpanjangan atau pendarahan sedikit ketika tidak mengalami haid. Wanita dengan pendarahan yang berlebihan kerana fibroid boleh mendapat penyakit anemia yang disebabkan oleh kekurangan besi.

Fibroid tidak mengganggu proses ovulasi, ada kajian yang mengatakan bahawa fibroid boleh menyebabkan ketidaksuburan atau kemandulan.

7 comments:

Edie said...

tk

Ismanizam said...

Assalamualaikum

Terima kasih kak kerana berkongsi maklumat yang berguna ni. Diharap akak sentiasa memberikn pendapat yang berguna seperti ini utk kebaikan pengunjung2 yang datang utk membaca blog akak.

Cuma saya nk berkongsi sesuatu perkara yang kebanyakan org Melayu lupa/tidak tahu iaitu kepentingan memiliki insurans nya yang komprehensif.

Saya mewakili Al-Isra' Associates (agensi Bumiputra paling besar dlm Prudential) ingin menawarkan atau berkongsi dengan sesiapa yang berminat utk memiliki medical card/kad perubatan prudential yang mempunyai minimum penggunaan seumur hidup sebanyak RM0.5 juta utk membayar bil2 hospital swasta. Kita hanya perlu membayar premium minimum sebanyak RM150 sebulan.

Perlu saya terangkan bahawa bayaran premium ini juga menjana pelaburan utk simpanan persaraan atau pendidikan utk anak2.

Medical Card ini boleh digunakan utk semua jenis penyakit kecuali bersalin, sakit gigi dan kosmetik. Bil akan dibayar direct oleh Prudential kepada hospital terbabit.

Saya percaya sekiranya akak mengiklankan perkara ini di dalam blog akak akan dapat membantu ramai org diluar sana yang ingin mendapatkan rawatan di hospital2 pakar tetapi tidak dapat membayar lantaran bil hospitalnya yang tinggi.

Sekiranya akak musykil atau mempunyai persoalan, bolehla call/sms saya utk mendapatkan keterangan lanjut.

Kerjasama akak amat saya hargai.

Terima Kasih.

Yang Benar
Ismanizam Sapuan
Prudential Wealth Planner
ismanizamsapuan@prupartner.com.my
013.7011.443

Pink Ants said...

Emy...i feel so bad kerana tidak sempat melawat emy..apapun,take care my dear.

Ariomacho said...

Shukur Allhamdulillah bila dengar you berkeadaan lebih baik, Sesungguhnya setiap kejadian itu tidak berlaku dengan sia-sia saja.
Sesungguhnya Allah itu maha mengetahui tentang hamba-hambanya.
Dan berdoa serta menyerah diri kepada yang Maha Esa itu adalah perbuatan yang lebih baik dan digalakkan.

SriKanDi PiNk said...

salam..

hum.. thanks for the info kak emy..
huhu selama nih duk dengar pasal fibroid.. dan ingatkan cuma org yg da berumur je yg kena.. tapi itulah.. hakikatnyaa...penyakit tak kenal usia! bahaya...

Jenab Janda said...

Aku ada cerita kesihatan.

Di sekolah aku dulu ada seorang kerani perempuan.Baru kerja satu minggu.

Ada guru bernama Cikgu Sidik...suka buat lawak...skarang ni pengarah muzik

Satu hari dia datang lambat..bila kerani tanya...dia jawab...aku pergi klinik buat chek pep smear.

Kerani maklumkan hal ini pada Puan Pengetua.

Tiba-tiba pengetua gelak terbahak-bahak.

kerani naik hairan....aku pun hairan..
masa tu aku murid di situ

Sekarang baru aku tahu sebabnya...
memang cikgu tu buat lawak high class

Anonymous said...

Salam kak. Harap maaf komen sy yg agak keterlaluan tu. Sy harap akak boleh tolong delete komen saya yer. just nk buat privacy sikit. nk removekan nama saya dari internet. terima kasih atas bantuan

ismanizam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...