Monday, August 25, 2008

KURANG 24 JAM SAHAJA UNTUK MEMBUANG UNDI DI PARLIMEN PERMATANG PAUH

Kurang dari 24 jam sahaja lagi kita akan bersama-sama terus memberikan komitmen yang padu kepada semua pengundi Parlimen Permatang Pauh. Sama-samalah kita pastikan kita akan dapat menngeluarkan semua pengundi agar mereka dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab yang murni kepada Parlimen Permatang PAuh ini. Pastikan mereka keluar. Bantu dan permudahkanlah mereka untuk ke tempat mengundi esok...

Pagi2 tadi saya dah dapat sms dari sahabat-sahabat tentang peringatan yang diterima untuk menjaga Jentera BN Masing-masing. Kita khuatiri banyak perkara yang tidak diingi berlaku...Supaya menjaga keselamatan dan juga disiplin jentera.. Saya pun fowardkan kpd sahabat2 PU3 dan juga sahabat PKR saya.

Kmdn... saya terima sms yang di"foward"kan kepada saya dari sahabat PKR saya. Sempat diselitkan.."apa u all ingat..pemimpin u all je ke yang ada memberikan pesanan begitu?..saya terima lebih kurang sama juga..pemimpin PKR pun mengingatkan anak buah dan jentera supaya berdisiplin dan menjaga keselmatan jentera masing2.."

Hm... baguslah kalau begitu...barulah dikatakan kita sebagai pemimpin ni menjaga kepentingan/ kleselamtan anak buah dan orang ramai...Kita tidak mahu sebarang kejadian yang tidak diingini sewaktu dalam tempojh 24jam ni...

To all...jaga diri, jangan Lupa diri...dan banyak2 bwak bersabar..( termasuk saya mengingatkan diri saya sendiri..).

Sunday, August 24, 2008

Gambar insiden ancaman bom di bilik gerakan puteri BN.




ANCAMAN BOM DI BLK GERAKAN PUTERI BN. sABOTAJ BAB 2?

saya kini berada di balai polis Kubang Semang , Permatang Pauh[ Sedang menunggu YB Dato Noraini membuat laporan polis bersama naib kpum dan keteua penerangan PU3 Msia, Dato Sha. ini semua berkenaan dgn hal ancaman bom yg kami terima di Bilik Gerakan PU3 BN. ntahlaa...saya pun tak faham dan tak terpikir yg sampai ke tahap ini manusia yg allah kurnia akal utk berfikir bertindak sejauh ini. jangan ingat kami gentar atau takut... Ini semua tak lemahkan semangat juang yg dah sebati dalam jiwa PU3 kami. Ntah laaa jam dah pun tunjukkan pukul 3.55am. Waktu ini kami sepatutnya sdg berehat setelah seharian berhempas pulas berkempen siang td.

Saya akan postkan gambar nnt. Ni saya pinjam telefon Dato Sha. Bateri saya dah kaput. Bengang bila memikirkan muka2 mamat Penyokong PKR yg mamandang dan gelak sinis. apa? Ingat benda ni main2 ke? Saya tadi agak tercabar juga bila ramai Pihak penyokong PKR dok menyibuk di hadapan jalan bertentangan dgn bilik Gerakan BN kami. Ntah apa lagi dalam kepala dan akal mereka yang panjang itu utk mereka gunakan sebagai jalan utk menutup kslhan mereka... Buatlah helah dan pelbagai alasan.... Yg pasti, seperti mana kata Dato Ket PU3 Msia,ini tidak akan sekali2 melemahkan semangat PU3 kami...

ya Dato KPUM, saya setuju.... Kami akan terus berusaha keras hingga ke hari mengundi dengan cara PU3 kami yg gunakan slogan 'Gegar Prihatin'. to all my gals n pu3 out there, anggap ini sbgai satu cabaran... pembangkang mengganggap PU3 BN ini sebgai ancaman kpda mereka....jaga tingkah laku.... Jaga diri....ok

Adios wsalam...

Friday, August 22, 2008

BILIK GERAKAN PUTERI BN DISABOTAJ?



Saya bukan nak menuduh sapa2. Tapi cuba u all bayangkan bilik Mesyuarat di Bilik gerakan Puteri BN terpaksa bergelap sejak semalam dan mtg pun diadakan berbekalkan cahaya lampu lilin.tak tahu sebab apa, hanya dalam dlm blk mesyuarat shja yg tiada elektrik. Kebetulan, hari ni saya ada di sini. Dan sempat berjumpa brader yg membaiki elektrik. Saya tanya kenapa?apa masalah? Dia maklumkan pada saya dia pun x tau bgmana wayar nuetral blh bertkr wayar. Dan itu sebabnya elektrik x function'. Aik? Mcm tu pulak. Dalam hati saya sapa pulak punya keja? Smlm siang ok je. Kena sabotaj ke? Ntahla, Wallahualam.

SAMBUNG BALIK....PUTERI UMNO DIKASARI-bab 2

Selamat tengahari semua... saya baru sahaja bersama Dato'Ketua Puteri Malaysia di Rumah JOHOR. YB Rosnah Naib KPUM pun ada sama. Saya bersama Farahiyah exco Puteri Malaysia yang ditugaskan menjaga hal anak angkat. Maaf semalam sepatutnya saya tidur sekejapsahaja..tapi tersasar sehingga jam 1.45am. Penat sangat. Puteri saya kejutkan pun , saya tak sedar.sekarang ni saya menaip di Bilik Gerakan Puteri BN. Bilik mesyuarat PUteri BN sedang bergelap kerana dipercayai masalah "sabotaj elektrik"(elektrik pun nak disabotaj ka?saya akan cerita bab ni jap lagi...kita habis bab satu per satu na?.....

sambung balik..Semalam,memandangkan keadaan diri saya yang terlalu penat, jadi saya menghantar wakil Puteri Melaka saya yang juga merupakan AJK Puteri Negeri saya ke Mesyuarat Puteri UMNO Malaysia yang dijadualkan bermula jam 8pm di Pejabat Puteri BN.Saya sempat bertemu beliau jam 7.50pm utk menyerahkan Laporan isu semasa kpd beliau. Tiba-tiba, sewaktu saya masih berada di bilik Gerakan Melaka, saya menerima panggilan dari Puteri saya itu yang sedang bercakap mengigil sambil menceritakan bahawa beliau telah ditahan oleh 3 org pemuda PKR. Puteri saya ini adalah seorang bekas ustazah yang pernah mengajar kanak-kanak sekolah di sebuah sekolah agama di Melaka sblm beliau memulakan perniagaannya sendiri sekarang.Beliau berpakaian sopan sewaktu ditahan. Difahamkan dbeliau dalam perjalanan ke BIlik Gerakan Puteri. Semasa dalam perjalanan beliau nampak pemuda PKR sedang memungut bendera PKR yang jatuh di tepi jalan. jadi beliau pun memperlahankan kereta takut terlanggar mereka. Tiba-tiba pemuda PKR tersebut menahan keretaPuteri saya dan menyuruh beliau keluar kerana nampak puteri saya memakai tag Jentera PU3. dan menuduh bahawa puteri Saya sengaja ingin melanggar Bendera PKR. Bila disuruh turun maka Puteri saya pun turunlah dari keretanya. Beliau telah diugut untuk dipecahkan keretanya kalau tak turun. Turun-turun sahaja dari keretanya beliau telah diancam untuk dipecahkan kepala dan dan keretanya sambil pemuda tersebut memagang tag nama jentera yang dipakai oleh PU3 saya. sambil menuduh yang puterisaya sengaja mahu melangar Bendera PKR yang telah jatuh itu. Puteri saya pun menjawab yang beliau ingin menelefon ketuanya iaitu saya dan memaklumkan perkara ini. Kmdn beliau dilepaskan setelah "mamat PKR" tu memberi amaran "sekali lagi aku nampak kereta engkau lalu depan ni lagi , siaplah kau!"...

Jadi Puteri saya pun terus masuk ke dalam kereta dan menelefon saya.Saya terus menasihatkan beliau supaya memaklumkan mengenai perkara ini di dalam mesyuarat Puteri BN nantidan buat laporan polis mengenai insiden ini. Kmdn letak je telefon, saya terus menelefon sahabat saya yang juga merupakan salah seorang "Ketua Angkatan Pemuda Keadilan Bahagian" Kedah. Saya maklumkan perkara ni dan mintak beliau maklumkan kepada pihak atasan PKR supaya mengawal jentera PKR yang mengganggu Puteri kami. Beliau berjanji akan menyiasat perkara ini dan Beliau juga mengaku agak sukar nak mengawal anak buah dan jentera yang emosi..( haa..tau pun..). B.t.w , saya nak merakamkan penghargaan kepada beliau yang mengambil tindakan positif walaupun melibatkan Jentera PKR beliau..

Ntahla... pening dan tak faham orang lelaki nikan?..Buat semua jENTERA Parti PKR,or sesapa jelah asalkan lelaki.. come onlah... janganlah nak tunjuk kesamsengan jalanraya anda kat Puteri Kami. Kami tau anda semua hebat bab tu...sian kat Puteri saya yang niat sucihati...& Bonafide memperlahankan keretanya hanya semata-mata takut melanggar jentera PKR.. dah tuh..dia pulak yang dikasari..Jangan patah semangat ok gals...


Buat Puteri-puteriku sekalian...

" harap jaga diri, sayangi Diri.."
Jangan bimbang..tnggal 3 hari je lagi nak ngundi!!"

wsalam...

Thursday, August 21, 2008

Puteri Umno Dikasari lagi?! - Bab 2

Hari ni sangat meletihkan saya....balik dari makan char kueh tiaw bersama kwn2 dah pun pukul 2.30am..lepas tu saya membuat kerja saya sikit sambil bersembang dengan member lama tentang esenario politik Di Permatang Pauh. Agak panas jugak la kami bersembang. Kmdn saya membaca blog/ berita di internet.. Bila mata baru sahaja nak lelap, saya dapat panggilan dari Bodyguard yang Bos Besau "Ketua Menteri Melaka" a.k.a Naib Presiden UMNO Malaysia akan datang melawat ke petiundi Mengkuang.. saya tanpa melengahka masa terus sahaja menuju ke Kediaman yang didudukinya... sempatlah saya membeli Breakfast utk CM dan kwn2 di Bilik Gerakan.

Kmdn sesi taklimat dan pembentangan laporan prestasi Kerja dan Laporan K10 masing-masing telah disemak satu-satu oleh Datuk Seri.Hmm...dia memang detail orangnya,,
astagfirullah....saya tak dpt meneruskan menulis blog ni. sya terlalu letih .I need to take a nap..huhuh, dah 1 setengah hari tak dapat tidur...

saya akan sambung lagi bab cerita puteri saya dikasari..maaf k..terlalu ngantuk

Tuesday, August 19, 2008

MAKLUMAN: BloG yang baru dibuka sempena Pilihanraya Kecil Permatang PAuh.

Sekadar Untuk makluman semua, Bagi memeriahkan suasana "Alam Cyber" yang tidak kurang hebat penangannya bagi menghadapi PILihanraya Kecil Parlimen Permatang PAuh (P.44), terdapat beberapa blog yang telah dilahirkan bagi memaparkan berita dan juga gambar yang dibina khusus bagi pilihanraya kecil yang penuh dengan pelbagai cerita yang menarik...antaranya:-

1) www.p44.com.my
2) www.Permatangpau-p44.blogspot.com
3) www.tukartiub.Blogspot.com


TAHNIAH saya ucapkan pada mereka yang bersusah payah mengeluarkan keringat/usaha dan juga RM bagi membina laman web dan juga Blog... saya tahu ianya bukan mudah dan murah... Banyak masa dan belanja yang diperlukan untuk "maintain" blog tersebut...
Bawak bersabarlah , ada juga bloggers yg PRO BN katanya kita cakap sahaja yang cyber war ni penting tetapi tidak nampak usaha yang positif dan serius ke arah itu. Hm...sebagaimana yang saya selalu bagitau kwn2 saya yang lain.... kita kena mulakan sekarang.. Nak "up to the standard dengan orang yang dah menulis blog 3 tahun dulu mana sama dengan kita yang baru mula 3 bulan..." BUT AT LEAST SOMETHING..THAN NOTHING...right?" By the time PRU ke 13 kita akan melihat lebih ramainBloggers dari kakangan org BN,, insya'allah.

Monday, August 18, 2008

GAMBAR MANGSA PUTERI UMNO YANG DIKASARI SEWAKTU PENAMAAN CALON PERMATANG PAUH

Berikut adalah gambar yang saya dapat dari www.masterdedah.com , mangsa adalah seorang ahli Puteri UMNO bernama Rohana. Dari gambarnya saya melihat agak teruk juga beliau dikasari.Bila saya tunjukkan gambar ini kepada suami saya dia kata " eh! ini betul kuat ditarik bajunya.."(hanya sekadar pandangan seorang suami saya yang dulu juga bekas wartawan di NSTP).







Buat sahabat-sahabat jentera dan kawan2 PUteri dan An-Nisa @ lebih senanglah..macam ni kepada semua sahabat-sahabat saya dari kalangan kaum HAWA, yang datang untuk membantu di Permatang PAuh, saya nasihatkan anda semua supaya:-



1) Jangan jalan berseorangan...Jalan dalan berkumpulan.

2) Pastikan juga hp anda ada no telefon Polis dan juga apa jua no telefon Pihak Keselamatan.Dan Juga No.Tel.Bilik Gerakan(Tapi yang paling penting...HP kena lah ada kredit..camana nak telefon kalau telefon masuk air).

3) Belajar Menjerit dan menendang dengan tepat..(saya boleh ajar..saya ada Black Belt kaler Biru huhuhh)ala...boleh lah ajau sikit-sikit...Tapi kalau you all nak lebih ilmu bab ni kena tanya MAntan Ketua Puteri UMNO "Dato AZA"..haa..dia memang terror..huhuh..Tapi you all kalau boleh janganlah tunjuk berani bila mereka provoke.Orang PKR suka benar provoke kaum lemah macam kita ni.

4) Pakai baju yang sopan. Tapi kalau boleh pakai seluar supaya senang lari.

5) Kalau apa-pun yang berlaku...jangan lupa buat laporan POLIS. AMbik gambar. Kena ada Bukti Beb...


susah kita nak berhadapan dgn PKR ni..they r very good in propaganda. ada kawan saya sms saya PKR ni katanya PKR ="PARTI KUAT RABA" . saya tersenyum je bila dapat sms ni..tak tau nak setuju ke tak..diam jelah kan..

Gals out there..take care of urself.. Ingat tau pesanan penaja kat atas tadi...
Kita hanya mampu sekadar memberi nasihat dan peringatan...(uish..takutnyer ...)

Sunday, August 17, 2008

Unit IT Melaka bersama YAB Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Naib Presiden UMNO Malaysia, merangkap Ketua Menteri Melaka sewaktu beliau melawat Bilik Gerakan BN di Petiundi Mengkuang pd hari Jumaat 15/8/08.

Jurufoto dipukul, Puteri Umno diraba REf: MAlaysiaKini

Jurugambar kumpulan Akhbar New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) dan seorang jurugambar agensi berita asing cedera dipukul sekumpulan penyokong parti politik sewaktu proses penamaan calon bagi pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh hari ini.Menurut laporan Bernama, jurugambar NSTP itu dikenali sebagai Mohd Sairen Mohd Nafis, 26, dan manakala jurugambar agensi asing itu dikenali sebagai Halim Berbar.

Mohd Sairen memberitahu pemberita bahawa kejadian itu berlaku pada jam 1.30 tengah hari tadi, ketika beliau sedang merakamkan gambar petugas BN dalam kenderaan pacuan empat roda.Tiba-tiba, katanya, dia diserang oleh 30 orang yang memakai baju-T parti PKR."Mereka menarik saya sehingga terjatuh dari pacuan empat roda," katanya sambil menambah dia ketika itu, sedang berdiri di atas kenderaan tersebut untuk mengambil gambar."Mereka kemudiannya mengheret saya kira-kira 15 meter sebelum tumbuk,terajang dan sepak di bahagian kepala, kaki, tangan dan badan saya," katanya.

Beliau berkata, kejadian ngeri itu berlaku kira-kira 10 minit sebelum beliau dibantu oleh Halim yang turut dipukul.Bagaimanapun, kedua-dua mereka berjaya diselamatkan oleh pihak polis yang menyedari kejadian itu, katanya.Beliau cedera di bahagian tangan dan badan serta kehilangan kamera digital yang bernilai RM15,000 yang dipercayai dilarikan oleh kumpulan terbabit.

Sementara itu,Bernama juga melaporkan bahawa ada penyokong parti politik yang didakwa mengambil kesempatan meraba sekumpulan ahli Puteri Umno dan tidak cukup dengan itu, meludah mereka.Kejadian yang berlaku kira-kira jam 10 pagi itu, hampir mencetuskan pergaduhan di antara penyokong kedua-dua parti tetapi keadaan tegang itu dapat dikawal oleh pasukan polis yang bertugas.Ketua Puteri Umno, Datuk Noraini Ahmad mendakwa, sekumpulan lelaki yang memakai baju-T PKR serta membawa bendera parti itu telah meraba punggung beberapa ahli Puteri Umno semasa melalui belakang mereka.Apabila ahli Puteri memarahi mereka, kumpulan lelaki itu telah meludah ke arah mereka menyebabkan ahli Puteri terbabit melaporkan insiden itu kepada polis yang membawa masuk anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) untuk mententeramkan keadaan, katanya.

"Kumpulan lelaki yang meraba dan meludah jentera Puteri Umno itu tak gentleman langsung. Mereka (lelaki) sepatutnya kena hormat dan melindungi golongan wanita, bukannya melakukan perkara tidak senonoh," katanya.

MES:

bIAsalahtu......Diorang memang kurang ajar sikit bab-bab ni.Tak tau macamana nak hormat orang perempuan.Apa perasaan Si mamat2 PKR ni kalau budak perempuan (macam ahli pu3 kami) yang kena tu adik diorang/ anak ke, Girlfriend ke atau mak diorang?...
Takleh pikir ke diorang ni? Dulu masa pilihanraya Kecil Anak Bukit kot....Si Orang PAS tunjukkan "ANU" nya kat budak PU3....isk,,....isk....isk.. Terperanjat adik2 PU3 tu.. Yelah tengok bende yang x sepatutnya sebelum sampai waktu..huhuhu.
apalah nak jadi.. Agaknya mamat2 PKR yang buat mende macam tu memang desperado kot... memalukan PARTI PKR je..Dan Juga tidak dinafikan Memalukan Calon PKR, Abg Anwar Yang "Pelewat"...
Susah bila ada mahkluk tuhan kat muka bumi ni yang tidak tahu nak menghargai dan menghormati Orang Perempuan...sebab tu lah kejadian pukul bini, dera anak, rogol anak...rogol budak kecik..,me"lewat" banyak berlaku.. Dah tuh bila kejadian macam ni meningkat dan banyak berlaku kat negeri2.. Pandai pulak salahkan pemimpin,salahkan UMNO, salahkan kerajaan....tapi apa yang berlaku hari ni dah sah2 lah dari kalangan penyokong parti PKR.. jadi cuba jawab sikit...ni nak salahkan sama?.....aiseh....Lu pikirlah sendrey....!!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...