Sunday, November 2, 2008

DATUK SERI MOHD ALI RUSTAM PERLU 13 PENCALONAN SAHAJA LAGI!!



Setakat tengah malam semalam, Datuk Seri mendapat pencalonannya yang ke 26 bagi Timbalan Presiden.Kita hanya perlukan lagi 13 pencalonan bagi melayakkan diri bertanding sebagai Timbalan Presiden UMNO. Beliau mempunyai kelebihan tersendiri dan juga kelebihannya itu yang tidak ada pada orang lain akan saya sentuh dalam post saya yang lain nanti. Saya dan sahabat-sahabat lain yakin dan percaya beliau akan dapat melepasi kuota pencalonan ini nanti. Kami juga mendoakan agar beliau akan terus sukses dan berjaya dalam membantu membawa perubahan di dalam UMNO serta membawa kegemilangan UMNO semula nanti bersama YAB DAtuk Seri Najib. Insyaallah...BUat Datuk Seri, semoga tabah dan bersabar walaupun banyak dugaan dan halangan yang ditempuhi sejak akhir-akhir ini. Ramai yang menyokong dan masih berdiri teguh di belakang Datuk Seri.Buat teman-teman yang banyak membantu dan menyokong YAB Datuk Seri MOhd Ali Rustam , terima kasih diucapkan...Sama-sama kita doakan kejayaan beliau..ameen....

sumber gambar:www.kpmu.net

8 comments:

Hasbullah Pit said...

Kita hanya perlukan lagi 13 pencalonan bagi melayakkan diri bertanding sebagai Timbalan Presiden UMNO


"Kita" tu termasuk saya?

emy said...

Kita itu merujuk kepada ahli-ahli UMNO Melaka termasuklah penyokong-penyokong calon Timbalan Presiden: DAR....(Tidak termasuk SEBOL..eh ye ke? ) Tapi kalau Sebol sendiri pun meyokong dan ingin bersama kami.. marilah....

Adiey said...

aduh...sapalah yg menyokong...ali ketam..nih? sebol..aku kira mereka yg menyokong ali ketam nih adalah mereka yg rabun warna dan rabun dekat..aku kira juga sebol..adalah amat malang jika manusia bernama ali ketam ini menjadi TPM..hancus beb..aku setuju dgn komentar, umno makin kepupusan pemimpin yg berakhlak mulia...bukan kata 100% ali ketam x bagus dan layak..tapi sikap x profesional dia ni ..entah tahap apa ntah..tapi sebol..biarlah puteri umno melaka ini puji dan puja ali ketam....aku..x terliur dek jawatan duniawi...nih..sebab aku tahu ukur baju di badan sendiri..ada kuasa tapi x geti buat apa pun susah jugak..
sebol..ada satu cerita lawak..ada satu tanah di Bukit Katil Melaka...pru 2004 konon rasmi untuk hub perabot jati...tup tup x dak..pru 2008 rasmi pulak untuk buat masjid...sampai la ni..senyap manjang...eehhh..apa yg aku ngarut nih..

koPiJantan said...

sy sokong ali ketam..
ahaks..
silap lak...
ali rustam...

go-go ali go

Anonymous said...

Hanya 7 lagi dari 51 bahagian yang belum bersidang...

Syabas Kem DAR

Anonymous said...

apa?? nak suruh sokong ali rustam?? ali rustam yg nak guna duit ZAKAT untuk buat majlis makan2 datuk2 kat melaka sana?? org macam ni ke yg nak disokong?? heh

koPiJantan said...

""Anonymous juliahart said...

apa?? nak suruh sokong ali rustam?? ali rustam yg nak guna duit ZAKAT untuk buat majlis makan2 datuk2 kat melaka sana?? org macam ni ke yg nak disokong?? heh""

sokong laa ali rustam yer..
ali rustam akan memulih kan umno..

go ali rustam...

Gelombang said...

Tolong carikan siapa lagi yang lebih layak utk kerusi Timb. Presiden nih selain 3 calon yg sedia ada.

Pembangunan negeri melaka walaupun tidak sempurna tetapi ia membuktikan kemampuan ali ketam membangunkan melaka dalam jangkamasa yang pendek jauh lebih baik berbanding ketua menteri @ menteri besar yang lain.

Saya harap ali ketam mampu menjadi Tun Ghafar II.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...