Wednesday, October 8, 2008

Maaf buat sahabat-sahabat puteri bahagian.


Semalam saya dihubungi oleh kak rini. Katanya nak datang berhari raya di rumah. Saya masa tu dalam perjalanan nak ke Pahang. Tapi bila dicongak masa, sempat saya sampai rumah jam 8malam nanti. Tp tepat jam 6.30pm , saya dapat maklumat abah dimasukkan ke wad di hospital Putra. Saya terus hubungi shbt puteri untuk tangguhkan hasrat untuk berjalan raya .saya perlu ke hospital dengan segera bila tiba di melaka nanti. Mana tidaknya. Abah tidak pernah masuk wad . Terkejut rasanya. Terkilan saya tidak dapat menguruskan kemasukan abah ke hospital. Saya juga ingin minta maaf buat kawan-kawan puteri yang telah bersiap-siap ke rumah saya semalam. Apakan daya. Di luar kuasa kita. Abah dalam masa sebulan telah hilang lebih 10kg. Darah tinggi tiada.begitu juga dengan kencing manis. Sekarang ni saya di klinik. Sedang tunggu pemeriksaan doktor. Harapan saya, agar keadaan abah tidak ada apa-apa..doa saya untuk abah agar cepat sembuh... Amin.

Tuesday, September 30, 2008

PERSIDANGAN PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN MASJID TANAH 2008

MAKLUMAN KEPADA SEMUA AHLI PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN MASJID TANAH. ADALAH DENGAN INI DIMAKLUMKAN BAHAWA PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN MASJID TANAH AKAN BERSIDANG PADA KETETAPAN SEPERTI BERIKUT:-

tarikh: 11HB OKTOBER, 2008.
JAM : 8.00malam
Tempat: Dewan Besar, Pejabat UMNO Bahagian MAsjid TAnah,
Melaka.


SEMOGA DAPAT MEMAKLUMKAN KEPADA SEMUA PERWAKILAN AGAR DAPAT SAMA-SAMA MENYUMBANGKAN SEGALA IDEA DAN JUGA BUAH FIKIRAN SEWAKTU PERSIDANGAN ITU NANTI.

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Salam Aidilfitri,

Pertama sekali saya ingin m,engucapkan kepada teman--teman dan sahabat-sahabat yang telah mengirimkan kad ucapan selamat Hari Raya dan juga SMS. Maaf sekiranya saya tidak sempat membalas... Ada juga kad yang tidak sempat saya poskan.
Mungkin teman-teman yang lain ada sedang sibuk membeli persiapan akhir, ada juga yang sedang sibuk memasak di dapur, ada juga yang sedang dalam perjalanan pulang ke kampung...apapun yang pasti ramai juga yang masih seperti saya...dududk di pejabat. Masih Bekerja di petang hari Raya.

Apapun yang sedang kita lakukan sekarang, pastikan kita tidak lupa pada yang telah pergi.... ataupun sahabat atau saudara lama kita yang telah lama kita tidak bersua, bertanyakan khabar. INilah masa terbaik untuk kita tautkan kembali hubungan yang telah lama terlerai..walaupun cuma melalui sms..Saya baru sahaja menghantar sms kepada sahabat saya yang telah lama tak jumpa. Kami jarang bertemu, jarang berbual, walaupun kami di dalam organisasi yang sama.Tetapi antara kami seakan-akan ada batu blok yang begitu besar menghalang persahabatan kami. Saya banyak kali beralah....kali ini juga saya beralah. Saya percaya ini bukannya pertandingan. Tidak salah kita kirimkan ucapan memohon maaf...kan?

Jam dah pun menunjukkan pukul 3.09petang. Tinggal kami berlima sahaja di Pejabat Ketua Menteri ini. Punggung pun dah naik panas dengar cerita adik-beradik dah sampai di rumah, memasak lemang dan ketupat.. Hmmm saya masih di sini.. YAB Ketua Menteri Melaka kini sedang melawat bekas wakil-wakil rakyat Negeri Melaka dari rumah ke rumah dan menyampaikan sumbangan HAri Raya kepada mereka.Jangan lupa, saya bagi pihak YAB Ketua Menteri Melaka menjemput datang ke kediaman Rasmi Ketua Menteri Melaka di Ayer Keroh, Melaka jam 10pgi hingga ke 3petang esok(Hari Raya Pertama).

Buat teman-teman blogawan....
selamat hari raya saya ucapkan. Sekiranya ada terkasar bahasa dan mengecilkan hati dalam kita melontarkan apa jua pandangan, saya Minta maaf ye.

wsalam.....

Wednesday, September 24, 2008

APA ADA PADA NOMBOR?......



Teringat saya Malam tadi..(baru sahaja 5 jam berlalu..), sewaktu Majlis Penutup Pertandingan Tilawah AlQuran UMNO Perhubungan yang berlangsung di Masjid KTIAM, Kuala Sungai BAru... Ramai yang saya jumpa...Ramai juga yang menegur....

Rata-rata menyebut nombor masing-masing....

"jangan lupa tau no #tutpuluh3...." "emy, jangan lupa tau..no.2puluh tut#...".sampaikan kedua anak saya yang ada di sana pun disuruh menghafal nombor mereka...
Saya tahu niatnya bergurau.tapi dalam maknanya...Seronok tengok gelagat masing-masing..

Apapun saya ucapkan selamat maju jaya kepada semua calon UMNO Bahagian yang akan bertanding nanti.. Bertandinglah secara sihat. Beritahu apa yang boleh anda bantu dalam usaha memulihkan kembali UMNO ini. Paling penting....komitmen kepada PARTI, haruslah dijadikan keutamaan..dan bukannya kerana ingin mengambil kesempatan sekiranya dipilih menjadi pemimpin (sekiranya terpilih laa...).

Selamat hafal nombor!!!!

Akhirnya....

Setelah beberapa lama "menumpang kasih" di komputer sahabat-sahabat..., akhirnya dapat juga saya menemui (mohon izin Tuan Sebol )..."modem baby celcom" saya yang rosak akibat teknikal... Haaa.... dapatlah saya kembali menjadi blogawan semula bersama-sahabat-sahabat lain....(eiiii rindunya......)hahahhaa.Sedapnya mak saya buat kuih muruku ni..yum..yum..

Aflah dah pun bercuti...(Pun seronok jugak)..Saya masih lagi bekerja...sampai ke 1 hari raya (separuh hari). Esok Saya dapat cuti pun disebabkan saya terpaksa ambil cuti kalau tidak saya terpaksa pesan orang beli barang persiapan Raya.>>(haru..)
Sedar tak sedar..hari ni dah pun ke 24hbSeptember, 2008. Apa dah jadi dengan cerita sahabat PKR tentang 23hb?...Baru sekejap tadi saya hantar pesanan ringkas kepada sahabat saya AMK di Utara. Dia pun belum tidur lagi...saya tanya.. Apa dah jadi? Sebab kali terakhir saya menemuinya, dia bersungguh-sungguh bercerita tentang
23hbSeptember ini PKR akan mengambil alih kerajaan....

Beliau membalas balik "Pak LAh tidak mahu lepas jawatan, Agung balik UMrah PAk LAh akan dipanggil mengadap.Final....MP akan dipanggil untuk buat pengakuan peralihan ke Pakatan. Kalau masih degil lagi, tunggu 13hb untuk umum di Parlimen"....

Wah..wah...wah...macam-macam cara kan? Masuk ni dah berapa kali kita diberi pelbagai tarikh....Kejap 16hbSept, Lepas tu 23hbSeptember,kemudian 1hb.Oktober. dahtu..baru kejap tadi dah tukar pulak, ke 13hb.Oktober...Mana satu ni ?.Pening lah..Teringat masa zaman kecil-kecil dulu kan... Tak dapat beli ais krim hari ni, dijanjikan lusa...Tak dapat lusa..dijanjikan minggu depan...Hai... DSAI benar-benar buat kita macam budak-budak...DSAi betul-betul buat penyokongnya teruja dengan setiap bait-bait yang dilagukan dan dan dinyanyikan kepada semua penyokongnya...Maka kasihanlah mereka yang tidak berdosa ini..percaya bulat-bulat...
Sampai depa nak raya pun tak senang hatilah...Nak nyanyi lagi?nyanyilah..

Buat Ahli UMNO seluruh negara.... RAya, Raya juga... tetapi tanggungjawab kita sebagai ahli PArti hendaklah kita teruskan juga. Ini adalah penentu.. Jangan persiakan segala hak yang ada pada kita sebagai ahli PARTI. Saya mulakan mesyuarat Puteri UMNO Bahagian saya pada 11hb Oktober,2008 jam 8.00malam. Yang akan dirasmikan oleh YB Ketua Bahagian YB Datuk Wira Abu Seman...Tahniah kepada semua Ahli Jawatankuasa saya yang telah menang tanpa bertanding.....Jadi malam itu bolehlah kita fokuskan kepada USUL dan juga untuk makluman semua Puteri Bahagian MAsjid Tanah akan melancarkan Blognya nanti...Tunggu!!!!!!

Saturday, September 20, 2008





Pagi tadi berlangsung tilawah alquran di hotel Centrepoint ,kuala lipis. Kami tiba jam 12.30pm, tilawah pun dah selesai. Lewat nampaknya kami. Kmdn saya turut serta dlm mesyt yg dipengerusikan oleh Yab Dtk Seri Mohd Ali Rustam pada jam 4pm mesyuarat biro latihan dan keahlian Umno MAlaysia dan Pahang. Byk agenda dan perkara penting dibincang. Ada satu cdgn yg benar2 menarik hati saya. Tapi saya tidak boleh cerita lagi bab tu. Nanti2 ok... Kmdn pada sebelah mlm diadakan maj.penutup tilawah. Tahniah pda qari saudara budiman dari 4b melaka yg telah berjaya mendapat tempat kedua. Semoga acara yang baik ini akan dpt diteruskan lg pada msa akan dtg. Saya juga tertarik dgn ucapan dtk seri yg memberi nasihat supaya belia kini menanamkan semula semangat sukarelawan di kalangan belia. Rela untuk memberì komitmen tanpa harapkan apa jua balasan. Insya allah.

Majlis Berbuka Puasa Puteri Umno Malaysia bersama Anak Yatim dan Anak PDK.

Sewaktu menyerahkan duit raya kpda anak yatim.
Yb Nolee bersama Anak Yatim menikmati hidangan.

Monday, September 15, 2008

PERJUANGAN UMNO PENUH LIKU...dI tANGAN KITA PENENTU....wallahulam...

Assalamualaikum semua
Dah lama saya tak menulis. Maaflah. Modem saya yang rosak...memang betul-betul memberi kesan akibat dah lama tidak menulis dan membaca catatan di blog kawan-kawan. Ini pun saya menumpang kasih wi-fi di Old Taste Kopitiam. Dapatlah saya menulis dan maklumkan apa juga perkembangan yang terbaru.

Sebelum itu, petang tadi sempat saya bersama mengikuti Majlis Perundingan Belia Negeri Melaka 2008 yang telah diadakan di PUteri Resort, Melaka. YAng telah disempurnakan oleh YB Datuk Idris Haron. Ramai juga pemimpin belia yang hadir. Banyak juga agenda penting yang dibincangkan. Tetapi, saya tidak dapat tunggu sampai habis kerana saya mendapat panggilan penting. Mahu tak mahu, saya terpaksa keluar dari Majlis tersebut.

Berbalik pada cerita saya yang awal, dalam 4 hari ini macan-macam hal yang berlaku. izinkan saya menulis selanjutnya......

1)Bukan buta hati, bukan buta mata dan juga bukan pekak telinga.. bukan saya tidak nampak apa yang berlaku dan tidak peka terhadap apa jua yang berlaku. Tapi dalam hal yang berlaku dalam UMNO pada hari ini.Saya benar-benar rasa amat resah. Pada saya sesuatu perubahan yang drastik perlu dilakukan dalam UMNO dengan SEGERA!

2) Saya secara peribadi menyokong bahawa hak saya sebagai ahli dan juga sebagai mewakili kawan-kawan saya yang lain selaku rakyat Malaysia ...rata-rata.hampir kesemuanya meminta supaya pelan peralihan kuasa di antara PM dan TPM perlu dilakukan segera. Memanglah, bila kita cakap mulut....sapa yang nak percaya?.... waimah cakap ketua Puteri Negeri pun orang masih lagi boleh mempertikaikannya.....Sapa saya? Tak kisahlah. Cakap apa yang benar. Mesej dari sahabat-sahabat dan akar umbi perlu disampaikan....walaupun makan diri.

3) Jadi mingu lepas saya dan beberapa sahabat saya yang lain bercadang untuk menjalankan kajian soal selidik tentang apa yang berlaku tentang senario politik di negara kita. Tapi,khusus untuk orang muda negeri Melaka. HAnya secara rambang kajian dibuat terhadap orang muda melaka yang tidak kira latarbelakangnya.Pelajar? Pekerja kilang? Professional? Periaga? Orang susah...Orang kaya?.... semua ada..jadi maknanya, kajian soal selidik ini adalah mewakili suara orang Muda Melaka.

4) Ini sahaja usaha yang kami buat untuk menunjukkan bahawa kami cakap bukan sebarang cakap..tapi dengan bukti dan kerjarumah yang telah kami lakukan...

5) Kami orang muda perlukan nafas baru dalam UMNO dan juga Kerajaan BN. Bukan budaya yang boleh menjadikan kita ini semakin lemah dan dibenci orang. Bukan juga menjadi pemimpin yang tiada pendirian...dan menjaga hati semua orang. Tetapi menjadi pemimpin yang sensitif dengan tuntutan rakyat. Buat kerja dan laksana tanggungjawab baik dengan pendekatan yang terbaik serta boleh diterima oleh segenap lapisan rakyat.

6) Pilihan terletak pada semua ahli UMNO.Kita memikul tanggungjawab yang besar untuk memilih dan menetukan masa depan UMNO terletak di tangan semua ahli UMNO sekarang. Saya? Dah tentu saya sayangkan PArti dan saya sayangkan Presiden Parti. Tapi, Sayang saya pada Parti Lebih. Jadi saya minta maaf Presiden Parti.... Rakyat dah lama bersuara....KITA KENA BERUBAH...

7) Saya tidak mahu akan datang kawan-kawan dan saudara mara saya menyalahkan saya nanti kerana tidak membuat keputusan yang betul sehingga mengakibatkan UMNO tidak akan hidup dan mekar lagi....Beban pada saya selaku Ketua Puteri UMNO Melaka menyampaikan suara hati anak muda , puteri UMNO Melaka...Mungkin ada sahabat saya yang lain tidak bersetuju dengan saya.Terpulang.........

Saya serahkan segalanya pada ketentuan ILLAHI. Saya dah berusaha, saya dah cakap, saya dah sampaikan pada yang sepatutnya.....Saya tidak akan berhenti..saya akan terus bercakap... dan menulis.

mes:
teringat saya semalam sahabat UMNO Dewasa (bukan tua)ada yang menegur saya kerana katanya saya dah berubah sebab dulu tak macam ni. Saya cakap Inilah saya, cuma dulu saya banyak melihat..tak banyak cakap ,hanya banyak menyimpan di dalam hati...Tetapi sekarang tak boleh lagi.......
apa yang tidak betul, apa yang tidak kena...saya perlu sampaikan.... semoga saya diberikan kekuatan....insyaallah
orang pun dah nak tutup kedai..jumpa lagi..wsalam.... selamat bersahur!!

Thursday, September 11, 2008

GB4B Tangga Batu anjurkan Majlis Pertandingan Tilawah Al-quran dan Nasyid Parlimen Tangga Batu.




Petang tadi saya sempat menyaksikan majlis pertandingan tilawah al-quran dan nasyid yg telah dianjurkan oleh GB4B Tangga Batu. Majlis penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Yb Dtk Idris Haron. Dah lama saya tidak dengar beliau berucap. Petang tadi beliau sentuh tentang pemimpin yg terdiri dari orang muda. Yg perlu diberi peluang dan dibimbing oleh orang dewasa supaya generasi akan datang akan menjadi generasi yang terbaik. Sambil menyentuh tentang Saidina Ali r.a yg telah memberikan perumpamaan orang muda ini adalah cermin pada masa hadapan. Apapun, pujian harus diberikan pada cikgu zali,nurul dan semua ajk program yg telah mengendalikan program ini dengan lancar. Tidak lupa juga tahniah diucapkan pada pemenang tilawah dan nasyid peringkat Tangga Batu ini. oklah. Saya dah nak bergerak pulang ke rumah ni. Terpaksa menggunakan telefon sahaja untuk gunakan internet. Jumpa lg. Wassallam.

Wednesday, September 10, 2008

AHMAD ISMAIL DIGANTUNG 3 TAHUN.

Akhirnya UMNO membuat keputusan menggantung keahlian Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera Datuk Ahmad Ismail selama 3 tahun. Ini bermakna, pada pemilihan bahagian kali ini Beliau tidak boleh menjadi Ketua UMNO Bahagian walaupun Beliau telah menang tanpa bertanding.Beliau juga tidak boleh memegang apa jua jawatan di dalam parti selama tempoh 3 tahun itu. Persoalannya samada cukup atau tidak hukuman digantung keahliannya selama 3 tahun itu berdasarkan kesalahannya yang telah cukup membuat kaum cina "JK" (JIWA KACAU).Serta adakah hukuman itu setimpal untuk memberikan pengajaran kepada ahli UMNO yang lain supaya jangan diulangi kesalahan yang dilakukan oleh Ahmad Ismail dan penyokongnya.

Cukup atau tidak,UMNO melalui mesyuarat yang telah dipengerusikan oleh YAB Presiden Parti telahpun memutuskan tempoh 3 tahun ini. Hormatilah keputusan yang telah dibuat ini. Semoga dengan kes Ahmad Ismail ini akan memberikan pengajaran khususnya kepada mereka yang memegang jawatan di dalam UMNO supaya berfikir sebelum bertindak . Pada pandangan peribadi saya juga saya rasa kita sebagai pemimpin perlu sentiasa mengawal anak buah kita supaya bertindak dalam keaadaan berhemah. Ini bagi mengelakkan sindrom" lebih kuah dari sudu" ini akan terus berlaku. Kadang-kadang anak buah lebih garang. Biasalah, nak menunjukkan rasa hormat dan juga rasa ingin melindungi ketuanya. kalau nak lindung pun biarlah berpada-pada, janganlah sampai mengguris hati dan perasaan orang lain dengan tindakan kita.

Oklah saya dah nak bergerak menuju ke kediaman Ketua Menteri Melaka. Ada majlis berbuka Puasa bersama YAB Presiden PArti ptg ini di sana dan malam ini pula beliau akan merasmikan Majlis Pertandingan Tilawah Alquran UMNO Melaka. Akhir kata,Saya ucapkan selamat berbuka puasa kepada semua.
wsalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...