Teringat saya masa saya belajar tahun akhir di UKM pda thn 99 dulu... Saya memang pada waktu dan ketika itu bukan menjadi ahli mana2 parti. Tetapi saya lebih mirip kepada pembangkang .Apa lagi kalau bukan PAS dan Keadilan.. (ITU DULU,TAPI SEKARANG SAYA BANGGA MENJADI AHLI DAN PEMIMPIN UMNO!) Pada waktu itu kes Anwar hebat diperkatakan.. saya melihat EZAM sebagai salah seorg pemimipin muda yang agak boleh dikatakan menyerlah dalam perjuangan Parti Keadilan. Ada sahabat telahpun memberikan saya poster Ezam. Dan saya telah tampal poster beliau di dalam bilik saya...
Hari ni bila beliau menyatakan tentang keihlasan beliau menyetai UMNO... Ramai pihak yang berbunyi.. Saya melihat kemasukan beliau sebagai satu perkara yang positif.. Tetapi, kita perlulah mengambil kira beberapa perkara penting. Mungkin adalah lebih baik Ezam ini jangan diberikan / ditawarkan apa2 jawatan dalam parti dahulu. Macam nak terima menantu. Kita tengoklah dahulu bagaimana dia membawa diri dalam keluarga UMNO. Kerana, Kita nikan semua manusia biasa.Pernah buat silap. Perlu bagi masa yang lebih untuk beliau menyesuaikan diri dalam suasana UMNO hari ini.Kalau dah ok, barulah kita benarkan beliau menjalinkan iktan sah dengan kita. Janganlah kita buat silap lagi... Dan jangan pula kita menutup ruang buat org luar / parti lain untuk menyertai kta kerana sekarang kita perlu lebihkan penyatuan bangsa melayu yang semakin berpecah belah.
To Bro Ezam, saya pernah melihat anda pemimpin hebat.. buktikan perjuangan anda memasuki UMNO ini sebagai usaha untuk menyatupadukan orang melayu... Janganlah anda mengecewakan kami khususnya buat golongan muda yang semakin keliru dengan perjuangan PKR....Tahniah Bro... (saya ingat macam nak jemput Ezam la datang ke forum /bincang2 bersama puteri atau belia kami di Melaka..). Amacam? Ada mau?
No comments:
Post a Comment