Tuesday, December 6, 2011

Perihal 10 Muharram dan anak yatim ...

salam to all..


  • tengah aku ada depan PC ni, tetibe telefon berbunyi..mak telefon, mak suruh aku ingatkan abah untuk ke masjid petang ni ada buat bubur asyura dan raikan anak yatim. Mak suruh abah bawak sekali anak2 aku..
  • aku pun macam tarzan jerit kat anak2 di rumah bawah...(kalau perlahan takut diorg tak dengar..ALasan!!lupa plak aku dalam pantang! heeee....) suruh anak2 cepat bersiap sebab atok (abah aku..laa)dah pun bersiap2 nak ke masjid,
haiqal dah siap nak ke masjid, hakim masih di toilet.. aku pass kan  pada haiqal utk diserahkan pada mak sampul untuk anak2 yatim.  aku tak dapat nak raikan anak2 yatim petang ni, xpelah..mak wakilkan aku, Haiqal dan hakim pun ada....sekurang-kurangnya mereka faham kenapa anak2 yatim  diraikan pada hari ini.

  • apa citer 10 Muharram ni...? Hari ni sebenarnya 10 Muharram 1433H.@ lebih dikenali sebagai Hari Asyura..
  • info di bawah berkenaan dengan 10 Muharram ni saya ambil dari blog : www.nizarazu.com
  • Antara perkara-perkara yang sunat dilakukan pada hari asyura ini adalah seperti berikut : -

    1. Melapangkan masa dan berbelanja untuk anak & isteri.
    Fadilatnya – Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

    2. Memuliakan fakir miskin.
    Fadilatnya – Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.

    3. Menahan marah.
    Fadilatnya – Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.

    4. Menunjukkan orang sesat.
    Fadilatnya – Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.

    5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim.
    Fadilatnya – Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.

    6. Bersedekah.
    Fadilatnya – Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

    7. Memelihara kehormatan diri.
    Fadilatnya – Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

    8. Mandi Sunat.
    Fadilatnya – Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu.
    Lafaz niat: “Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala”.

    9. Bercelak.
    Fadilatnya – Tidak akan sakit mata pada tahun itu.

    10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X.
    Fadilatnya – Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.

    11. Sembahyang sunat empat rakaat.
    Fadilatnya – Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya.
    Lafaz niat: “Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala”. Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.

    12. Membaca “has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer”.
    Fadilatnya – Tidak mati pada tahun ini.

    13. Menjamu orang berbuka puasa.
    Fadilat – Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

    14. Puasa Sunat.
    Lafaz niat – “Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala”.
    Fadilat – Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...