salam semua,
waktu aku pegang laptop ni dari jam 12.05am...aku dah bukak dah siap2 blog untuk aku masukkan entri baru..banyak cerita,banyak pengalaman tapi sampai ke sudah aku tak dapat taip waimah 1 patah huruf pun....(punyalah dasyat kalau dah lama berhenti menulis blog, aku rasa sahabat2 aku yg mempunyai blog mesti arif dan setuju ttg perkara ni..)...macam mana nak mula pun aku pun tak tau...hahahha janggal pulak rasanya...
Anak-anak & Famili
Muhammad Hafiy dah pun masuk 6 bulan. berat terkini yang baru je timbang kat klinik hari rabu lepas; is 8.7kg...alhamdulillah sihat, suka senyum...n kalau bad mood@nangis, dia akan terus tersenyum bila dengar lagu bersemangat (yang ibu dia juga suka...hhehe) faizal tahir:gemuruh.
Abang Ngah(muhammad Hakim): sekarang ni tengah demam. ada haa kat sebelah.... da nak masuk 3 hr dah... kalau petang ni tak baik jugak then nampak gaya kena refer doktor balik...dia ni kalau kita bagitau yang kita akan balik lambat, dia akan tanya pukul berapa? kalau kita jawab lambat...malam..., dia akan tak puasa hati..jadi kenalah bagitau dia "ibu balik lambat dalam jam 12.00mlm..."haaa bary dia puas hati...(sama gak cam abg long dia!)
Muhammad Haiqal a.k.a abang long:darjah 1,tak banyak hal..mungkin sebab dia dah besar kot..tapi dia ni agak pemalu ..suka sangat berenang. Dan pandai sgt berenang berbanding hakim..(tapi aku lagi pandailah dari dia kan..itu sudah tentu...hihi) (terima kasih cikgu rosli yg garang). sekarang ni dia tengah memahirkan skill untuk terjun kolam.. macam2 skil yang ditunjukkan, walaupun bukan sewaktu di kolam berenang tapi di atas sofa rumah.Sampai dah habis penyek dah sofaku!!!grrrrrr
apapun kan... kerjalah teruk macamana sekalipun..balik rumah dalam keadaan penat... tapi bila tengok muka anak2 ni...adoyaiiiii hilang terus rasa penat...
alhamdulillah kerana aku dikurniakan dengan anak2 yang hebat... kalau boleh..kau murahkanlah rezeki hambamu ini... Aku nak anak lagi!!!.. tak kisah lah ikut tingkap lagi.., walaupun doktor kata aku boleh lagi 1,tak kisah lah kalau dapat baby boy lagi ke @ baby girl, yang penting bertambah..tapi rezeki semua di tangan Allah kan?...semoga doa aku dapat anak ramai terkabul.. aminnnnn...
No comments:
Post a Comment