Thursday, February 12, 2009

BILA DAH MULA MENAIP......

Salam buat semua...
hampir 4 minggu saya tak menulis blog. Saya buka , baca dan memberi komen dalam blog sahabat-sahabat yang lain..tapi, unuk saya mula menulis dalam blog sendiri agak payah. Ntah kenapa berat sangat rasanya. Walhal banyak cerita, pengalaman dan gambar yang saya ingin kongsikan bersama.

Dalam masa 4 minggu ini pelbagai cerita, dari Kuala Terengganu, hinggalah ke Istana di Perak..Dari Pilihanraya Kecil Parlimen K.Terenggganu sehinggalah kita akan mengadap lagi sekurang-kurangnya 2 Pilihanraya Kecil. Apapun berlaku, kita kena kaji disebaliknya...apakah alasan/sebab ianya berlaku.

Saya akan mesyuarat Exco Pergerakan Puteri UMNO Malaysia petang ni. Jam 2pm. Banyak agenda parti yang akan dibincangkan. Saya pun dah lama tak bertemu dgn sahabat-sahabat yang lain....oklah..semoga coretan hari ini akan memberikan saya semangat permulaan saya menulis kembali..Bukan apa, nak mula je susah...tapi kalau dah mula menulis, dah tak jadi masalah...insyaallah....

Jumpa lagi.....

2 comments:

Hasbullah Pit said...

Puan Nuraflah tu dah sampai takde semangat nak berblog bila tengok puan Emy tak berblog.

emy said...

Ye ke macam tu sekali?hahahha...
dasyat jugak aura permpuan ek...
pandai je lah sebol....aflah maintain je menulis dalam blog....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...