Thursday, February 12, 2009

PUTERI BN, SIAP SEDIA UNTUK BERTEMPUR DI BUKIT GANTANG & BUKIT SELAMBAU

Esok SPR akan umumkan bilakah tarikh Pilihanraya Parlimen Bukit Gantang & Dun Bukit Selambau. Tapi angin kuat bertiup mengatakan Pilhanraya Kecil itu akan diadakan serentak. Angin juga kuat bertiup mengatakan penamaan calon pada 4/3/09 dan Tarikh hari mengundi pada 14/3/09.

Betul atau tidak? wallahualam....tunggu sahajalah esok pengumumannya....
Apapun kita kena bersiap sedia... Bukan mudah. Kita kena berpijak di bumi yang nyata bahawa kali ini kita kena berikan komitmen 100%. Jentera kita kena bahagikan 2. Puteri tempatan juga perlu dikeluarkan dan juga dibantu dari segi persiapan gerak kerja bagi menghadapi PRK ini. Sokongan dari segi moral juga adalah penting bagi mamastikan semangat mereka sentiasa dalam keadaan baik....

Sahabat saya ketua AMK di sebuah negeri di utara juga sedang sibuk bermesyuarat. yelah mereka juga bersemangat nak mengatur strategi... jangan kita biarkan mereka lunturkan semangat kita ok kawan?....Puteri mempunyai entiti yang berasingan dan kita juga adalah Semangat Utama untuk memastikan UMNO dan BN terus relevan...

Bagaimana nak jadikan ianya kekal relevan..?Hanya semangat yang cekal dan niat yang baik sahaja yang boleh mambantunya......

4 comments:

Anonymous said...

Tak payah bertempurlah, buka mata dan hati, takkan masih kelabu lagi.
UMNO tu penghianat Bangsa dan Agama.
Puteri ni sebenarnya nak menyempurnakan nafsu serakah lelaki UMNO dan mereka rela kena kuda.
Kalau tak percaya, tunggu lah perhimpunan UMNO Mac ni di KL, akan penuh lah Kara'oke Lounge olih orang UMNO membawa puteri sebagai teman.
Don't waste your time doing the wrong thing with UMNO in your life time.

Puteri Ipoh Timor said...

Emy,

Biar apapun tohmahan terhadap kita, kita akan tetap terus mempertahankan perjuangan UMNO. Kita tidak 'buta mata' atau 'kelabu mata' kerana kitalah generasi muda yang sentiasa insaf dan sedar akan perjuangan orang2 terdahulu yang meletakkan negara kita sepertimana sekarang. Jasa mereka melalui UMNO akan terus kita pertahankan.

We are doing the right thing and we are not wasting our life...

add said...

Wahai cik Puteri,
Kalau nak pergi bertempur ke PRK dipersilakan...tetapi perkara asas dlam menjaga nama baik dan imej UMNO amat penting, kerana masakini rakyat telah mempunyai kesedaran Islam.
Cadangan saya bila puteri sekelian nak pergi berkempen,pastikan langkah berikut dipatuhi;
1.Ahli puteri mestilah memakai tudung serta berpakaian sopan.
2.Tidak menggatal dengan pemuda (walaupun ada yang tua)
3.Amalan sembahyang 5 kali sehari jangan diinggalkan atau buat-buat lupa (kecuali yang uzur)
4.Berhemah dan berlemah lembut serta merendah diri dalam berkempen kerumah-rumah..

Selamat Maju Jaya kepada Team Puteri....

dari orang tua UMNO....

Anonymous said...

Salam...sebelum bertempur elok rasanya sediakan payung sebelum hujan. Bagi pengisian dijiwa para puteri sekalian. Berikan sedikit bekal menghadapi kerenah lawan. Lawati ruzaidiabdulrahman.blogspot.com. Kami berhasrat membantu anda wahai puteri sekalian dengan mengadakan seminar sehari beladiri wanita.terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...