Monday, October 27, 2008

ALFATIHAH : TAKZIAH BUAT KELUARGA ALLAHYARHAM ZULKIFLI LEMAN.

Tengahari tadi saya mendpaat panggilan dan juga sms yang mengatakan sahabat kami Sdra Zulkifli Leman telahpun kembali ke rahmatullah .Saya ingin ucapkan takziah kepada seluruh kelauarga beliau.Jenazah akan dibawa ke rumah kakaknya di Taman seri Duyong dan aka dikebumikan selepas Zohor di Ujong Pasir. Allahyarham yang saya kenal mempunyai "PR " yang sangat baik.., sangat komited dengan tugasnya dan pandai bercakap dalam bahasa cina pulak tuh... Sebab itulah dia terpilih menjadi wakil Kerjaan Negeri Melaka ke Negara China . beliau telah banyak membantu Kerajaan Negeri Melaka dalam mempromosikan Negeri Melaka dan mebantu urusan pelabur China datang ke Melaka.
Paling saya ingat mengenai arwah, sewaktu saya berucap kali pertama di Perhimpunan Agung UMNO pada Tahun 2006, selesai sahaja ucapan, saya tidak dapat bernafas . Rasa macam jantung nak tercabut. Almaklumlah, berucap kali pertama di hadapan Presiden, Timbalan Presiden, dan orang-orang besar dan Perwakilan UMNO di dalam dewan Keramat PWTC.Abang Zul lah yang telah menyambut saya di belakang dewan, menenangkan saya, mangambilkan minuman saya serta memberi kata-kata semangat....Sampailah saya tenang dan dapat bernafas kembali seperti biasa...
hingga ke saat ini, saya tidak nampak ada sesiapa yang boleh menggantikan "tugas-tugas khas" beliau... membantu semua perwakilan dari Melaka. Ntah macamana beliau sering mendapat PAS URUSETIA ....dan ada sahaja di belakang membantu setiap kali Perhimpunan Agung diadakan...

Semoga Allah swt mencucuri Rahmat ke atasnya...ameen......

2 comments:

Laxmana said...

Saya terkejut.Tetapi ini kehendak Allah.Zul yang saya kenal memang cukup mengambil berat dan bijak di dalam menjaga perasaan kawan-kawan.Pernah di satu ketika, dia tetap berkeras mahu membantu saya di dalam menjayakan satu program di Pasar Tani MITC sekalipun semalaman dia kurang tidur kerana mengikut program CM dan SUK ketika itu Datuk Ismail. Dia sanggup menunggu saya di pejabat untuk mengambil surat untuk dibawakan kepada SUK. Saya cukup rasa terharu dgn keperihatinan beliau. Kali terakhir bertemu di satu program tahun lepas.Terkejut dgn perubahan fizikalnya namun dia tetap tersenyum dan ramah seperti dulu. Kedai lekor shopnya juga makin mendapat sambutan. Pada emy, tk untuk maklumat ini. Alfatihah

Unknown said...

tq Yb emy....dari Sy anak lelaki arwah zuli.tk mwf

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...