Monday, October 13, 2008

Aku redha dengan kehilangan baby damia...



Assalamualaikum semua..
hari ni rasanya nak berkongsi perasaan sebagai seorang ibu. Pada saat ini, aku berada di atas katil di hospital Putra, Melaka. Aku dah masuk sejak semalam.Semalam dalam jam 8.30pagi masa menemankan abang long (haiqal) tengok tv, aku rasa tak selesa. Bila pergi ke bilik air, Ya allah.. aku "bleeding"!! terus aku baringkan diri..dan telefon sahabat-sahabat puteri yang juga bergelar ibu yang pernah mengalami saat macam ni.

Kemudian aku telefon Suami yang sedang berada di pasar,mintak dia pulang dengan segera. Kemudian, kami ke Putra hospital .Kena masuk wad. Tak ramai kawan-kawan yang tau... Saja nak rehat betul-betul.
Pagi ni , bila buat pemeriksaan imbasan(scan), Dr.Mahinder bagitau pada aku yang kandungan aku ni nampaknya tak normal... panjang jugak dia terangkan pada aku..Tapi aku tak dapat nak fokus,cuma Yang aku dengar tapi aku rasa macam taknak dengar ialah aku terpaksa cucikan kandungan ni.

Aku menulis ni dengan perasaan sangat bercampur baur. Sedih. Untuk dapatkan baby "Damia" ni agak sukar setelah HAiqal dan HAkim, yang kini dah pun berusia 4 tahun. Usia baby Damia baru sahaja hampir 2 bulan..(baby selepas permatang pauh...) Dan aku terpaksa cuci....masih lagi aku teringat saat-saat aku buat "pregnancy test"..sebulan lepas jam 3.30am.Hari ni pula, jam 2petang aku dijadualkan untuk masuk ke bilik "O.T". Nama Damia ni Helmy(suami) yang pilih.Sejak dari dulu saya mintak dia carikan nama anak, tak pernah dia carikan. Nama anak kami yang lelaki semua saya yang cari.Tapi kali ni bila saya dapat tahu mengandung jam 3.30pagi, Helmy terus peluk dan kucup dahi (mungkin rasa gembira sangat kot...)dia terus cari buku nama pilihan untuk naak-anak dan akhirnya dia memilih Qistina Damia(keadilan/bijaksana). saya teringat betul yang Hakim pun dah pandai panggil "Damia" bila peluk perut saya ni.

Takpelah...aku redha. Aku faham ini Qada dan qadar Allah. Malah aku rasa aku cukup bertuah dapat mengandung pada usia 32 tahun ini walaupun hanya seketika. Aku tahu, ramai lagi ibu-ibu di luar sana yang masih lagi belum dihadiahkan zuriat walaupun telah lama berumahtangga. Jadi, aku perlu tabah. Siapa yang tak sedih kan?...
Buat sahabat-sahabat yang telah berkongsi kegembiraan aku sewaktu berita aku mengandung, terima kasih atas segalanya. Mohon kalian dapat juga mendoakan agar aku dimurahkan rezeki lagi.... agar dapat pengganti dan pengubat duka kehilangan Damia..
amin....

28 comments:

Hasbullah Pit said...

Puan Emy masuk hospital?

Siapa Damia?

emy said...

cepatnya encik hasbullah komen, belum sempat saya menulis ..
Damia.anak yang masih ada lagi dalam perut saya pada tika dan saat ini.hmm..walaupun tak tahu jantina baby lagi kami saja panggil baby ni Baby Damia...
Nak dapat aura untuk dapat anak perempuanlah Sebol...
Terima kasih atas perhatian.

Anonymous said...

Salam Emy,

Semoga awak, suami dan anak-anak akan tabah menghadapi ketentuan ini.

Saya doakan semoga awak cepat sembuh.

Relakanlah kepergiannya kerana Allah lebih menyayangi dirinya.

Anonymous said...

kak emy,
tabahkan hati... segalanya pinjaman... sudah pasti Allah mengatur sesuatu yang lebih baik daripada ini... yakinlah bahawa perancanganNya tidak pernah silap.

cuma saya sedikit keliru.. dalam posting tulis kehilangan tapi jawapan kepada saudara sebol tulis, "anak yang masih ada lagi dalam perut saya pada tika dan saat ini". :rolling eyes:

Puteri UMNO Bahagian Segambut said...

Salam emy,

Semoga tabah menghadapi ujian dari Allah dan Allah hanya menguji hamba yang dikehendakiNYA. Semoga cepat sembuh.

naz ilyn said...

Salam..

Banyakkan bersabar, mungkin ada hikmah disebaliknya.

Sy juga pernah merasai saat begitu dua kali. Perasaan sedih dan terkilan amat dirasai.

Mungkin pn bernasib baik sebab tidak merasa sakit semasa pendarahan. Pengalaman sy..sakitnya sama semasa kita hendak melahirkan.

p/s: masih ada masa lagi untuk berbadan dua..berdoa untk yg terbaik.

Anonymous said...

K. Emy, I'm sorry for your lost. Insyaallah ada rezeki lagi.

Anonymous said...

Insya Allah, kalau cuba lagi akan dikurniakan rezeki

si lembik's said...

semua itu ujian Allah belaka..moga Puan emy tabah menghadapinya....

idazafri kamil said...

salam kak emy,
semoga tabah dan redha dengan pemergian baby damia.
insyaAllah ada rezeki lagi lepas ni. baru 32 tahun...
selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir batin

Zara in Germany said...

takziah k.emy....

Didie said...

Kak Emi, I'm sorry to hear abour ur lost. I know how u feel coz I had one lost too before my second child. Miscarriage at that stage (1st trimester) is normal Kak. Emi. Insya Allah ada rezeki lain. For now, rest betul2 before conceive again. Umur 32 okeh lagi Kak. Emi nak beranak as long you're healthy. Take care sis.

emy said...

Assalamulaikum ..

Terima kasih semua ...

Pagi ni Saya dah ok dari segi perasaan dan emosi.Ini semua dari semangat rakan-rakan..

Untuk su, masa k.emy menjawab kepada Sebol, baby masih ada lagi.Menunngu masa nak ke bilik O.T untuk dibuat D&C...keliru ek?maaf la ye..

Jumpa nanti. Wsalam.

AMK Melaka said...

Takziah Diucapkan kepada sdri emy.. Semoga Tabah menghadapi dugaan dari ALLAH S.W.T.

Nizam Gtz said...

Innalillahi wainnalillahi rajiun...

Dari DIA Kita Datang, Kepada DIA kita Kembali...

Semoga akak dapat tabahkan hati menerima semua ketentuannya...

Takziah diucapkan kepada akak sekeluarga... Semua yang berlaku ada hikmahnya... Berdoalah kepadaNYA agar dikurniakan rezeki yang melimpah ruah, dunia dan akhirat...

Iskandar Syah Ismail aka DR Bubbles said...

Takziah dari saya.Moga tabah menghadapi ketentuanNya.

Laxmana said...

Begitulah emy..terkadang apa yang paling kita sayang itulah yang selalunya 'hilang' dari pandangan dan dakapan. Bukan sekadar anak, malah harta pangkat juga kekayaan..tawakkallah..ada hikmahnya..

Anonymous said...

takziah....semoga k'emy lebih tabah....teruskan usaha dan insyaallah dengan usaha-usaha k'emy akan dikurniakan 'damia' lagi

Lukman Ismail said...

Ikut teori perubatan 2 bulan belum layak panggil baby sbb masih belum ada nyawa. Anyway harap bersabar & usaha lagi. Puncanya sebab anda kurang rehat & bekerja kuat sangat. Maklum mesyuarat UMNO sedang berlangsung. Jadi, anda keguguran selepas selesai mesyuarat puteri bahagian anda? Ish ish ish... dah tau berbadan dua naper kerja teruk2... Jaga diri baik2..!!

Wassalam!

ANEEZ ALI said...

enche'....sori to hear about ur loss..ada hikmah tu....anyway, just read in Utusan tadi, page 4 kat fakta2 menarik psl perwakilan UMNO. It stated that Pu3 UMNO Masjid Tanah nye mtg, was the shortest one...hang ke yg chair mtg tu? mmg elok mtg pendek2 ni, tak buang masa..anyway, apa citer ngan Datuk SRK? very poyo..

Haryaty Hamdzah said...

Salam...
K.emy,
smlm yaty di rumah terbuka Puteri UMNO Malaysia ramai dok tanya yaty "mana k.emy?" adusshhh!! kalaulah aku boleh bawa k.emy dtg alangkah bagusnya! Kehadiran sis ramai menanti!... apa pun pu3 kota mlk harap moga sis tabah n teruskan perjuangan utk dapatkan damia yg baru.....!!! simpan sedih tu.
to abg helmi, jg k.emy bebaik yer..!

perfectwater75 said...

SALAM TAKZIAH!

MAMA DAMIA,

ALLAH ANSWERS PRAYERS IN THREE WAYS; 1)HE SAY YES ANG GIVES WHAT YOU WANT. 2)HE SAYS NO AND GIVES YOU SOMETHING BETTER. 3)HE SAYS WAIT AND GIVES YOU THE BEST IN HIS OWN TIME..BE PATIENT, YOU STILL YOUNG MY BLOGGER'S FRIEND!

THX!

Azurah Anuar said...

Saya baru sempat membaca kisah puan Emy masuk ke hospital.

saya tumpang simpati kepada Puan Emy.

Apapun, Allah lebih mengetahui yang terbaik untuk kita kan.

Semoga cepat sembuh dan semoga dikurniakan rezeki puteri dimasa yang terdekat ini.

:)

Anonymous said...

Salam takziah,

Semoga tabah menempuhi dugaan.

Anonymous said...

Salam..
Kak,dh lame tk menulis kt sini & blog sdiri pun tk sempat jengah.maklumlh dh dok ofis baru ni byk sgt keja.

tkpe kak..insyaallah,rezki tu dtg blk.tk pun nnt kite sama2 ekk!

MOGA TABAH MNJALANI KEHIDUPAN SPT SEDIA-KALA..

Royalshoppingarcade said...

salam...memang sedih tapi insyaAllah ada rezeki lagi...take care.

Anonymous said...

Emy... Takziah. Semoga tabah menghadapi ujian ini.

You take care sis. Semoga cepat sembuh.

Anonymous said...

Emy .... Takziah kebetulan nama baby emy sama dengan nama anak abg zack - (tepakbersulam) nama anak abang zack Nurul Damia Ardila , tapi kami penggil Damia sahaja. Apa khabar amy. untuk hubungi abg , emailkan ke Zack1504@gamail.com. salam perjuangan - salam juga buat yang menegenali.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...