Tuesday, August 26, 2008

ANALISA PETIU UNDI MENGKUANG DAN PETIUNDI TELUK WANG SERTA LWTAN YAB KETUA MENTERI MELAKA .





Pun turut hadir yang datang melihat keputusan pengundi yang keluar mengundi adalah Datuk Musa. Masing-masing tengah sibuk arahkan para K10 utk all out untuk keluarkan pengundi supaya keluar mengundi..

PENJELASAN MENGENAI DAKWAAN PIHAK PKR BAHAWA 949 NAMA PEMILIH HILANG DARI DAFTAR PEMILIH PILIHAN RAYA KECIL P.044 PERMATANG PAUH - REF: www.spr.gov.my

1. Akhbar The STAR dimuka surat 8 keluaran Isnin 25 Ogos 2008 membawa berita bahawa pihak Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa seramai 949 nama pemilih yang kebanyakkannya penyokong-penyokong mereka yang ada di dalam Daftar Pemilih Pilihan Raya Umum Ke-12 pada 8 Mac 2008 dikatakan telah hilang daripada Daftar Pemilih yang dikemaskini sehingga 31 Julai 2008 yang akan digunapakai dalam Pilihan Raya Kecil P.044 Permatang Pauh pada 26 Ogos 2008. Semakan yang dibuat oleh SPR dengan pengkalan data pemilih mengesahkan bahawa tuduhan yang dibuat itu adalah kurang tepat dan mungkin boleh mengelirukan para pembaca berita tersebut.

2. Untuk makluman para Pemilih Berdaftar dalam bahagian Pilihan Raya Parlimen P.044 Permatang Pauh khususnya dan juga untuk makluman orang ramai amnya,terdapat seramai 58,449 orang Pemilih Berdaftar dalam PRU ke-12. Semasa tempoh urusan Pendaftaran dan Penyemakan Daftar Pemilih untuk Suku Tahun Pertama 2008 yang bermula dari 1 Januari sehingga 31 Mac 2008, terdapat tambahan seramai 484 orang pemilih yang terdiri daripada 372 orang pemilih baru dan 112 permohonan daripada pemilih-pemilih berdaftar di Bahagian-bahagian Pilihan Parlimen yang lain untuk membuat permohonan pertukaran Pusat Mengundi ke bahagian Pilihan Raya Parlimen P.044 Permatang Pauh. Apabila angka tambahan sebanyak 484 orang pemilih ini dicampur dengan 58,449 orang pemilih yang sedia ada dalam Daftar Pemilih PRU ke-12, ia menjadikan angka keseluruhan pemilih di bahagian Pilihan Raya Parlimen P.044 Permatang Pauh sebanyak 58,933 pada 31 Mac 2008.

3. Walaubagaimanapun, SPR telah membuat pemotongan seramai 173 orang pemilih dalam Suku Tahun Pertama 2008 iaitu 84 orang Pemilih Berdaftar di Bahagian Pilihan Raya Parlimen P.044 Permatang Pauh yang telahpun memohon untuk bertukar alamat Pusat Mengundi keluar daripada bahagian Pilihan Raya Parlimen P.044 Permatang Pauh serta telah membuat 89 lain – lain pemotongan kerana kematian dan sebagainya. Justeru itu, apabila ditolak angka 58,933 orang pemilih seperti yang diterangkan di para 2 di atas dengan jumlah pemotongan sebanyak 173 orang pemilih dalam tempoh yang sama iaitu Suku Tahun Pertama 2008, maka bilangan pemilih berdaftar bagi Bahagian Pilihan Raya Parlimen P.044 Permatang Pauh pada 31 Mac 2008 adalah seramai 58,760 orang pemilih. Angka ini telah pun diwartakan pada 19 Jun 2008.

4. Dalam Suku Tahun Kedua yang bermula daripada, 1 April sehingga 30 Jun 2008, SPR telah membuat pemotongan seramai 143 orang pemilih kerana kematian,lucut hak warganegara dan sebagainya. Kesemua 143 nama pemilih itu telahpun dipamerkan semasa urusan pameran Rang Daftar Pemilih Suku Tahun Kedua yang dibuat pada 21 sehingga 27 Julai 2008.

5. Selain daripada itu, SPR juga telah membuat pemotongan tambahan seramai 158 orang pemilih kerana telah meninggal dunia, silap pendataan, tiada rekod di JPN dan sebagainya dari 1 Julai sehingga 31 Julai 2008. Ini bermakna jumlah pemotongan yang telah dibuat oleh SPR dari tempoh 1 April sehingga 31 Julai 2008 adalah seramai 301 orang pemilih (143 campur 158). Dengan ini, angka terkini bilangan Pemilih Berdaftar bagi Bahagian Pilihan Raya Parlimen P.044 Permatang Pauh pada 31 Julai 2008 adalah seramai 58,459 orang pemilih (58,760 orang pemilih tolak 301 orang pemilih).

6. Dengan penjelasan-penjelasan seperti yang dinyatakan di para 2 sehingga 5 di atas adalah diharapkan para Pemilih Berdaftar khususnya di Bahagian Pilihan Raya Parlimen P.044 Permatang Pauh dan juga orang ramai amnya akan mendapat gambaran yang lebih jelas mengenai isu yang telah dibangkitkan oleh PKR ini.

7. Selain daripada itu, sekali lagi ditegaskan bahawa maklumat peribadi Pemilih Berdaftar di Bahagian Pilihan Raya Parlimen P.044 Permatang Pauh yang telah dikemaskini oleh SPR pada 31 Julai 2008 adalah sama dengan Daftar Pemilih Pilihan Raya yang telah diserahkan kepada setiap orang calon yang bertanding pada Hari Penamaan Calon yang diadakan pada 16 Ogos 2008. Justeru itu, mana-mana Pemilih Berdaftar dalam Bahagian Pilihan Raya Parlimen P.044 Permatang Pauh yang hendak mengetahui dengan lebih tepat mengenai tiga perkara iaitu nama Pusat Mengundi tempat seseorang pemilih akan mengundi pada 26 Ogos 2008, nombor saluran mengundi masing-masing Pusat Mengundi tersebut dan juga nombor siri pemilih yang tersenarai di dalam Buku Daftar Pemilih Pilihan Raya bagi tempat (saluran) mengundi berkenaan bolehlah dibuat melalui salah satu daripada tiga sistem semakan seperti berikut:

7.1 Melalui semakan laman web SPR dengan melayari www.spr.gov.my dan klik kepada Permatang Pauh.

7.2 Melalui perkhidmatan Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dengan menaip SPR nombor kad pengenalan dan hantar kepada 15888; atau

7.3 Melalui semakan dengan BIlik Gerakan Pilihan Raya Pejabat Pilihan Raya Negeri Pulau Pinang melalui talian 04-2617692 dari jam 8.00 pagi sehingga 12.00 malam pada 25 Ogos 2008.

Sekian,terima kasih.

“Berkhidmat Untuk Negara”

Saya Yang Menurut Perintah,


(DATUK HAJI KAMARUZAMAN BIN HAJI MOHD NOOR)
Setiausaha,
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia.
Tarikh: 25 Ogos 2008

Puteri UMNO Dikasari..Again and again? BAB-3

Sedang saya menelefon sahabat-sahabat di petiundi lain..saya menerima mesej dari urusetia Bilik Gerakan Puteri BN yang mengatakan ada puteri kami yang telah dilaporkan ditumbuk oleh pihak pembangkang....Khabar yg diterima katanya Puteri dari Bhgn Kepala Batas..

Aiseh..bro..tak gentlemen betullah kalau sekirannya benar berita yang kami terima ni.
Memang.....langsung tidak gentlemen...

Bagi kami di petiundi Mengkuang, tidak ada insiden yang tidak baik berlaku..cuma yang dilaporkan setakat pukul 2.30pm tadi hanya pihak penyokong PKR telah mengambil kunci bas yang membawa ppenyokong BN dari Melaka.

Macam-macam hal....phening..

GAMBAR SEKITAR SUASANA PILIHANRAYA KECIL PARLIMEN PERMATANG PAUH-BAB2











aSSALAMUALAIKUM..KINI SAYA BERADA DI bILIK gERakan Petiundi Mengkuang dan Teluk Wang... Sepanjang perjalan saya di dalam kereta. Wah...memang seronok menyaksikan lautan manusia yang membanjiri di sepanjang perjalan yang kami tempuhi sepanjang di Dun Penanti Di bawah jagaan YAB Datuk Seri Mohd Ali Rustam Naib Presiden UMNO Melaka.

Saya sertakan gelagat penyokong kesemua pihak..... Ada yang emosi...ada antara kami berbalas senyuman walaupun berbeza ideologi..(tq for that smiles...!!!at least dapat mereleasekan tension kami yang panas akibat aircond kereta rosak..).Haaa... alhamdulillah...hujan rahmat turun.Tapi wpun susah nak bawak pengundi keluar, cubalah yang terbaik ye?.......

Salam Perjuangan!

Gambar terkini Suasana Pengundian di Parlimen Permatang Pauh.




Ini aja gambr yg sempat saya post dr hp. Huh. Hebat suasasana sini.

Selamat Mengundi!

lg 4 jam je tinggal. Saya bru shj selesai kerja .sempat juga, habis berbual dgn shbt2 politik . Andaian dan bacaan sikap di kedua petiundi yg melaka jaga dah putih... Alhamdulillah. Tp yg belum pasti... Kemenangan BN belum tentu lg di Parlimen.. Bukan hendak menjatuhkan semangat jentera. Buatlah yg t'baik yg boleh membantu kpda perjuangan kita..

Monday, August 25, 2008

AKTIVITI PERTANDINGAN MEWARNA KEMERDEKAAN KANAK2 PETIUNDI MENGKUANG BDAN TELUK WANG

Pertandingan yang turut dihadiri oleh YB Dato Noraini Ketua Puteri Malaysia, YB Rosnah, YB Nolee Penyelaras Aktiviti yang sungguh komited dalam setiap tugasan yang diberikan.Terima kasih saya ucapkan kepada puteri saya yang telah banyak membantu dalam persiapan pertandingan ni. Khususnya kepada Asrina dan mazlina, jENTEra Pu3 Melaka,kak faizah kpu3 bUKIT mERTAJAM dan jentera serta Pu3 Permatang Pauh yang turut sama memberikan yang terbaik...






BIAR BETUL? THE RIDING MP ZULKIFLI NORDIN ISTIHAR KELUAR PKR.....REF :www.kpmu.net



Dalam kekalutan Anwar mengatakan bahawa Ahli Parliemn BN akan lompat parti dan menyertai PKR, hari ini kami terima berita bahawa ahli Parlimen Kulim, Bandar Baru YB Zulkefli Nordin yang menentang forum peluk Islam baru-baru ini mengumumkan keluar parti Keadilan dan mengistiharkan diri sebagai Ahli Parlimen Bebas. Beliau keluar parti kerana tidak bersetuju dengan DAP dan juga Keadilan yang menyokong forum yang menghina Islam.

Walaupun forum ini mendapat tentangan dari Parti Pas namun Anwar (PKR) dan DAP menyokong akan forum ini kerana mahu memperjuangkan hak Keadilan beragama. Setiuasah DAP juga telah mengarahkan parti PAS
dan PKR untuk mengambil tindakan disiplin kepada ahli Pas dan PKR yang telah menetang forum berkenaan. Tindakan Zulkefli amat wajar kerana bagi kepentingan Islam. Zulkefli tidak layak lagi duduk dalam Pakatan Rakyat khususnya PKR kerana perjuangan mereka sudah jauh terpesong.

Keputusan Zulkefli ini memberikan tamparan yang hebat kepada kempen Anwar Ibrahim di Permatang Pauh.


mes:

Saya selalu mengikuti perkembangan MP ni.. di www.zul4kulim.blogspot.com . .. saya rasa macam sangat mustahil... ntahlah..tak tahulah kalau saya dah ketingggalan banyak bab...kalau keluar pun baguslah.. saya tegok "The riding MP" ni ada identitinya dan pendiriannya sendiri
.

KURANG 24 JAM SAHAJA UNTUK MEMBUANG UNDI DI PARLIMEN PERMATANG PAUH

Kurang dari 24 jam sahaja lagi kita akan bersama-sama terus memberikan komitmen yang padu kepada semua pengundi Parlimen Permatang Pauh. Sama-samalah kita pastikan kita akan dapat menngeluarkan semua pengundi agar mereka dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab yang murni kepada Parlimen Permatang PAuh ini. Pastikan mereka keluar. Bantu dan permudahkanlah mereka untuk ke tempat mengundi esok...

Pagi2 tadi saya dah dapat sms dari sahabat-sahabat tentang peringatan yang diterima untuk menjaga Jentera BN Masing-masing. Kita khuatiri banyak perkara yang tidak diingi berlaku...Supaya menjaga keselamatan dan juga disiplin jentera.. Saya pun fowardkan kpd sahabat2 PU3 dan juga sahabat PKR saya.

Kmdn... saya terima sms yang di"foward"kan kepada saya dari sahabat PKR saya. Sempat diselitkan.."apa u all ingat..pemimpin u all je ke yang ada memberikan pesanan begitu?..saya terima lebih kurang sama juga..pemimpin PKR pun mengingatkan anak buah dan jentera supaya berdisiplin dan menjaga keselmatan jentera masing2.."

Hm... baguslah kalau begitu...barulah dikatakan kita sebagai pemimpin ni menjaga kepentingan/ kleselamtan anak buah dan orang ramai...Kita tidak mahu sebarang kejadian yang tidak diingini sewaktu dalam tempojh 24jam ni...

To all...jaga diri, jangan Lupa diri...dan banyak2 bwak bersabar..( termasuk saya mengingatkan diri saya sendiri..).
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...