Thursday, May 31, 2012

JOM KE KONVENSYEN MEDIA SOSIAL 1 MALAYSIA NEGERI MELAKA



Salam sahabat semua...

Dah lama betul x menulis. memang dah lama nak update, tapi dok simpan je haajat nak mengupdate ni... So apa cerita la korang semua. Aku macam ni ajelah... Hari ni aku nak sembang sikit pasal Konvensyen Media Sosial 1 Malaysia Negeri Melaka. ini bertujuan utk menghimpunkan penggiat media sosial seluruh negeri Melaka dan juga sebagai satu cara untuk menghargai mereka. Antara aturacara: Forum oleh Penggiat Media sosial yang hebat, Persembahan Nanyian oleh artis Youtube, Penmapaian Deklarasi oleh peserta Konvensyen dan macam2 lagi laaaaa.....


JOM JOIN..... hari Ahad 10-06-2012 jam 8am samnpailah ke 1pm...


Macam-macam gajet akan mananti anda utk cabutan bertuah.... ipad/ blackberry (bukan blueberry  tau...) / galaxy tab, Kamera DLSR, Notebook.....



Jadi, jangan buang masa...cepat daftar di www.melakakini.com.my  orait?.......

8 comments:

nasirwise said...

USTAZ NASHARUDIN MAT ISA DAN PAS
sekadar pandangan...

Saya merujuk kepada tulisan seorang ahli PAS Melaka untuk ditujukan khas buat Ustaz Nasharudin Mat Isa. Beliau seorang penyokong kuat parti PAS dan merupakan pemimpin di salah satu cawangan di Melaka. Sudah 30 tahun menjadi ahli PAS. Besarnya pengorbanannya dan kesetiaannya.
Beliau menulis menyatakn keresahannya terhadap 2 perkembangan yang berlaku dalam PAS (walaupun banyak perkembangan lain yang melanda PAS). Pertamanya apabila beliau melihat nasib seorang pejuang Islam yang tulen seperti YB Dr Hassan Ali yang disingkir apabila cuba mempertahankan akidah umat Islam di Selangor.
Keduanya merujuk kepada percakapan bohong oleh Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, yang bergelar ustaz dan ulama (dituliskan beliau jijik dan tak sanggup beliau nak tulis namanya di sini), di hadapan jutaan umat Islam lain kononnya DAP telah bersetuju untuk melaksanakan hudud. Penulis menambah yang Ketua Pemuda Ustaz Nasaruddin Tantawi juga berbohong.
Penulis tidak akan merasa terkilan jika yang berbohong itu seorang pencuri atau yang yang kurang berpendidikan agama Islam.
Beberapa hari yang lalu dengan tersiarnya gambar Ustaz Nasha bersama Perdana Menteri Malaysia di Mekah. Ada pemimpin PAS seperti Tok Guru Nik Aziz dan Khalid Samad meroyan dan mengacau. Keluarlah kenyataan seperti `Ustaz Nasha baik keluar PAS’, `Ustaz Nasha tidak dapat jawatan’, `Ustaz Nasha akan masuk UMNO’ dan sebagainya. Begitulah `buruk sangkanya’ pimpinan PAS terhadap Ustaz Nasha.
Sekembalinya dari Mekah tadi beliau mengadakan siding akhbar dan menjelaskan kekeliruan dikalangan pimpinan PAS. Antaranya beliau menjelaskan:-
`Saya telah mengaturkan pertemuan di Mekah antara beberapa orang ulama di Mekah bersama dengan YAB Perdana Menteri bersempena dengan persidangan OIC. Saya dijemput ke Mekah dengan visa khas selepas YAB PM bersetuju untuk bertemu dengan ulama-ulama tersebut. Perbincangan telah diadakan di sebuah villa kenalan bersebelahan dengan Masjidil Haram. Yang dibincang antara lain adalah isu di Syria dan Rohingya. Para ulama tersebut menyebut tentang peranan yang boleh dimainkan oleh Malaysia. Perbincangan juga menyentuh beberapa kejayaan yang telah dicapai oleh Malaysia. Mereka juga telah meninggalkan beberapa pesanan kepada PM seperti memastikan Malaysia terus mengangkat pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam memelihara kesucian Islam’
Ustaz Nasha juga menafikan khabar angin yang beliau akan masuk UMNO.
Jelas sekali Ustaz Nasha berusaha menyatukan umat Islam di Malaysia dan di dunia Islam antarabangsa. Biarlah Ustaz Nasha memainkan peranan di sana kerana di Malaysia dah terlalu ramai player.
Berbalik kepada penulisan ahli PAS dari Melaka tadi, beliau tidak terjawab satu soalan daripada anak beliau yang menanyakan `benarkah apa yang kita (PAS sebagai parti politik dan ahli PAS) sema ini wahai ayah?’.
Untuk mendapatkan pendapat penulis sila ke nasirwise.blogspot.com atau tunggu Part 2 menyusul
ikhlas dari
nasirwise.blogspot.com

nasirwise said...

Penulis berpendapat ini adalah realiti PAS dan kebanyakan ahli PAS (Ahli PAS dan penyokong PAS di Kelantan majoritinya masih setia (taksub) dengan pimpinan). Ahli PAS berada di dalam keadaan `confusion' dalam banyak isu atau perkara termasuklah fatwa oleh Tok Guru Nik Aziz yang berubah ubah dan ada yang bertentangan. Pemecatan Dato Hassan Ali yang cuba mempertahankan akidah Islam, penjenamaan semula negara Islam ke negara kebajikan, perlaksanaan hudud serta penetangan keras DAP, rakan PAS dalam Pakatan Rakyat dan sebagainya. Dalam banyak hal, kepimpinan PAS terpaksa tunduk pada DAP, pembohongan oleh Ketua Pemuda dan Ketua Dewan Ulamak Kelantan. Tok Guru Nik Aziz pula berkata Pakatan Rakyat akan laksana hudud selepas PRU13 jika dapat 2/3 majoriti. Jangan berbohong dengan ahli PAS dan penyokong PAS (dan perbezaan. Jikalau ahli PAS sudah confuse, penyokong PAS akan lebih confuse dan boleh tukar sokongan)dalam semua perkara. Pembohongan begini dilaknati Allah dan berdosa.
Penulis turut berpendapat pimpinan UMNO jangan meneguk di air yang keruh. Jangan tarik Ustaz Nasha ke dalam UMNO kerana Ustaz Nasha berpotensi dan berkeupayaan menyatupadukan umat Islam di Malaysia, jika kita semua menyokong dan mendoakan Ustaz Nasha menjadi Presiden PAS selepas Tok Guru Haji Hadi. Jika Ustaz Nasha masuk UMNO, beliau dan mungkin pengikutnya 10,000 atau 100,000 ahli dan penyokong PAS (unjuran optimis) atau 1,000 ahli dan penyokong PAS (pesifmis) akan menjadi ahli UMNO tetapi UMNO gagal dalam penyatuan umat Islam.
ikhlas dari
nasirwise.blogspot.com

nasirwise said...

UNDANG UNDANG, PARA PENGAMAL UNDANG UNDANG DAN YANG ARIF TUAN HAKIM BERPERANAN MENJAGA KESEJAHTERAAN NEGARA
Penulisan oleh Rocky’s Bru In Malaysia, it's ok to rape a minor If you're a star? pada Khamis 9 Ogos dan Anger and ire over court ruling on alleged rapist adalah dirujuk dan menyatakan ketidakpuasan dengan keputusan mahkamah. Adalah diharapkan ia tidak dilihat sebagai menghina mahkamah atau Yang Arif Hakim. Rakyat Malaysia boleh memberikan teguran atau pandangan terhadap keputusan mahkamah.

Negara Malaysia sekarang ini sedang `bergolak’ dengan isu demonstrasi Bersih yang dibenarkan oleh Mahkamah walaupun ia amat merugikan Negara dan membahayakan ketenteraman awam..

Saman kes fitnah adalah popular dan paling lumayan. Penabur fitnah samada individu atau media boleh terlepas daripada hukuman atas sebab teknikal dan ini mengalakkan lagi kesuburan amalan fitnah di Malaysia. Kes saman fitnah mencecah RM100 juta sebuah kes dan jika terdapat 5 kes fitnah, jumlah tuntutan mencapai RM500 juta. Peguam boleh cari makan.

Beberapa bulan yang lepas, kes murtad dibenarkan dikalangan Islam menjadi isu yang besar. Dato Hassan Ali dan Mufti Perak menyuarakan masalah ini dengan kuat. Ambiga berjaya menggunakan isu kes bangsa India memeluk agama Islam dan beberapa ketika mahu kembali ke agama asal, sebagai ketidakadilan dan melanggar hak asasi manusia. Mahkamah bersetuju.

Kemudian Kalimah Allah menjadi rebutan penganut agama Islam dan Kristian. Mereka berkata Islam tidak boleh memonopoli nama ALLAH. Sebab penganut Kristian di Sabah dan Sarawak telah menggunakan Kalimah ini sejak berzaman. Kerajaan cuba menghalang penggunaan Kalimah Allah pada agama lain, tetapi dengan kepandaian Pakatan Rakyat, ia menggunakan Tok Guru Nik Aziz dan Awnar Ibrahim berkempen bagi pihak Kristian. Sekali lagi Pertubuhan Kristian menggunakan Pakatan Rakyat. Apabila Ulamak PAS membenarkan dan merestui, Pertubuhan Kristian `test’ atau menggunakan Mahkamah untuk `reinforce’ kebenaran menggunakan Kalimah Allah. Walaupun di dalam proses rayuan, ia memberi gambaran kelemahan umat Islam. .

Malaysia sudah menuju ke sebuah Negara yang `total’ demokrasi yang terbaik di dunia mengalahkan, contohnya, Amerika Syarikat. Kebebasan bersuara dan hak asasi manusia diperagongkan secara membabi buta. Aktiviti LBGT atau perkahwinan sejenis hendak di benarkan di Malaysia oleh NGO dan kumpulan tertentu. Ia mendapat sambutan baik oleh pakatan rakyat termasuk PAS. PAS membisu dan membuta sahaja kerana LBGT ini ditaja (blessing) dari Ambiga, rakan kongsi pakatan rakyat di dalam `perniagaan’ Bersih 1, 2 dan 3. PAS tidak boleh marah sebab Ambiga menolong mereka di dalam Bersih 1,2 dan 3.


sila ke Part 2 atau layari nasirwise.blogspot.com untuk penulisan seterusnya

nasirwise said...

UNDANG UNDANG, PARA PENGAMAL UNDANG UNDANG DAN YANG ARIF TUAN HAKIM BERPERANAN MENJAGA KESEJAHTERAAN NEGARA

(Part 2)

Perbuatan menghina dan menyindir Sultan / Raja Melayu di dalam penulisan atau ceramah menjadi kebiasaan. Yang menghairankan majoriti pengulas adalah dari penyokong Pakatan Rakyat. Nampaknya, mereka memang berhasrat menukar negara Malaysia kepada republik. Sultan / Raja hendak di tukar atau bersarakan dan mereka melantik diri mereka sebagai Presiden. Ada ramai yang mengidam menjadi PM atau Presiden. Mereka giat menyemai benih benih kebencian terhadap Sultan / Raja. Pada saya dari gurauan (sindiran) Dr Maza mengenai WWW1 terhadap Sultan Ibrahim tidak patut dan digalakkan di lakukan di dalam ceramahnya secara terbuka (tidak silap dalam Debat Wacana Sinar). Dr Maza yang saya hormati itu hendaklah membuang `riak’ pandai berceramah dan ramai pengikut. Undang undang khusus menghina Sultan / Raja mesti di buat. Tanyalah rakan dari Thailand yang mempunyai undang yang melindungi Sultan / Raja mereka. Rakyat khas orang Melayu mesti mendokong undang undang ini. Orang Cina jangan di harap sangat. Saya ingin melihat undang undang menghina Raja ini dikuatkuasa dan boleh di denda contohnya RM1 juta atau penjara atau sebat. Cuba kita banding dengan kes saman fitnah Anwar Ibrahim terhadap lawannya yang mencecah RM50 juta hingga RM100juta. Pada Anwar Ibrahim, kewibawaannya tercemar (walaupun beliau melakukan perbuatan itu) berkos RM50juta hingga RM100 juta. Sepatutnya Sultan / Raja lebih tinggi nilainya.

Pandangan saya, mengapa ia berlaku `pergolakan pergolakan’ seperti di atas di Malaysia. Saya berpendapat ada 3 faktor iaitu 1. Undang-undang tidak sempurna dan `contestable’ 2. Barisan peguam lawan yang handal dengan pengalaman manakala peguam Kerajaan tidak cekap 3. Yang Arif Tuan Hakim

Faktor pertama
Kemungkinan undang-undang yang digubal tidak sempurna dan mudah dipatahkan oleh para peguam Brother Anwar bin Ibrahim. Kes beliau menjadi tumpuan kerana kedudukan politik beliau dan melibatkankan kos tuntutan menghampiri RM500 juta (tidak sempat buat penyelidikan). Boleh dikatakan masa dan tenaga Mahkamah di Malaysia kebelakangan ini `terbuang’ menguruskan kes saman liwat, saman fitnah Brother Anwar bin Ibrahim, kes Kalimah Allah, kes demonstrasi Bersih 2 dan lain lain lagi.Ini tidak termasuk Suruhanjaya demi Suruhanjaya yang ditubuh oleh Kerajaan. Kadang kadang saya merasa pembaziran berlaku kerana kesemua rumusan atau `finding' di tolak oleh keluarga dan Pakatan Rakyat.

Walaupun saya benci Singapura kerana bersikap `irihati’terhadap Malaysia tetapi saya hormat undang undang Singapura. Prosesnya ringkas dan hukuman amat menakutkan pesalah. Gangster gangster tegar pun takut dikenakan hukuman. Mereka takut masuk lokap atau penjara Singapura. Apalagi ahli politik yang memfitnah pemerintah. Politikus tersebut akan di`disqualified’ dan dikenakan penjara dan denda besar`. Pemerintah menang 100% kes fitnah (tidak sempat buat penyelidikan). Peguam Negara dan teamnya kena belajar dengan pakar undang undang Singapura. Biarlah dipandang sebagai Kerajaan mengawal Hakim dan Mahkamah di dalam kes kes keselamatan negara itu.

nasirwise said...

UNDANG UNDANG, PARA PENGAMAL UNDANG UNDANG DAN YANG ARIF TUAN HAKIM BERPERANAN MENJAGA KESEJAHTERAAN NEGARA

(Part 3)
Faktor kedua
Mungkin juga para pendakwaraya Kerajaan tidak cekap dalam pengendalian kes kes tersebut. Manakala barisan peguam Pakatan Rakyat lebih berpengalaman, ramai, bersungguh sungguh.

Kes liwat Anwar Ibrahim dengan Saiful baik juga untuk pengamal undang undang dan pelajar. Saya sebagai rakyat biasa sekarang sudah tahu hak kita. Polis tidak boleh ambil sampel DNA kita tanpa kerelaan kita, boleh minta tanggoh perbicaraan beberapa kali, boleh memohon tukar Hakim dan pendakwaraya, minta salinan polis report lawan atau kertas pendakwaaan dan pembelaan, mohon buang perkataan atau perenggan di dalam kes tuduhan atau keterangan, mohon tukar fakta, mohon masuk atau keluarkan exhibit kes, tidak salah menuduh Hakim silap, prosedur simpan barang kes yang betul dan banyak lagi pengajaran yang berguna.

Faktor Ketiga
Pemilihan Yang Arif Tuan Hakim yang salah atau kurang pendidikan atau tidak mementingkan agama. Sebagai seorang Islam yang dididik sejak kecil dan dilahirkan sebagai Islam, adalah dimaklumi bahawa murtad tidak dibenarkan dalam Islam dan hukuman amat berat. Begitu juga dalam LBGT dan Kalimah Allah dimana orang Islam termasuk Tuan Hakim perlu menolok nya atas nilai seorang Islam dan kepentingan awan selain daripada bukti-bukti pendakwaan. Sistem Mahkamah Malaysia diuji.

Saya ulangi bahawa saya tidak berniat menghina mahkamah dan para Hakim. Akan tetapi keputusan mahkamah yang tidak betul, boleh meruntuhkan negara kerana si demonstrasi akan terus merosakkan hartabenda awam dengan alasan mahkamah benarkan seperti Bersih 2.(jangan beri alasan yang Polis yang menyebabkan mereka merusoh. Salehudin dan Saifuddin selalu kata gas pemedih mata serta provokasi polis yang menyebabkan mereka merusuh). Apa kata Tuan Hakim menjatuhkan hukaman yang berat kepada penganjur yang berarak di Dataran Merdeka kerana Kerajaan membenarkan mereka berhimpuan di Stadium Negara. Saya percaya sekali kena hukuman yang berat, mereka akan patuh dengan undang undang Negara.

Akhir sekali, Rakyat Malaysia mesti mencuba undang undang Islam kerana undang undang sediada yang berkaitan dengan isu isu yang diperbincangkan nampaknya tidak baik atau berkesan kepada negara, bangsa dan agama.
Wallahhualam.
Ikhlas dari
Nasirwise.blogspot.com

nasirwise said...

WINNABLE OR CABLE - NAJIB PILIH SIAPA?

Penulis bukan politikus yang `season’ dan tidak menyandang apa apa jawatan dalam organisasi. Penulis memberikan cadangan amat mudah tetapi amat sukar untuk DS Najib dan Kerajaan BN melaksanakan.

DS Najib banyak kali menyatakan bahawa calon BN di dalam PRU13 mestilah `winnable candidate’. Antara kriterianya ialah mereka yang benar-benar menepati kehendak rakyat setempat. Pemimpin yang gagal menyelami denyut nadi rakyat, bongkak, sombong dan angkuh tidak akan mendapat tempat dalam penyusunan barisan. Pemimpin yang menghadapi masalah kewangan, moral, rasuah dan penyelewangan terpaksa di ketepikan dahulu. Penulis suka memberi cadangan kepada DS Najib seperti berikut:-

1. Rule of tumb-penukaran
Penulis cadangkan 50 peratus barisan jemaah kabinet sediaada di tukar dan diberi nafas baru. Mereka yang `gugur’ bukan mereka tidak berprestasi dalam kerja mereka, tetapi atas dasar `job rotation’ kepada pemimpin lain. Jadi 50 peratus isu isu yang melanda para jemaah menteri akan di`tiadakan’. Jemaah menteri yang dipilih mesti melalui `skrin kesihatan yang ketat’ atau bebas penyakit kronik. Polisi ini harus di`institusi’kan supaya pemegang jawatan sudah tahu bahawa masa telah tiba untuk berundur dan memberi peluang orang baru. Kemungkinan rasa malu dan tidak sedap hati para jemaah menteri yang akan di tukar akan dapat dikurangkan. Sabotaj parti pun mungkin berkurangan. Ahli parti kurang memarahi PM kerana ia adalah polisi parti. Arahan pembaruan mesti dituruti oleh parti komponen lain seperti MCA, MIC, Gerakan, PPP dan sebagainya. Pernah berlaku, Presiden sebuah parti dicalonkan selama mungkin sampailah beliau dikalahkan di dalam pilihanraya.

Polisi ini boleh digunapakai untuk Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan. Keadah ini memungkinkan lebih ramai pemimpin politik di peringkat bahagian boleh menjadi ADUN dan Ahli Parlimen. Jesteru itu, kuranglah berlaku pertandingan sengit merebut jawatan di peringkat cawangan dan bahagian. Kuranglah pergeseran dalam parti maka stabil dan kuat lah parti.

Setengah tengah negera mensyaratkan penyandang jawatan 2 penggal sahaja. Amerika menghadkan dua penggal sahaja atau 10 tahun untuk jawatan Presiden. MCA telah melaksanakan sistem khidmat 2 penggal maksimum di dalam pentadbiran nya. BN khasnya UMNO boleh mempertimbangkan keadah tersebut kerana masing-masing sudah tahu jangka hayat masing-masing.

2. Rule of tumb- Komposisi-orang lama versus orang baru, ulamak versus ekonomi dan pentadbiran, Melayu versus kaum lain dan sebagainya
PM perlu membuat imbangan calon `orang lama dengan orang muda’, `calon mengikut parti komponen’, calon Melayu dengan bukan Melayu, calon berpendidikan agama berbanding dengan bukan agama dan calon popular kerana kerjayanya seperti Dato Lee Chong Wei (sukan), Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie (angkasawan Negara), Datuk Siti Nurhaliza (penyanyi), Dato Jin Shamsudin & Salim (pelakon), Amy atau Awie (pemuzik), AC Mizal atau Aznil (pengacara), Tokoh Agama (Ustaz Kazim dan Ustaz Fathul Bari, tokoh pendidik dalam pelbagai bidang (Prof Tan Sri Abu Shah atau ramai lagi) dan banyak lagi. Penulis hanya menulis nama secara pintas lalu sahaja tanpa banyak penyelidikan.

Bersambung Part 2 atau layari terus nasirwise.blogspot.com

nasirwise said...

WINNABLE OR CABLE - NAJIB PILIH SIAPA?
PART 2

Penulis pernah mengutarakan apakah strategi PM mengenai Ahli Parlimen Bebas seperti Zulkilfi Noordin (Kulim), Ibrahim Ali (Pasir Mas), Wee Chee Keong (Wangsa), Zaharin Hashim (Bayan Baru), Hassan Ali (Gombak) dan ramai lagi, andaikata mereka mahu bertanding. BN harus berkerjasama dengan mereka. BN + BN friends/club.

Penulis berangan-angan PM akan melantik seorang wanita menjadi Menteri Besar atau Ketua Menteri yang pertama di Malaysia. Penulis cadang YB Senator Datuk Maznah Mazlan untuk Pahang. Dahulu penulis ingin melihat Dato Halimah Siddiq atau Dato Sri Azlina Othman Said untuk merajui negeri Johor. PM harus memberikan penghormatan kepada kaum wanita yang merupakan lebih kurang 50 peratus rakyat Malaysia dan pengundi. Ketua Pergerakan Wanita seorang yang rajin dan `down to earth’ tetapi bermasalah. Timbalannya, Kamalia terlalu serious perwatakannya dan dipandang tidak `mesra ahli’.

Penulis ingin berbalik kepada cara menetapan calon wakit rakyat dan ADUN yang diamalkan sekarang. Penulis perhatikan Ketua Bahagian dan seluruh ahli jawatankuasa bahagian berpeluang menjadi calon. Calon akhir yang dipilih akan melalui keadah `teory of elimination’. Ini bermakna setiap calon akan di ketepikan jika ada masalah moral (masalah rumahtangga atau kahwin dua), rasuah, penipuan, peribadinya malas dan sombong, isteri dan keluarga yang ber`attitude’ buruk dan bebas masalah hutang bank dan tindakan mahkamah. Selesai percaturan bersama dengan laporan Special Branch (manusia yang buat penyataan dan `subject to discrimination and sabotage’), nama calon dimajukan kepada pengurusan atasan.

Kelemahan disini ialah calon-calon yang dipilih dan di `skrin’ adalah dari jawatan Ketua Bahagian hinggalah pemeriksa kira kira. Ini bermakna hanya orang BN/UMNO yang terlibat dan jikalau mengikut undi, hanya orang BN/UMNO yang sepatutnya mengundi mereka. Pemilihan mesti melibat keseluruhan ahli BN/UMNO bahagian tersebut dan tidak cukup hanya wakil 8 orang yang dicalonkan menjadi wakil ke persidangan. Libatkan seramai ahli akar umbi yang boleh. Kalau boleh elakkan penetapan calon yang bakal bertanding di `handpick’ oleh MB/KM (mungkin atas sebab favouritism) tetapi masyarakat setempat.

Sebenarnya ia tidak menyeluruh kerana tidak melibatkan orang ramai yang bukan ahli BN/UMNO.

Sebab itu penulis merasa bakal bakal calon ini mesti melalui `testing’ period. Contoh di DUN Paya Rumput, Melaka ( penulis tinggal di Cheng Melaka) yang termasuk di dalam dan Parlimen Tangga Batu, mesti mengenalpasti 10 calon berpotensi (selepas di `skrin’ kriteria yang dibincangkan diatas) dan diumumkan pada pengundi DUN Paya Rumput. Mereka ini akan diberi tugas seperti pegawai khas Dato Tahir. Mereka mesti membantu menyelesaikan sebanyak masalah rakyat yang boleh, membuat kunjungan, ceramah, berdebat di kedai kopi dan `meng UMNOkan’ penyokong Pakatan Rakyat, aktif di masjid dan kerja sosial. Mereka mesti hadir latihan berpidato, kursus pegurusan dan ICT, aktif ber`facebook’ dan `Twiter’ dan sebagainya. Tujuannya ialah untuk dinilai prestasinya dan samada kerjanya efektif dan disukai ramai. Awal tahun, calon calon ini akan dinilai prestasinya and jika berlaku pilihanraya, calon-calon yang `real winable candidate’ sudah di bentuk. Baiknya orang ramai tahu dan kenal bakal wakil rakyatnya. Kalau boleh elakkan pemilihan `payung terjun’ serperti YB Roslan di DUN Merlimau beberapa tahun yang lalu. Pengundi tidak kenal dengan calon kerana beliau tidak bergerak aktif. YB Roslan tidak boleh dipersalahkan kerana beliau tidak sangka akan dipilih menjadi calon. Dato Seri Ali Rustam terpaksa turun padang dari pagi hingga malam setiap hari semasa hari berkempen. Jentera BN/UMNO dari luar kawasan bertungkus lumus membantu kejayaan YB Roslan. Dari segi berniaga, kita telah belanja lebih daripada yang patut. Perbelanjaan ini boleh dikurangkan jika sistem parti telah tersedia berjalan. Ini lah yang penulis katakan senang dicadangkan tetapi sukar di laksanakan.



Bersambung…
Ikhlas dari
Nasirwise.blogspot.com

nasirwise said...

Pengurusan Sentral Melaka Tidak Peka Dengan Rakyat Miskin dan Muda

Sekadar pandangan…

Penulis adalah pengguna tetap Melaka Sentral kerana kerap menggunakan Bas Ekpress ke Muar dan Kuala Lumpur 3-4 kali seminggu. Penulis akan drive kereta atau motosikal ke Sentral dan `parking’ di Sentral bergantung kepada cuaca dan kekosongan / kelapangan kenderaan.

Tahniah. Melaka Sentral berfungsi dengan baik dan Terminal One dan Two Seremban tidak boleh menyaingi Melaka Sentral.

Jikakalau hendak ke Kuala Lumpur, biasanya saya akan menaiki bas METRO kerana tambangnya paling murah RM9.20 sehala. Seperkara lagi waktu perjalanannya hampir setiap 30 minit. Ketiganya Bas METRO dan DELIMA melalui Jalan Cheng. Kerap kali juga saya akan berhenti berhampiran TESCO Cheng untuk balik rumah.

Hari Jumaat, Sabtu dan Ahad adalah hari sibuk di Melaka Sentral. Hari hari tersebut adalah hari jam dan sesak di Melaka Sentral. Kereta di parking ditepi jalan dan kadang-kadang menyusuhkan orang lain. Traffic jam begini menandakan kepesatan ekonomi. Rakyat berjalan dan berbelanja. Agaknya satu hari berapa bas ekspress yang singgah dan tiba dari atau ke Melaka Sentral? Kebersihan baik walaupun keadaan traffic tidak dikawal. Penulis cadang diadakan pegawai trafik di jalan masuk parking Melaka Sentral supaya kenderaan berjalan lancar.

Penulis memasuki kawasan letak kereta dan dikenakan bayaran RM1 per entry. Murah jika dibandingkan dengan kadar parking di Kuala Lumpur. Penulis akan meletakkan kereta satu hari di sana dengan bayaran RM1.

Kadang kadang penulis menunggang motorsikal dan membayar RM1 per entry. Pada penulis murah kerana penulis meletakkan motosikal lebih daripada 10 jam. Tetapi terdapat juga pengguna meletakkan motosikal untuk seketika sahaja dan bayarannya juga RM1.

Saya cadang selaras dengan hasrat kerajaan hendak membantu rakyat, yuran parking motosikal di mansuhkan atau di kurangkan 50 peratus.
Penulis merasa yuran RM1 per entry tidak adil. Sepetak ruang letak kereta yang berkos RM sehari, boleh mengisi sekurang kurangnya 6 buah motosikal dengan selesa. Sepatutnya ia dikira RM1 dikongsi dengan 6 buah motosikal atau RM0.15 sen per entry.

Penulis fikir ada baiknya dirombak kadar letak kereta dan moto (walaupun disediakan tempat kunci). Kerajaan Melaka jangan fikir bisnes sangat dengan rakyat pendapatan rendah dan muda ni. Mereka adalah penyumbang undi di masa pilihanraya. Berilah mereka layanan. Siapakah yang mengendalikan tempat letak kereta dan motosikal ini? Difahamkan ia telah diswastakan kepada pihak ketiga. Pihak Sentral Melaka pula runding dengan mereka untuk mengurangkan kos atau percuma. Alangkan beberapa tol dihapuskan......

Ikhlas dari
Nasirwise.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...