Thursday, December 30, 2010

Penangan Orang Muda..

Semalam, walaupun masih lagi bersedih di atas pemergian nenda yang kami panggil "Wan Jeah" namun kami semua tetap bersemangat memberikan sokongan padu kepada Pasukan Malaysia. tahniah Malaysia!!!
Kami Bangga Menjadi anak Malaysia. Tahniah juga buat jurulatih K.Rajagopal....yang menurunkan pemain muda bagi mewakili skuad kebangsaan kali ini. Kepercayaan dan pertaruhan yang dibuat akhirnya berbaloi-baloi apabila Malaysia menjadi juara Bagi Suzuki Cup musim ini.

Tertarik dengan celoteh pengulas sukan sewaktu siaran langsung diadakan semalam....."Barisan Pemain Muda yang diturunkan untuk bermain mewakili Negara Malaysia ini  akan menjadi contoh dan ikutan negara lain". kita boleh tengok sendiri mutu dan corak persembahan pemain muda ini amat baik sekali.

Tapi itu trend bolasepak malaysia kini, bagaimana pula trend politik tanahair (tis is a general question)?
adakah ramai anak  muda yang diberi peluang untuk memimpin , mengepalai sesuatu organisasi?  adakah ramai anak muda yang akan diberi peluang untuk menjadi calon dalam PRU ke 13 nanti?
kalau ada berapa peratuskah peningkatannya berbanding dengan PRU yang lepas?
hmm..... sama-sama kita tunggu dan lihat.......

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...