Petang tadi saya ada urusan di Kota Metropolitan.Sambil menunggu makanan tiba utk mengisi perut yang kosong,Sempat saya buka "FAcebook" saya. Saya terima mesej dari sahabat lama saya sewaktu saya di Sekolah Tun Fatimah.Dia anak jati Perak. Dia rasa seungguh kesal dan malu atas apa yang berlaku di Perak.Yelah... katanya beliau bukanlah menyokong UMNO sebelum ini. Tetapi apa yang berlaku hari ini benar2 menacabar Institusi Raja Yang Berdaulat serta telah membuat keadaan Negara Dalam Huru Hara. Bekas MB Perak terang-terang menjadi boneka DAP. Sahabat saya menyesal menyokong PR sebelum ini yang turut sama mengaku yang beliau hanya ingin cuba-cuba.Akhirnya sikap cuba-cuba itu memakan diri.
katanya: "Bukanlah aku racist or what,Ipoh ni kan multiracial sikit..Ramai kawan Chinese, Indian tapinya org DAP ni memang tak lih dibagi KUASA!So apa nak jadi Perak ni..Malunya org Melayu..
MES:
Ntah la *u**L*, aku pun takut dengan apa yang berlaku. Cukuplah Nizar membodohkan diri dan PAS dengan menjadi alat dan juga pemuas nafsu serakah DAP. JAngan salah paham,...Nafsu terhadap tanah-tanah yang terbentang luas di Perak...(Yang lain saya tidak tahu....).Rakyat Perak kena sedar. Bijak dan Faham kenapa penting dan perlunya kita menolak Parti PR ini. Mana mungkin Parti yang melindungi Penderhaka Sultan kita biarkan terus bertindak sesuka hati. Apapun Pilihanraya 2 Bukit dan 1 Batang ini akan kita saksikan dan menjadi penerus kepada Pilihanraya yang adil dan Telus. BN akan terus memperjuangkan dan membela nasib Rakyat sejak dari dulu. Cuma saya mohon pada pucuk pimpinan Parti agar dapat memilih calon yang benar-benar layak serta dapat diterima oleh segenap lapisan masyarakat. Bukan hanya sekadar memenuhi kuota dan juga menjaga hati sesetengah pihak...
Pssst..: lagi satu, tahniah juga saya ucapkan pada YAB Ketua Menteri Melaka. Dalam kesibukan beliau sebagai Ketua Menteri dan juga sebagai calon Tmbalan Presiden UMNO, beliau telah pun persiapkan jentera untuk membantu di DUn Kuala Sepetang , Parlimen Bukit Gantang. Team Melaka akan ke sana dan mula bertugas pada 15hb Mac, 2009 ini. Jadi kepada sahabat-sahabat saya UNIT IT Melaka, selamat bertugas. Semoga cekal.Jumpa nanti di Bukit Gantang!!!!!
20 comments:
apa ko merapu ni..siapa jadi tunggangan siapa. kau orng melaka gak..malu kau ngn ali ketam..bukan pandai mana pun memerintah melaka. abih duitje..toksah nak dolak dalik..membe aku ramai keje gomen..sume ckp duit perbendaharaan melak makin sikit..bukan makin kurang..tabung emergency MELAKa pun punah.. hampeh..kalu pandai sngt majukan melaka kenapa setiap pembangunan di melaka tu merugikan segelintir pihak???siap korangnye perancang bandar????bangunkan satu tempat bunuh satu tempat..p la ko tgk apa jd kat OCEAN..FAJAR..jd sarang indon..maksiat..mati da bandar tu..nanti bila dah siap pembangunan kat klebang aku nak tgk siapa anak melaka jati yng dapat manfaat..siapa yng bley bukak kedai kat situ..maju konon...KAyakan Cina adalah..ni nak godak IR NIZAr kata jd kuli cina..korang la kayakan cina..lahanat punye UMNO..Siap ROBERT KWOK????korang bg HAK Begelung tanah kah Perlis wat tanam TEBU..Satu MAlaysia DUK pakai CSR punya gula..lain kilang takde.DIa PLAK duk HONG KONG..jd orng PAling kaya di MALAYSIA..BODO tipikal melayu je TAk NMPAK yng UMNO ni Lg menjadi ANJING PENJILAT kepada CINA>>>YTL..BERJAYA..sudahlah UMNO..korang Akn terkubur nti kat negeri2 yng terang hati dan Minda..Melaka yng bnyk mat REmpit tu ko bley la menang..Nasib BAik AKu ORNG MELAKA tp Blajar tinggi...Sikit MASA lg nak JOIN IR NIZAR dpt IR...sudahle...kalu berani siarkan le komen aku ni..LAWYER BURUK..
Dalam Puteri UMNO ada geng anti PPSMI tak?
lawak sungguh penulisan cik mas ni..
guna intenet tengok dan baca apa agak nyer..tak paham ..tak paham
nak sokong pun ukur dulu UMNO yg dah karat tu...aku ni pun dulu ahli umno..
tapi terpaksa jauhkan diri sbb pulus tak masuk..
memang jelas ramai yg join umno utk dpt
imbuhan..aku tahu..sbb aku pun salah seorg dulu..tapi skrg aku dah sedar..taubat..taubat..harta haram tak kemana..cepat jer habis nyer..
betul ler tuduhan cik mas tu..????
sbb cik mas peminat berita TV3..
ada kemudahan intenet guna ler utk baca
lapuran dari berbagai sumber..
jangan jadi bapa saya yg kat kampung
yg sokong umno..tapi skrg makin goyang
sebb geng kedai kopi dia dah kata semua
yg di TV3 tu jangan percaya..byk yg bohong..
bapa ku kian celek sekarang..mungkin
dia kan berubah arah...hehehe
bila masuk UMNO dgn tujuan yang salah..tu lah tak tahan lama berjuang dlm UMNO. sesungguhnya niat kena ikhlas..buat malu ajer org Melayu yg tak ikhlas nak masuk UMNO tu..
alah janganlah nak nafi...
Kau tau kan si nizar bagi cina tanah kat perak tu dengan undi angkat tangan saja dah lulus. Apa yg cik puteri kata mmg betul. Aku yg tak tengok tv1 dan tv3 ni pun amat kecewa dgn MB kepercayaan PAS yang jilat bontot DAP. Tak adil dan saksama dlm bahagi tanah. Portfolio penting diberikan kepada DAP.Tahniah PAS kerana menghancorkan melayu di perak.Tak salah kawan Cik Putri bagi undi pada Pembangkang...mungkin kerana nak mengajar tapisayang...dapat mantan MB Pass Bodoh macam niza.
Kereta kerajaan pun nak direbut.
Macam dubak-dubak je keau ni ei...
"hamba mohon derhaka"-bahasa istana
"saya tidak setuju"- bhs rakyat biasa...
jangan salah parking maksud tersebut....saya budak baru belajar.
DCC Allah hanya 'TAQWA' perbezaannya, bukan pangkat, warna kulit atau harta. apa yang baik ambillah sebagai pedoman hidup. masih ingat lagi ke, kisah ayat kursi???....
Salam Nazlan,
"Mohon derhaka" bukan bahasa istana, tidak pernah digunakan sebelum ini kecuali oleh Nizar.
Bahasa yang betul untuk menyatakan perbezaan pendapat dengan Sultan ialah "Mohon Ampun".
Terima kasih.
tanah yang nizar bagi kat melayu ko xnampak..yang ko nampak tanah yang nizar bagi kat cina....ada akal xnak guna betui2....apolah la lu jntanb bara
Salam sdri Roshatika..
Mohon derhaka pernah digunakan.. boleh dirujuk dalam sejarah melayu Hang Tuah. Usah kita pertikaikanya, sdri berpelajaran tinggi, dalami sejarah kita bukan hanya bercakap kosong...
UMNO hanya menunggu masa untuk rebah. Jangan dituduh orang sebarangan, Jika Ir Nizar tu bodoh, takkanlah dia dapat gelaran Ir dan mempunyai syarikat yang hebat. Dia bukannya gembala UMNO yang mendapat harta dengan cara yang salah dan haram, tetapi dengan usaha sendiri.
Ir Nizar mampu bercakap dalam pelbagai bahasa, arab, cina dan Inggeris dengan begitu fasih. Tahap inteleknya terbukti.
Jangan sesekali kata orang lain bodh dan tak pandai. Tengoklah pemimpin-pemimpin UMNO, ada yang cakap orang Putih tak reti pun boleh jadi menteri, mengarut betul!
Salam semua,
maaf dah lama tak dapat nak baca blog sendiri...Panas rupanya kat sini. Saya minta maaf kalau ada yang terasa hati dgn post saya tu. Tapi itulah hakikatnya...
ntahlaa.... melayu + melayu berpercah= sapa yang untung= sapa yang rugi?
sendirilah kita sesama beringat.
Hakikatnya UMNO lah yang menyebabkan orang melayu berpecah. Orang UMNO hanya mengkayakan kroni tanpa memikirkan nasib orang melayu keseluruhan. Selepas 50 tahun memerintah, masih ramai orang melayu yang miskin dan kedana, tetapi terdapat ramai kroni UMNO yang kaya-raya dengan cara yang haram dan salah. Contoh Arwah Abang Z adalah paling ketara menunjukkan kezaliman UMNO kepada bangsa sendiri.
UMNO tidak mampu berubah kerana dikuasai oleh mereka yang korup. Walaupun telah terang lagi bersuluh mereka ini menyalahgunakan kuasa dan menyapu dduit rakyat, tetapi tetap diberi peluang untuk memimpin. Jika ini berterusan, orang melayu tidak akan maju, cuma pemimpin UMNO sahaja yang akan terus kaya raya..
Salam,
kalau saudari tanya siapa yang rugi, confirm jawapannya ialah ALI RUSTAM YANG RUGI!!!!
habislah cita2 saudari nak jadi setpol TPM....
saya simpati...
haalloo...puteri ngok..belajau tinggi2..tapi otak kat lutut...kau tengok CM yg ko agungkan tu..apa citer..lagi malu hawau..org melaka ber cm kan perasuah rupanya...kau bangga macam tu..bangga ke..?bangsat ali ketam..tipu org melaka...konon bersih...sprm kenapa ko x masuk campur lak...?
malu la aku ber KM kan perasuah. Nampak sgt double standard dlm kes ni. tp takpe ejen2 yg kena gantung 3 tahun tu pun dah kaya raya. jgn buat2 tak nampak kebatilan di dpn anda
Akhirnya saudari terjatuh seumpama nangka busuk, dahan yang dipaut akhirnya patah. Itulah jadinya apabila hanya nampak gajah diseberang sungai, tapi kuman didepan mata memang susah nak disedari.
Ali Rustam menghampiri kareernya sebagai seorang ahli politik. Sungguh malang orang Melaka apabila bertuankan seorang perasuah. itulah, cerminkan diri sahulu sebelum menghentam orang lain. Akhirnya siapa yang menyesal, Ali Rustam dan juga konco-konconya.
Semua ini secara tidak langsung hanya memalit nama buruk orang melayu, inilah kerja UMNO yang tak habis2 menghina bangsanya sendiri.
BUAT EMY,
Semoga kuat dan tabahkan hati. Ini adalah dugaan dari Yang Maha Berkuasa. Moga Emy dapat teruskan perjuangan dalam hidup yang penuh liku ini, apatah lagi berjuang untuk memartabatkan bangsa kita. Kuatkan hati Emy.
-Puteri Labuan
Salam sdri,
Apabila BN meletakkan calon MIC atau MCA dan menang pilihanraya itu dianggap perpaduan dan persahabatan..
Apabila majoriti di perak dimenangi DAP tetapi bermenteri besarkan PAS itu dikatakan boneka...
Usah kita mainkan isu perkauman... kemenangan UMNO selama ini pun disebabkan undi cina dan india.. dan hari ini apabila rakyat sedar lebih-lebih lagi cina & india kenapa pelbagai soalan ditimbulkan.
sdri berani bersuara.. tetapi hari ini apabila Ali Rustam didakwa RASUAH.. sdri mempertahankannya.. lihat sahaja dalam TV3.. usah bermuka-muka mari kita berjuang untuk rakyat...
Sila baca hasil soal siasat PNSB dan betapa UMNO telah menyalahgunakan dana awam. KHir Toyo yang sudah kaya raya pun boleh lagi dapat hadiah jaket berharga Rm3600!. Adakah ini yang dikatakan perjuangan rakyat?
Anak syarikat kerajaan negeri, Pemodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB), memperuntukkan sumbangan RM1 juta setiap tahun bermula tahun 2002 hingga 2007 kepada Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Wakil Rakyat Selangor (Balkis).
Ketua Eksekutif PNSB, Datin Khairiah Abu Hasan yang menjadi saksi kelima dalam siasatan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan Kebertanggungjawab dan Ketelusan (Selcat) memaklumkan jumlah sumbangan sepanjang tempoh itu sebanyak RM5,186,588.20.
Beliau yang menjadi Ketua Eksekutif sejak tahun 2007 mengakui semua program Balkis akan diberi sokongan daripada PNSB.
Khairiah turut mengakui mempunyai hubungan rapat dengan Yang Dipertua Balkis, Datin Zaharah Kechik (isteri mantan Menteri Besar, Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo).
Pada tahun 2003 PNSB telah menyumbangkan RM1.65 juta kepada Balkis dan sebanyak RM148,280 diperuntukkan dalam majlis perkahwinan saudara baru seramai 50 orang.
PNSB membayar jamuan makan untuk jemputan 1,400 orang hampir RM90,000 selain bayaran tempahan kek RM5,000, kombo MBSA RM9,000 dan hiasan dalaman RM19,000.
Pengerusi Selcat adalah Teng Chang Khim (DAP) manakala AJK adalah Haniza Talha (KeADILan-Taman Medan), Azmin Ali (KeADILan-Bukit Antarabangsa), Saari Sungib (PAS-Hulu Klang), Edward Lee Poh Lin (DAP-Bukit Gasing), Sulaiman Abdul Razak (BN-Permatang) dan Ismail Sani (BN-Dusun Tua).
Pada hari kedua siasatan dijalankan dua orang wakil BN, Sulaiman Abdul Razak dan Ismail Sani tidak hadir.
Setelah diajukan soalan daripada Jawatankuasa Selcat, Khairiah mengakui pada 14 Oktober 2003 PNSB telah memberi wang tunai sebanyak RM240,000 kepada Setiausaha Balkis ketika itu untuk membeli hamper di mana Balkis turun ke program 'Bersamamu' sempena bulan Ramadan.
Beliau turut mengakui PNSB memberi sumbangan kepada Balkis sebanyak RM5,000 untuk diagihkan kepada 48 kawasan DUN bagi meraikan warga emas dan orang miskin pada bulan Ramadan.
Pengakuan beliau menyebabkan Azmin mengajukan soalan; "Pada tahun 2003 ada 54 Dun, enam Dun diwakili pembangkang dan sudah jelas bahawa 48 Dun dikuasai BN. Apakah PNSB terlibat secara langsung dengan permainan politik BN ketika itu?"
Bagaimanapun, soalan itu tidak dapat dijawab oleh Khairiah.
Lebih menarik dan mengejutkan Jawatakuasa Selcat, pada tahun 2004 PNSB memberi sumbangan kepada Khir Toyo yang menjadi Menteri Besar ketika itu sepasang jaket jenama 'Summer Man' bernilai RM3,600 sempena sambutan Tahun Baru Cina.
Dalam satu majlis berbuka puasa September 2006, PNSB sekali lagi membayar RM13,000 kepada saudara kandung Zaharah Kechik, Abdul Malik Kechik untuk pakej jamuan dan nyanyian.
Khairiah diingatkan berulang kali oleh Teng supaya memberi penjelasan dengan betul kerana ia dibuat setelah beliau melakukan perakuan bersumpah.
Ini berikutan banyak persoalan yang diajukan oleh Jawatankuasa Selcat tidak dapat dijawab oleh Khairiah terutama dalam isu pengeluaran wang tunai yang melibatkan ratusan ribu kepada Balkis. - lanh_
sayang sekali...
politik kamu sempit...
Post a Comment