SPR dah pun umumkan yanng Pilihanraya Kecil Parlimen Bukit Gantang dan Dun BBukit Selambau akan diadakan serentak. Penamaan Calon pada 29hbMac, 2009 dan Pengundian pada 7hbApril,2009.
Maknanya di sini, bakal Ketua Puteri UMNO Malaysia yang baru akan diuji dengan mengetuai Jentera Pilihanraya Kecil di kedua tempat nanti. Huh...boleh tahan juga dengan cabaran dan ujian pertama ni.Jadi saya syorkan pada sahabat perwakilan semua, agar fikir dengan matang dan semasak-masaknya untuk memilih bakal Pimpinan Puteri nanti.Cabaran dan ujian kita di Parlimen Bukit Gantang dan Dun Bukit Selambau bukanlah ujian biasa.
Persiapan Jentera, Pengagihan tugas dan Command hendaklah dibuat dengan baik dan teratur supaya jentera Puteri BN akan lebih kemas serta memberi kesan yang positif dan baik kepada pengundi.Pakatan Rakyat kita abaikan sahajalah. Ini kerana, mereka ni memang suka dan pandai buat cerita dongeng yang sedap didengar oleh rakyat. Cuma saya kasihankan pada Nizar. Juga Pimpinan PAS. Sanggup diperkuda-kudakan oleh AnWAR dan DAP bagi mencapai segala cita-cita politik mereka....Saya benar-benar simpati dengan PAS.
2 comments:
hmm, saya rasa Puteri patut lebih dikasihi dan disimpati kerana menjadi kuda-kuda kepada pemimpin-pemimpin UMNO yang korup, rasuah dan kaya raya. Rakyat bukan buta apabila pemimpin korup sperti Muhammad Taib, Rahim Thamby Chik masih lagi memegang jawatan tinggi dalam UMNo walaupun telah terang lagi bersuluh mereka ini korup!
"sangat mendukacitakan!!!".saya tak dapat nak bayang macam mana nasib saya, anak2 saya dan keturunan saya dgn adanye pemimpin korup seperti ini "dibenarkan dengan sewenang-wenangnye" memerintah Malaysia yang saya cintai ini...Ya Allah selamatkanlah kami....
Saya setuju dgn Kak Emy..kita harus memilih Ketua Puteri yang mampu melaksanakan tanggungjawab berat ini dengan baik..jgn jadi mcm sesetengah calon KPUM di KT dulu yang hanya pergi untuk berkempen siang dan malam,asyik dinner di hotel sana sini dgn perwakilan, kerja tak buat pun.T/kasih KT ,kami dapat melihat disebalik tabir setiap pemimpin dan yg bercita2 nak jadi pemimpin pu3...Hidup YB Rosnah!!!
Post a Comment