Wednesday, February 25, 2009

BELAJAR TIADA PENGHUJUNGNYA.....




Salam semua, pagi tadi saya ke Maj.Perbandaran Alor Gajah (MPAG). Ada mesyuarat penuh Ahli Majlis. Saya selaku ketua whipp yang baru sahaja dipilih pada mesyuarat penuh yang lepas telah adakan mesyuarat pre-council. Alhamdulillah hampir kesemua ahli Majlis yang hadir. Ini kali pertama saya mengendalikan mesyuarat pre council MPAG. Banyak perkaara yang dibincangkan. Kami sedar kami memakai dua baju. Mewakili kepentingan masyarakat di luar dan pada masa yang sama juga kami terpaksa menjaga kepentingan Ahli Majlis.

Pujian harus diberikan kepada YDP MAG yang baru iaitu Tn Hj Nordin Ali kerana beliau dalam masa 2 bulan sahaja "Hands on" dan peka dengan segala masalah yang timbul. Beliau juga telah berupaya menerangkan secara baik .Mungkin pengalaman beliau semasa menjadi Ahli Majlis elah banyak memberikan pendedahan , oleh sebab itu beliau tenang sahaja apabila dilontarkan pelbagai soalan. Bagi saya, kita nak belajar tiada penghujungnya....Malu bertanya sesat jalan. Saya setuju menerima dan mengambil tanggungjawab sebagai Ketua Ahli Majlis yang saya kira agak berat dan memerlukan pengalaman yang luas. Saya sedar yang saya ahli Majlis yang paling muda, kurang pengalaman berbanding dengan mereka yang lain.Tapi saya kena fikir positif. Ini masanya saya perlu bekerja dan belajar dengan keras.. , Bak kata kak Aza (Mantan KPUM) Kalau bukan sekarang bila lagi.... Kalau bukan kita siapa lagi...

Kepada semua, kalau anda inginkan sebarang info yang melibatkan Majlis Perbandaran Alor Gajah bolehlah layari http://mpag.gov.my.

wsallam..

3 comments:

Puteri UMNO Cawangan Kg Sg Udang said...

Tahniah Kak Emy atas lantikan itu. Semoga Kak Emy akan terus suksess dan semoga berjaya juga dalam pemilihan puteri yang akan datang.

emy said...

tq atas doa sahabat2 pu3 sg Udang.
Semoga awak dan pu3 Sg Udang juga berjaya. Terima kasih kerana melawat blog kak emy ye...

Nor Amran Abdullah said...

TAHNIAH EMY ATAS PELANTIKAN

UTAMAKAN KEPENTINGAN RAKYAT...
BANTU ORANG KAMPUNG YANG SUSAH DAN YANG MEMERLUKAN SERTA KENGKAWAN YANG MEMERLUKAN.

INSYALLAH KALAU KITA IKHLAS, REZEKI KITA MURAH,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...