Thursday, October 9, 2008

MESYUARAT PERSIDANGAN PERWAKILAN PUTERI UMNO BAHAGIAN-BAHAGIAN TELAH BERMULA...

Pagi ini menyaksikan Bahagian Sandakan, Sabah menjadi bahagian yang pertama di dalam Malaysia yang bermesyuarat Persidangan Perwakilan Bahagian-bahagian. Saya mendapat maklumat Jam 9.30pagi telah selesai semuanya. Tahniah dan syabas pada kak Noraini Sulong yang telah menjalankan tanggungjawab sebagai Ketua Puteri Bahagian selama ini. Ini adalah saat-saat yang terakhir beliau bersama Puteri UMNO. Tahniah juga diucapkan pada Ketua Puteri Bahagian Sandakan yang baru dipilih (Menang tanpa Bertanding @ MTB). Mesyuarat Perwakilan ini juga menyaksikan pencalonan Ketua Puteri Malaysia yang pertama buat YB Dato shahaniza dan Naib Ketua Puteri Malaysia : YB Nolee Ashilin.

Bahagian-bahagian yang turut bermesyuarat pada hari ini juga pada hari ini ialah Bahagian Pensiangan(Sabah)(Pencalonan KPUM : Dato Shahaniza,Kimanis (sabah)(Pencalonan KPUM: YB Rosnah), Padang Terap (kedah)-sedang bermesyuarat lagi ketika ini), Padang Rengas (Perak)-Malam ini dan akhir sekali Bahagian Machang (Kelantan) Pencalonan KPUM kepada Dato Shahaniza.

Setakat ini sahaja maklumat yang saya perolehi dari rangkaian sahabat-sahabat seluruh negara. Nanti kalau ada maklumat tambahan nanti saya akan maklumkan di di dalam blog ini. Harapan saya agar segala persidangan Mesyuarat Perwakilan Bahagian-bahagian akan berjalan lancar.Kita hormati segala keputusan yang telah diputuskan di dalam mesyuarat. Juga ini bukanlah medan pertempuran untuk mengukur kehebatan.Saya juga dengan rendah dirinya ingin memaklumkan kepada semua bahawa saya juga ingin bekerja dan komited lagi dengan Pergerakan Puteri UMNO Malaysia. Banyak komitmen yang perlu diberi bagi membantu memperkukuhkan parti UMNO ini khususnya di kalangan sayap orang Muda. Saya juga sedar walaupun kini bukanlah masa yang terbaik buat UMNO . Pada waktu ini kita perlu bekerja keras dan berusaha bersungguh-sungguh bagi memulihkan kembali semangat dan keutuhan Parti UMNO yang kita sayangi ini..

Buat semua sahabat-sahabat Puteri seluruh Negara, Selamat Bersidang!!!

2 comments:

Laxmana said...

sidang jangan x sidang. Pangil tok sidang sekali.Kalu bersidang tuh bangkitkan le usul2 gempak sikit. Jangan bersidang hanya untuk membodek dan mengampu.Gesa kerajaan hapuskan isa ke...mintak ali ketam ishtiharkan harta ke...tolak pemimpin ada rasuah ke...mintak najib clearkan nama dia sebelum jd pm ke..apa2 je lah..yg penting puteri jgn bacul..kalau bacul jugak..alahai..rosaklah Melaka..kite ni..

emy said...

T.KASIH ATAS PANDANGAN EDIE...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...