Thursday, October 23, 2008

MESYUARAT MAJLIS TERTINGGI 30/10/08

Salam semua, lama rasanya tidak menulis. Terima kasih pada semua sahabat-sahabat yang sudi meninggalkan pesanan dan nasihat buat saya (terharu rasanya).Hari ini hari yang ke 11 saya berpantang. Tapi tidaklah berpantang sepenuhnya..Ada juga yang saya tak ikut..

Tadi saya baru sahaja terima pesanan ringkas (sms) yang mengatakan bahawa Mesyuarat Majlis Tertinggi akan mengadakan mesyuarat pada 30/10/08. Antara perkara yang akan dibincangkan adalah mengenai perlu atau tidak pemilihan UMNO diadakan pada Disember 2008? walaupun peralihan kuasa di antara Perdana Menteri dengan Timbalan Perdana Menteri akan dibuat hanya dalam MAC 2009. Dalam hati saya ini mesti gara-gara gesaan yang dibuat oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin...(tidak lama dulu....macam biasalah kan?..). Kasihan saya dengan Presiden Parti yang terpaksa membuat keputusan bagi bincangkan perkara ini lagi sehingga ke tahap ini. Saya dapat bayangkan keaadaan Pak Lah. Walaupun sebelum ini selepas Permatang Pauh, saya juga berpendapat yang Peralihan Kuasa 2010 perlu dipercepatkan. Namun bila pengumuman yang dibuat oleh Pak Lah bahawa peralihan kuasa akan dibuat pada Mac 2009, maka saya kira semua pihak perlulah hormatinya..Apapun kita tunggu sajalah apa keputusannya...

Ramai kata sebab tempoh pemilihan yang lama ini akan berlakunya gejala politik Wang?Benarkah begitu? Kalau benar sejauh mana ianya berleluasa...?
Bila bercakap soal ini, saya suka nak fokuskan pada pemilihan Puteri UMNO peringkat NAsional, memandangkan bahagian-bahagian sedang bermesyuarat lagi. Saya rasa kiita perlulah ada sikap yakin diri dan juga sedar diri.
= Yakin diri / Sedar Diri maknanya yakin dengan kebolehan dan kemampuan diri sendiri... Kemana hala tuju dan apakah bentuk perjuangan yang ingin dibawa dalam Puteri Ini nanti.Jadi, pemilihan perlulah berasaskan kredibiliti dan kemampuan seseorang calon. Adalah tidak adil rasanya jika kita memilih seseorang itu jika di atas faktor RM(Ringgit Malaysia). Elaklah dari menjadi seperti ini. Ada juga aduan yang saya terima dari pihak B, katanya yang pihak A main politik wang, lepas itu pulak pihak A pun mengadu yang pihak B juga membuat perkara yang sama dan menafikan yang pihaknya (pihak A) terlibat dalam gejala itu. Pada saya senang, (DENGAN KADAR YANG SEGERA...)jika berlaku keadaan seperti ini, buat laporan secara bertulis beserta dengan bukti. Jadi soal Fitnah mefitnah tidak akan timbul..Kalau nak layan ...sampai 100 tahun pun cerita pasal ni tidak akan berakhir..

Pada saya juga kini bukanlah masa nak tunjuk siapa yang hebat.siapa lantang atau tidak lantang.., Siapa rajin atau siapa yang pemalas, Siapa yang pandai ambil hati bakal ketua atau siapa yang langsung tidak pandai ambik hati... Siapa berduit..dan siapa yang sengkek.. Kita banyak lagi ni agenda perti yang menjadi Misi kita yang perlu kita perjuangkan..

Apapun, Saya bersetuju dengan pendapat Musa Hitam..UMNO juga harus menyedari kemerosotan sokongan rakyat terhadapnya pada pilihan raya umum lalu mempunyai kaitan rapat dengan masalah persepsi.Katanya, antara yang menyumbang kepada masalah persepsi itu adalah isu rasuah, salah guna kuasa dan memikul tanggungjawab yang merupakan satu tuntutan rakyat.Katanya, rakyat pasti tidak akan menerima apa yang diperkatakan oleh pemimpin jika pemimpin terbabit tidak mempunyai kredibiliti pada pandangan mereka.“Kalau imej mereka sudah tidak diterima, apa juga yang dikatakan oleh pemimpin-pemimpin itu tidak akan diterima oleh rakyat,”.

MES: Walaupun sukar nak buang penyakit lama yang dah bertapak dalam UMNO ini, kita kena perlu sentiasa ingat-mengingatkan antara satu sama lain.., Kita tak boleh patah semangat. Sebagai ahli UMNO kita kena kuat semangat.susah? memanglah...
mana ada benda yang senang dalam dunia ni selain daripada nak buat kebaikan? Nak buat jahat senang saja......(kalaulah kita ada kuasa sakti...huuh teringat cerita masa zaman kanak-kanak dulu.."i dream of jeannie"...).

2 comments:

Laxmana said...

salam..x kan tak tau yg umno mmg dah lama ada penyakit..awat masih bertahan? Income lebihkan? fuh..sayangkan parti lebih dr agama nampak..? percayalah..puteri x mampu nak ubatkan penyakit umno nih..puteri dlm umno ni cuma jd mcm penyedap mata memandang..x function pun..ala..peduli apa ya tak..yg penting ada projek..masyuk..itulah..ada kuasa tetapi x mampu mengubah..alangkah malangnya..bila kita dihormati kerana kuasa dan harta..bukan akhlak kita bukan kredibiliti kita..malangnya pemimpin umno hari ini...

Anonymous said...

Salam,

Bagi saya tak kesahlah bila nak buat peralihan, tetapi ketetapan untuk membuat mesy bahagian skrg dan persidangan agung pada mac mmg silap... lama sgt, mcm2 boleh berlaku... tidak baik untuk UMNO

Pasal politik wang, sy lihat puteri pun dah terikut2 rentak pemuda dan lain2... baru2 ni sy jalan2 kat cyber sy dapati ramai pimpinan puteri melaka sendiri dah ada mcm2 jawatan ; BOD Yayasan la, anak syarikat la, ahli majlis la... di kg sy 1-2 tahun yang lepas pun dah dgr pimpinan puteri yg tak puas hati tak dapt jd ahli majlis dan kontrak potong rumput... dah budaya, susah nak cakap

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...