Wednesday, October 8, 2008

Maaf buat sahabat-sahabat puteri bahagian.


Semalam saya dihubungi oleh kak rini. Katanya nak datang berhari raya di rumah. Saya masa tu dalam perjalanan nak ke Pahang. Tapi bila dicongak masa, sempat saya sampai rumah jam 8malam nanti. Tp tepat jam 6.30pm , saya dapat maklumat abah dimasukkan ke wad di hospital Putra. Saya terus hubungi shbt puteri untuk tangguhkan hasrat untuk berjalan raya .saya perlu ke hospital dengan segera bila tiba di melaka nanti. Mana tidaknya. Abah tidak pernah masuk wad . Terkejut rasanya. Terkilan saya tidak dapat menguruskan kemasukan abah ke hospital. Saya juga ingin minta maaf buat kawan-kawan puteri yang telah bersiap-siap ke rumah saya semalam. Apakan daya. Di luar kuasa kita. Abah dalam masa sebulan telah hilang lebih 10kg. Darah tinggi tiada.begitu juga dengan kencing manis. Sekarang ni saya di klinik. Sedang tunggu pemeriksaan doktor. Harapan saya, agar keadaan abah tidak ada apa-apa..doa saya untuk abah agar cepat sembuh... Amin.

4 comments:

Iskandar Syah Ismail aka DR Bubbles said...

my prayers for speedy recovery...

SriKanDi PiNk said...

salam..

buat kak emy & Famili..
semuga tabah menghadapi dugaan Allah swt ini..
qda turut simpati.. terkejut jugak bila dengar biter tu smlm...

sabar dan tabah ya kak emy..
P/s: qda da edit skit2 blog pu3 kita tu,..hopefully akak suke..huhu

Laxmana said...

Insya Allah saya mendoakan kesejahteraan buat ayahanda tersayang. Sesungguhnya Allah berkuasa di atas segala nikmat yang telah diberikan. Tabah dan redha.

emy said...

Terima kasih atas doa semua....
Sangat menghargainya....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...