Hari ni hari yang amat teruja bagi aku kerana aku diberi suntikan semangat untuk meneruskan projek "menulis buku" yang telah lama kuilhamkan . Memang rezeki aku kot nak berjumpa dengan datuk dr.Jamil Mukmin di pejabat IKSEP pagi tadi. Aku dijadualkan utk mesyuart bersama Tn Hj Aziz Ujang, Pengurus Besar IKSEP bagi membincang Seminar Kerjaya yang akan kami laksanakan nanti.Kebetulan Datuk Jamil ada di situ...duduk-duduk saja di kerusi dan menghadapnya... dia terus bingkas bangun dan menuju ke almarai buku yang tersusun rapi..lalu dia ambik 1 buku..ditanya nama penuh aku (dalam hati aku..yes!! dia nak bagi aku buku.."). Aku jawab: "Datuk tulis je nama saya E-M-Y... nama manja EMY tok....". hiihih
Kemudian dia terus menyerahkan aku buku tu .Tajuk: "Gerakan Islam Di Malaysia , Kesinambungan Respons dan Perubahan (1957-2002) yang mana buku ini adfalah merupakan hasil tesis beliau sewaktu mendapatkan Ijazah Kedoktoran di UTM. Aku pun terus mengambil peluang bertanyakan tips-tips bagaimana hendak menulis buku.Almaklumlah..hajat di hati besar..tapi ilmu untuk menulis belum ada....
Dia kata nanti dia akan bagi pada aku.. sambil tu dia menuju sekali lagi ke almari bukunya dan mengambil sebuah buku lagi dan terus berikan pada aku.."saya bagi awak pinjam..boleh buat rujukan.."
"wow!menariknya....." hati aku berbunga riang...... Tajuk buku kedua :Biografi Ahli Majlis Tertinggi UMNO 1993-1996 PEMIMPIN oleh Yusuf Harun"...
Jadi, mulai hari ni, aku akan kumpulkan bahan dan akan aku update dari masa ke masa apa yang aku buat
berkenaan projek khas aku ni...., insyaallah!. Semoga aku juga diberikan kekuatan mental dan fizikal untu memulakan projek ini serta dapat menghabiskannya dalamn tempoh waktu yang aku sasarkan... ermmmm memang bukan mudah tapi bak kata manatan Ketua Puteri UMNO Malaysia( kak Aza..) :-
berkenaan projek khas aku ni...., insyaallah!. Semoga aku juga diberikan kekuatan mental dan fizikal untu memulakan projek ini serta dapat menghabiskannya dalamn tempoh waktu yang aku sasarkan... ermmmm memang bukan mudah tapi bak kata manatan Ketua Puteri UMNO Malaysia( kak Aza..) :-
"kalau bukan kita, siapa lagi..., Kalau Bukan Sekarang..Bila Lagi?.."
No comments:
Post a Comment