Friday, August 22, 2008

SAMBUNG BALIK....PUTERI UMNO DIKASARI-bab 2

Selamat tengahari semua... saya baru sahaja bersama Dato'Ketua Puteri Malaysia di Rumah JOHOR. YB Rosnah Naib KPUM pun ada sama. Saya bersama Farahiyah exco Puteri Malaysia yang ditugaskan menjaga hal anak angkat. Maaf semalam sepatutnya saya tidur sekejapsahaja..tapi tersasar sehingga jam 1.45am. Penat sangat. Puteri saya kejutkan pun , saya tak sedar.sekarang ni saya menaip di Bilik Gerakan Puteri BN. Bilik mesyuarat PUteri BN sedang bergelap kerana dipercayai masalah "sabotaj elektrik"(elektrik pun nak disabotaj ka?saya akan cerita bab ni jap lagi...kita habis bab satu per satu na?.....

sambung balik..Semalam,memandangkan keadaan diri saya yang terlalu penat, jadi saya menghantar wakil Puteri Melaka saya yang juga merupakan AJK Puteri Negeri saya ke Mesyuarat Puteri UMNO Malaysia yang dijadualkan bermula jam 8pm di Pejabat Puteri BN.Saya sempat bertemu beliau jam 7.50pm utk menyerahkan Laporan isu semasa kpd beliau. Tiba-tiba, sewaktu saya masih berada di bilik Gerakan Melaka, saya menerima panggilan dari Puteri saya itu yang sedang bercakap mengigil sambil menceritakan bahawa beliau telah ditahan oleh 3 org pemuda PKR. Puteri saya ini adalah seorang bekas ustazah yang pernah mengajar kanak-kanak sekolah di sebuah sekolah agama di Melaka sblm beliau memulakan perniagaannya sendiri sekarang.Beliau berpakaian sopan sewaktu ditahan. Difahamkan dbeliau dalam perjalanan ke BIlik Gerakan Puteri. Semasa dalam perjalanan beliau nampak pemuda PKR sedang memungut bendera PKR yang jatuh di tepi jalan. jadi beliau pun memperlahankan kereta takut terlanggar mereka. Tiba-tiba pemuda PKR tersebut menahan keretaPuteri saya dan menyuruh beliau keluar kerana nampak puteri saya memakai tag Jentera PU3. dan menuduh bahawa puteri Saya sengaja ingin melanggar Bendera PKR. Bila disuruh turun maka Puteri saya pun turunlah dari keretanya. Beliau telah diugut untuk dipecahkan keretanya kalau tak turun. Turun-turun sahaja dari keretanya beliau telah diancam untuk dipecahkan kepala dan dan keretanya sambil pemuda tersebut memagang tag nama jentera yang dipakai oleh PU3 saya. sambil menuduh yang puterisaya sengaja mahu melangar Bendera PKR yang telah jatuh itu. Puteri saya pun menjawab yang beliau ingin menelefon ketuanya iaitu saya dan memaklumkan perkara ini. Kmdn beliau dilepaskan setelah "mamat PKR" tu memberi amaran "sekali lagi aku nampak kereta engkau lalu depan ni lagi , siaplah kau!"...

Jadi Puteri saya pun terus masuk ke dalam kereta dan menelefon saya.Saya terus menasihatkan beliau supaya memaklumkan mengenai perkara ini di dalam mesyuarat Puteri BN nantidan buat laporan polis mengenai insiden ini. Kmdn letak je telefon, saya terus menelefon sahabat saya yang juga merupakan salah seorang "Ketua Angkatan Pemuda Keadilan Bahagian" Kedah. Saya maklumkan perkara ni dan mintak beliau maklumkan kepada pihak atasan PKR supaya mengawal jentera PKR yang mengganggu Puteri kami. Beliau berjanji akan menyiasat perkara ini dan Beliau juga mengaku agak sukar nak mengawal anak buah dan jentera yang emosi..( haa..tau pun..). B.t.w , saya nak merakamkan penghargaan kepada beliau yang mengambil tindakan positif walaupun melibatkan Jentera PKR beliau..

Ntahla... pening dan tak faham orang lelaki nikan?..Buat semua jENTERA Parti PKR,or sesapa jelah asalkan lelaki.. come onlah... janganlah nak tunjuk kesamsengan jalanraya anda kat Puteri Kami. Kami tau anda semua hebat bab tu...sian kat Puteri saya yang niat sucihati...& Bonafide memperlahankan keretanya hanya semata-mata takut melanggar jentera PKR.. dah tuh..dia pulak yang dikasari..Jangan patah semangat ok gals...


Buat Puteri-puteriku sekalian...

" harap jaga diri, sayangi Diri.."
Jangan bimbang..tnggal 3 hari je lagi nak ngundi!!"

wsalam...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...