Tuesday, November 25, 2008

Cakap Orang Je Lebih....

Dalam mana-mana organisasi pun ada kemelutnya..Tak kecil, besarlah jawabnya. Tapi dalam hal yang selalunya melibatkan Parti UMNO, maka ramai pihak pembangkang akan cuba memperbesarkan isu.Tetap bersangka buruk walau apa jua yang cuba dilakukan itu adalah baik. Tapi apabila terkena batang hidung sendiri, pandai pulak senyap dan tidak menghentam "Sparring Partner mereka...dalam Pakatan Rakyat.

Akhir-akhir ni banyak isu yang melibatkan parti pembangkang...
Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Mohd Ali yang didakwa telah menggugurkan dua pemimpin kanan parti itu kerana tidak tahan dengan kritikan panas yang diterimanya berkenaan isu agama dan kaum dalam pentadbiran negeri.Ahli parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad dilucutkan jawatan sebagai Timbalan pesuruhjaya II PAS negeri itu digantikan ahli parlimen Hulu Langat Dr Che Rosli Che Mat, Jumaat lepas.Manakala ketua penerangan diserahkan kepada setiausaha akhbar presiden PAS, Roslan Shahir Mohd Sharir bagi menggantikan wakil rakyat Hulu Kelang, Saari Sungib.Tak tahan dengan mereka, habis dicantasnya...macam-macam hal..

Begitu jua ada juga yang dikhabarkan Di Negeri Jajahan dan pentadbiran PAS. Syabas dan tahniah buat MBnya yang sungguh pemurah mendermakan RM10,000.00 dari duit gajinya untuk tujuan kebajikan. Tapi nampak gaya di Kedah ni, hanya MBnya sahaja yang bersungguh-sungguh memperjuangkan misi dan matlaat mereka. Exco lainn, dengar khabar ramai yang sedang memasang angan-angan (dan badan sekali kot) untuk menjadi MB yang akan datang. Itu belum kira lagi EXCo Kerajaan Negerinya yang sentiasa sibuk bermain g0lop(golf)di dalam dan luar negara sampai lupa tanggungjawab kepada Rakyat!...Begitu juga ada juga dakwaan yang mengatakan ada Exco yang sentiasa memberikan alasan"saya sibuk/ saya di dalam mesyuarat" bila beliau dihubungi oleh rakyat...

Begitu juga konsep perjuangan islam yang sentiasa dilaungkan oleh Pemimpin mereka. Tapi di Negeri bawah kuasa mereka , perkara pokok Perjuangan mereka masih tidak dapat dilaksanakan. Terutamanya janji untuk menerapkan nilai Islam dalam pemerintah Kedah menjadi pertikaian dan ditunggu-tunggu oleh rakyat. Misalnya pengharaman judi, arak, penjualan nombor ekor, toto, penutupan aurat dan sebagainya.Dalam sidang dewan yang belangsung minggu lepas . Bila ditanya berkenaan isu siber dan pusat hiburan yang dibuka ke lewat malam sehinggga mengundang masalah dan gejala sosial.Tetapi Exco perumahan dan kerajaan tempatan memberi alasan pemantauan dan penguatkuasaan dibawah tanggungjawab polis dan bukan PBT.aiseh itu macam ka cara jawab YB EXCO?
Saya syorkan PAS Melaka kena bantulah nampaknya PASS Kedah ni.

Di Perak pun, Adun PKRnya yang telah ditahan atas tuduhan Rasuah, ...hmm...seks pun ada....macam-macam halkan....
Yelah bila bercakap mengenai orang lain sedap sahaja mulut dan tangan mengkritik....
Macam contoh, di Melaka ni, apa juga yang dibuat oleh Kerajaan Negeri Melaka di bawah pimpinan YAB Ketua Menteri Melaka ada sahaja salah dan buruk di Mata, Telinga dan HAti Mereka. Seoalah-olah Kerajaan Negeri Melaka langsung tidak ada membuat apa juga kebaikan buat rakyat Melaka dan suka mengambil kesempatan rakyat Melaka (hmm sungguh tidak patut dakwaan itu ...). Tapi bila jadi di Negeri yang meraka berkuasa.. SENYAP!! simpan di bawah permaidani... yelah lumrah manusia kan....
apapun...Cakap orang Je lebih....sendiri mau ingatlah lah kan...Saya pun mengingatkan diri sendiri jugak ni...

Sumber:
1)www.kpmu.net
2)http://ceritayan.blogspot.com

Monday, November 24, 2008

Gambar Sekitar Demo 23/11/2008.


Saya bersama Puteri Dun Lendu saya, Liza MArsita...


Sahabat-sahabat saya yang bersemangat...almaklumlah..ini kali pertama pengalaman mereka menyertai demonstrasi..



Tetap bersemangat...kat belakang mereka ada lagi ramai tapi masih segan nak tunjuk "muka".


Saya sedang membuat laporan polis di Balai Polis Kuala dengan ditemani oleh Marina Rasol, Naib Ketua Puteri UMNO Bahagian Masjid TAnah dan Marina MAnap iaitu Ketua Penerangan Puteri Bahagian.

Sunday, November 23, 2008

DEMONSTRASI DI PEKAN KUALA 23/NOV/2008.

Pagi tadi jam 10.00pagi bertempat di hadapan pasar Kuala ,saya bersama teman-teman telah bersama dengan masyarakat setempat berkumpul menyatakan bantahan serta insiden yang melibatkan isu "Babi". Saya pun tak sangka, walaupun saat-saat akhir kami memutuskan untuk hadir bersama , tapi ramai juga saya lihat sahabat-sahabat saya yang turun. Suasana agak terkawal. Tiada insiden yang tidak diingini yang berlaku..Banyak juga Sepanduk yang saya lihat berbaur perkauman.

Tetapi saya ingin tegasnya di sini, hadirnya saya dan juga sahabat-sahabat saya pagi tadi bukanlah kami menyokong 100% apa jua sepanduk dan juga kata-kata yang yang berbaur perkauman itu.Kami cuma hadir di situ sebagai tanda sokongan agar diambil tindakan tegas terhadap orang yang melakukan perbuatan yang tidak senonoh dengan mengantungkan kepala B*B# di pitu pagar rumah Cikgu Md Rawi.Kami tidak mahu menuduh sesiapa. biarlah pihak berkuasa mengambil tindakan melalui siasatan mereka sendiri.Begitu jualah kenyataan saya sewaku ditemuramah oleh pihak media pagi tadi. kita tidak boleh menuduh sesiapa.

Dalam hal ini sesiapa sahaja boleh dikaitkan. Bukan sahaja orang bukan melayu, malah orang melayu juga ada dikaitkan. mana tau, orang dalam ke, orang luar ke, orang UMNO ke, PEMBANGKANG ke...semua ada kebarangkalian..Isu Perkauman ini tolonglah jangan dibesarkan. Ianya sangat sensitif.Sebab itu saya terangkan kepada sahabat-sahabat saya, kenapa kami berada di situ. Semoga tidak disalahtafsir . Kami juga (Pergerakan Puteri UMNO Bahagian MAsjid TAnah) telah membuat laporan polis pada jam 10:50 pagi, supaya diambil tindkan tegas kepada orang yang yang telah menimbulkan serta mengganggu gugat keamanan, keselesaan, keselamatan dan juga kemjuan ekonomi masyarakat tempatan. Tidak ada yang kami sentuh mengenai isu/ perihal perkauman.

Saya juga ada ditanya oleh pemberita, samada patut atau tidak 3 orang yang telah ditangkap itu dikenakan ISA?" . Pandangan peribadi saya tidak perlu,terdapat peruntukan lain yang lebih sesuai yang boleh digunapakai. Peruntukan ISA itu biarlah digunakan dalam hal-hal yang melibatkan ketenteraman dan keselamatan Negara yang serius....Kalau macam tu susahlah sikit-sikit nak guna ISA...sikit-sikit nak guna ISA.Betul tak?

Friday, November 21, 2008

"Susahnya nak menulis di blog sendiri sejak akhir2 ni...."

Ntah apa kena ntah, celcom broadnband saya seakan merajuk....
selalu terputus...kejap ada line..kejap tak ada line..(lupa pulak kita ni kat kawasan luar bandar...huhuhuu). Banyak kali hasrat nak menulis dan letak gambar terpaksa saya abaikan...




apapun, banyak peristiwa yang berlaku..
Tahniah kak ijat, akhirnya berani juga membawa WANIta UMNO ke arah satu pembaharuan... ("berani lawan ketua"?)iyer ke tu? kena ke ayat tuh?
hmmm... rasanya bukan dia saja nak lawan....Tapi, tumntutan akar umbi yang nakkan WANITA UMNO ini berubah dan bukan berada di takuk yang sama...
(saya bukanlah pandai bebenor...)
Tapi hasrat Kak Pidah nak mempertahankan jawatannya tidak nampak begitu mantap.
Rasa macam kelakar pun ada jugak.... Macam manalah orang tak menyampah dengan kita Kak Pidah... , kata nak elak perpecahan..tapi tindakan dia sebenarnya lagi membuatkan perpecahan hebat akan berlaku dalam wanita sekiranya dia masih mempertahankan hasratnya itu..
Buat kak ijat..selamat maju jaya. Kamilia rasanya malam ni sedang lena diulit mimpi...
Percaturannya mengena..."Menang tanpa bertanding..."
apapun dari tiga-tiga orang ni, saya paling suka dan saya paling tabik spring adalah Loyer KAmilia.....


sumber gambar:www.kpmu.net

Monday, November 10, 2008

YELAH APA PULAK NAK BER"KEM"-"KEM"..ref::Malaysiakini

Ketua Menteri Melaka, Datuk Mohd Ali Rustam yakin pertandingan jawatan timbalan presiden Umno akan berlangsung dalam semangat kekeluargaan dan tidak akan mewujudkan kem-kem tertentu.

"Ini kerana keutamaan ahli adalah kepada parti dan pemilihan pucuk pimpinan tertinggi parti adalah proses demokrasi dalam mana-mana parti," katanya dalam satu kenyataan hari ini.Mohd Ali yang juga naib presiden Umno adalah antara tiga calon yang akan bertanding merebut jawatan tersebut dalam pemilihan Umno Mac depan.Dua calon lagi ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tan Sri Muhammad Muhd Taib.

Mohd Ali mengulas kenyataan Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam bahawa pertandingan dalam parti itu telah mewujudkan tiga kumpulan penyokong dan ia boleh menyebabkan perpecahan.Sehubungan itu, Abdullah berharap penyokong tiga calon timbalan presiden akan bersatu dan kembali bekerjasama selepas pemilihan pucuk pimpinan parti itu selesai pada Mac depan.

Mengulas mengenainya, Mohd Ali berkata, ahli-ahli Umno sudah matang dan mereka boleh membuat penilaian terbaik terhadap mana-mana calon yang menawarkan diri untuk bertanding. Katanya, pertandingan perlu dilaku secara sihat dan jangan ada unsur-unsur fitnah memfitnah, memburuk-burukkan lawan atau sabotaj di kalangan calon-calon tertentu.

Menurutnya, perbuatan seumpama itu akan memberi kesan negatif atau implikasi buruk kepada Umno sendiri."Kepada semua calon yang melepasi kuota pertandingan, saya ucapkan tahniah dan mesti menjaga imej dan mengutamakan parti dalam usaha meraih sokongan untuk menang jawatan yang ditandingi kelak."Kita mesti ada integriti, ikhlas, bekerja bersungguh-sungguh dan sanggup berjuang untuk memartabatkan Umno, BN dan kerajaan untuk memastikan rakyat sentiasa dibela dan memihak kepada kita dalam setiap kali pilihanraya sama ada pilihanraya kecil atau umum.

"Saya kira jika kita ikhlas dan melaksanakan segala kehendak rakyat, sudah pasti mereka akan terus bersama Umo dan kerajaan Barisan Nasional," katanya.

MES:
Sudah sampai masanya kita buat pilihan kita sendiri.Masih Ada masa untuk menilai prestasi, dan juga sejarah/susur galur perjuangan politik seseorang calon yang saya kira perlu dihayati dan diketahui oleh semua perwakilan. Soal wujud kem-kem ini tidak seharusnya ditimbulkan.Adat pertandingan...waimah lumba lari peringkat sekolah pun kita mempunyai "team" dan kita mempunyai "penyokong" kita sendiri....(huhh teringat pulak wakil sekolah lumba lari 110m lompat berpagar..) Maka mulai dari saat inilah para jentera calon-calon perlu memahami kehebatan dan ketokohan calom pemimpin yang mereka bawa. Silalah beritahu Apa bagusnya dan hebat dan kenapa perlunya kota memilih calon timbalan presiden ini. Bukan dengan memfitnah dan memburukkan lawan...aish...dah la kita semua malu dengan apa yang berlaku pada Mesyuarat UMNO seremban semalam. Nasib baik sahabat saya Ketua Puteri Seremban, kak wan tidak kena apa-apa....
apalah nak jadi....bila emosi menguasai diri kan....?
bukan kat orang UMNO je tau.. kita semua..semua ada emosi jadi kawal-kawallah...

Saturday, November 8, 2008

CALON TIMB.PRESIDEN: DATUK SERI MOHD ALI RUSTAM LAYAK SETELAH MELEPASI PENCALONAN.

Setakat petang tadi sekretariat melalui Sdra Faisal telah maklmukan kepada saya yang YAB Datuk Seri telah mendapat pencalonan yang ke 41 dari Bahagian Kubang Kerian Kelantan. Puteri UMNO Negeri Melaka ingin ucapkan tahniah di atas kejayaan ini.Tahniah kepada semua penyelaras, dan jentera serta semua yang telah menyokong Pengerusi Badan Perhubungan kami.

Antara Bahagian yang menacalonkan YAB Datuk Seri hari ini:
1) Kubang Kerian, Kelantan.
2) Sapanggar, Sabah.
3) Pasir Putih, Kelantan.
4) Sungai Petani, Kedah.
5) Pendang, Kedah.
6) Ketereh, Kelantan.
7) Pasir Salak, Perak
8) Sandakan, sabah.
9) Tumpat, Kelanatan.

Monday, November 3, 2008

CIK KAK...PENTINGNYA MEMBUAT PEMERIK SAAN KESIHATAN.

Saya rasa terpanggil untuk berkongsi pengalaman dengan anda semua saat saya dimasukkan ke hospital selama 5 hari sejak 28.10.08.Saya membuat (Dilation and Curettage) (D&C) sekali lagi dalam masa 2 minggu diakibatkan pendarahan yang banyak dan tidak berhenti.Doktor juga mencadangkan kepada saya untuk membuang Fibroid yang telah dikesan awal sebelum ini bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku juga katanya lambat laun juga Fibroid itu juga perlu dibuang jadi buat sekalilah. Cik kak... agak besar tau..dalam 6cm yang telah dikesan melalui scan di Klinik Dr MAhinder.

Setelah selesai dan selamat pembedahan. Dr Mahinder telah melawat saya dan maklumkan kepada saya yang sebenarnya saya tiada Fibroid. APa yang berlaku adalah disebabkan "infection" atas luka lama semasa pembedahan saya melahirkan naak saya yang kedua 4 tahun lalu. BAyangkan .....inilah Besar dan Hebat Kuasa Allah SWT. Kalau saya tidak hamil dan mengalami pendarahan..sudah pasti saya tidak akan dapat mengesan apa yang belaku ke atas diri saya kerana saya tidak langsung merasa sakit...
Ini semua adalah jalan dan Petunjuk yang diberikan oleh Allah. Walaupun kehilangan Damia, tetapi saya dapat mengubati sakit yang selama ini tidak nampak. Huhh... penat saya nak menghabiskan cuti sakit saya selama sebulan ini....Petang ini pula saya dijadualkan untuk membuka balutan pembedahan di perut saya.hmm...Kak long saya pula dijadualkan untuk membuang rahimnya bulan Disember ini .Ini semua disebabkan masalah Fibroid. Beliau dah membuang fibroidnya selama 2 kali dan kali ini Doktor mencadangkan untuk membuang rahimnya. Doa saya agar semuanya akan berjalan lancar nanti..

Buat Teman-teman...
Pentingnya bagi anda semua membuat pemeriksaan kesihatan secara rutin.Kadang-kadang kita tidak tahu apa yang berlaku dalam badan kita. Luaran nampak sihat tapi dalaman...wallahualam.....Lagi-lagi orang perempuan. Bagi yang lelaki..pun sama..jalanilah pemeriksaan...ajak orang rumah sekali. Jangan lepaskan diri sorang pulak!!
Di bawah ini saya lampirkan sekali sedikit maklumat mengenai Fibroid. Hanya untuk makluman.Sumber saya perolehi dari http://www.medicine.ukm.my



APAKAH KETUMBUHAN FIBROID?
Ketumbuhan fibrod ialah sejenis ketumbuhan bukan kanser ( benign ). Ketumbuhan ini berlaku pada dinding rahim, khususnya pada lapisan otot dimana ia mengandungi tisu-tisu fibroid, maka dinamakan ketumbuhan ‘fibroid’. Selalunya fibroid merupakan multifokus ketumbuhan, di mana ia tumbuhnya adalah perlahan dan tidak menunjukkan sebarang gejala. Saiz fibroid pelbagai di kalangan wanita – kecil (boleh menjadi sangat kecil di mana memerlukan penggunaan mikroskop) dan besar (sebesar saiz sebiji anggur) ataupun sangat besar di mana ia boleh memenuhi ruang dalam abdomen.

Punca ketumbuhan fibroid tidak diketahui. Yang nyatanya, ia tidak tumbuh sebelum badan menghasilkan hormon estrogen. Estrogen dalam pil pencegah kehamilan dan juga ubat untuk mengurangkan gejala menopause (umur putus haid), mengelakan ketumbuhan fibroid untuk bertumbuh. Fibroid akan tumbuh dengan cepat semasa hamil. Ini kerana apabila hamil, badan tidak menghasikan estrogen. Fibroid selalunya akan mengecut apabila badan tidak menghasilkan estrogen lagi iaitu selepas menopause. Maka wanita menopause tidak akan mengalami masalah ketumbuhan fibroid.

Satu kajian menunjukan bahawa lebih kurang 25% daripada wanita, sebelum meninggal dunia akan mengalami penyakit fibroid pada rahim tetapi tidak semua mengunjungi dan mendapat rawatan daripada doktor. Ini kerana, kebanyakan fibroid tidak menimbulkan sebarang tanda atau menggangu kesihatan.

Ada yang mengatakan, bahawa ketumbuhan fibroid ini sering berlaku di kalangan wanita yang tidak berkahwin atau lambat berkahwin dan juga yang berkahwin tetapi sukar untuk mengandung dan beranak. Selain itu, ada juga yang mengatakan bahawa ketumbuhan firoid adalah akibat daripada ketidakseimbangan horman. Selepas haid, paras estrogen akan meningkat dan paras progesterone meningkat selepas ovulasi, proses dimana ovari melepaskan ovum (telur). Keadaan yang tidak seimbang, khususnya jika estogen terlalu tinggi dan progesterone tidak mencukupi dalam badan, ia boleh mendatangkan masalah seperti pendarahan tidak tentu masa, ketumbuhan fibroid pada rahim serta ketidaksuburan atau kemandulan.

Kandungan estrogen dan progesteron dikawal oleh hormon yang dikeluarkan oleh kelenjar pituitari yang terletak di dalam otak. Fungsi kelenjar pituitari mudah dipengaruhi oleh keadaan mental, emosi dan rohaniah seseorang. Jika ada gangguan pada tahap tersebut, maka rangkaian hormon yang mengawal pusingan dan mengawal paras estrogen dan progesteron boleh terganggu. Desakan dan tekanan hidup yang dialami oleh kebanyakan wanita akan mengganggu kawalan dan fungsi rangkaian hormon yang mengawal pusingan haid seseorang. Oleh itu, keadaan seperti ketidaksuburan dan penyakit ketumbuhan pada rahim serta endometriosis sering berlaku di kalangan wanita yang mengalami tekanan.

Tidak ada bukti-bukti yang menunjukkan, bahawa ketumbuhan fibroid ini dipengaruhi oleh unsur-unsur lain seperti makanan, keracunan ataupun jangkitan kuman.

GEJALA-GEJALA
Kebanyakan wanita tidak menghadapi apa-apa gejala. Walaubagaimanapun, fibroid boleh menimbulkan banyak masalah bergantung kepada saiz, lokasi dalam rahim dan sedekat mana ia dengan organ-organ lain. Ketumbuhan fibroid yang besar boleh menyebabkan :-

Tekanan
Sakit pada bahagian pelvik
Tekanan pada pundi kencing dan boleh menyebabkan kekerapan atau ketidakbolehan untuk membuang air kecil
Tekanan pada rektum yang menyebabkan kesakitan ketika membuang air besar
Pendarahan dari rahim merupakan gejala yang biasa dialami oleh wanita yang mendapat penyakit ini. Jika fibroid berada berdekatan dengan lapisan rahim, atau mengganggu perjalanan darah ke lapisan berkenaan, ia boleh menyebabkan pendarahan yang banyak semasa haid, senggugut, haid yang berpanjangan atau pendarahan sedikit ketika tidak mengalami haid. Wanita dengan pendarahan yang berlebihan kerana fibroid boleh mendapat penyakit anemia yang disebabkan oleh kekurangan besi.

Fibroid tidak mengganggu proses ovulasi, ada kajian yang mengatakan bahawa fibroid boleh menyebabkan ketidaksuburan atau kemandulan.

Sunday, November 2, 2008

DATUK SERI MOHD ALI RUSTAM PERLU 13 PENCALONAN SAHAJA LAGI!!



Setakat tengah malam semalam, Datuk Seri mendapat pencalonannya yang ke 26 bagi Timbalan Presiden.Kita hanya perlukan lagi 13 pencalonan bagi melayakkan diri bertanding sebagai Timbalan Presiden UMNO. Beliau mempunyai kelebihan tersendiri dan juga kelebihannya itu yang tidak ada pada orang lain akan saya sentuh dalam post saya yang lain nanti. Saya dan sahabat-sahabat lain yakin dan percaya beliau akan dapat melepasi kuota pencalonan ini nanti. Kami juga mendoakan agar beliau akan terus sukses dan berjaya dalam membantu membawa perubahan di dalam UMNO serta membawa kegemilangan UMNO semula nanti bersama YAB DAtuk Seri Najib. Insyaallah...BUat Datuk Seri, semoga tabah dan bersabar walaupun banyak dugaan dan halangan yang ditempuhi sejak akhir-akhir ini. Ramai yang menyokong dan masih berdiri teguh di belakang Datuk Seri.Buat teman-teman yang banyak membantu dan menyokong YAB Datuk Seri MOhd Ali Rustam , terima kasih diucapkan...Sama-sama kita doakan kejayaan beliau..ameen....

sumber gambar:www.kpmu.net

189 BAHAGIAN PUTERI SUDAH BERMESYUARAT. BAKI MENJADI REBUTAN BAGI PENCALONAN KETUA PUTERI MALAYSIA..



Sekali lagi naib ketua Puteri Umno, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin dan ketua penerangan pergerakan itu, Datuk Shahaniza Shamsuddin memperolehi pencalonan yang sama banyak.Hari ini mereka menambah pencalonan dan masing-masing memperolehi 61 pencalonan sehingga lewat petang tadi.

Rosnah mendapat pencalonan tambahan hari ini dari bahagian Teluk Intan, Perak dan Pulai, Johor.Manakala Shahaniza pula memperoleh pencalonan dari Temerloh dan Sungai Siput.Seorang lagi calon, setiausaha pergerakan Bibi Sharliza Mohd Khalid mendapat pencalonan tambahan dari bahagian Kota Bharu dan Tampin.Berikutan itu, beliau sehingga ini memperolehi 24 pencalonan.

Manakala pengerusi tetap Puteri bahagian Petaling Jaya Utara Ida Rahayu Mohd Noor berjaya memperolehi dua pencalonan yang diperlukan untuk layak bertanding jawatan ketua pergerakan itu.Hari ini beliau mendapat pencalonan yang diperlukan itu dari bahagian Kulim-Bandar Baharu.

Pengerusi biro keahlian pergerakan itu, Datin Ismalina Ismail masih kekal dengan 30 pencalonan, Ketua Puteri Pulau Pinang Azlina Mehtab Mohd Ishaq (10) dan ketua Puteri Terengganu Senator Nordiana Shafie (1).Sebanyak 189 bahagian Puteri telah bermesyuarat setakat ini.

Sumber:-Malaysia Kini

MES:
Dah hampir ke penghujung bab pencalonan. Tahniah kepada sahabat-sahabat yang telah berjaya mendapatkan pencalonan sebagai Ketua Puteri Malaysia. Walaupun ianya hanya memerlukan sahaja pencalonan bagi melayakan diri sebagai calon Ketua Puteri Malaysia, saya yakin kali ini pemilihan Ketua Puteri Malaysia amat menarik dan akan menyaksikan saingan yang amat mantap. Masing-masing mempunyai kehebatan tersendiri, prestasi kerja yang baik dan nilai kepimpinan yang tinggi.Saya ambil kesempatan di sini untuk mengucapkan selamat bekerja dan selamat meneruskan perjuangan dalam kempen anda semua. Cuma dalam waktu yang tinggal 142 hari ini sebelum menjelangnya Perhimpunan Agung UMNO ini, sukalah saya mengingatkan kepada diri saya dan juga kawan-kawan... Walaupun Pemilihan dijadualkan tahun hadapan, ada yang beranggapan bahawa ini masa yang terbaik untuk berkempen habis-habisan. Tetapi, kita mestilah peka dan juga mengambil kira apa juga masalah ahli dan juga masyarakat di sekeliling kita...Janganlah kita jadikan pemilihan ini sebagai alasan untuk kita tidak memperjuangkan nasib rakyat dan juga nasib ahli-ahli yang memerlukan bantuan kita. Pihak pembangkang sentiasa memerhatikan kita dan menunggu sahaja masa untuk kita buat kesilapan dalam kealpaan kita.(pantang silap sikit...,biasalah "Gajah depan mata tak nampak, yang nampak Kuman jauh di seberang sana..") Jadi...sama-sama kita kerja dan teruskan perjuangan dengan penuh semangat setiakawan....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...